31 》 Hasut & nama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seorang budak dalam lingkungan 18 tahun masuk ke kelab tersebut dengan wajah biasa.

Dua orang bodyguard yang menjaga pintu masuk menahan budak tersebut dari masuk ke dalam.

Gadis itu memandang tajam. Bodyguard tersebut tidak terkesan langsung dengan pandangan gadis itu.

"Tepilah! Aku nak lalu. Apa kelab ni mak kau punya ke?" Soal gadis itu kasar.

Bodyguard tersebut tersenyum sinis.

"Hei cik adik. Kelab ni memang mak aku punya. Kau blah la sana. Tengok muka kau pun aku tahu kau ni budak. Budak tak boleh masuk tanpa pengawasan orang dewasa. Fikir ni Wonderland?" Soal salah seorang bodyguard itu sinis.

Gadis itu berdecit geram.

"Apa kau ingat aku ni ada masa ke untuk semua peraturan remeh kau? Aku datang sini ada hal. Aku nak jumpa Tiger. Bukan biskut Tiger ye kerepot" ucap gadis itu sinis.

Bodyguard tersebut memutarkan bebola matanya. Geram barangkali dengan jawapan yang diutarakan gadis itu.

"Apa masalah kau ha budak nak jumpa boss kitorang? Dia tak suka sugar baby yang mentah cam kau ni" ucap bodyguard itu sinis.

Gadis itu menjeling geram. Suka sangat buat orang menyampah.

"Adalah masalah aku. Kau blah boleh tak? Apesal dia upah pengawal yang kerek, IQ tahap budak prasekolah cam kau ni?" Soal Gadis itu malas.

Mahu saja penumbuk digempal dan mahu di suakan pada gadis itu.

"Wo, wo, wo. Aku datang sini bukan nak gaduh la! Aku nak jumpa tiger je. Apa masalah kau ni. Salah ke aku nak jumpa dia. Nak kena ada appointment ke baru boleh jumpa?" Soal gadis itu geram.

Bodyguard tersebut menghela nafas panjang. Terus saja dicuit bahu rakannya agar disoalkan tentang gadis itu.

Terus saja salah seorang dari mereka bergerak menuju ke arah Tiger.

Idris mendengus kasar. Kad yang berada di tangannya di pandang geram.

"Cepatla... orang lain nak jalan jugak nii" marah orang yang berada di sebelah kanan Idris, Zach.

Idris diam. Dia tak mahu berkata apa-apa. Satu kad ditarik kasar lalu diletakkan di atas meja.

Zach tersenyum kecil. Terus saja semua kad miliknya di letakkan di atas meja.

King    king    A

Idris mendengus geram. Kad ditangannya di campak. Meja di tepuk kuat.

Rakannya yang lain hanya memandang dengan riak biasa. Mungkin sudah masak dengan perangai Idris yang panas baran.

"Aku tak puas hati! Aku nak main lagi sekali. Kalau tak duit aku tak bayar" ucap Idris geram.

Zach dan rakannya sudah tergelak sinis.

"Mana boleh bro... satu game..."

Zach memdekatkan badannya dengan meja.

"Satu pembayaran. Tak de ulangan, tak de main lagi sekali. Kalah itu kalah... nak menang bayar lagi la..." ucap Zach sinis.

Idris mendengus geram. Bodyguard tadi menghampiri Tiger.

Satu bisikan diucapkan ditelinganya menyebabkan wajahnya serius.

"Bagi dia masuk" ucap Zach mendatar.

Terus saja Gadis itu dituju dan mengiringnya masuk. Sempat lagi jelingan lidah diberikan pada bodyguard tadi.

Tiger dituju. Terus saja senyuman kecil dihadiahkan buat Tiger dan orangnya di situ.

"Baby... what's going on? Is there something wrong with my club overthere?" Soal Tiger prihatin.

Yang lain hanya diam memerhatikan lagak gadis itu yang selamba duduk di atas peha tiger.

"Nothing. Just miss you. Kenapa dengan kawan you yang sorang tu?" Soal gadis itu pelik.

Tiger memandang ke arah Idris yang masih lagi tak berpuas hati sambil meneguk beberapa cawan air 'ketenangan'

"Uh... he just loose the game just now... jangan risau pasal dia la... risau pasal I ni.." ucap Zach tak puas hati.

Gadis itu tersenyum kecil. Bahu Zach dipeluk erat. Wajah bengis Idris dipandang.

"I know you. Kau ni ayah Zara kan?" Soal Gadis itu sengaja.

Idris terus memandang gadis itu. Satu firasat pelik muncul di hatinya. Namun di diamkan saja.

Melihat Idris yang diam membuatkan gadis itu sedikit geram. Wajah Zach di pandang.

"You said that he loose the game right? I know something yang lebih interesting untuk dia, I ada plan. Itu pun... kalau dia nak la..." ucap gadis itu lalu meleret ke arah Idris.

"Apa kaitan aku dengan plan kau?" Soal Idris mendatar.

Gadis itu memperbetulkan kedudukannya. Wajah Idris dipandang tajam.

"Kau ingat janji kau dengan Zara dulu?"

》》》》》》》♡《《《《《《

Izz tersenyum kecil. Terus saja dia membawa sepinggan mee goreng menuju ke meja di hujung kantin.

Terus saja dia berlabuh bertentangan dengan gadis itu. Semua pelajar di situ terdiam melihat tingkah selamba Izz.

Hampir tersedak Zara melihat Izz di depannya. Akan tetapi ekspresi wajahnya di kawal.

"Minion? Kenapa.... duduk sini?" Soal Zara pelik.

Izz tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah Zara setelah dua hari bercuti.

"Saja. Asyik makan dengan diorang je. Aku tengok kau makan sorang sebab tu aku datang kat kau. Boleh kan?" Soal Izz lembut.

Zara memutarkan bebola matanya. Dia memandang sekeliling. Di jeling beberapa orang gadis yang sibuk memandang jelik terhadapnya.

"Minion... kau tak rasa rimas ke pandangan diorang?" Soal Zara malas.

Izz terus memandang sekeliling. Satu kantin yang bingit terus diam. Banyak mata memerhatikan mereka.

"Kau ajar aku untuk tidak mempedulikan sekeliling. Hidup dengan cara kau sendiri. Right?" Soal Izz selamba.

Zara mendengus kecil.

"Suka hati kau la kentot" ucap Zara malas.

Terus saja nasi goreng yang baru di beli tadi disua ke mulutnya. Izz menjeling geram dengan nama yang dipanggil Zara.

Hey! Aku minion la! Mana ada kentot!

"Kau belum baca doa lagi kan Rose?" Soal Izz perlahan.

Zara yang baru ingin menyuapkan sudu tersebut ke mulutnya terus terhenti. Wajah Izz dipandang pelik.

"Who Rose?" Soal Zara pelik.

Izz sudah tersengih. Zara meletakkan kembali sesudu nasi goreng yang mahu disua ke mulutnya di dalam pinggan.

"You're Rose. Pretty but full of pricks. Takkan aku nak panggil kau kaktus pulak?" Soal Izz lembut.

Zara diam.

Demam ke apa budak ni tetiba nak panggil aku Rose. Dah la sibuk nak tukar nama aku Zara jadi Airin sampai Faris pun majuk setahun ngan aku.

"Rose? Kenapa Rose? Airin sudah la" ucap Zara pelik.

"Ala... dah kau asyik panggil aku minion dengan kentot je. Aku nak juga panggil kau nama lain selain dari Airin. Lagipun Rose kan okay?" Soal Izz lagi.

Zara mengetap bibirnya. Geram barangkali dengan tingkah Izz yang dilihat mengada tahap beruk miang.

Lagipun dia dengan Izz hanya kawan biasa saja. Mengapa mahu nama manja macam kucing parsi ni?

"I don't want Rose. Airin or Zara only. Muktamad" ucap Zara malas.

Terus saja sudu yang berisi nasi goreng tadi disua ke mulutnya.

Izz mencebik. Merajuk mungkin pintaannya tak diterima Zara.

"Doa makan tak baca ke gemuk? Dah lapar sangat sampai lupa nak baca doa?" Soal Izz sinis.

Zara tersedak perlahan. Dia memperbetulkan sedikit tekaknya yang pedih dengan kepedasan nasi goreng.

Izz menghulurkan airnya tapi ditolak Zara. Zara berdehem beberapa kali untuk menyedapkan tekaknya.

"Apa kau cakap? Gemuk?!" Soal Zara geram.

Izz hanya mengeluh kecil.

"Ha! Memang gemuk pun! Dah la gemuk makan je la. Aku pun lapar ni" ucap Izz lalu menadah tangan membaca doa.

Terus saja mee goreng disua ke mulutnya tanpa mempedulikan jelingan Zara.

Izz menjeling untuk melihat Zara. Kelihatan gadis itu masih tak berpuas hati dengan situasi tadi.

"Makanlah gemuk! Nanti rehat habis kebulur kau dalam kelas" ucap Izz malas.

Zara sudah mulai geram.

Hei! Kau cakap ngan aku perempuan mana yang tak geram kalau dituduh gemuk sebarangan?

Aku kurus okay!

K . U . R . U . S .

Noktah!

"Suka hati kau je kan panggil aku gemuk? Nak aku belasah kau kat sini apa?" Soal Zara geram.

Izz memandang jelik Zara. Garfu yang digunakannya di letakkan di tepi pinggan.

"Dah kau tak bagi aku panggil kau Rose. So, gemuk is better for you" ucap Izz lembut.

Zara sudah mengetap bibirnya. Izz dipandang geram.

"Dah aku tak suka Rose. Stop calling me that dumb name!"

"Tak nak! Rose atau gemuk. Choose one"

"Airin atau Zara only!"

"Rose atau gemuk"

"Airin atau Zara"

"Fine! Gemuk!"

"Aku tak gemuk la! Kentot!"

"Yes, you're gemuk!"

"Ergh! Aku malas nak layan perangai kau"

"Okay. Gemuk"

"Bisinglah!"

"Mana aku bising gemuk. Kau yang gemuk ni yang bising"

"Woi! Kentot! Kau nak aku tumbuk kau ke?"

"Diam gemuk! Orang tengok kita ni"

"Eisy! Nama aku Nur Zara Airina. Mana ada gemuk. Aku sepak juga kau ni"

"...."

"Gemuk"

"Izz Haiqal!"

"Gemuk juga!"

"Ergh! Fine! Rose!"

"Yeay! Thanks Rose!"

"Aku sepak kau nanti kentot! Makan!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro