4 》 Teman

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz berjalan perlahan keluar dari pagar sekolah. Langkah dilambatkan menandakan dia sememangnya kekurangan tenaga untuk berjalan pulang kerumah.

Haih! Alangkah bagusnya kalau Mama ambil setiap hari. Malangnya itu hanya khayalan semata-mata kerana sejak awal lagi Puan Maria suruh dia berjalan kaki perihal kedudukan rumah mereka yang dekat dengan sekolah.

Saat kakinya mula melangkah ke lorong menuju ke rumahnya, matanya tertancap pada tubuh seorang gadis yang cukup di kenalinya di pondok bas.

Buat apa minah ni seorang-seorang? Takkan tunggu jodoh datang.

Terus saja Izz menuju ke arah Zara yang duduk berseorangan di pondok bas tersebut.

"Hai Zara!" Sapa Izz ceria.

Zara hanya menoleh melihat gerangan yang berani menyapanya. Lihat sahaja wajah Izz, pandangannya terus ditoleh ke arah lain.

Apa hal pula budak kentot ni tegur aku? Haish! Kacau daun betul la! Aku baru aje nak berangan Jung Kook datang ambik aku sekolah tadi.

Izz yang melihat Zara berdiam saja terus berasa geram. Punyalah excited aku sapa dia, dia diam saja?

Sombong!

"Umm... kau buat apa sorang kat sini?" Soalan untuk menutup mulut cengkerik yang semakin memekak dikeluarkan Izz.

Zara sudah mengeluh. Dia sudah biasa bersendirian. Ini datang pula entah budak mana sibuk nak berkomunikasi dengannya.

Ajak borak pula! Argh! Layan je la... kau pun bosan kan tunggu budak lagi seketul tu keluar kelas.

"Tunggu adik aku la" Balas Zara acuh tak acuh.

Izz mengangguk tanda mengerti.

Baru aku tahu si Gangster ni ada adik! Agak-agak adik dia perangai samseng tak macam dia?

"Siapa nama adik kau?" Soal Izz lagi.

Zara menggaru pipi yang tidak gatal tanda rimas dengan soalan Izz.

"Adalah... kalau aku cakap, kau buka  kenal pun kan?"

Izz menjeling. Eish! Aku tanya je kan. Mana tahu aku kenal ye tak? Tak lama lagi kan aku nak famous.

-,- !

"Urmmm... Weh, jom balik sama- sama nak? Aku bosan la jalan seorang-seorang" pinta Izz.

Zara menoleh kesisinya. Dia ni ingat Tadika apa nak jalan sama- sama? Tak kuasa aku nak jalan dengan dia!

"Balik je la seorang-seorang. Bukan ada hantu pun"

"Ala... jom laaaa... Temankan aku je. Aku dah la tak ada kawan nak jalan. Boleh kan Zara?" Naik rimas Zara bila diasak dengan soalan sebegini.

Ergh! Aku rasa budak sebelah aku ni bukan budak form 5 tapi 5 tahun! Gedik dan manja sangat! Dah la buat suara comel!

"Aduh, kau ni! Jalan saja la seorang-seorang! Bukan ada penculik pun siang buta macam ni. Penculik pun tak hingin la nak culik budak tak hensem macam kau ni! Banyak lagi budak sekolah kita yang lagi hensem, lagi cantik, lagi comel dari kau"

Izz mencebik.

Dia cakap aku tak hensem?! Ergh! Tunggu kau. Aku famous nanti, muka kau sikit pun aku tak pandang la nanti!

"Okay! Fine! Aku balik jalan kaki sendiri je la! Biar kau duduk seorang-seorang kat sini! Hurgh!" Kaki dibawa melangkah meninggalkan Zara sendirian di pondok bas tersebut.

Zara tercengang.

Ada aku panggil dia datang teman aku kat sini ke tadi? Tak ada kan? Aku pun wak lek wak pis je duduk seorang-seorang kat sini. Apa kes tho budak tu?

Zara memandang figura Izz yang semakin hilang bersama bayangannya. Timbul pula rasa kasihan akan jejaka tersebut.

Dah la baru pindah sekolah sini dua tiga hari lepas. Lepas tu di kecewakan sebab tak ada kawan nak balik sama - sama. Haish! Sedih la kisah hidup kau ni.

Jam di tangan Zara di pandang sekilas. Rasanya lambat lagi kot Farish keluar.

Terus saja Zara bangun dan mengejar Izz yang semakin menghilang.

Izz memandang kesebelahnya saat merasakan ada seseorang mengikutinya. Zara yang penat berlari itu mulai berjalan perlahan menyekatakan langkah mereka.

Langkah Izz terhenti. Wajah penat Zara di jeling geram. Muka toya dikeluarkan Izz.

Huh! Tak nak kawan!

Terus saja melangkah laju meninggalkan Zara.

Zara terpinga. Langkahnya terus terhenti.

Kejap! Dia berhenti sebab nak tunjuk muka toya dia? Eish! Budak-budak betul budak ni!

Terus saja dia berjalan di sebelah Izz. Izz yang menyedari gadis itu di sebelahnya lagi terus menjeling geram.

"Kau buat apa ikut aku? Tadikan kau nak sangat duduk sana" Marah betul Izz dengan Zara.

Gadis itu tersenyum sinis memandang Izz.

Aish! Marah ke abang oi!

"Kenapa? Aku tak boleh ke jalan sebelah kau? Kalau kau tak nak aku teman kau balik, aku boleh pergi sekolah balik" Kakinya terus menukar haluan berura-ura mahu beredar.

Izz terus saja menarik lengan Zara tidak membenarkan gadis itu beredar. Zara tersenyum kecil.

"Tak payah! Kau kata nak teman aku sangat kan?"

Terus saja Zara berjalan di sebelah Izz. Pegangan tangan di lengan Zara dilepaskan.

Namun, suasana yang sunyi membuatkan kedua-dua mereka berasa janggal. Izz menoleh ke arah Zara.

Entahlah. Tiba-tiba dia rasa cepat selesa dengan Zara walhal sebelum ini dia tak pernah tegur pelajar perempuan meskipun buah hatinya!

Teringat pula akan kejadian beberapa hari lalu ketika dia baru sahaj mendaftar masuk ke sekolah itu. Hari dimana dia menyakiti lengan Zara buat kali yang ketiga.

Agak-agak bagaimana rasanya dilukai sedemikian rupa? Adakah rasanya seperti anda menjadi ironmen? Atau menikmati odading yang kelihatan begitu enak dimatanya ?

"Umm... Zara, aku nak tanya kau boleh?" Soal Izz lembut.

Zara memandang pelik wajah Izz. Apa pulak budak kentot ni nak tanya?

"Apa?" Acuh tak acuh sahaja Zara membalas.

"Kenapa masa hari tu, kau mengelak masa aku tanya kau pasal budak hoodie tu? Ke... budak hoodie tu memang betul kau?" Soal Izz lagi.

Zara mengeluh. Apa fasal pula soalan ni yang keluar dari otak dia?

"Kalau ye kenapa?" Soal Zara malas.

"Tak- tak ada apa-apa"

Kenapa dia ni sometimes menyeramkan ha? Tanya la elok-elok!

"Umm.. Zara, aku... nak tanya lagi boleh?"

Zara memandang Izz. Apa hal budak ni sopan sangat? Aku pula yang serba salah sebab layan dia macam budak hingusan.

"Apa lagi?" Pipinya yang tidak gatal digaru tanda rimas dengan soalan Izz.

"Umm... tangan kau tu... kenapa hari tu aku tarik tangan kau, kau macam... sakit? Lengan kau ada luka ke?"

Langkah Zara mulai perlahan. Kepala ditundukkan memandang jalan tar yang dipijaknya.

Perlu ke aku bagitahu kau? Atau aku patut mengelak macam yang nasib orang lain sebelum ini?

Tapi... haih, kenapalah kau ni prihatin sangat kentot? Serba salah pula aku nak menipu kau.

"Haah. Memang masa tu lengan aku luka. Kenapa kau tanya?"

"Saja tanya. Sebab... muka kau macam tahan sakit. Teruk sangat ke luka tu? Macam mana kau boleh luka?" Soal Izz lagi.

Errr... sesapa tolong kutip dia letak dalam mesin buat soalan periksa.

"Adalah. Kenapa kau nak tahu sangat? Aku kan tak ada kena mengena dengan kau" ucap Zara malas.

Izz mencebik.

Aku tanya elok-elok dia berahsia pula!

Zara yang melihat Izz memuncung terus tersenyum kecil. Dia ni kuat merajuk lah!

Zara mengerling jam tangannya.

Dekat 2:30! Nanti Farish tunggu aku pula. Takkan aku nak teman budak kecik ni sampai rumah dia?

Ha! Aku ada idea!

"Izz. Tali kasut kau tercabut" Zara hanya berlalu pergi meninggalkan Izz yang terpinga.

"Ha?" Izz terus memandang kasutnya.

Eh? Macam mana boleh terbuka? Bukan aku dah ikat ketat ke tadi?

"Weh! Tunggu aku jap!" Badan dibongkokkan untuk mengikat tali kasutnya.

Setelah siap, terus saja dia bangun.

Eh?! Mana Zara?

Mata Izz meliar memandang sekeliling mencari kelibat gadis itu. Hanya dia saja yang berada di kawasan perumahan itu.

Takkan hilang lagi? Masa hari tu pun kalau tak silap aku dia hilang kat sini juga!

Kenapalah Zara suka tinggalkan dia secara tiba-tiba? Penat la dia kalau asyik kena macam ni.

Izz mendengus geram. Terus saja dia berjalan pulang. Lagipun rumahnya sudah tidak jauh dari situ.

Setelah kelibat Izz menghilang, Zara menghela nafas lega.

Nasib budak tu mentah lagi!

Terus saja Zara memanjat pagar rumah kosong tersebut. Dia mengintai sedikit ke arah lorong yang menuju ke rumah Izz.

Kelihatan Izz sudah menghilang. Mungkin dah masuk rumah dia kot. Pantas saja dia berlari menuju ke sekolah semula.

Mampush aku kalau tinggalkan si Farish tu tercengat seorang-seorang kat situ. Walaupun dia adik aku, dia tu berani juga nak bebel kat aku macam mak nenek.

Aish! Nasib aku sayang budak seketul tu.

"Ha! Kau ni pergi mana ha?! Kata aku ni over sangat nak study group kat kelas sampai 2:30! Sekarang ni siapa yang lembab? Aku ke kau? Lama aku tunggu kau tahu tak?!" Marah Farish.

Zara yang baru sampai menghela nafas panjang. Relax Zara!

"Aku teman budak kentot tu balik rumah la! Tadi dia merajuk dengan aku sebab tak nak teman dia balik. Tu yang aku ikut je la dia. Malas nak dengar dia bising" terang Zara perlahan.

Faris yang mendengar berasa pelik. Budak kentot?

"Budak kentot? Maksud kau budak yang baru pindah aritu?" Soal Faris lagi.

Mereka berdua terus berjalan menuju ke luar taman tersebut menghampiri jalan besar. Ada urusan yang harus mereka selesaikan dia bandar.

"Ye la! Sape lagi! Geram je aku dengan dia tu! Masuk arini dekat tiga kali aku panjat pagar rumah orang semata nak menyorok dari dia tahu tak?" Ucap Zara geram.

"Seriously? Kau teman dia balik rumah?! Wow! Sweet gila kau ni!" Ucap Faris sambil tertawa kecil.

Zara menjeling geram. Terus saja tawa Faris mati.

Kalau dia jeling tu maksudnya suruh kau berhenti. Kalau tak berhenti, tahu lah nasib kau.

"Aku teman dia pun sebab dia banyak songeh. Kesian pulak dengan dia. Kalau ikut hati aku, nak je aku debik dia kat situ" ucap Zara perlahan.

"Ala kau ni... dia struggle tau nak kawan ngan kau. Layan je la dia tu. Lagipun aku tengok kau ni bukan ada kawan sekolah. Kawan pun dengan Bella je kan? Sekurangnya kalau dia kawan ngan kau, kau ada kawan borak. Okay apa dia nak kawan ngan kau" ucap Faris lagi.

Mereka terus duduk di pondok bas tersebut. Menunggu bas yang kemungkinan berzaman lagi akan tiba.

Zara memikirkan ayat Faris.

Ye ada betulnya juga. Bella tu kawan dia kat tempat kerja. Satu-satunya kawan dia.

Cuma kisah hidup dia dengan Bella tak sama. Tapi Bella tetap memahami keadaan Zara.

Izz? Mungkin boleh kot kawan ngan dia. Cuma... part dia merajuk tadi sumpah aku nak sepak je bontot dia tu. Geram aku. Menggedik pulak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro