26 》 reminder

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sampai mati pun...
Engkau takkan ku lepaskan
Akan ku jaga
Seumur hidupku~

Beribu puisi
Yang ku untaikan untuk mu
Inginku selalu
Memiliki kamu ~

Jangan per..."

Terus saja nyanyian Zara terhenti. Tali gitarnya juga dipegang erat agar tidak berbunyi.

Mengamati bunyi yang semakin menghampiri dirinya. Terus saja Zara menutup kepalanya dengan hoodie lalu menyorok di belakang pondoknya.

Izz mengelap peluh di dahinya.

Aish! Kau la ni otak! Mengada sangat suruh aku datang sini. Nasib jumpa jalan tadi. Kalau tak, mahu sesatnya aku sampai kesudah.

Izz memandang ke arah pondok tersebut.

Aik? Tak de orang? Eish! Buat penat je aku cari jalan sebab sesat tadi. Tapi takkan nak balik terus kan?

Lepak dulu lah. Mana tahu tetiba Zara datang ke... ei! Boleh dating sekali ngan dia.

Terus saja dia berdiri menghadap permandangan yang indah itu. Menghayati deruan angin yang lembut.

Zara mendengus kecil.

Aku ingatkan sape la tadi. Si kentot ni rupanya.

Terus saja Zara keluar dari persembunyiannya. Gitar ditangan dibawa sekali menuju ke pondok semula.

Mendengar langkah manusia, Izz berpaling kebelakang.

Eh! Bila pula si minah gangster ni wujud kat pondok tu? Tadi aku tengok cam tak de orang.

"Oi! Minion! Sini lah! Situkan panas" ucap Zara sambil menepuk perlahan ruangan kosong di sebelahnya.

Izz tersenyum kecil. Terus saja dia melangkah ke arah Zara. Zara terus membuka kembali kepalanya yang dilitupi hoodie.

Izz terdiam sebentar. Terus dia melangkah perlahan semula ke arah Zara. Tempat sebelah Zara menjadi tempat dia duduk.

Zara membetulkan sedikit rambutnya yang serabai. Rambutnya yang sedikit perang dicampur dengan hitam dan separa panjang memang sesuai dengan wajahnya yang comel.

Tambahan pula dengan subang kecil yang simple terletak di telinganya. Izz tersenyum kelat.

"Kau buat apa datang sini minion?" Soal Zara setelah lama mendiamkan diri.

Izz tersenyum kecil. Anak matanya leka memandang suasana yang tenang di depannya.

"Saja. Hari ni cuti sekolah. Jadi aku mana jumpa kau" ucap Izz perlahan.

Zara hanya mengangguk saja. Terus saja kakinya yang terjuntai di bawah di disilakan di atas pondok.

"Macam mana kau boleh tahu aku ada kat sini?" Soal Zara lagi.

Izz memikirkan jawapan sebentar. Perlahan bahunya diangkat tanda tidak tahu.

"Entah la... aku rasa macam nak datang sini jadi aku datang la" ucap Izz lagi.

Zara mengeluh kecil. Terus saja Izz memandang Zara.

"Kau ni minion! Dah la panas. Kau datang sini pulak. Rumah kau kan jauh. Nanti hitam tak comel la minion aku ni" ucap Zara muncung.

Izz tergelak kecil. Terus saja bahu Zara ditumbuk perlahan. Zara terdiam.

Wait! Sejak bila Minion pandai bergurau ngan aku ni?

"Kau ni... kalau suka kan datang dari hati. Bukan dari rupa. Kalau betul kau suka aku, kau takkan pandang yang aku ni hitam ke putih ke. Hensem ke tak" ucap Izz lagi.

Zara memandang Izz pelik.

Sumpah aku tak suka Izz versi sempoi macam ni. Aku nak Izz yang selalu bengang bila aku buat ayat manja.

Pastu selalu marah aku bila aku gelakkan dia. Pastu benci aku bila aku cakap yang dia suka aku.

Izz memandang Zara pelik.

Aik? Diam pulak minah ni?

"Airin... kau okay?" Soal Izz pelik.

Zara tersenyum kecil. Dia tak sampai hati nak luka kan hati Izz.

"Yes. I'm okay. Why?" Soal Zara pula.

Izz menggelengkan wajahnya. Zara hanya diam. Izz memandang Zara lagi.

Kelihatan Zara sibuk memetik tali gitarnya satu persatu. Mendengar setiap bunyi yang terhasil.

Kau nampak lain la Zara bila bukak tudung. Aku... aku tak nampak Zara Airina yang suka buli aku sampai aku bengang.

Perasaan aku pun dah lain bila tengok kau free hair macam ni. Aku rasa macam...

"Hey minion! Why are you looking like that? " soal Zara pelik.

Izz terdiam sebentar.

Nak ke tak aku tegur dia? Aku rasa... serba salah. Kalau aku tak tegur... takkan aku nak biar macam ni?

Kau tahu kan kita akan berdosa juga kalau kita tak tegur kesalahan orang lain yang kita tahu benda tu berdosa?

Tapi kalau aku tegur... aku takut dia terasa pulak. Aku tak nak la dia pandang aku lain. Aku pun bukannya seorang manusia yang mempunyai Iman yang sempurna.

"Minion? Kau okay tak ni? Kenapa diam je?" Soal Zara risau.

Perlahan Izz tersenyum kecil. Dia mendekatkan dirinya dengan Zara. Kepala Zara ditarik agar memandangnya.

Terus saja tangannya mengumpul rambut Zara yang dibiarkan terlepas lalu dibawa ke belakang. Hoodie Zara ditarik lalu menutupi kepalanya.

"You look more pretty if you keep your hair inside from my eyes" ucap Izz perlahan.

Zara terdiam. Pertama kali dalam hidupnya dia ditegur sebegitu. Perlahan dia tersenyum kecil.

Izz terus menjarakkan dirinya sedikit dengan Zara.

"Thanks" ucap Zara perlahan.

Izz memandang Zara pelik.

"Thanks? For what?" Soal Izz pelik.

Zara mangangkat jari telunjuknya. Menunjuk ke arah kepalanya yang dilitupi hoodie maroon itu.

"For this reminder. I'll appreciate it" ucap Zara perlahan.

Izz tersenyum kecil. Terus saja tangan Zara turun. Gitarnya diletakkan di tepi dinding.

Terus saja kakinya dibawa ke arah dadanya. Dipeluk erat.

"Welcome. Memang tugas setiap muslim diminta untuk mengingatkan sesama mereka" ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum. Tanpa dia sedar, hatinya tersentuh melihat keikhlasan Izz dengan dirinya. Belum ada yang berani tegur tentang rambutnya.

Faris? Dia mungkin dibuai dengan budi. Sebab Zara sentiasa ada disaat dia memerlukan. Tak mungkin dia mahu menegur cara Zara sedangkan dirinya sendiri pun terumbang ambing.

Izz memandang Zara. Suka dia melihat gadis itu kalau lembut je... perlahan mata Izz tertancap pada sesuatu yang terjatuh dari poket seluar Zara.

Dia melihat dengan lebih dekat. Membulat matanya apabila benda tersebut dikenal pasti. Memandang Zara dengan riak tidak percaya.

Zara memandang Izz.

Apa benda yang kentot ni asyik tenung je?

Terus Zara melihat kocek seluarnya. Perlahan dia tersenyum sinis.

Kotak rokok yang jatuh dari seluarnya di keluarkan Zara. Sebatang rokok di ambil Zara.

Saja je nak tengok reaksi kentot ni kat aku. Tadi dia berani nak tegur rambut aku. Takkan dia tak berani nak tegur perbuatan aku?

Lighter yang berada di koceknya dikeluarkan lalu dipetik sehingga api keluar.

Izz memandang Zara dengan riak tidak percaya. Zara terus mengacukan api ke arah rokok tersebut.

Perlahan api membakar hujung rokok tersebut. Zara terus membawa rokok tersebut ke bibirnya.

"HOI! KAU GILA APA?!"

"OUCH! EI.... SAKITLAH KENTOT! BACIN BETUL PERANGAI KAU SEKARANG KAN?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro