35 》 Gaduh

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Wajah takut Izz dipandang Zara. Hoodienya dibuka agar menampakkan wajahnya.

"Kenapa ni?" Soal Zara lembut.

"Sape diorang tu?" Soal Izz perlahan.

Zara mengeluh kecil. Dia menarik topi yang menutupi wajah Izz.

"Jangan macam ni minion. Sekarang ni dekat 6:30. Lambat kau balik, nanti kau kena bebel faham? Aku tak nak parents kau tanya macam-macam" ucap Zara lembut.

"Tapi diorang tu..."

"Percaya aku minion. Kita selamat kalau kau ikut cakap aku. Okay?" Soal Zara perlahan.

Izz mengeluh kecil. Zara mengusap lembut rambut hitam Izz sehingga sedikit kusut.

"Jangan risau. Aku selamat, kau selamat. Okay. Dengar cakap aku" pujuk Zara lagi.

Izz menghela nafas panjang.

"Okay. Tapi kalau jadi apa-apa kat kau macam mana?" Soal Izz lagi.

"Percaya aku minion" ucap Zara tegas.

Izz mengeluh perlahan. Terus saja Zara menyangkut kembali topi Izz dikepalanya.

Hoodie milik Izz ditarik menutupi kepalanya. Nasib Hoodie Izz ni jenis oversized. Jadi muatlah dengan dia yang sedikit besar dari Izz.

"Jom" ucap Zara lalu menarik lengan Izz.

Terus saja Izz mengikuti langkah Zara. Zara semestinya lebih berjaga-jaga.

Dia juga sedikit pening dengan situasi. Macam mana diorang tahu kedudukan Zara. Apa yang mereka mahukan lagi.

Dia lebih pentingkan keselamatan Izz kerana Izz bersamanya sekarang. Tak mahulah dia dituduh mencederakan anak orang.

Sudahlah namanya cukup buruk di taman ni. Takkan nak tambah lagi cerita pasal dia?

Setelah merasakan jalan agak selamat Zara terus saja berjalan laju bersama Izz.

Zara sedikit pelik.

Tadi bukan main setiap orang jaga kawasan. Ni tetiba kosong je. Argh! Lantaklah. Yang penting, Izz tak boleh tahu sape diorang.

"Airin... jangan lah laju sangat..." pinta Izz.

Tangan dia sudah erat memegang lengan Airin. Lantaklah orang nak kata apa. Yang penting keselamatan dia dan Airin.

"Relax minion. Kalau kita tak cepat sampai rumah, makin berisiko kita nak jumpa diorang nanti. Kau sendiri belajar kan? Darjah satu dulu. Rumah ku syurga ku" ucap Zara perlahan.

Izz mencebik.

Sempat lagi dia nak bergurau waktu cam ni. Aku tibai jugak minah ni.

Mereka hampir tiba di kawasan lorong menuju ke rumah Izz. Zara sedikit tenang mereka tak diganggu lagi.

Ni sebab dia ikut jalan tikus. Kalau ikut jalan besar memang sah la kena kesan ngan diorang.

Zara terus berjalan menuju ke lorong rumah Izz. Langkah dia terhenti. Dadanya mulai berdegup laju.

"Alamak..." ucap Zara perlahan.

Lima orang lelaki yang lengkap bersenjatakan peralatan untuk memukul mereka.

Izz pula memang sah la pucat. Mahu dia nak pengsan kat sini tengok semuanya tegap-tegap macam askar sedangkan dia dengan Zara macam dua ketul cacing yang tersesat.

Sekumpulan lelaki tersebut terus mendekati Zara dan Izz. Mereka berdua mengundur perlahan.

"Minion..."

Izz terus memandang Zara.

"Kalau aku kata lari, kau lari sekuat hati jangan pedulikan aku. Faham?" Soal Zara perlahan.

Izz terus menggeleng.

"Kau gila apa? Takkan aku nak biar kau sorang kat sini?" Soal Izz tak puas hati.

"Minion! Kita dah janji tadi. Percayakan aku dan kita berdua selamat" ucap Zara lagi.

Izz mulai rasa bersalah. Tak mungkin dia mahu meninggalkan Zara sendirian. Zara tu perempuan kot!

Seorang lelaki mendekati Zara.

"Zara, Zara, Zara. Haish... Lama tak jumpa bidadari syurga aku ni. Zara sihat?" Soal Lelaki tersebut lembut.

Zara hanya mendengus geram. Izz hanya diamkan diri. Dipegang erat lengan Zara.

"Pergi mati la dengan bidadari syurga kau tu. Kau nak apa datang sini? Aku tak de kacau kau kan?" Soal Zara sinis.

Lelaki tersenyum kecil. Rakannya yang dibelakang sudah ketawa kecil.

"Memang kau tak de kacau aku. Tapi aku dapat arahan untuk kacau kau. Sape budak ni? Adik kau ke? Hensemnya..." puji Lelaki tersebut perlahan.

Izz memang dah perangai cepat kembang bila puji. Zara menjeling geram.

"Tak payah sibuk hal aku la. Menyemak la kau sana" ucap Zara geram.

"Bukan menyibuk... tapi dia ni macam nampak sedikit spesial la dengan kau. Bakal suami ke?" Soal Lelaki tersebut lagi.

Zara berdecit perlahan.

"Kalau bakal suami pun apa salahnya. Ade aku menyemak dating depan rumah kau ke?" Soal Zara geram.

"Heh! Ada ke orang nak kau lagi Zara? Lepas..."

Terus saja satu tumbukan melayang ke wajah lelaki tersebut. Terkejut Izz dibuatnya.

"Jangan menyemak hal aku bang*ng!" Maki Zara.

Terus saja darah yang turun di bibir lelaki itu diusap lembut. Wajah Zara dipandang tajam.

"Jangan diam aje! Balas lah balik!!" Arah lelaki itu.

Kawannya yang lain terus mengejar Zara. Zara menolak tangan Izz yang memegang erat lengannya.

"Pergi lari sekarang!" Arah Zara.

Izz buntu. Dia tak mahu tinggalkan Zara. Tapi dia takut dengan semua benda ni.

"Tak! Aku tak nak!" Ucap Izz tekad.

Zara mengeluh kecil. Pisau yang memang tersedia di dalam poket seluarnya dikeluarkan.

"Aku kata lari, lari je la!!!" Jerkah Zara.

Izz tak de pilihan lain. Terus saja dia berlari meninggalkan Zara. Hesh! Lelaki sejati takkan tinggalkan perempuan!

Izz menyorok di sebalik dinding. Memerhatikan Zara yang cekap mengelak dari serangan mereka.

Sesekali melihat Zara di tumbuk dan dipukul membuat kan dia tak sampai hati. Zara perempuan!

Beg kertas yang ingin dihadiahkan Izz buat Zara dipandang. Mana mungkin Zara sempat membelek hadiah ini kalau Zara ada luka.

Ya Allah, kau peliharalah kami dari bala bencana. Kau lindungilah kami Ya Allah. Berilah kami pertolongan agar kami dapat beroleh kesenangan dalam mengharungi dugaan yang diberikan mu Ya Allah.

Izz memandang Zara. Teringat akan apa yang diucapkan Nizam Rizal tempoh hari.

Zara tu gangster sekolah!

Kitorang syak dia ada join group samseng jalanan

Kau tengok ni... aku rasa macam Zara

Sedang asyik berfikir soal Zara, dia tak sedar ada bahaya mendekatinya.

Zara yang melihat salah seorang mereka bersedia untuk memukul seseorang terus berlari ke arahnya.

Izz ni aku suruh lari dia nak juga duduk sini! Degil!

Zara lantas saja berlari ke arah Iz menumbuk lelaki tersebut. Terus saja dia tersungkur. Izz terkejut.

Wajah bengis Zara dipandang. Ada satu dua luka yang wujud diwajahnya.

"Aku suruh lari pahal kau kat sini?!" Tengking Zara.

"A... aku.."

Zara terus saja menarik lengan Izz. Mereka berdua terus berlari meninggalkan kawasan tersebut.

Lelaki tersebut hanya memandang dengan senyuman sinis. Henfonnya dikeluarkan dan nombor seseorang ditekan.

"Sarah, dia dah tengok Zara belasah kitorang"

"Okay. Payment pastikan masuk ye princess"

Hampir saja sampai di rumah Izz, Zara terus melepaskan tangan Izz.

Penat berlari di lepaskan di tepi jalan. Begitu juga Izz. Zara memandang wajah penat Izz. Hoodienya dibuka.

"Kau ni degil kan? Aku kata lari, lari la! Nasib tak jadi apa-apa tadi" ucap Zara geram.

Izz serba salah. Niatnya cuma nak tengok keadaan Zara saja.

"Aku... minta maaf. Aku cuma risaukan kau je" ucap Izz serba salah.

Zara mengeluh kecil. Terus saja dia menarik tangan Izz agar bangun dari situ.

"Tak pe la. Dah la kau balik la sekarang. Dekat pukul 7 ni nanti parents kau risau pulak" ucap Zara lembut.

Izz memandang wajah Zara. Sifat penyayang dalam diri dia memang tak boleh dipisahkan.

"Airin... muka kau..."

"Aku kata balik. Nanti parents kau risau. Dengar cakap aku boleh tak? Pasal aku kau tak payah risau la. Tahu lah aku jaga diri" ucap Zara mendatar.

Izz mengeluh kecil. Terus saja beg plastik yang dipegangnya tadi di bawa bersama.

Izz melangkah menuju kerumahnya. Dia memandang beg kertas yang ingin diberi Zara.

Terus saja dia berpusing. Macam biasa, Zara akan lesap sekelip mata. Terus saja Izz berjalan ke rumahnya.

Zara yang berada di sebalik tembok rumah terus memunculkan diri. Pagar rumah Izz dipandang.

Kau tahu terlalu banyak Izz pasal aku. Aku takut kalau kau terus dekat dengan aku kau akan bahayakan diri kau jugak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro