21 》 Geng Cendawan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz menunggu Zara di pondok belakang blok tempat selalu Zara melepak.

Entah mengapa dia mahukan kisah yang sebenar dari Zara. Persoalan demi persoalan timbul di fikirannya.

Lebih-lebih lagi ayat Auntie Rozie bermain di fikirannya.

Izz mengeluh kecil. Buku latihan Kimia dibukanya. Sementara dia menunggu Zara, bolehla dia buat satu dua soalan.

Sedang asyik Izz menulis, pennya di rampas seseorang.

"Woi!" Marah Izz.

Adib terus duduk di sebelah Izz. Pen Izz bermain di tangannya. Buku Izz di tarik mendekatinya.

"Wuish! Kimia guys!" Ucap Adib terkejut.

"Eish! Dia mesti budak pandai ni!" Ucap Aiman pula.

Izz pelik. Tang mana pula dua ketul ni menyemak kat sini?

"Mesti lah pandai. Dia ni budak kelas A kot!" Ucap Izzat sambil duduk di sebelah Adib.

"Aku macam kenal kau ah! Kau ni... budak yang baru pindah aritu kan?" Soal Syamel pula.

Izz diam. Apesal pulak dengan dorang ni?

"Korang ni sape ha? Apesal menyibuk kat sini pulak?!" Soal Izz geram.

"Guys! Guys! Dia marah guys!" Ucap Syah sambil menepuk lembut bahu Izzat di sebelahnya.

Adib dan Rakannya tersengih melihat wajah masam Izz. Terus saja cermin mata Izz di capai Syamel.

"Woi! Bagi balik la" marah Izz cuba merampas cermin matanya.

"Ala kau ni relax la! Aku ni takde adik beradik pakai speck mata cam kau. Nak jugak rasa feel acane pakai speck mata. Ek?" Soal Syamel pada rakannya.

Izz diam. Tak mungkin dia mahu melawan lelaki yang jauh lebih besar dan ramai berbanding dirinya yang kecil dan seorang saja.

Syamel memakai cermin mata milik Izz. Dibuat berbagai gaya yang disukainya.

"Eish! Bagi la aku pulak! Aku nak ada feel gak!" Ucap Aiman pula.

Cermin mata Izz dirampas kasar Aiman. Terus saja disarung ke wajahnya.

"Ha! Ada gaya cam Steve Jobs ak?" Soal Aiman bangga.

Rakannya berpandangan sesama sendiri. Terus saja mereka ketawa bersama.

"Steve Jobs? Muka Jawa ada hati nak lawan dengan Omputih!" Sindir Adib.

"Tapi kan aku rasa muka dia ada iras-iras Sir Rahim an? An?" Soal Izzat pula.

"Ha! Tu ah tu! Haip! Good Morning Sir!" Ucap Syah sambil memberi tabik hormat pada Aiman.

Terus saja mereka bergelak ketawa bersama. Wajah masam Izz terus saja sebegitu.

"Wei! Tengok tu! Aku rasakan muka dia lagi hensem kalau tak pakai speck an? An?" Soal Adib pula.

Semua rakannya memandang ke arah Izz.

"Haah la! Pergh! Dah boleh jadi Abang idola la lepasni!" Ucap Aiman pula.

Izz mengeluh kecil. Kenapa wujud geng yang suka buli kat sekolah ni? Perlu ke diaorang cari kebahagian diorang atas penderitaan orang lain.

"Mana boleh! Dia ni tak cukup hensem nak lawan ngan aku!" Marah Syah pula.

Semua rakannya terus saja memukul manja Syah.

"Kau ni hormat sikit Abang Idola baru nak up boleh tak? Dia pun nak famous gak! Asyik muka ikan kering kau je yang famous!" Sindir Izzat pula.

Terus masam wajah Syah apabila rakannya mempertikaikan kehenseman dia.

Terus saja tawa Syamel meletus. Di tolak perlahan bahu Izz tidak dapat menahan gelaknya.

"Ergh! Kau pahal ha nak main tolak-tolak aku?!" Soal Izz geram.

Terus saja suasana kembali sunyi. Syamel meletakkan cermin mata milik Izz di atas meja.

Dia mendekatkan dirinya dengan Izz. Izz terkelu. Perlahan dia berundur dari Syamel.

Akan tetapi belakang badannya tersandar pula dengan badan Aiman.

"Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar la" ucap Syamel perlahan.

Izz diam.

Sesape? Tolong la selamatkan aku! Aku tak nak la jadi apa-apa yang buruk!

"Woi! Jawablah! Tadi berani sangat!" Sindir Adib pula.

Izz menunduk. Mereka berlima terus merapati Izz. Apa lagi! Kasi senggggggat!

Kolar baju Izz ditarik kasar. Belum sempat tumbukan dilepaskan, seseorang telah menyemak.

"Dia kata kau pahal nak tolak-tolak dia?" Soal Seseorang pula.

Terus saja mereka memandang ke arah gadis itu.

"Wow! Gangster sekolah datang selamatkan orang guys!" Ucap Izzat malas.

Syamel melepaskan pegangannya di kolar baju Izz. Izz memandang ke arah gadis itu.

Zara? Apa dia buat kat sini?

"Zara Airina... sejak bila pandai bercakap dengan orang ni?" Sindir Syamel.

Zara tersenyum sinis. Terus saja dia mendekati mereka berenam.

"Aku ni... dari dulu lagi pandai bercakap dengan orang. Cuma... orang yang tak faham bahasa macam kau ni yang aku tak reti nak cakap. Ye la.. nak cakap macam mana kalau kau tak faham bahasa. Dah dia kata jangan kacau dia, jangan kacau la!" Ucap Zara sinis.

Terus saja Syamel menjadi berapi.

"Woi Zara! Kau blah boleh tak? Jangan menyemak kat sini!" Ucap Adib pula.

Zara melirikkan matanya ke arah Adib. Satu panahan tajam masuk ke matanya.

"Pahal?! Kau kecut ke dengan perempuan?" Soal Zara malas.

Adib mendengus geram. Bengang barangkali dengan ayat Zara.

"Kecut? Seriously kitorang ni lelaki tau Zara. Kau tu perempuan. Setakat nak belasah tu alahai... tapi tu la... kitorang ni sebagai lelaki yang budiman tak sanggup nak pukul perempuan!" Ucap Syah pula.

"Kau blah la Zara! Jangan menyemak kat sini!" Ucap Izzat pula.

Zara menjeling geram. Izz pula hanya diam tidak bergerak. Kelihatan cermin mata sudah melekat diwajahnya kembali.

"Hei! Kau fikir aku ni suka sangat ke nak menyemak kat sini? Kau tahu kan ni kawasan aku. Pahal kau kotorkan kawasan aku dengan muka tak hensem kau tu? Sekarang ni sape yang menyemak? Aku ke korang?!" Soal Zara kasar.

Mereka berlima mulai panas. Terus saja Syamel menuju ke arah Zara. Tudung gadis itu ditarik kasar.

"Kau jangan lebih-lebih Zara! Kau tu kalau aku belasah lembik kau nanti!" Ugut Syamel keras.

Zara tersenyum sinis. Dada Syamel ditolak kuat agar melepasi peganganya.

"Kau fikir kau jantan aku kecut? Kalau berani sangat meh la pukul 2 lepas sekolah belakang dewan. Ada berani kasi hentam la!" Ucap Zara pula.

Syamel berfikir sebentar. Begitu juga dengan yang lain.

"Okay! Aku setuju!" Ucap Izzat tanpa banyak bicara.

Mereka yang lain turut mengangguk tanda setuju.

"Fine! Aku nak juga tengok betapa gangster nya kau yang dorang dok sembang-sembang tu" ucap Syamel berlagak.

"Okay! Aku pon nak tengok juga muka pembuli macam kau ni kalah ngan perempuan" ucap Zara sinis.

Syamel memberikan jelingan tajam. Terus saja mereka berlima berlalu pergi. Sempat juga Syah melanggar bahu Izz.

Kononnya tak puas hati gelaran Abang Idola diserahkan kepada Izz.

Zara menarik nafas lega. Begitu juga dengan Izz. Izz duduk di kerusi yang tersedia disitu. Meja pula menjadi tempat Zara berlabuh.

"Kau okay tak Izz? Dorang ada pukul kau ke?" Soal Zara risau.

Perlahan Izz menggeleng. Suasana sunyi seketika memberi ruang untuk hati bertenang.

"Airin... kau betul ke nak pergi gaduh ngan dorang lepas sekolah nanti?" Soal Izz risau.

Zara memandang Izz. Anggukan tanda ya. Izz menarik nafas berat.

"Kau gila ke Airin? Diorang tu lelaki kot! Lima orang pulak tu! Kau tu perempuan tau Airin! Kalau jadi apa-apa kat kau macam mana? Dah la kau nak SPM. Kalau contoh kau gaduh, pastu Pengetua tahu, mati Kau Airin! Nanti kau kena buang sekolah acane kau nak ambik SPM? Kau patutnya fikir dulu sebelum buat keputusan tahu tak? Benda ni bahaya! Nanti kau luka aku juga yang susah hati tengok kau. Kau tu dah la..."

Zara mengeluh berat. Perangai dia datang guys!

Okay! Aku tarik kata-kata aku yang lelaki comel kalau bebel. Sumpah aku benci dia sebab dia bebel.

Mula-mula tu memang nampak kecomelan dia. Tapi lama-lama... er... aku pula yang bergeli telinga nak mendengar.

"Nanti kau luka sana, luka sini. Kan susah! Kau tak puas ke sakit Airin? Itu kalau luka, kalau kau masuk hospital macam mana? Nanti susah la aku nak jumpa kau..."

"Just Shut up or I kiss your mouth!" Marah Zara.

Izz terdiam. Perlahan dia tersenyum sinis mendengar ayat Zara.

"You ask me to shut up? Huh! What if I don't want to close up my mouth? Are you Gonna kiss my ... uh? Ki... kiss?"  Soal Izz tidak percaya.

Zara menoleh ke arah Izz. Satu kenyitan mata terbang melayang menuju ke hati Izz.

"Umm.. ouh. O... okay" ucap Izz perlahan.

Izz terdiam. Meremang bulu romanya apabila Zara melayangkan satu kenyitan mata. Perlahan Zara tersenyum.

Tahu pun diam si kentot ni.

Zara mengeluh kecil. Izz memandang ke arah Zara. Betul ke Zara nak belasah diorang? Zara kenal ke budak tu?

"Umm... Airin... sape dorang tadi tu?" Soal Izz setelah lama mendiamkan diri.

Zara memandang wajah Izz.

Aku ingatkan dah ugut cara gatal dia nak berhenti bercakap.

"Geng Cendawan. Dorang memang cam tu. Selalu buli dak-dak yang baru pindah sekolah cam kau" terang Zara.

Izz mengangguk.

"Kejap! Geng... cendawan?" Soal Izz pelik.

"Yeah! Cendawan. Tengok lah kalau awal tahun. Kan ramai budak baru. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maka muncullah nanti dalam seminggu dua muka diorang kat depan perhimpunan sebab buli budak baru" Terang Zara lagi.

Izz mengangguk tanda faham. Zara terus turun dari atas meja. Jam ditangan di kerling sebentar.

"Kau belum makan lagi kan minion? Jom aku belanja kau roti" ucap Zara lembut.

Izz memandang Zara.

Seriously dia nak belanja aku?

"Macam mana kau tahu aku belum makan?" Soal Izz pelik.

Zara tersenyum kecil. Terus saja dia mula melangkah. Izz segera mengambil bukunya lalu mengikuti jejak langkah Zara.

"Kalau kau boleh stalk aku, takkan aku tak boleh stalk kau?" Soal Zara sambil tersenyum.

Izz terdiam.

Acane dia boleh tahu aku selalu stalk dia? Aish! Naya aku!

Melihat Izz yang menunduk segan membuat Zara tersengih kecil.

"Ala kau ni nampak sangat selalu intai aku kan? Aku main teka je la. Ingat aku ada masa ke nak stalk orang? " soal Zara sambil tersenyum.

Terus memerah wajah Izz.

"Hermm... ye la tu main teka. Entah-entah kau stalk aku juga kan?"

"Engkau? Tak de masa aku nak intai kau. Baik aku intai Pak Cik Guard tu ha! Tapi kan... tak sangka juga aku ni famous"

"Famous?"

"Ye la... dah kau hari-hari kejar aku. Tanya aku buat apa?  Aku okay ke tak? Selalu nak jalan dengan aku. Selalu intai aku dalam kelas kalau lalu depan kelas aku. Selalu peratikan aku makan kat kantin. Selalu tunggu aku kat meja belakang blok kalau aku tak datang kantin. Selalu tenung aku masa aku bersantai kat tepi padang. Selalu cari aku kat..."

"Mana ada! Aku cuma nak... kawan je..."

"Ye ke kawan je?..."

"Iye la!... habis kau ingat aku suka ke dengan perempuan kerek macam kau?"

"Tapi aku suka kau lah Minion..."

"...."

"Sebagai kawan je... hehehehe mesti kau ingat aku suka kau bebetul kan?"

"Airin!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro