20 》 Auntie Rozie kaki gosip taman

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz turun ke bawah bagi menjamu sarapan yang di buat Mamanya. Kelihatan Papanya, Encik Zaid sudah berada di meja makan.

Terus saja Izz duduk di kerusi tersebut. Sesekali dia menjeling Papanya yang khusyuk menatap henfon.

Hai Papa kite! Tak nampak ke anakmu yang hensem lagi comel ni dah turun?

Izz mencapai jug yang berisi air teh yang anash-anash gitew lalu dituang isinya ke dalam cawan.

Mendengar bunyi air di curah, Encik Zaid memandang ke sisi meja.

"Ha Izz! Lambat turun? Papa dah siap sarapan dah ni" ucap Encik Zaid perlahan.

Puan Maria yang baru siap mengemas dapur terus menyertai mereka berdua.

Izz mengerling ke arah jam yang berada di ruang tamu.

"Ala Pa... baru 7:30. Awal lagi kan? Mana ada lambat. Papa tu yang awal sangat" ucap Izz pula.

Encik Zaid hanya menjeling anaknya.

"Papa awal sebab nak redah jalan lagi kerja kat bandar tu. Bukan macam Izz. Orang masuk sekolah pukul 7, Izz 7:15 masih tercengat kat rumah lagi. Mana tak lambatnya pergi sekolah" ucap Puan Maria pula.

Izz mencebik. Terus pinggan diambil lalu mee goreng basah di ambilnya.

"Sekolah dekat. Tak pe pergi lambat" ucap Izz selamba.

"Hmm.. ye la Izz. Dah la, Papa nak gerak dulu. Izz duduk rumah tolong lah Mama. Jangan asyik keluar aje" pesan Encik Zaid sebelum beredar.

Izz hanya mengangguk perlahan. Terus saja aktiviti makan di sambungnya bersama Mamanya.

"Izz, nanti teman Mama pergi Supermarket ea. Mama nak beli barang dapur sikit" ucap Puan Maria setelah lama mendiamkan diri.

Izz mengeluh kecil.

Bukan dia tak mahu pergi. Tapi dia sungguh malas. Kenapa lah dia tak dikurniakan adik perempuan?

Kan boleh teman Mama beli barang dapur. Tak pun, kenapa Hariz tu jadi Kakak Harizah? Kenapa mesti abang?

Melihat Izz yang mendiamkan diri sambil merenung mee goreng di dalam pinggan menjadi tanda tanya di fikiran Puan Maria.

"Izz? Boleh tak ni teman Mama?" Soal Puan Maria lagi.

Izz tersedar. Wajah Mamanya di pandang seketika.

"Hurmm... Izz bukan apa Ma... Izz malaslah... lagipun Izz baru nak rehat-rehat sambil goyang kaki main game kat bilik" ucap Izz perlahan.

Puan Maria mengeluh kecil.

"Teman Mama pergi supermarket tak nak. Keluar petang-petang jumpa awek rajin pulak" sindir Puan Maria.

Izz memandang wajah Mamanya tanda tak puas hati.

"Ma!! Kan Izz dah kata Izz dengan dia kawan je! Mana ada awek! Mama ni!!!" Ucap Izz malas.

Puan Maria tersenyum kecil melihat wajah cemberut anaknya.

"Kalau Izz tak nak Mama kaitkan Izz dengan budak tu, Izz kena teman Mama pergi Supermarket. Okayh?" Soal Puan Maria lagi.

Izz mengeluh kecil. Perlahan dia mengangguk.

"Ye la... tapi Mama janji ea jangan cakap pasal dia lagi" ucap Izz lagi.

"Kalau terdesak tak salah kan kalau Mama bagitahu Papa dengan Abang Hariz" ucap Puan Maria pula.

Izz mencebik.

Mama ni kalau dah tahu sikit pasal rahsia aku, mulalah perangai dia tu. Sama je cam Zara. Walaupun Mama hanya meneka saja, dia pasti sudah tahu suratan hati anak-anaknya.

》》》》》》♡《《《《《《

Izz menolak troli mengikut langkah Mamanya. Izz berhenti di berhampiran dengan Mamanya saat ibunya mengambil sayuran yang diperlukan.

Saat Puan Maria ingin memilih cili, dia ditegur pula oleh seseorang.

"Eh! Ni... Puan Maria kan? Yang baru pindah kat rumah dekat dengan taman permainan kat Taman Sri Bayu kan?" Soal seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan Puan Maria.

Puan Maria terus menoleh. Senyuman kecil buat wanita disebelahnya itu. Tangan dihulur lalu disambut mesra.

"Haah. Akak ni pulak... sape ye? Maaflah saya baru pindah. Tak sempat nak kenal dengan jiran semua" ucap Puan Maria perlahan.

"Nama Akak, Roziah. Nak glamour, panggil Rozie je... saya duduk selang dua tiga buah rumah je dengan akak.  Sebab tu tahu pasal akak" ucap Auntie Rozie perlahan.

Puan Maria hanya mengangguk tanda faham.

Izz yang melihat kemesraan jiran baharunya terus mengeluarkan henfon miliknya.

Macam kita tak kenal mak-mak bila dah jumpa geng dia. Dia punya sembang tu kalau sempat rasanya boleh pusing serata dunia.

"Tak perlu lah nak berakak sangat. Panggil Maria aje" ucap Puan Maria sopan.

Auntie Rozie hanya mengangguk.

"Ni... Rozie datang sorang je ke?" Soal Puan Maria pelik.

"Haah la... rumah dekat je pergi sorang je la" ucap Auntie Rozie perlahan.

Puan Maria mengangguk tanda faham. Auntie Rozie terlihat pula Izz yang berada di sebelah Puan Maria.

"Yang sebelah tu... anak Maria ke?" Soal Auntie Rozie pelik.

Puan Maria menoleh ke arah Izz dibelakangnya. Terus saja dicuit lembut anaknya itu.

"Haah. Anak bongsu. Izz. Tegur lah jiran Izz tu" ucap Puan Maria perlahan.

Izz terus menoleh ke arah Auntie Rozie. Senyuman terukir buat wanita itu.

"Apa khabar Auntie?" Soal Izz perlahan.

"Sihat je... ni nama sape? Darjah berapa?" Soal Auntie Rozie lembut.

Izz bengang. Puan Maria sudah tergelak kecil melihat wajah masam anaknya.

Apa aku ni pendek sangat ke sampai semua orang nak pertikaikan tinggi aku?

"Panggil Izz je. Dan saya dah tingkatan 5 Auntie. Bukan sekolah rendah!" Ucap Izz masam.

Auntie Rozie hanya mengangguk tanda mengerti.

Izz mendengus geram. Ni yang aku tak suka bila berkenalan dengan kawan Mama ni.

Aku tahu la aku kentot! Huh!

"Ha! Auntie nak tanya Izz kenal tak sorang budak perempuan yang acah-acah gangster kat sekolah tu? Er... nama dia... Zara kot. Nama panjang auntie tak ingat la.. Ha! Izz kenal tak?" Soal Auntie Rozie bersemangat.

Izz terdiam. Zara yang Auntie Rozie maksudkan tu Zara Airina ke?

"Kenapa? Anak Rozie ke?" Soal Puan Maria pelik.

"Eish! Takkan la anak Rozie kot! Cuma nak tanya Izz kenal ke tak?" Soal Auntie Rozie bersungguh.

Izz serba salah untuk menjawab soalan auntie Rozie. Nak cakap kenal, takut ada Zara lain.

Tapi hati dia kuat mengatakan yang auntie Rozie bercakap soal Zara Airina. Sape lagi gangster kat sekolah tu?

"Er... Izz tak tahu la. Sebab Izz kan baru pindah. Tak semua orang Izz kenal. Umm... kenapa auntie tanya?" Soal Izz perlahan.

Auntie Rozie mengangguk mengiakan ayat Izz.

"Tak de la... Auntie just nak cakap yang Izz hati-hati dengan budak tu. Dia tu dengar citer..."

Auntie Rozie merapatkan badannya dengan Puan Maria dan Izz. Nak mengumpat lerr!

"Dia tu kerja tempat kotor! Kat sekolah, selalu belasah orang! Tu, buku rekod kat sekolah tu... penuh nama dia! Eish! Eish! Eish! Senang citer budak tu macam tak de akhlak dah! Tu yang auntie nak ingatkan Izz supaya jangan dekat dengan budak tu! Dia tu dalam diam bahaya!" Ucap Auntie Rozie perlahan.

Izz terpinga. Apa Mak Cik ni kerja kat bilik disiplin ke boleh selak buku rekod pelajar?

"Eish! Teruknya budak tu! Macam mana la Mak dengan ayah dia ek?" Soal Puan Maria terkejut.

"Itu lah! Dengar citer, mak dia lari sebab Bapak dia ada hisap 'barang panas'! Tu yang mak dia tak tahan, ditinggal aje bapak dia tu. Bila tak de duit, tu yang si Zara tu terdesak sangat sampai kat kelab pun sanggup kerja!" Ucap Auntie Rozie lagi.

Puan Maria menggeleng. Mengucap beberapa kali mendengar ayat Auntie Rozie.

"Biar betul? Astaghfirullahallazim! Kesian budak tu! Hancur masa depan dia!" Ucap Puan Maria terkejut.

Izz memandang Ibunya.

Seriously Mama percaya ke cerita karut macam ni? Entah mana-mana je mak cik ni dengar!

"Itu la! Rozie cakap dengan Maria, dengan Izz ni suruh beringat! Takut nanti masa depan Izz pula yang menjadi taruhan. Mana boleh percaya budak tu. Kalau dah kerja kelab malam, memang kerja dia goda orang je la! Rozie ni kan, selalu la jugak nampak budak tu baru balik kerja pukul 3 / 4 pagi. Dengan baju nya eish! Memang tak boleh panggil baju la! Orang lain, buat kain buruk je baju tu. Terbelah sana. Terbelah sini. Rozie yang perempuan ni pun tak sanggup nak tengok" ucap Puan Rozie lagi.

Bahu Puan Maria menjadi tempat dia melepaskan geramnya. Kadang kala dipukul lembut tanda geram akan 'Zara'

"Eish! Eish! Kesian bapaknya menanggung dosa. Izz dengar tu cakap Auntie Rozie! Izz kena belajar rajin-rajin tau! Banggakan Mama dengan Papa! Jangan asyik bercinta je zaman sekolah ni" ucap Puan Maria perlahan.

Izz mengeluh kecil.

Hujung ayat tu sempat lagi Mama perli aku!

"Hurm! Betul tu! Izz ingat pesan Auntie tau! Jangan dekat sangat dengan Zara tu! Mula-mula je baik. Nanti lama-lama keluarlah perangai dia tu" pesan Auntie Rozie lagi.

"He. Hehe. Baik auntie" ucap Izz perlahan.

Izz hanya mengiakan saja ayat Auntie Rozie. Bosan barangkali dengan gosip yang dianggap mengarut baginya.

"Ha baguslah kalau Izz faham! Oh ya! Maria lain kali la kita borak panjang-panjang ea. Rozie nak kena balik ni. Nanti laki Rozie balik tak de lauk kat atas meja, kang marah pulak dia tu" ucap Auntie Rozie lalu mencapai Trolinya.

"Ouh! Ha ye la. Kalau Rozie berkesempatan jemputlah datang rumah. Boleh borak pepanjang" pelawa Puan Maria.

"Okay! Boleh je... Rozie gerak dulu ea.  Ha Izz! Ingat tau pesan Auntie. Jangan dekat sangat dengan Zara tu!" Ucap Auntie Rozie lalu beredar pergi.

Izz hanya mengagguk saja. Haih! Macam-macam mak cik zaman sekarang ni.

"Ha Izz! Jom lah kita pergi sana pulak" ucap Puan Maria setelah mencuit lengan anaknya.

"Ha! Ye ye" ucap Izz perlahan.

Terus saja dia menyimpan henfonnya yang dibiarkan tidak terusik sebentar tadi.

Troli di tolak mengikut jejak langkah Mamanya. Otaknya masih memikirkan lagi apa yang diucapkan Auntie Rozie.

Adakah yang disebutkan auntie Rozie tu... Zara Airina? Zara memang nampak gangster pada luaran. Tapi dia memang tak gangster langsung sebenarnya!

Zara... kau ni misteri sangat la bagi aku!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro