32 》 ajak dating & SN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz tersenyun kecil saat melihat perkataan online di bawah nama Zara.

Laju saja tangannya menaip sesuatu.

To: Airindu Rose 🌹

"Rose... jom keluar 😁"

Izz diam. Lantas saja butang delete ditekan.

"Too cliche'"  ucapnya sendirian.

Terus saja ayat baru ditaipnya lagi.

"Rose... lama kita tak keluar jalan-jalan. Jom spent time together 😊"

Ermmm...

"Nampak sangat aku nak ajak dating" gumam Izz sendirian.

Terus saja di padam laju ayat itu.

"Rose... aku rindu la nak jalan sesama. Jom keluar 🙂"

Izz diam sejenak.

"Dia tu dah la susah nak dengar cakap aku. Mahu aku kasi ayat sweet kena reject nanti" ucap Izz perlahan.

Terus saja dipadam ayat tersebut.

Last seen at 4:45 p.m.

Izz terdiam. Perlahan wajahnya masam.

"What the fish. Aku baru nak typing berani dia off dulu" ucap Izz geram.

Terus saja jarinya laju menaip.

To: Airindu Rose 🌹

Rose... minggu depan cuti penggal kau free tak?

Butang send ditekan. Izz diam sebentar.

Kenapa aku berat sangat nak fikir ayat manis sedangkan ayat simple pun dah okay.

Izz memandang Mesej itu. Rasa cam nak buang. Tapi... arh! Buang je la...

Belum sempat Izz menekan tong sampah satu mesej masuk ke henfonnya.

From: Airindu Rose 🌹

Cuti sekolah kan?

Free la kalau siang.

Nape?

Izz sudah tersenyum lebar. Terus saja dia membalas mesej tersebut.

Zara yang sedang sibuk mengemas biliknya terus terganggu dengan Izz.

Minion kentot 😧

Jom jalan-jalan 😊

Nak tak?

Pergi mana lagi kau ni?

Tak bosan ke asyik jalan je?

Ala... jomlah.

Cuma kita berdua je..

Boleh la Rose... 🙃

Pergi mana?

Mall

I'm gonna spent time with you

😁

Mall nak buat apa?

Bukan ada apa pun kat sana

😒

Teman aku beli buku

Please 🐣

Ajak la Mak kau sana

Tapi aku nak pergi
Ngan kau 🙃

Nanti boleh kita beli buku
Untuk SPM sesama 🙂

Kau fikir sweet?

😒

Sweet la...

Hehehehehe 🍭

Bolehkan my Airin Rose? 🌹

Sape je pergi?

Just two of us 😀

Kenapa kita dua je?

Dah tu takkan nak
Bawak kucing aku datang
Sekali? 😑

Fine! Tapi jangan lama
Sangat. Aku ada
Tanggungjawab kat umah 😬

Sehari je. Hari lain tak boleh

So choose your date perfectly 🔕

Izz sudah kembang. Perlahan tangannya menari di atas papan kekunci lagi.

To: Airindu Rose 🌹

Okay Rose !!! 😍

Nanti aku mesej nak pergi bila 🙃

Terus saja senyuman Izz melebar. O yeah! I'm gonna dating!

Laju saja mesej di balas.

From: Airindu Rose 🌹

Sekali lagi ada emoji love automatik cancel minion 🙍

Izz hanya membalas 'sorry 🤐' saja.

Haish! Mula-mula baik. Ni tetiba garang pulak.

Arh! Lantak lah! Yang penting aku dah ajak dia!!! Yang penting DIA SETUJU!!!!!

Izz terus saja bergolek di atas tilamnya. Inikah yang dipanggil keseronakkan berchenta?

Henfon Izz berbunyi lagi tanda mesej masuk. Segera Izz menoleh takut Zara mesej lagi.

Akan tetapi hanya kerutan di dahinya saja.

From: unknown number

Kau ni Izz kawan Zara kan?

Izz diam. Mesej itu diperhatikan sebentar.

Sape pulak ni? Macam mana boleh kenal aku?

Perlahan Izz membalas.

To:unknown number

Ni memang Izz.

Ni sape?

Baru saja Izz menekan butang send mesej sudah di balas.

Unknown number

Just kenal aku sebagai
SN

Aku nak tanya apa
Hubungan kau dengan Zara?

SN?

Aku tak de kawan
Nama pelik cam SN

Dan kenapa kau nak tahu
Pasal Zara?

Pasal aku kau tak
Payah sibuk.

Kan aku kata kenal
Aku sebagai SN

Apa kaitan kau ngan
Zara ha?

Aku takkan cakap dengan
Orang yang aku tak kenal

Lagi satu kau ni penyibuk
Tahu tak?

Kalau kau tak nak cakap
Pasal diri kau, aku pun
Takkan cakap pasal diri
Aku!

Fine! It's up to you.

Aku just nak cakap yang
Kau akan menyesal
Ada affair dengan Zara.

Sebab dia bukan apa yang
Kau tengok pada diri dia

Just wait and see

Izz diam apa masalah orang ni dok?

Terus saja dia bangun dari pembaringannya. Dinding menjadi tempat dia bersandar.

Mesej itu di baca berulang kali.

"Dia bukan apa yang kau tengok pada diri dia?" Soal Izz sendirian.

Mesej itu di baca berulang kali.

"Apa yang aku tak tahu pasal Zara?" Soal Izz risau.

Dia takut. Apa yang diucapkan oleh rakan sekolah mereka menjadi kenyataan.

Zara bukan pelacur, Zara bukan budak samseng, Zara bukan budak bermasalah di sekolah.

"Don't worry Izz. There just a bug who gonna worst your life"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro