3 》 Jumpa lagi la awak...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz melajukan langkahnya apabila  semua pelajar di sekolah itu memandangnya pelik.

Ergh! Apa fasal semua orang tengok dia macam alien tersesat masuk bumi je?

Okay! Tak dinafikan aku memang tengah sesat sekarang ni. Tapi tolonglah aku!  HUAAA!!! Ni Mama punya pasal la! Minta teman je...

"Ala! Izz kan dah besar! Daftar sekolah tu sendiri boleh kan? Lagipun kitakan baru pindah sini. Mama nak kemas semua ni lagi, nak susun kedudukan perabot yang sesuai lagi. Dah la Izz sekolah, Papa pula kerja. Abang Hariz pula macam pelampung, tenggelam timbul je budak tu. Kalau Mama teman Izz esok, siapa nak kemas semua ni sampai siap?"

Izz mengeluh.

Apa aku nak buat ni? Argh! Jalan je lah macam biasa.

Entah kemana la yang dia tuju ini pun dia tak ketahui. Jangan dia tersesat sampai masuk kelas orang lain sudah.

Skreet!

Izz terus berpatah balik.

Peta sekolah! Pejabat, mana pejabat? Wait! Pejabat kat tingkat 2?!

Ergh! Kenapa jauh sangat? Apa fasal tak letak kat tingkat bawah je? kan senang aku nak cari.

Izz terus saja berjalan mengikut arah yang ditunjukkan peta tersebut. Sesudah mendaki tangga yang tinggi, Izz terdiam sejenak.

Kejap! Mana satu pintu pejabat? Apa fasal banyak sangat pintu ni? Argh! Rempuh je la memana. Kalau salah kan boleh keluar balik. Bukan diorang kenal aku pun!

Izz terus menuju ke salah satu pintu tersebut. Cuba nasib saja!

... sementara itu ...

Zara meletakkan susunan buku tersebut di atas meja Cikgu Suhaila.

Penyusunan buku di atas meja cikgu bukanlah disebabkan kerajinan dia yang luar biasa, tapi disebabkan dia tak boleh jawab soalan quiz otak tahap Albert Einstein yang dia tak faham seketul pun!

Setelah buku tersebut kelihatan sedikit kemas, terus saja dia menapak keluar dari bilik guru.

Belum sempat tombol pintu dipulas, sudah ada yang menarik dari luar.

"Oi! Mak kau! Eish! Terkejut la aku setan!" Marah Zara.

Tiba-tiba je dah ada muka yang dok terpacak kat depan pintu tu.

Kus semangat!

Izz yang mendengar ayat dari dari budak tersebut tak berpuas hati. Dia panggil aku apa?!

"Setan?! Oi! Kau buta ke? Aku ni manusia la!" Marah Izz pula.

Aku punya hensem dia panggil aku setan? Persoalannya, ada ke setan pakai speck mata dan sehensem aku?

Zara yang melihat wajah budak di hadapannya terus terdiam.

Kejap! Ni bukan budak yang sesat hari tu ke? Apa fasal dia kat sini? Takkan... DIA SATU SEKOLAH DENGAN AKU??!!

Jangan dia cam aku sudah! Aku ni dah la famous macam Lisa Blackpink. Aceceh! Tak adalah!

"Woi! Kau apa hal tengok aku macam tu? Aku tahu lah aku hensem"

Zara tersedar. Wajah jelik ditunjukkan buat si dia. Hensem?! Geli tekak oi!

"Ergh! Tak ada masa aku nak tengok muka kau yang acah hensem tu! Dah la, blah la sana! Tercengat kat sini macam tunggul buat apa? Bukan hensem pun!" Tangannya diangkat  menghalau Izz agar berpindah dari laluannya.

Ergh! Minah ni kecik besar, kecik besar je aku tengok dia ni!

"Nanti dulu! Sebelum kau blah dari sini, kau tunjukkan aku mana pejabat boleh tak?" Dia masih lagi berdiri tegak menghalang laluan Zara.

Zara terdiam. Perlahan dia tergelak kecil.

Pfft! Budak ni memang selalu sesat ke? Aduhai!!! Apa fasal la kau ni comel sangat bila sesat ha?

Nasib haram sentuh, kalau tak dah lama aku cubit pipi putih kau tu!

Zara mengambil peluang ini untuk membalas apa yang dibuat Izz pada luka di lengannya hari tu.

"Kau ni budak baru ke?" Soal Zara perlahan.

"Tak ada la! Aku sekolah sini dari zaman dinasour lagi" sindir Izz pula.

Zara mencebik. Dia ni kalau aku sesatkan dia baru tahu nak tergapai-gapai.

"Ergh! Main, main, main. Aku tanya betul -betulkan? Dah la sanalah!" Usir Zara lagi.

Izz terus mendepakan tangannya menghalang laluan Zara. Zara mendengus geram.

"Tunjukkan aku mana pejabat dulu baru aku bagi kau pergi"

Zara tercengang.

Dia ingat main depa tangan macam tu nak ajak aku main galah panjang ke? Dia tak tahu ke ni depan pintu bilik guru?

Ouh! Dia budak baru mana tahu.

"Ye! Ye! Dah kalau aku tak keluar macam mana aku nak tunjuk kat kau?"

Izz mendengus kecil. Terus saja tangannya turun. Dia memberi laluan pada Zara untuk beralih dari menghalang laluan masuk bilik guru.

Zara menarik bahu Izz agar memandang ke arah kanan koridor. Izz yang sememangnya pendek terus terikut akan tarikan Zara.

"Tu! Nampak singboard yang ada tulis P.E.J.A.B.A.T. besar gedabak kat atas pintu tu?" Jari telunjuknya diangkat menunjuk ke arah papan tanda di atas pintu yang tidak jauh dari mereka.

Izz mengangguk kecil menjawab soalan Zara.

"Ha! Tu lah pejabat sekolah! Mata dah empat pun tak nampak lagi! Dah la blah sana!" Tangan Zara terus menoleh bahu Izz agar jejaka itu terus beredar.

Izz terkesima.

Dia layan aku macam budak 7 tahun dok! Ergh! Jatuh martabat aku sebagai jejaka terhensem di dunia ni!

Izz menjeling geram wajah Zara lalu terus berlalu ke pintu pejabat yang tidak jauh dari mereka. Sebelum itu...

"Thanks! Walau aku tahu kau tak ikhlas" ucap Izz acuh tak acuh lalu beredar dari situ.

Zara mengukir senyuman sinis. Bukan Zara namanya kalau seharian tak mendengki orang.

... kalau jodoh tak kemana ...

Zara mengelap wajahnya yang basah dengan belakang tudungnya. Ini semua angkara Sir Rahim la ni!

Sempat pula dia kantoikan aku yang tengah elok menjamah ke ruangan mimpi sekejap sebab air cond kat makmal komputer tu, aish! Sejuk macam duduk kat Alaska!

Zara membetulkan sedikit tudungnya dan terus keluar dari tandas. Saat kakinya mula menuju ke makmal komputer kembali, matanya tertancap pada seseorang.

Dijeling tajam wajah budak lelaki tersebut sambil beredar pergi.

Izz hanya mencebik. Aku tahulah jelingan dia tu seram. Tapi janganlah buat kat aku!

Belum sempat Zara beredar, dah ada yang memanggil.

"Eh! Zara! Boleh tolong cikgu sekejap?" Soal Cikgu Suraya lembut.

Zara terus berpaling menghadap gurunya. Senyuman kecil diberikan.

Ooo budak acah gangster ni namanya Zara! Depan cikgu punyalah senyum dengan aku layan macam budak-budak!

"Ada apa ye cikgu?" Soal Zara sopan.

"Boleh tak Zara hantar budak ni ke kelas dia. Dia budak baru. Cikgu ada kerja sekarang ni"

Zara melirik ke arah Izz dibelakang cikgu Suraya. Satu pandangan kau-dah-lama-hidup-ke-budak?! diberikan kepada jejaka itu.

Izz membalas jelingan tersebut. Sudahlah gadis itu kerek! Geram dia dibuatnya!

"Booooleh je cikgu. Saya boleh je hantarkan. Lagi-lagi budak baru ni. Nak juga kenal-kenal kan?"

"Ouh! Baguslah! Izz, nanti Zara hantarkan kamu pergi kelas okay! Cikgu ada kerja ni. Kejap lagi nak mesyuarat"

Zara menarik senyuman sinis mendengar nama Izz. Hurmm boleh tahan nama dengan muka! Sesuai!


Izz mengangguk kecil. Cikgu Suraya terus beredar meninggalkan mereka berdua sendirian di situ.

Wajah Zara yang lembut terus bertukar bengis.

"Kau kelas apa?" Soal Zara malas.

"5 Adil"

Zara memandang Izz atas bawah.

Seriously budak kentot ni tingkatan 5? Aku ingatkan dia budak form 3 atau 4. Budak kelas A pulak tu!

"Kau pula kelas apa?" Soal Izz pula.

Zara tersedar.

"Adalah... kau kenapa nak tahu" Terus saja dia mengatur langkah untuk beredar.

Izz pantas mengejar langkah Zara agar kedudukan mereka sekata.


"Saja nak tahu! Kan Zara kan?"

Zara memutarkan bebola matanya menayangkan riak menyampah. Apa hal nak sebut-sebut nama aku?

"Ergh! Aku sama macam kau la!"

Izz berfikir sebentar.

"Jap! Maksudnya kita satu kelas la ni?"

Zara terhenti. Dia terus memandang Izz disebelahnya. Gelakkan sinis dikeluarkan dari mulutnya.

"Tak adanya aku nak satu kelas dengan budak macam kau. Dah la kau ni banyak tanya la!" Terus saja dia beredar dari situ mengikut laluan lain.

Izz yang perasaan akan pergerakan Zara terus menarik lengan gadis itu. Pantas gadis itu terhenti.


"Oi! Kau nak pergi mana tu? Tolonglah aku cari kelas!"

Zara berdecit geram. Terus lengannya ditarik kasar. Apa hal budak kentot ni tarik-tarik tangan aku? Dah la kat sekolah! Tak padan dengan nerd!

"Eish! Kau ni kenapa ha?! Lepaslah!" Marah Zara.

Pegangan tangannya pada lengan Zara terus terlepas. Zara mengusap lembut lengannya. Dah la luka hari tu belum baik sangat!

Izz diam sebentar. Dahinya berkerut mengamati suara Zara.

Aku... macam pernah dengar suara ni. Macam... Ha! BUDAK HOODIE ARITU!

Izz memandang wajah Zara mencari kepastian. Melihat tindakan Izz yang seakan mengenalinya, gadis itu terus mengatur langkah meninggalkan Izz disitu.

Izz lekas mengejar Zara. Langkah disekatakan dengan gadis itu.

"Kejap! Kau ni budak hoodie hari tu kan?"

Zara terhenti.

Dia cam aku ke? Jangan dia kenal muka aku sudah!

"A- Apa kau merepek-kerepek ni pepagi buta? Budak hoodie mana? Dah la kau ni banyak tanya la!" Zara membelok kesebelah kanan lalu tangga didakinya.

Izz mengejar langkah Zara.

Aku dapat rasakan yang Zara ni budak hoodie aritu! Tone suara dia sama masa aku first time jumpa dia!

"Kalau macam tu... kat taman kau ada tak budak yang baru pindah dua tiga hari yang lepas?" Soal Izz lagi.

Zara mulai cuak.

Aduhai! Kau ni otak janganlah pandai sangat! Malas aku nak menjawab!

"Er... ma- mana lah aku tahu"

"Ye ke? Ke kau budak hoodie hari tu tapi kau tak nak mengaku? Sebab tu kau layan aku macam budak darjah 2 kan?"

Zara mulai rimas dengan soalan yang diutarakan jejaka itu.

"Argh! Kau ni jangan merepek la! Dah la! Tu kelas kau! Kau pergi la sendiri!" Zara terus turun semula dari tangga tersebut.

Izz sempat menarik lengan Zara. Lantas Zara menarik kembali lengannya.

"Apa hal lagi kau ni?" Soal Zara rimas.

"Kau... tangan kau okay ke? Sakit lagi ke? Aku... minta maaf tau sebab tarik tangan kau aritu"

Zara memandang Izz. Nafas dihela panjang.

Dia ni... haih. Kenapa la kau ni prihatin sangat ha? Eish! Apa kau ni Zara? Lantak dialah nak prihatin sampai tahap mana pun!

"Ha ye la" ucap Zara perlahan.

Saat kakinya ingin melangkah, Izz memanggil lagi.

"Eh! Kejap! Nanti dulu! Kau tak tunjuk lagi kan mana satu kelas aku kan? Paling-paling pun hantar la aku sampai depan pintu"

Zara mengeluh. Terus saja dia naik tangga kembali diikuti Izz.

"Tu! Kelas ketiga! Dah! No more question! " ucap Zara lalu beredar dengan segera.

Nanti kena panggil dengan budak kentot ni naya aku! Lagi sekarang ni kelas Sir Rahim!

Kalau dia tahu aku tak masuk lagi mesti kena denda lagi sebab lambat masuk!

Izz terpinga. Argh! Tak pe la! Nampaknya aku kena buat semua sendiri. Well! Budak hensem kena berani ye tak?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro