30 》 Denda

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz terus masuk ke kelasnya saat waktu rehat habis. Kerusi miliknya ditarik lalu buku diletakkan di atas meja.

Izz memandang wajah rakannya.

Aik? Apesal diam? Tadi punyalah macam beruk diorang gelak sampai aku je terus sunyi.

"Kenapa... diam?" Soal Izz pelik.

Rizal menyiku lengan Nizam. Mereka berbisik sesmaa sendiri.

"Kau lah tanya!"

"Kau yang nak tahu sangat kan? Apesal aku pulak?"

"Kau la! Kau kan rapat ngan dia"

"Wei! Cakap je la. Kenapa?" Soal Izz geram.

Nizam dan Rizal terus diam. Rizal menyiku lengan Nizam. Nizam menjeling rakannya. Nizam mengeluh sebentar.

"Kitorang ni... bukan nak sibuk hal kau. Tapi... benda ni dah mula menimbulkan rasa pelik dalam lubuk hati kitorang yang paling dalam..."

"Kau ni straight to the point je la! Sibuk citer pasal hati kau wat pe" ucap Rizal geram.

Nizam mendengus geram.

"Okay la! Kitorang just nak tahu je yang kau dengan Zara tu ada something ?" Soal Nizam perlahan.

Izz hanya menghela nafas panjang.

Aku ingatkan ape benda lah diorang dok bergaduh apa la tadi. Rupanya pasal Zara ngan aku.

"Mana ada apa-apa. Kitorang kawan je la" ucap Izz lembut.

Rizal dan Nizam berpandagan tidak percaya. Wajah Izz semakin pelik.

"Seriously kau kawan ngan dia?" Soal Rizal pelik.

Perlahan Izz mengangguk. Rizal dan Nizam terdiam.

"Kenapa? Salah ke aku nak kawan ngan perempuan?" Soal Izz pelik.

"Salah tu tak salah... tapi... kau tahu tak..."

Belum sempat Nizam menghabiskan ayatnya, Ketua kelas terus menyampuk.

"Class! Stand up!" Ucap Hairi ketua kelas.

Semua mata melihat ke arah Cikgu Zul yang mulai melangkah ke dalam kelas.

"Nanti la korang sambung" ucap Izz perlahan.

Nizam dan Rizal mengeluh kecil. Terus saja mereka berdiri mengikut arahan ketua.

... a few minutes later ...

"Finish up your exercise today. I gonna kept it on your student file and 5 Adil study progress. Do your best and DON'T MENGELAT-NGELAT EA! Kalau saya tahu awak macam ada tiru kawan 100% awak buat balik semasa perhimpunan. Ada faham?" Soal Cikgu Zul panjang.

"Kalau bincang?" Soal seorang murid perempuan.

Cikgu Zul menayangkan muka kelat yang sememangnya di ketahui maksudnya.

"Ye la! Tapi jangan bising. Rotan saya ni dah lama tak makan" ugut Cikgu Zul sambil menunjukkan rotannya.

Satu kelas diam. Sememangnya cikgu Zul baik tapi tak sampai 5 minit mood garang dia datang lagi.

Terus saja kertas diedarkan. Nizam dan Rizal berbisik sesama sendiri.
Sudah pasti mendatangkan rasa tidak suka pada hati Izz.

Akan tetapi dibiarkan aje. Mungkin tak mahu dirinya tahu kot. Izz terus saja memulakan mengasah otak tentang add math.

Aku anak pinter. Sekejap je dah penuh. Patut lah budak cendawan bagi aku nama Abang Idola.

Akan tetapi terasa juga di hati Izz ingin mengetahui apa di bualkan rakannya.

Apa benda lagi dorang bisik-bisik ni? Nak ngumpat ajaklah aku sekali... aku pun nak dengar!

"Korang bisik apa?" Soal Izz.

Rizal dan Nizam diam. Rizal menyiku lagi lengan Nizam. Nizam menjeling wajah Rizal.

"Kau ni asyik aku je tanya kau la pulak!" Ucap Nizam tak puas hati.

Rizal mencebik. Terus saja dia memperbetulkan kedudukannya. Kertas di atas meja dialihkan ketepi.

"Kitorang ni bukan apa tau Izz. Kau tahu kan Zara tu macam mana kat sekolah? Cakap ngan orang pun tak nak. Dengar suara dia pun susah. Apa lagi engkau yang... kecik .... comel ni boleh dekat dengan dia?" Soal Rizal panjang.

Izz menggulingkan matanya. Aish! Dah sehati dengan Zara dia pun dah pandai main golek-golek mata ni.

"Dia tu...."

Ayat Izz terus terhenti saat Cikgu Zul melewati meja mereka. Rotan sentiasa ditangannya.

Dia mengintai kertas Izz. Uish! Penuh! Kertas Rizal dan Nizam di tenung.

"Baru tulis nama dengan tarikh? Tadi sembang macam dah siap" ucap Cikgu Zul perlahan.

"Kitorang... tanya Izz. Macam mana nak buat. Hehehe kan Izz? kan?" Soal Nizam sambil menyiku lengan Izz.

Terus saja Izz mengangguk mengiakan ayat Nizam. Cikgu Zul merenung ketiga orang anak muridnya.

"Okay. Make sure you'all control your voice okay. Everybody choose to be silent" ucap Encik Zul lalu berlalu pergi.

Mereka bertiga menghela nafas lega. Terus saja Nizam menyiku lengan Izz lagi.

"Dia apa?" Soal Nizam tak sabar.

Izz berdecit perlahan. Dah kena warning tadi pun masih tak serik lagi?

"Cikgu tengok kot! Nanti la citer pasal dia" ucap lalu mencapai kertas miliknya.

"Come on Izz! Cikgu tak de pa pe la... mula-mula dia memang cam tu tapi dia seriously okay" ucap Rizal pula.

Izz mengeluh kecil nama je budak kelas A tapi degil mengalahkan budak-budak yang selalu keluar masuk bilik disiplin.

"Okay. Dia tu pada aku tak de la macam korang cakap. Dia okay je layan aku. Tak de pun nak marah-marah" ucap Izz lagi.

Nizam dan Rizal berpandangan sesama sendiri.

"Kau pakai ilmu apa dok sampai dia boleh barcakap ngan kau?" Soal Nizam terkejut.

Izz tertawa kecil. Dah tua pun merepek!

"Mana ada pakai Ilmu apa-apa. Aku just tegur dia cam biasa dan... dia... okay je... siap borak gelak-gelak lagi ngan aku" ucap Izz lagi.

"SERIOUS AH?"

Pap!!

Pap!!

Pap!!

》》》》》》♡《《《《《《

Izz mendengus geram. Sebab budak dua ekor ni sembang kuat sangat aku yang tak de apa-apa ni jugak yang kena.

Kerusi diangkat diatas kepala. Sorang hujung, tengah dan tepi kelas. Tak! Bukan dalam kelas tapi luar kelas!

Muka jangan cakap la! Kelas aku dah la famous sebab dekat dengan perpustakaan kat tingkat atas.

Izz menurunkan sedikit ketinggian kerusi tersebut. Tangannya sangat lenguh.

Izz menoleh ke kiri. Kelihatan Nizam yang berada ditengah dan Rizal yang berada di hujung seperti tenang saja. Mungkin sudah biasa di denda begitu.

Izz mengeluh. Matanya memerhatikan persekitarannya. Kelihatan ada seseorang yang cukup di kenalinya sedang menaiki tangga menuju ke tingkat atas kelasnya.

Izz terdiam.

Aduh! Malu aku kalau dia nampak aku kena denda!

Izz terus menyorokkan wajahnya di bawah kerusi. Mengharap agar gadis itu tidak memandangnya.

Zara tersenyum kecil.

Aduhai! Minion aku kena denda? Mesti ikut perangai aku ni!

Terus saja Zara melangkah ke arah Izz. Niatnya hendak menuju ke tingkat tiga. Tapi memandangkan ternampak minion kena denda why don't I say some Hello?

Izz diam. Rizal dan Nizam yang melihat Zara menghampiri mereka terus memandang Izz.

Izz pelik.

Aik? Aku rasa macam dah lama aku menyorok apesal tak de orang lalu lagi. Izz terus memgangkat sedikit kerusi dan mengintai.

Damn! She almost close to me!

"Jangan letak kerusi atas kepala minion. Nanti rambut kau kotor" ucap Zara perlahan.

Terus saja Zara berjalan. Izz perlahan tersenyum kecil. Memerhatikan Zara jalan saja sudah cukup membuatkan Izz menyedari yang mereka cukup takut dengan Zara.

Sempat lagi Zara menjeling mereka yang memandang dirinya pelik.

"Psst! Izz dia cakap apa dengan kau?" Soal Nizam perlahan.

Baru saja Izz nak membalas, ada lagi yang menegurnya.

"Yang kat luar tu nak berdiri depan bilik guru ke?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro