33 》 The meaning of Rose 🌹

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz duduk di atas terowong di tepi taman. Sengaja dia menunggu Zara awal dari yang dijanjikan.

Hati cukup tidak senang. Berkali-kali dia menonton video yang baru diterimanya beberapa hari lepas.

...FLASHBACK ...

Izz terus mencapai henfonnya saat henfonnya bergetar. Pen di letakkan di tepi dan henfonnya di buka.

Kot-kot buah hati mesej ke...

Akan tetapi lain yang diharapkan lain yang muncul. Izz menekan nombor yang menganggunya haritu.

Satu video dan mesej diterima.

From: Sape ntah si SN ni

Cuba kau tengok weh. Aku rasa cam Zara.

Izz diam. Takut untuk membuka video itu. Tapi hatinya di cekalkan lalu ditekan saja.

Mata Izz membulat.

Seorang gadis berpakaian seksi sedang menari di kelab malam bersama seorang jejaka.

Pause ditekan.

Izz meletakkan henfonnya ketepi. Mengucap banyak kali dalam hati dengan perkara yang dilihatnya.

"Tak mungkin Zara! Dia cakap dia just jadi waiter je!" Ucap Izz perlahan.

Izz menanggalkan cermin mata separa bulatnya dan meraup wajahnya.

Henfonnya diambil kembali. Video yang berhenti itu di tenung lama.

Muka perempuan tu memang ada iras Zara. Tapi... tak mungkin Zara kot!

"Zara takkan buat benda cam ni. Dia gangster! Dan gangster takkan menari macam minah gedik!" Ucap Izz perlahan.

Terus saja mesej tersebut dibiarkan.

Nak tanya Zara? Mesti dia kecik hati. Tak nak tanya tapi muka ada iras Zara.

...ENDFLASHBACK...

Izz menanggalkan seketika cermin matanya. Kepala di urut lembut menenangkan hati yang bergelora.

Henfonnya di simpan di dalam poket. Malas mahu ambil pusing hal itu.

"Minion? Kenapa ni? Are you sick?" Soal satu suara dari belakang.

Izz terus menoleh. Kelihatan Zara dengan... ergh .... faham je la baju dia.

Zara terus mendekati Izz. Tempat sebelah Izz menjadi tempatnya duduk.

"Tak... tak de pa pe" ucap Izz lalu memalingkan wajahnya.

Dia tak mahu tengok dosa!

"Hey! Cakap je la. Mana tahu aku boleh tolong kau" ucap Zara lembut.

Izz diam.

Mana mungkin soalan aku boleh tolong kau.

"Tak de pa pe la. Jom la kita pergi. Nanti grab tinggal kita pulak" ucap Izz lalu turun dari situ.

Wajah Zara langsung tak dipandang. Zara sedikit terkesan dengan tindakan Izz. Laju saja dia mengejar jejaka itu.

Mereka mula berjalan beriringan ke depan taman. Melihat Zara di sebelahnya, Izz merendahkan sedikit topi hitamnya.

Dia segan dengan Zara. Dia tak selesa tengok Zara macam tu.

"Kenapa ni minion? Kau diam je... Aku ada buat salah ke?" Soal Zara risau.

"Tak de la... cuma... aku... tak selesa kau pakai cam tu" ucap Izz perlahan.

Takut nanti akan melukakan hati gadis itu pula. Zara memandamg pakaiannya.

Baju kemeja hitam pich lengan tiga suku tide in dan seluar jeans yang sedikit sendat. Butang bajunya bahagian atas dibiarkan sedikit terdedah. Rambutnya yang panjang di biarkan beterbangan di udara.

Perlahan senyumannya pudar. Tangan di silang di dada.

"Aku tak suka jadi hipokrit Izz. Ini diri aku. Walau macam mana pun ni tetap aku. Aku... aku dah tak boleh ubah diri aku. Aku dah selesa cam ni" ucap Zara tegas.

Izz mengeluh kecil. Wajah Zara yang masam dipandang sekilas. Topi di kepalanya di belakangkan sedikit agar wajahnya kelihatan.

"Tapi kalau kau tak cuba ubah, benda tu akan tetap selamanya di situ Rose. Kau tahu kenapa aku beria nak panggil kau Rose?" Soal Izz lembut.

Zara mulai menunduk. Langkahnya mulai perlahan.

"Kenapa?" Soal Zara perlahan.

"Sebab Mama aku cakap perempuan ni ibarat bunga Rose. Spesial. Ada banyak variasi warna. Cantik pulak tu. Tapi sayang. Dia ada duri yang melindungi dia" ucap Izz lagi.

Zara diam. Wajah Izz dipandang pelik.

"Jadi apa kaitan dengan aku?" Soal Zara lagi.

"Aku nak kau jadi macam Rose. Cantik tapi berduri. Tahu kenapa berduri?" Soal Izz lagi.

Zara mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Sebab duri tu la yang melindungi kecantikan Rose tu. Duri tu yang menghalang Rose tu dari dipetik oleh manusia sesuka hati.

Cuba bayangkan, kalau Rose tak de duri. Orang gila yang tengok pokok Rose tu pun nak petik Rose tu sebab cantik. Rose kalau dipetik lama-lama akan hilang wangi dia. Even kau jaga sebaik mana pun Rose tu dia tetap akan layu dan warnanya semakin pudar.

Berbanding kalau Rose yang ada duri. Orang takut nak pegang. Bila orang takut nak pegang, Rose tu akan selamanya mekar di pokok dia. Wanginya dan warnanya akan sentiasa menghiasi dia. Orang suka tengok Rose yang cantik dan wangi kan?

Cuba tengok bunga cantik yang tak de duri. Orang petik sesuka hati dan bila dah layu dibuang dalam tong sampah. Rose yang berduri akan terpelihara kecantikannya tanpa sentuhan manusia yang jahat.

Sampailah satu masa dia akan layu dengan sendirinya. That's why aku nak kau jadi Rose. Kau cantik Airin. Tapi kalau kau tak jaga kecantikan kau, orang akan gunakan kau sesuka hati. Sampai satu masa bila kau dah layu, orang akan buang kau. Aku tak nak kau jadi macam tu" ucap Izz panjang.

Zara diam. Mendengar sedikit butir bicara Izz yang sememangnya begitu masuk ke hatinya.

"Tapi benda dah jadi Izz. Aku dah lama pilih untuk jadi macam ni. Kau bukan tak tahu... aku ada kisah silam" ucap Zara perlahan.

Terasa serba salah dia dengan teguran Izz. Izz mengeluh kecil.

"Semua orang ada kisah silam Airin. Cuma kau je yang tak nak keluar dari kisah silam kau. Kau yang tak nak ubah diri kau menjadi lebih baik" ucap Izz lagi.

Zara hanya mengeluh kecil. Pondok bas menjadi tempat mereka duduk menunggu grab yang bakal tiba.

"Tapi macam mana... aku bukan tak nak ubah. Tapi aku tersangkut dengan kisah silam aku sendiri" ucap Zara perlahan.

Izz diam. Berfikir sebentar. Perlahan hoodie kelabu di badannya di tanggalkan. Hanya tinggal baju hitam yang berlengan pendek.

Terus hoodie tersebut diserah pada Zara. Zara hanya memandang pelik.

"Kita sama-sama ubah kisah silam kau. Buang yang tak sepatutnya ada dalam hidup kau. Tambah kemanisan yang perlu ada dalam setiap hidup manusia. Manusia boleh berubah. Cuma hati dan fikiran mereka je yang menghalang untuk diorang berubah" ucap Izz lembut.

Zara menghela nafas panjang. Beg galasnya dibuka. Terus hoodie milik Izz dicapai lalu disarung ke badan.

Izz tersenyum kecil. Dia tahu yang dia boleh mengubah Zara. Walau dia tak tahu apa kisah silam yang dimaksudkan Zara.

Sebuah kereta Myvi hitam berhenti di hadapan mereka. Izz terus saja menarik lengan hoodie Zara.

"Jom. Nanti lambat pulak"

"Aish! Sabarlah! Sabar kan sebahagian dari Iman"

"Eleh! Kau dah pandai ea perli aku"

"Jangan salahkan aku. Kau yang ajar aku okay"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro