25 》 Actually...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz terus berlabuh di kerusi di meja belakang blok. Dia sudah ke Kantin, tapi tiada kelibat Zara.

Dia ingin kan penjelasan soal semalam. Terasa seperti ada sesuatu yang Zara sorokkan dari dia.

Izz membuka buku latihan Fizik miliknya. Terus saja dibuat tanpa berlengah. Sesekali dia menjeling ke arah jam.

"Dah nak habis rehat. Tapi Zara tak de lagi" ucap Izz sendirian.

Dia memandang sekeliling. Berharap agar orang yang ditunggunya datang tapi hampa.

Izz mengeluh kecil. Terus saja buku ditutup dan diangkat.

Mungkin Zara tak datang kot arini.

Izz memandang sekeliling. Mencari tanda-tanda akan kehadiran gadis itu yang mungkin menyorok di mana-mana.

Tapi tiada. Terus saja kaki Izz mulai mengorak langkah untuk beredar.

"Minion..."

Langkah Izz terhenti. Terus saja dia berpaling mencari gerangan yang menyebut nama panggilan yang diberi Zara.

Kelihatan Zara sedang berdiri tegak dibelakang Izz. Tangannya lengkap dengan buku. Mungkin akan ke suatu destinasi lain atau baru pulang dari bilik khas.

"Kau cari aku ke minion?" Soal Zara lembut.

Izz diam. Takkan mahu menyatakan hasrat sebenar pada gadis itu. Melihat Izz yang diam tidak bergerak telah membawa kaki Zara mendekati jejaka itu.

"Aku tahu kau nak tanya aku lagi pasal malam semalam tu kan?" Soal Zara lagi.

Izz berkira. Sememangnya dia mahu membuka perihal semalam. Tapi... tidakkah ia akan menggores hati gadis di depannya.

"Tanya la. Aku tak kisah. Aku sedia dengar apa yang kau nak cakap dengan aku" ucap Zara lagi.

Izz memandang Zara. Risau pula hatinya melihat wajah Masam Zara.

"Betul ni tak kisah?" Soal Izz lagi.

Zara mengangguk perlahan. Izz menunduk lagi. Terus saja tangan Zara menarik lengan Izz agar mengikutinya di kerusi.

"Duduk la dulu. Takkan nak berdiri je?" Soal Zara lalu duduk di kerusi hadapan Izz.

Izz tersenyum kecil. Bukunya diletakkan di atas meja lalu Zara di pandang.

Entah la... dia tak tahu sama ada mahu percayakan orang luar atau apa yang dilihatnya pada Zara.

Pada pandangan dia, Zara tu kerek, manja, miang dan kadang-kadang suka buat orang sakit hati, suka gelak macam pontianak sampai pukul tumbuk orang kat sebelah dia.

Tak sama macam orang lain cakap pasal Zara. Zara tu suka buat masalah, akhlak rosak, samseng kat sekolah, suka pukul orang.

Tapi ada betulnya juga. Zara pakai baju seksi, Free hair, kadang suka buat hal dia, suka cari gaduh dengan geng pembuli kat sekolah.

Entah. Dia tak tahu mana yang harus dia percaya. Sama ada apa yang dilihat pada Zara atau orang lain.

"Minion..."

Izz memandang Zara.

"Janganlah diam aje. Aku tahu kau nak tahu banyak pasal aku kan? Sementara aku buka soalan ni kat kau, kau tanya la. Aku tahu. Kau sebenarnya di rasuki oleh beberapa ketul makhluk jahat disekeliling kau pasal aku. Tapi... janganlah sebab apa yang kau nampak kekurangan dalam diri aku, kau nak benci aku" ucap Zara perlahan.

Izz mendiamkan diri. Mana mungkin dia nak benci Zara. Dia takkan benci orang sesuka hati.

"Tak de la... aku... tak nak la korek pasal rahsia kau kalau kau sendiri berat nak cakap. Biarlah kau sendiri yang rela nak cakap. Aku tak nak kau tergores hati kalau aku tanya kau macam-macam" ucap Izz lembut.

Zara tersenyum kecil. Wajah Izz di depannya di pandang.

"It's okay. Aku... dah biasa dengan ayat-ayat pedas dari mak cik yang suka mengumpat kat Taman rumah kau. Kalau aku lalu situ je... heh! Mula la aktiviti diorang. Tapi sebenarnya diorang tu cuma pandai cakap je... tak tahu realiti sebenarnya. Kalau diorang duduk kat tempat aku pun, diorang takkan sanggup nak jalani kehidupan aku" ucap Zara panjang.

Kehidupan... Zara?

"Maksud kau? Apa yang diorang selalu cakap kat kau?" Soal Izz pula.

Zara mengeluh kecil. Kuku dilagakan sesama sendiri.

"Aku tahu kau mesti pernah dengar kan citer pasal aku kerja kat mana dengan kawan-kawan kelas kau. Apa yang diorang cakap tu... betul" ucap Zara perlahan.

Izz terdiam. Tempat kotor? Perempuan kerja kat situ bukan jadi...

Melihat wajah Izz yang terkejut terus mencetuskan gelak Zara.

"Hei! Jangan fikir lain la! Aku masih waras lagi nak buat kerja cam tu. Aku just jadi waiter je kat situ. Hantar air. Buat air. Jadi cashier" ucap Zara sambil tersenyum kecil.

Izz hanya mengangguk.

See? Zara masih lagi suka gelak even benda tu serius.

"Tapi... apa kaitannya dengan semalam? Semalam tu... kau... nak pergi kerja ke?" Soal Izz perlahan.

Perlahan Zara menggeleng.

"Aku tanya kau. Kalau contoh satu hari tu semua orang pergi sekolah pakai baju pj. Kau sorang je yang pakai baju kemeja. Besoknya pun sama jugak dan hari yang berikutnya. Kau rasa kau nak pakai baju kemeja lagi ke kalau datang sekolah?" Soal Zara lembut.

Izz terus menggeleng. Zara memetik jarinya sambil tersenyum.

Perlahan Izz mengangguk faham akan ayat Zara.

"Sekarang dah faham?" Soal Zara lembut.

Izz mengangguk.

"Tapi... takkan la kau pergi tempat lain pun kau pakai macam tu?" Soal Izz lagi.

Zara diam sebentar. Memandang Izz yang berada di hadapannya.

"Kalau kau hari-hari kena paksa pakai baju perempuan, lama-lama kau akan terbiasa jugak kan? Kau akan rasa selesa bila pakai even dalam hati kau berharap yang orang tak paksa kau pakai lagi benda tu. Macam tu jugak aku. Bila orang paksa aku pakai, aku pun rasa tak selesa. Semua orang pandang aku. Tapi, lama-lama aku dah terbiasa. Sampaikan keluar pergi kedai pun aku tak kisah pakai cam tu" ucap Zara lagi.

Izz hanya diam. Mendengar setiap butir bicara Zara dengan teliti.

Dia tahu. Kehidupan Zara mungkin tak seindah orang lain. Tapi... dia sendiri tak sanggup tengok Zara selamanya macam tu.

"Minion..."

Izz memandang Zara. Zara mengeluh kecil. Terus saja kepalanya tegak memandang Izz.

"Sekarang kau dah tahu kan pasal aku... walaupun sikit. Kau... kalau kau dah tak nak tegur aku lagi pun tak pe. Aku tak kisah. Sebab aku..."

"Hei... minah gengster..."

Zara terus memandang Izz. Perlahan Izz tersenyum kecil melihat anak mata tajam Zara.

"Janganlah cakap macam tu. Aku kawan kau lagi la... aku takkan aku nak tinggalkan kau sebab kerja kau je? Aku tahu kau... sebenarnya terpaksa kan?" Soal Izz lembut.

Zara menunduk memandang meja.

"Betul ni kau tak kisah kawan dengan aku? Even aku ni... "

"Airin.."

Ayat Zara terus terhenti. Wajah Izz dipandang.

"Papa aku selalu cakap. Kalau kita nak berkawan dengan seseorang atas sebab ikhlas, kita takkan pandang latar belakang dia yang orang anggap jijik, kotor, hina. Asalkan kita tak ikut jejak langkah dia. Dan... kalau boleh... cuba lah ubah dia ke jalan yang betul dengan cara yang tidak menggores hati dan perasaan dia. Jadi... tak salah kan aku nak kawan dengan kau?" Soal Izz lagi.

Zara tersenyum kecil.

Series aku terharu betul kalau dapat kawan macam ni. Sumpah limited.

"Kau ni Minion suka buat aku rasa nak nangis bila dengar ayat kau. Dah la citer aku ni sedih. Kau ni selalu tambahkan kesedihan aku dengan ayat Terharu kau tu" ucap Zara perlahan.

Izz tergelak kecil. Zara ni kadang gedik pun ada. Macam orang selalu cakap. Jangan menilai orang hanya pada rupa.

"Okay la... kalau aku tak buat ayat cam tu... nanti kau teruskan dengan drama sedih kau tu pulak" ucap Izz lagi.

Zara mencebik. Suka hati dia je cakap citer aku ni ibarat drama sedih.

"Eleh! Cakap je la kau suka aku kan? Sebab tu kau struggle tak nak lepaskan aku dari jadi kawan kau kan?" Soal Zara menduga.

Okay sumpah aku benci minah gedik ni. Sesapa! Tolong kembali kan watak gangster dia ni!

"Mana ada! Aku just cakap apa yang ada dalam hati aku. Dan hati aku berkata..."

"Ingin katakan cinta
Namun aku malu
Untuk mengawalinya

Jantung ku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah
Bicara sama kamu..."

"Airin!!!"

"Bibir ku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu.."

"Kau nyanyi lagi aku tak nak kawan ngan kau"

"HAHAHA jangan minion. Benci lama-lama sayang"

"Tak! Tak nak sayang kau! Benci kau! Benci! Benci! Benci!"

"Kau jangan main cakap je minion. Kalau satu hari nanti kau cakap kau suka..."

"ARGH! Mana ada! Dah la aku nak balik kelas"

"Okay! Bye Abang Minion! Muah lebiu!"

"ZARA AIRINA!!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro