29 》 Notification

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara duduk sebentar di kerusi yang disediakan di dalam kaunter tersebut.

Sementara tak de orang ni baik aku duduk mengular kejap.

Zara membuka henfonnya. 1 notifikasi yang di terimanya membuatkan dia tersenyum kecil.

From: Unknown number

Assalam! 🙌

Hai! Awak apa khabar?

Don't you remember me?

Zara memandang pelik. Seketika kemudian baru dia tersedar akan sesuatu.

Pantas jari kecilnya membalas mesej tersebut.

To: unknown number

Wassalam..

Ofcourse I remember. You're my jodoh right?

Zara tersenyum kecil. Butang send di tekan. Laju saja mesej di balas semula.

Heish! Nampak sangat dia tunggu mesej dari aku kan?

From: unknown number

What do you mean with "jodoh"?

Zara tergelak kecil. Terus saja dia membalas.

To:unknown number

Come on Minion.

I knew it you. Don't pretend like you don't know me okayh?! 🙄

Izz terus menyembamkan wajahnya ke dalam bantal.

"Ergh!!! Macam mana dia boleh kenal aku pulak?? Kan DP whatsapp aku dah buang?" Soal Izz sendirian.

Terus saja dia membalas. Henfon Zara berbunyi lagi.

From: Itz Minion  🐣

What did you said?

Kita baru je nak kenal

Zara memutarkan bebola matanya. Geram barangkali dengan Izz yang tak mahu mengaku.

Terus saja satu screen shot diambil lalu di hantar kepada Izz.

Ting!   Ting!   Ting!

Izz laju saja melihat henfonnya. Satu gambar di beri dari Zara.

From: Airindu Gangster 😥

------------------------------
About and number phone             
 ------------------------------
Kiut Minion 🐣

011- xxxxxxxxx

------------------------------

It was you right?

Izz mencebik. Aish! Dia kenal pulak!!!

Terus saja Izz membalas.

Itz Minion  🐣

Ye la... kau menang 🤐

Heh! Aku memang sentiasa
Terbaik. Kau baru tahu ke?
🙄

Kau dengan kerek
Memang tak leh pisahkan
Kan? 😬

Biar la! Sape yang acah
Tak kenal dulu? Kau an?
HAHAHAHA 😂😂😂

Bisinglah kau.

😢🤐

Terus saja Zara menutup henfonnya. Pesanan pelanggan disiapkan sebentar.

Izz diam. Memerhatikan setiap bait-bait perkataan yang muncul.

"Takkan aku suruh diam, dia diam betul?" Soal Izz sendirian.

Terus saja dia berpusing-pusing di atas tilam. Menunggu balasan dari Zara tapi hampa.

5 minutes later...

Izz mengemam lolipop di dalam mulutnya.

Aish! Mana Zara ni?

10 minutes later...

Last seen at 11:25 p.m.

Izz membebel sendirian. Takkan dia majuk kot? Terus saja lolipop tadi dihabiskan dan di buang ke dalam tong sampah.

15 minutes later...

Izz membaca semula chat tadi berulang kali sehingga naik jemu. Sudah beberapa kali dia menguap.

20 minutes later...

Izz mulai kuyu. Jam hampir menginjak ke 12 malam. Mesej Zara masih belum di terima.

Ting!  Ting! Ting!

Laju saja mata Izz terbuka melihat notifikasi tersebut.

Your battery is 20% running low. Get your phone charge now.

Izz mencebik. Terus saja dia menutup henfonnya. Dia terus menuju ke suis lampu. Suis dimatikan lalu bilik kembali gelap.

Mungkin Zara dah tidur kot.

Dia mengambil henfonnga lalu di cas dan di letakkan di atas meja. Terus saja dia menuju ke tilamnya.

Ting!  Ting!  Ting!

Izz menjeling seketika henfonnya yang berada di atas meja. Berfikir seketika.

Airin? Entah-entah orang lain. Tapi kalau Airin macam mana? Terus saja Izz bangun dari tilam.

Henfon miliknya di dekati.

2 message from Airindu Gangster 😥

Mata Izz terus bersinar. Kerusi ditarik lalu henfon di ambil.

From: Airindu Gangster 😥

Last seen at 12:05 a.m.

Minion dah tidur ke?

Kalau dah tidur goodnight 🌚

"Arggghhhh!!!! Menyesal aku tutup tadi!!!!" Jerit Izz kecil.

Terus saja mesej tadi di balas.

Airindu Gangster 😥

Mana ada tidur...

Awal lagi la...

Seriously?

Kenapa tak tidur lagi?

Tunggu kau balas la ☺

Ingat kau majuk tadi 🙁

HAHAHAHAHAHAHA

MANA ADA MERAJUK
KAU NI OVERTHINKING
BETULLA 😂😂😂

Mana ada overthinking 😌

Takut kau majuk je... hmm 😶

Hesy kau ni tomel tangat la... 😅

Aku tengah kerja la ni...

Pergi tidur sana 😪

Nanti mata macam panda 🐼

Ouh... kerja...😰

Sorry kalau kacau 😝

Sibuk ke?

Tak la...

Kau ni memang tak
Reti tidur awal ea minion?

Dah lewat dah ni...

Tak boleh tidur kalau
Tak de awak 🌚

Hei.

----------|
                    |
  Loading...  |
                    |
----------|

Dah pi tidur sana 😒

Last seen at 12:20 a.m.

Izz menunggu gambar yang di berikan Zara.

Perlahan dia tersengih sendirian. Gambar sebelah anak mata Airin yang cantik.

"Umaigoodd!!! Dia bagi gambar la ~" ucap Izz perlahan.

"Izz? Apesal tak tidur lagi? Dekat pukul satu ni. Tu phone tu. Apesal time cas buat main? Kan bahaya tu! Main phone dalam gelap pulak tu. Kalau rabun Izz naik lagi macam mana? Hesy! Budak ni" bebel Puan Maria di depan pintu.

Izz terus menutup henfonnya. Terkejut barangkali dengan sergahan Mamanya.

"Ma... mana ada... Mama.. Izz nak tidur la ni... cuma nak cas phone tapi cikgu mesej hw. Jadi Izz tengok la phone kejap. Hehehe" ucap Izz menipu.

Puan Maria merenung anak mata Izz. Perlahan dia mengeluh kecil.

"Ye la... dah la pergi tidur sana. Hw tu esok boleh buat. Esok kan cuti lagi. Dekat pukul 1 ni" ucap Puan Maria lalu menutup pintu.

"Ye Ma!" Ucap Izz perlahan.

Izz terus membuka henfonnya kembali. Suis yang mengecas henfonnya di matikan sebentar.

Perlahan dia melirik ke arah pintu. Pintu dikunci dahulu kerana tak mahu Mamanya buat spot check. Pantang kalau tengok anaknya tidur lambat.

Izz berjalan menuju ke katilnya dan berbaring. Terus saja dia membalas mesej Zara.

To: Airindu Gangster 😥

Mata sape tu?

Kenapa mata? 👀

Zara membuka henfonnya saat henfonnya bergetar. Perlahan dia membalas.

Itz Minion  🐣

Pandanglah aku...

Renung kan mataku...

Kau tak tidur lagi nanti dia
muncul sebelah kau 👻

Airinnnn 😨😨😨

Bella duduk di sebelah Zara. Melihat Zara yang tersenyum kecil membuatkannya curiga.

Bella mengintai sedikit di henfon Zara.

"Hmmm dah bahagia mana nak ingat kita kat sini" ucap Bella muncung.

Zara terus memandang Bella di sebelahnya. Satu sengihan di tayangkan Zara.

"Mana ada... aku chat biasa aje dengan dia" ucap Zara perlahan.

Bella merenung anak mata Zara.

"Hmmm ye la tu biasa. Cepat la... sape dia? Lelaki ke perempuan? Budak mana?" Soal Bella teruja.

Zara yang sedang berbalas mesej dengan Izz terus terdiam. Perlu ke dia bagitahu semuanya kat Bella?

"Lelaki. But kitorang kawan je la... mana ada spesial..." ucap Zara perlahan.

Bella mengecilkan matanya. Zara terus merenung henfon miliknya saat Zara menaip sesuatu.

Airindu Gangster 😥

Typing....

Izz menunggu mesej Zara dengan penuh setia. Satu notifikasi masuk.

Your battery is 5% running low. Get your phone charge now.

Mata Izz terus menjeling notifikasi tersebut. Dibuang dari pemberitahuan henfonnya.

"Kau ni kacau je la! Aku baru nak bahagia sikit. Tahu lah kau single" gumam Izz sendirian.

Zara terus menjarakkan henfonnya dari pandangan Bella. Bella membebel sendirian.

"Okay. Tak nak cakap tak pe... nanti last-last dapat kad khawin dari kau aku tibai kau cukup-cukup" ucap Bella geram.

Zara tergelak kecil.

"Come on Bella. Even aku macam gini pun, aku nak kena cari lelaki yang baik juga. Yang boleh bimbing aku. Mana boleh main sauk je memana" ucap Zara lagi.

"Ye ke?...." Soal bella lagi.

"Ye la... sebab... aku dah janji dengan ayah aku yang kalau aku dah jumpa calon yang sesuai untuk aku, aku nak tinggalkan semua benda ni. Aku akan make sure yang tak de sorang pun ahli keluarga aku akan ada kat sini even ayah aku sekalipun" ucap Zara lagi.

Bella diam. Zara terus memandang Bella di sebelahnya.

"Come on Bella! I gonna bring you along!" Ucap Zara sambil menepuk bahu rakannya.

Bella mengeluh kecil. Wajah Zara di pandang.

"Kau pasti ke boleh keluar dengan selamat?" Soal Bella perlahan.

Senyuman Zara terus mati. Terus saja wajahnya menunduk. Henfon di matikan sebentar.

"Belum cuba belum tahu kan? Lagi pun aku dah tekad Bella. Aku dah serik dengan benda ni" ucap Zara perlahan.

Bella hanya tersenyum kecil.

Izz berguling di atas tilamnya. Melihat henfonnya lagi. Tiada mesej baru dari Zara.

Last seen at 12:49 a.m.

"Cepatlah Zara... lambatnya kau ni..." ucap Izz sendirian.

Zara memandang lembut wajah Rakannya.

"Don't worry... kalau betul aku dapat keluar, aku janji aku akan bawak kau sekali okay. Kita sama-sama tinggalkan tempat ni okay" pujuk Zara lagi.

"Okay.... aku tahu kau kawan terbaik untuk aku" ucap Bella sambil tersenyum.

"Okay. Dah la aku nak sambung chat kawan aku. Nanti dia merajuk pulak aku lambat balas" ucap Zara lembut.

Bella mencebik. Terus saja bahu Zara di tolak lembut.

"Kau memang kan? Dah ada kawan baru terus lupa aku" ucap Bella muncung.

Zara tergelak kecil. Terus saja bahu Bella di peluk.

"Mana ada la! Aku sayang kau la gila!" Ucap Zara lembut.

Perlahan Bella tersenyum kecil.

"Ye la... dah la. Aku nak pi sana jap. Kau jangan asyik main phone je... nanti boss nampak habis kau" ucap Bella lalu bangun.

"Ye ye..." ucap Zara lembut.

Setelah kelibat Bella hilang. Zara terus membuka henfonnya. Satu persatu jarinya menekan skrin henfon menaip sesuatu.

Mata Izz terus segar saat typing muncul di bawah nama Zara. Terus saja Senyumnya melebar.

Samsung

Gelap.

Izz terdiam.

"WAARRRRGGGGHHHH!!!! AKU TAK SEMPAT BACA MESEJ AIRIN LAGIIII!!!!!" Ucap Izz perlahan.

Henfonnya di campak di tepi tilam. Terus saja dia berguling di atas tilam tanda protes. Bantal juga menjadi tempat dia melepaskan geram.

Pintu bilik di ketuk.

"Izz, kamu tak tidur lagi?! Ni nak jadi burung hantu apa ni? Tutup henfon tu sekarang sebelum Mama rampas!" Marah Puan Maria dari luar.

Izz terdiam.

"Baik Ma" ucap Izz perlahan.

"Jangan baik je. Tidur sekarang. Sekali lagi Mama dengar Izz bising-bising lagi Mama rampas phone tu" ucap Puan Maria lagi.

Izz mengeluh kecil.

Macam mana Mama boleh dengar pulak aku cakap? Kan aku cakap slow jeee!!!!

"Ye Ma.... Izz nak tidur la ni.... Goodnight Mama! Mimpi Izz tau nanti. Muah! Lebiu!" Ucap Izz lalu tertawa kecil.

"Argh! Bodek je lebih tak nak bagi Mama marah. Dah tidur" ucap Puan Maria lalu beredar.

Izz menggeliat kecil. Terus saja dia bangun lalu mengecas semula henfonnya. Katil di tuju lalu di betulkan sedikit cadarnya.

Terus saja dia berbaring dan melelapkan matanya.

Zara berhenti seketika.

Aik? Tadi online... ni tetiba dah last seen... dah tidur kot.

Jari Zara terus saja menaip sesuatu. Butang send ditekan.

To: Itz Minion 🐣

Goodnight Minion comel. Tidur elok-elok 🌚

Zara terus menyimpan henfonnya di dalam kocek. Terus saja di mengemaskan sedikit di kaunter depan.

Tanpa dia sedar. Ada sesuatu yang memerhatikannya dari jauh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro