24 》 Mimpi atau realiti?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz bergolek di atas katilnya. Fikirannya masih terfikir ayat Zara dua tiga hari lepas. Sentiasa berlegar dalam fikirannya.

"Kau hidup jangan caring sangatlah kentot! Ada yang aku lamar kau jadi suami aku nanti" ucap Zara geram.

Terus saja kapas yang dipegang Izz pada pipi Zara jatuh. Izz terdiam sebentar.

Kapas tadi di kutip dan dibuang ke dalam plastik. Zara yang melihat reaksi Izz terus tergelak kecil.

"Kau takut ke Izz aku lamar kau?" Soal Zara menyakat.

Izz yang sedang mengoyakkan plaster terus terhenti. Perlahan dia menggeleng.

"Ma.. mana ada! Lagipun mana ada perempuan lamar lelaki. Tu perempuan gatal namanya" perli Izz pula.

Zara mendekatkan wajahnya dengan Izz. Izz yang terkejut terus menjauhkan diri. Akan tetapi, Zara lebih pantas mengunci gerakan Izz.

"Tapi kalau kau nak... boleh je aku lamar kau" ucap Zara perlahan.

Izz meraup kasar wajahnya. Terus saja dia bangun dari pembaringannya.

"Ergh! Kau ni pahal Izz? Dia main-main je la! Takkan dia nak melamar kau pulak! Gila apa?" Soal Izz sendirian.

Izz mengeluh kecil. Terus saja tingkap miliknya di buka perlahan. Membiarkan udara malam memenuhi ruang tidurnya.

"Tapi adik dia kata apa yang dia buat dia akan cakap. Tapi... tak mungkin la Airin nak lamar aku?" Soal Izz lagi.

Perlahan dia menggeleng menidakkan apa yang bermain di fikirannya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Izz, ada orang datang. Izz turun bawah tolong Mama kejap boleh?" Soal Puan Maria lembut.

Terus saja mata Izz membulat.

Takkan Zara? Hish! Tak! Tak! Jangan fikir bukan-bukan Izz! Dia takkan buat cam tu!!!

Puan Maria melekapkan telinganya ke pintu bilik.

Aik? Tak dengar suara pun! Takkan anak aku dah tidur dah?

"Izz... Izz dengar tak Mama cakap? Ke Izz dah tidur?" Soal Puan Maria pelik.

Izz terus membetulkan anak tekaknya. Dada diusap perlahan menyuruhnya bertenang.

"Tak... tak lah Mama. Mama turun la dulu. Nanti Izz turun" ucap Izz perlahan.

"Okay. Izz turun tau. Jangan tidur dulu. Awal lagi ni" ucap Puan Maria lagi.

"Ye... ye" ucap Izz lembut.

Puan Maria terus beredar ke arah dapur. Izz mengeluh kecil. Terus saja dia menuju ke arah cermin di hujung biliknya.

Rambut dirapikan sedikit. Cermin mata di betulkan. Baju digosok sedikit agar padan dengan badannya.

"Yes! You're handsome boy!" Ucap Izz perlahan lalu menuju ke pintu biliknya.

Pintu ditutup perlahan. Sebelum menuruni anak tangga, Izz menjengah sebentar ke bawah.

Ouh, jiran depan rumah. Aku ingatkan Zara datang nak meminangkan aku! Haish! Orang hensem tak kuat berangan Izz!

Terus saja Izz turun dan beralih ke arah dapur. Tak perlu kot tegur tetapi sebab Papa dah ada kat situ.

Izz terus duduk di kerusi di meja makan. Ibunya yang sedang membuat sesuatu terus memandang Izz.

"Ha Izz! Izz keluar kejap pergi kedai beli gula dengan sesuatu yang boleh dimakan. Mama tak de buat apa-apa la arini" ucap Puan Maria perlahan.

Bulu roma Izz terus tegak. Teringat akan kejadian di rumah kosong aritu. Walaupun dia mengesyaki itu suara Zara, rasa takutnya tetap ada.

Puan Maria pelik melihat Izz diam.

"Izz? Boleh tak ni tolong Mama?" Soal Puan Maria lagi.

Izz memandang wajah Ibunya.

"Ummm... apa kata Mama je yang pergi? Izz... malas lah nak keluar rumah... boleh kan Mama? Tak pun... ha! Suruh la Papa ke... Papa kan boleh bawak kereta. Lagi cepat Papa pergi" Pinta Izz lembut.

Puan maria mengeluh kecil. Terus saja dia mengambil tempat di hadapan Izz.

"Izz, Mama nak buat air. Papa layan tetamu. Izz buat apa? Tak de buat apa kan? Jadi Izz la pergi. Ke... Izz takut?" Soal Puan Maria menduga.

Izz terus mencebik. Bengang di ucap begitu.

"Mana ada! Izz cuma... malas je... bolehkan Ma? Tak pun.. Mama pergi kedai dan Izz yang buat air" cadang Izz pula.

Puan Maria mendengus geram.

Tak nak ngaku juga budak ni. Dah demam dua hari sebab takut sangat tak nak ngaku.

"Izz, kalau Izz yang buat air, nanti tak jadi air sayang. Takut jadi benda lain pulak. Ala Izz pergi je kedai. Tak de pa pe lah... kalau takut sangat Izz bawak aje Atan tu sekali" ucap Puan Maria geram.

Izz berkira. Atan? Kucing pemalas tahap kura-kura tu? Dia tu dah la gemuk! Nak berjalan pun malas.

"Ma! Please... "

"Tak de. Tak de. Izz kena lawan rasa takut Izz tu. Kalau tak sampai bila Izz nak berani. Nanti nak dating makan malam dengan awek macam mana nak keluar? Haish! Buat malu anak jantan je" perli Puan Maria lagi.

Izz mendengus geram. Panjang saja mulutnya dimuncungkan saat Mamanya bercerita soal Awek.

"Ye la... ye la... Izz pergi. Tapi Mama jangan sebut lagi ea pasal awek, awek ni. Izz mana ada girlfriend!" Ucap Izz malas.

"Ye ye. Mama janji. Dah pergi la... Izz jangan lama sangat tau. Nanti hantu tu muncul lagi Mama tak tau. Jangan balik nangis lagi sudah. Kita ada tetamu ni..." ucap Puan Maria lagi.

"Ma!!! Mana ada lah!" Ucap Izz geram.

Terus saja dia berlalu dari situ. Puan Maria tergelak kecil melihat wajah Masam anaknya.

》》》》》》♡《《《《《《

Izz terus mencapai gula yang berada di rak. Selepas itu dia berlalu ke arah rak biskut.

Saat dia ingin melangkah ke rak tersebut, sesuatu menarik perhatiannya.

Izz menyorok di sebelik rak lain. Memerhatikan seseorang yang khusyuk di situ.

"Airin? Free hair? Tapi... tak mungkin dia tak pakai tudung" ucap Izz perlahan.

Teringat ketika dia duduk ditaman bersama Zara. Rambut yang beterbangan di sebalik hoodie Zara. Gadis yang buang sampah aritu. Ada rambut panjang di bahunya walaupun ditutup dengan hoodie.

Izz memikirkan cara untuk mendekati Zara. Terus saja dia mendekati Zara.

Zara menoleh ke sisi saat ada seseorang di sebelahnya.

Minion? Terus saja Zara mengambil sepaket biskut di situ dan berlalu pergi. Akan tetapi tangannya di gapai oleh Izz.

"Airin, Airin nanti dulu Airin!" Ucap Izz perlahan.

Zara menarik tangannya. Wajah Izz di pandang tajam.

"Kau nak apa?" Soal Zara geram.

Izz menhela nafas panjang. Terkejut mungkin melihat wajah sebenar Zara. Dengan baju yang... kurang sesuai dipandang oleh lelaki.

"Dah puas tengok aku? Apa yang kau nak cakap?" Soal Zara sinis.

Izz terdiam. Mungkin betul apa yang diucapkan orang lain. Zara... kerja 'tempat kotor' seperti yang diucapkan mereka.

"Aku... tak sangka pulak yang... kau tak pakai tudung kalau keluar rumah" ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum sinis. Dia tahu yang Izz pasti menganggapnya jijik seperti orang lain.

"Kenapa kalau aku tak pakai? Kau nak tazkirah aku macam-macam sama macam jiran-jiran kau, kawan kelas kau, macam budak sekolah tu. Kau nak cakap apa pun aku tak kisah. Sebab aku hidup dengan cara aku. Bukan dengan cara orang lain" ucap Zara lalu berlalu.

Terus saja Izz menggapai tangan Zara lagi. Zara menarik nafas geram. Wajah Izz di pandang malas.

"Apa lagi kau ni?" Soal Zara malas.

"Aku... aku bukan macam tu... aku cuma... nak tahu. Kenapa kau tak pakai tudung? Bukan ke..."

"Kat sekolah aku pakai? Heh! Kalau manusia boleh hidup dua perangai kenapa aku tak boleh hidup dua rupa?" Soal Zara sinis.

Izz terdiam. Dia cuma... tak percaya Zara sebegini. Dia ingatkan Zara macam perempuan lain. Cuma perangai dia yang sedikit ganas.

"Airin... aku... aku tak tahu nak cakap apa. Aku terkejut tengok kau tak pakai tudung macam ni. Dengan baju... yang... tak cukup kain. Tapi kenapa Airin? Bukan ke menutup aurat tu wajib?" Soal Izz lembut.

Zara terdiam. Perlahan dia menunduk. Tangan Izz yang memegang lengan bajunya ditolak agar dilepaskan.

"Sebab orang tak faham apa yang aku lalui. Orang tak tahu apa yang jadi dalam hidup aku. Tak pe la Izz. Mungkin kau sama je kot macam budak lain. Aku tahu kau tak sangka aku macam ni. Tapi... ni lah aku. Tak de sape boleh ubah diri aku melainkan diri aku sendiri" ucap Zara perlahan.

Terus saja kakinya melangkah pergi meninggalkan Izz yang terpinga disitu.

Izz terdiam. Hanya memandang saja kelibat Zara yang berlalu pergi. Tiba saja henfon miliknya bergetar.

Nama Mama muncul di skrin henfon. Perlahan jarinya menolak ke warna hijau.

"Ha! Izz! Izz pergi mana ni. Apesal lambat sangat? Cepat la sikit! Nanti orang balik macam mana?" Soal Puan Maria geram.

Izz menghela nafas panjang.

"Ye Ma.. Izz nak balik la ni" ucap Izz perlahan.

"Izz? Izz okay tak ni? Kenapa suara monyok je?" Soal Puan Maria pelik.

Izz diam sebentar.

"Ma, Izz nak bayar ni. Nanti Izz balik ea" ucap Izz lalu panggilan dimatikan.

Puan Maria tersentak. Henfon dipandangnya seketika.

"Aik? Mati? Dia ni makin lama makin pelik la. Tak pernah pulak dia matikan henfon kalau aku tak tutup dulu" ucap Puan Maria perlahan.

Puan Maria mengeluh kecil. Henfon diletakkan di atas meja. Menunggu kepulangan anak bongsunya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro