34 》 Present

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara memandang Izz. Dalam kereta tadi dia hanya diam pandang keluar. Begitu juga sekarang. Diam.

"Minion... kita nak pergi mana ni?" Soal Zara sengaja.

Izz memandang Zara.

Baru nak bersuara. Aku ingatkan dia terasa dengan aku sebab tu aku pun diam je...

"Umm kita pergi kedai buku la. Macam yang dijanjikan" ucap Izz perlahan.

Zara hanya tersenyum kecil. Eskalator di naiki mereka berdua menuju ke tingkat 3.

"Kenapa kau diam aje tadi?" Soal Zara lembut.

Izz berfikir sejenak.

"Tak de pa pe. Aku just... tak nak la rosakkan mood kau arini. Kita kan keluar sebab nak enjoy sekejap. Lagipun lagi dua bulan nak SPM. Nak fokus study dah tak boleh Enjoy. Susah tau aku nak dapat kebenaran Mama bila dapat tahu aku nak keluar dengan perempuan" ucap Izz muncung.

Zara tersenyum kecil.

Untung ada Mama. Aku ni... Ibu aku pun tak tahu pergi mana. Entah ada lagi ke tak. Agaknya dia ingat aku lagi tak?

"Jangan berangan masa naik eskalator Rose. Nanti kau kena sedut aku tak tahu" ucap Izz memberi amaran.

Zara terus tersedar. Wajah Izz yang masam di berikan sengihan kecil.

"Sorry awak..." ucap Zara lembut.

Izz terus memandang ke arah lain.

Awak? Ew! Seram aku dia nak berawak awak dengan aku. Nasib ada topi. Tak nampak sangat blushing aku.

Mereka terus saja menuju ke kedai buku. Kedai buku tersebut memang sangat luas. Meliputi dari aspek pendidikan sehinggalah barang keperluan sekolah.

"Kau cari lah buku apa yang kau nak cari. Aku nak pergi sana kejap" ucap Izz lalu beredar ke arah Buku latihan Sains.

Zara diam.

Kejap! Budak pandai memang membosankan ke?

Zara terus saja berpecah. Dia menuju ke arah komik. Mana mungkin dia mahu keluar tanpa memberikan sesuatu untuk adiknya.

Setelah beberapa minit berpusing, Izz terus menuju ke arah Zara.

Haish! Minah ni kat sini rupanya.

Izz terus berhenti di sebelah Zara. Keluhan kecil dilepaskan.

"Kita datang sini nak beli buku. Bukan baca buku free" ucap Izz masam.

Zara terus memandang Izz disebelahnya. Sengihan kecil diberikan.

"Kat sini dia tak tulis pun beli dulu baru baca" ucap Zara lagi.

Izz mendengus geram. Buku di tangan Zara di capai lalu di letakkan di raknya semula.

"Memang la dia tak de cakap. Tapi kau faham-faham la sendiri. Ni kedai buku bukan perpustakaan. Dah la. Kau dah amik belum buku yang kau nak cari?" Soal Izz menukar topik.

Zara menunjukkan tiga buah buku komik di tangannya. Sekali lagi...

"Komik? Setengah jam kita kat sini tu je yang kau nak beli?" Soal Izz tidak percaya.

Zara mendengus kecil. Terus saja dia bercekak pinggang.

"Apa kau ingat aku datang sini lengang kangkung ke? Aku ada adik sekolah rendah kot. Takkan aku pergi berseronok sedangkan adik aku kat rumah macam tapai basi?" Soal Zara pula.

"Ye la ye la... tapi, sebagai denda, kau kena amik atleast satu buku untuk SPM kau. Nanti tak de la kau kat rumah macam tapai basi kan tak de wat apa-apa" sindir Izz pula.

Zara menarik mukanya tanda geram.

"Ye la... tapi satu je ea"

"Atleast satu Rose. Kau amik la dua"

"Satu"

"Dua!"

"Satu je la. Bukan aku buat pun"

"Usaha tanda kejayaan. Dua"

"Ye la! Sepuluh je terus. Semua subject senang!"

"That's my Rose!"

... on the way to home ...

Zara dan Izz berjalan beriringan menuju ke lorong rumah masing-masing.

Masih awal lagi baru 6 petang. Apa yang lambat sebab si Zara heret Izz pergi main game kat tingkat atas Mall.

Pastu buat drama pendek kat depan pintu masuk wayang. Pastu jalan-jalan sambil pergi mencekik sebab perut Airin menangis minta makan.

Hei! Kata nak enjoy! Kena lah enjoy bebetul!

Izz memandang Zara yang kelihatan sedikit letih.

Mana taknya satu mall tu kalau boleh nak tawaf banyak kali. Tu kalau aku tak heret suruh balik tak de nya dia nak balik sekarang.

Beg kertas yang spesial di pandang seketika. Nak bagi sekarang atau nanti?

"Izz, kau selalu ke balik lambat cam ni?" Soal Zara lembut.

Izz tersedar. Wajah Zara dipandang.

"Ermm sebenarnya tak pernah aku balik lambat cam ni. Paling lambat pun... dalam 5:30 gitu" ucap Izz perlahan.

Zara mengangguk tanda faham. Izz diam lagi. Perlahan beg kertas di hulur ke arah Zara. Wajah dipalingkan ke arah lain agar Zara tidak melihat wajahnya.

Langkah Zara terus terhenti. Izz yang memandang ke arah lain dipandang Zara.

"Apa ni?" Soal Zara pelik.

"Ambil je la aku bagi" ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum kecil. Suka dia tengok Izz yang malu-malu kucing itu. Perlahan dia menyambut huluran Izz.

"Thanks. Tapi... kenapa?" Soal Zara pelik.

"Saja. Kalau takde orang baru bukak tau" ucap Izz lalu berjalan laju.

Zara tergelak kecil. Nampak sangat minion malu dengan dia. Terus saja Zara mengejar Izz.

"Minion kenapa laju sangat jalan ni? Tunggu lah aku" ucap Zara lembut.

Izz hanya diam. Zara memandang wajah Izz yang ditutupi topi hitamnya.

"Wei minion" panggil Zara perlahan.

Malu-malu Izz mahu memandang Zara.

"Apa?" Soal Izz perlahan.

"Kau nampak hensem siot arini. Nampak cam budak-budak jaman now dengan topinya, baju hitam, speck separuh bulat, kasut sport. Series hensem aku cakap" ucap Zara sambil tersenyum kecil.

Makin menebal warna merah di muka Izz. Izz menggosok belakang lehernya tanda segan.

"Kau pun... nampak comel sebenarnya" ucap Izz kekok.

Zara tergelak kecil. Wajah Izz dipandang.

"Apa yang comelnya? Bukan kau tak suka ke aku free hair cam ni?" Soal Zara sinis.

"Tak la... bukan tu maksud aku. Kau nampak comel bila pakai Hoodie aku. Macam budak-budak" ucap Izz sambil tersenyum.

Topinya ditarik menutupi wajahnya yang mulai memerah. Zara tersenyum mendengar pujian dari Izz.

Teringat akan hoodie Izz yang masih tersarung di badannya.

"Ermm... minion, hoodie kau ni..."

Izz terus memandang Zara.

"Tak pe"

Zara diam.

"Kau ambik je la. Semangat untuk kau berubah. Aku harap kau dapat berubah jadi Rose yang paling terindah" ucap Izz lembut.

Zara tersenyum kecil. Dia cukup suka dengan perwatakan Izz yang lembut. Ehem! Bukan lembut yang tu okay!

Zara menyarung kembali hoodie di badannya. Matanya terus memandang kehadapan. Seorang lelaki yang berdiri si singboard simpang jalan menaik kan sedikit darahnya.

Terus ditarik lengan Izz agar mengikuti jalan lain. Hoodie terus ditarik menutupi wajahnya.

"Eh?! Kenapa ni? Kita nak pergi mana?" Soal Izz pelik.

"Shhh!" Marah Zara.

Izz diam. Terasa sedikit takut apabila wajah beku ditonjolkan Zara. Langkah Zara terus terhenti. Seorang lelaki yang berbaju hitam sedang menghampiri mereka.

"Alamak..." ucap Zara tanpa sedar.

Terus ditarik Izz agar menuju ke lorong kecil. Izz hanya diam saja. Dia juga sebenarnya agak takut melihat lelaki tersebut menghampiri mereka.

Langkah Zara terhenti lagi. Mereka seolah dikepung sekumpulan lelaki tadi.

Zara terus menarik Izz berpatah balik. Mereka terus menyorok di sebalik dinding.

"Airin... kenapa ni?" Soal Izz perlahan.

Zara yang sedang menghendap terus terdiam. Dia tak mahu Izz tahu tentang identitinya terlalu awal.

"Izz, kalau aku suruh kau lari, kau lari balik rumah terus tau. Jangan pandang belakang. Jangan fikir apa yang jadi kat aku. Faham?" Soal Zara serius.

Izz sedikit takut. Plastik yang berisi buku di pegang erat.

"Tapi... kau.."

"Dengar cakap aku kalau kau nak selamat! Ambik ni. Kau pegang dulu" ucap Zara sambil menghulurkan semula beg kertas pemberian Izz.

Perlahan tangan Izz menyambut. Zara tersenyum kecil. Terus di pandang lagi sekeliling mereka.

Line clear!

Tangan Izz ditarik agar diikuti Zara. Akan tetapi Izz menarik kembali tangannya. Zara mengeluh kecil.

Please minion jangan buat hal!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro