27 》 Lolipop

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara memandang tajam Wajah Izz. Begitu juga dengan Izz. Dia cukup tak suka dengan perlakuan Zara.

Terus saja Izz turun dari pondok lalu kakinya memijak rokok tersebut mematikan Apinya.

"Aku tak nak kau sentuh benda ni lagi!" Ucap Izz keras.

Perlahan Zara mengusap lembut kepalanya yang di pukul Izz. Kepalanya di tunduk sedih.

Boleh pulak si kentot ni pukul kepala aku sebab aku acah nak hisap rokok tadi. Kuat pulak tu dia pukul sampai rokok yang aku pegang boleh terjatuh.

Izz memandang tajam wajah Zara yang menunduk sambil menggosok kepalanya.

Melihat Zara yang diam saja menyebabkan air muka Izz berubah.
Terus saja dia duduk di sebelah Zara.

Tangannya ingin mengusap belakang gadis itu akan tetapi terhalang oleh fikirannya yang dirasakan salah.

"Airin, I'm sorry okay. Aku terpukul sebab aku geram. Sakit sangat ke?" Soal Izz lembut.

Zara diam. Perlahan dia menolak badan Izz agar menjauhinya. Izz serba salah.

Teruk sangat ke aku pukul? Tapi kan... tak sangka jugak aku kuat rupanya sampai Zara yang gangster tu pun sakit sebab kena pukul ngan aku.

Okay done riak!

"Airin... aku minta maaf tau. Aku... aku tak sengaja. Tetiba je tangan aku terpukul kau. Sakit sangat ke?" Soal Izz lagi.

Zara diam lagi. Air matanya mulai terkumpul di matanya.

"Tak pernah pun... walau sekali dalam hidup aku... ada orang kisah apa yang aku buat" ucap Zara perlahan.

Izz diam. Dia mula rasa kasihan dengan Zara. Salah dia juga sebab terlalu berkeras dengan Zara.

"Sebab diorang fikir aku dah cukup besar untuk fikir semua tu. Tapi diorang tak pernah fikir satu perkara pasal aku" ucap Zara lagi.

Kakinya di bawa ke dada semula. Di peluk erat dan air mata di tahan selagi boleh.

"Diorang tak fikir yang aku mampu ke fikir apa yang aku buat tu betul ke tak? Diorang cuma tahu marah! Marah! Dan Marah! Aku stress tahu tak hari-hari kena maki!" Ucap Zara geram.

Izz mulai bersimpati. Dia memandang Zara yang mulai terbawa dengan perasaan sendiri.

"Aku tak de tempat nak mengadu. Ibu aku dah tak de. Cuma ada Ayah aku je. Adik aku terlalu kecil untuk aku berkongsi semuanya. Sampailah kawan aku... bagi aku... benda ni" ucap Zara sambil mencampakkan kotak rokok tersebut di tepinya.

Izz diam. Rasa bersalah semakin menebal dalam hatinya.

"Mula-mula aku rasa ragu-ragu. Tapi lama-lama aku dah terbiasa dengan benda tu. Setiap kali aku stress, aku ambil. Tapi tak selalu. Sebab aku tahu kesannya kat aku sendiri. Tapi apa aku boleh buat untuk aku hilangkan stress aku sendiri?" Soal Zara perlahan.

Izz terdiam. Perlahan ideanya datang bergolek. Terus saja di seluk sakunya.

Zara memandang ke arah Izz. Kelihatan Izz mencari sesuatu dari koceknya.

Izz terus mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Disuakan kepada Zara.

"Ambiklah. Aku sempat beli banyak tadi" ucap Izz lembut.

Zara memandang Izz tidak berkelip. Biar betul budak ni?

"Lolipop? Tch! Kau ingat aku budak kecik ke nak makan benda tu?" Soal Zara sinis.

Izz mengeluh kecil. Ditarik tangan Zara agar menyambut lolipop tersebut.

"Lolipop tak semestinya di makan oleh budak kecik! Kau gangster kot! Kau cakap ngan aku gangster mana yang tak makan lolipop?" Soal Izz lagi.

Zara mendengus geram. Terus saja lolipop tersebut dipulangkan balik.

"Aku bukan gangster minion! Aku pertahankan diri aku dari orang lain!" Ucap Zara tegas.

Izz hanya membulatkan mulutnya menyebut 'o'. Baru dia tahu yang Zara tak suka di gelar gangster.

Zara memandang Izz yang diam.

"Kenapa kau kasi aku lolipop?" Soal Zara menguji.

Izz menarik tapak tangan Zara. Diletakkan lolipop tersebut di tangannya.

"Kau nak tahu satu perkara tak?" Soal Izz lembut.

"Apa dia?" Soal Zara pula.

"Otak manusia mengandungi sejenis bahan kimia. Bila emosi manusia tak tenteram, tandanya kestabilan bahan kimia dalam otak kau tu kurang. Contohnya macam stress. Emosi terganggu. Apa yang orang selalu buat adalah luah kan perasaan. Buat benda yang kita suka supaya kita dapat hadirkan rasa tenang. Rasa tenang dapat menstabilkan kandungan bahan kimia dalam otak. Tapi aku tak. Kalau aku stress, aku makan lolipop. Rasa manis dari lolipop boleh menimbulkan rasa tenang. Kalau kau tak suka lolipop boleh ambil coklat atau benda lain. Sebab tu orang selalu kata kalau stress makan coklat. Tapi disebabkan aku dari kecik memang suka lolipop, jadi kenapa aku tak jadikan saja lolipop sebagai sebahagian dari hidup aku?" Soal Izz lembut.

Er...

(Aku sebenarnya tak de lah pandai sangat pasal benda ni tapi aku belajar psikologi jadi aku tahu la sikit-sikit. Kalau salah cakap. Mohon jangan kecam aku!!!)

Zara hanya mendengar saja ayat Izz. Dia leka memandang lolipop yang di berikan Izz.

"Jadi apa kaitannya kau bagi aku benda ni? Nak suruh aku rongak?" Soal Zara lagi.

Izz tergelak kecil.

Sumpah minah ni comel bila ayat kurang cerdik dia keluar.

"Mana ada la! Rongak tu sebab kau banyak makan lolipop sampai lupa gosok gigi. Maka sisa makanan yang terlekat di celah gigi akan mereput dan seterusnya menghakis gigi kau. Sebab tu rongak! Makanan manis yang mempunyai kandungan gula yang tinggi lebih berisiko untuk membuatkan gigi kau rongak. Tapi kalau kau tak rajin gosok gigi la. Faham?" Soal Izz lembut.

Zara mengangguk perlahan.

"Jadi, apa kaitan lolipop dengan aku?" Soal Zara lagi.

Izz tersenyum.

Dah dua-dua manis. Dua-dua buat kan aku bahagia.

"Kan kau kata kau stress. Jadi aku cadangkan kau amik lolipop dari benda tu. Benda ni bahaya tahu tak untuk jantung kau. Kau terlalu muda untuk benda ni faham?. Lagipun, rokok mahal. Lolipop ni kan murah. Lagi baik kau amik lolipop. Tak merbahaya untuk kau. Kecuali gigi. Okay?" Soal Izz lagi.

Zara termenung seketika. Terus saja lolipop di tangannya di pulang balik pada Izz.

"Ke.. kenapa pulang balik?" Soal Izz pelik.

Izz di sebelah Zara di pandang.

"Aku tengah stress ni. Aku nak hisap rokok kau marah. Jadi aku makan lolipop je la" ucap Zara perlahan.

Izz diam sebentar. Masih tak dapat memahami apa yang di fikirkan Zara.

"Jadi?..." soal Izz pelik.

Zara tersenyum kecil. Niatnya saja mahu menguji Izz.

"Kau suruh aku makan lolipop kan? Jadi kau tolong bukak kan lah untuk aku. Aku tak pernah makan lolipop jadi aku tak tahu macam mana nak buka" ucap Zara panjang.

Izz terdiam sebentar.

Minah ni sengaja suruh aku buka kan atau dia memang bengap sikit bab bukan jajan?

"Okay" ucap Izz sepatah.

Terus saja lolipop tadi dibuka kan pembalutnya. Plastik sampah di letakkan di tepi Izz.

Lolipop di sua ke arah Zara.

"Nah"

NGAP!

"Woi!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro