41 》 Maksud Hadiah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Faris terus mendaki bukit dengan laju. Zara yang sedang duduk elok dengan Izz dituju.

"Zara!" Panggil Faris.

Zara dan Izz terus menoleh. Laju saja Zara bangun apabila wajah risau Faris muncul.

"Kenapa ni?" Soal Zara risau.

Faris terus menghampiri Zara. Nafas di tarik panjang.

"Idris. Dia on the way balik. Cepat lah sebelum dia sampai" ucap Faris tercungap.

Terus saja Zara menarik tangan Faris. Mengajaknya beredar.

"Minion, aku balik dulu. Kau pun balik tau. Jangan balik lambat nanti Mama kau marah tau" ucap Zara berlalu pergi.

Izz terpinga. Teringat akan hadiah yang mahu di beri pada Zara.

"Rose! Nanti dulu" laun Izz.

Terus saja langkah Zara terhenti. Izz segera mencapai beg kertas tersebut lalu berlari ke arah Zara.

"Ni... hadiah dari aku. Aku harap kau suka. Kau lupa nak ambik masa kita balik mall aritu" ucap Izz perlahan.

Faris mencebik.

Aku tahulah aku single. Nak ngorat pun jangan lah depan aku. Terasa sendunya di hati. Ehek!

Zara terdiam. Izz terus saja mencapai tangan Zara agar diambil hadiah itu.

"Take care Rose" ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum kecil. Terus saja Faris menarik lengan Zara agar mengingati untuk kembali pulang.

"Tak payah nak gatal dengan kakak aku boleh tak? Kau pun sama Zara. Gatal! Jom lah balik" ucap Faris geram.

Zara terpinga. Terus saja dia terikut jejak Faris.

"Balik tau minion! Nanti gelap kau sesat! Ada banyak ular nanti" ucap Zara sayup.

Izz terdiam.

Ular? Aku. Geli.

Laju saja dia turun ke bawah untuk berjalan bersama Zara. Tapi Zara lebih pantas jadi Izz tak dapat kejar.

Izz mengeluh kecil. Terus saja dia berjalan ke rumahnya. Kang lambat balik lagi kena bebel!

Zara terus berjalan pulang bersama Faris setelah memastikan Izz benar-benar pulang ke rumah.

Faris memandang Zara. Dia sedar akan wajah sembab Zara. Mesti dia ada luah sesuatu kat Izz.

"Zara... kau okay tak ni? Asal mata dengan hidung kau merah?" Soal Faris sengaja.

Zara diam. Perlahan di tarik hoodie menutup kepalanya.

"Adalah... aku okay je la" ucap Zara perlahan.

Anak mata Faris turun ke tangan Zara. Uuuuuu sape bagi tu awak?

"Ehem. Apa kat tangan kau tu Zara?" Sengaja Faris soal perkara yang dia tahu.

Zara memandang tangannya. Perlahan bibirnya memuncung.

"Adalah! Kau tak payah sibuk ah!" Ucap Zara geram.

Faris tersengih. Tahu saja perangai Zara yang tak suka orang masuk campur hal dia.

"Ehem. Cinta hati ke?" Soal Faris lagi.

Zara memandang geram Adiknya. Terus saja bahu Faris di tumbuk lembut.

"Mana ada la! Kau diam boleh tak?" Ucap Zara geram.

Laju saja dia meningglkan Faris yang kesakitan. Faris tergelak. Zara di kejarnya semula.

Mereka terus saja masuk ke dalam rumah. Idris sudah menunggu di ruang tamu.

Dah agak dah!

Mendengar pintu ditutup terus Idris memandang ke sisi. Wajah bengis menghiasi dirinya.

"Kau pergi mana ha?! Berani kau nak lari?!" Soal Idris kasar.

Zara mengeluh kecil. Faris memang membara la.

"Zara keluar jumpa kawan je la. Ayah tak yah risau sangat la" ucap Zara malas.

Terus saja ditarik Faris agar berlalu dari situ. Akan tetapi di tahan lagi oleh Idris.

"Apa kat tangan kau tu?" Soal Idris pelik.

Zara diam. Disorokkan sedikit hadiah pemberian Izz.

Kentot ni pun hadiah tak nak besar lagi! Beg besar gedabak ni juga dia pilih. Padahal isi ringan je...

"Adalah...kawan bagi" ucap Zara perlahan.

Idris curiga. Ditarik tangan Zara agar menunjukkan beg tersebut dengan lebih jelas.

"Bak sini aku nak tengok" ucap Idris berminat.

Zara menarik tangannya.

"Zara dah kata kawan bagi kan... mana ada apa-apa dalam ni!" Ucap Zara tak puas hati.

Idris geram. Tetap juga dia mahu melihat isinya.

"Aku kata bagi aku kan? Aku nak tengok je la! Bukan ambik kan?!" Soal Idris geram.

Faris terus menarik Zara agar membelakanginya.

"Hei! Kau kan dah jual dia. Jadi kau tak de hak ke atas dia. Tak payah sibuk la pasal dia. Kau yang nak dia blah dari sini sangat kan? Duit kau dah ambik kan? Jadi dia bukan milik kau lagi. Kau tak berhak nak sibuk hal dia" ucap Faris kasar.

Idris mendengus geram. Terus saja tanagn Zara dilepaskan. Faris segera menarik Zara agar naik ke atas.

Izz terdiam sebentar.

Ouh. Inilah rumah Zara. Baru aku taaaahu. Tak de lah besar sangat. Dua tingkat cam aku jugak. Cuma rumah dia tak semewah rumah aku.

Aku perasan yang Zara dengan Faris menyorok dengan sebalik pokok sebab nak tunggu aku balik dulu baru diorang gerak. Tapi aku lagi bijak dari diorang.

Aku memang balik rumah tapi aku menyorok kat tepi dinding salah satu rumah kat lorong rumah aku. Lepas dua tiga minit aku kesan diorang balik.

Nasib jumpa. Hehehe ni belajar dari Zara la ni yang suka lesap tetiba.

Izz tersenyum kecil. Cukup lah dia dapat tahu mana rumah Zara. Bolehla dia buat surprise tetiba muncul kat simpang jalan macam Zara.

Izz terus pulang semula kerumahnya. Kalau aku lama-lama kat sini mahu kena marah sebab balik lambat.

... at the night ...

Zara berbaring di atas tilam. Sudah puas dia bergolek ke sana kemari tapi tetap juga tidak terlelap.

Zara bangun sebentar. Henfonnya dibuka bagi menghilangkan bosan.

11: 48 p.m.

Zara menutup henfonnya. Tak de yang menarik. Teringat akan hadiah Izz. Dia menunduk sedikit lalu ditarik sesuatu di bawah katil.

Lampu di buka. Tak! Tutup balik. Lagi bagus dalam gelap. Idris tak nampak yang aku berjaga.

Meja belajar di tuju. Heh! Belajar la sangat. Lampu meja di buka. Beg purple cerah itu di tilik.

Kalau tak de orang baru bukak tau

Ni ke hadiah yang tertinggal aritu? Zara tersenyum kecil. Memang masa pergi mall aritu Zara pergi tandas dan Izz pergi mana tah.

Merata dia cari sekali jumpa tengok Izz dah tambah satu beg kertas kat tangan dia. Bila tanya tak nak jawab.

Zara terus buka beg tersebut. Dua bungkusan kecil dilihat. Zara memilih. Kotak bewarna pink belacan di ambilnya.

Special for my Airin Rose 🌹

-MINION 🐇

Tersenyun Zara melihat tag nama di atas kotak tersebut. Ikatan reben di buka lembut. Kotak di tarik keluar.

Satu gelang hitam menarik perhatiannya. Diambil lalu di keluarkannya.

"Comelnya" ucap Zara tanpa sedar.

Gelang yang berbutir manik hitam yang berkilat dan ditambah dengan aksesori kecil.

Ada dua figura kecil yang tergantung di gelang tersebut. Minion dan Rose.

"So sweet" ucap Zara sambil tersenyum.

Disarung ke lengannya. Muat-muat! Pandai Izz pilih! Zara terus memandang kotak tersebut. Ada lagi!

Satu kain di keluarkan dari kotak tersebut. Terdiam Zara dibuatnya.

Satu tudung bawal bercorak floral bewarna pink bercampur biru cair dan purple sungguh cantik. Kainnya sungguh lembut. Mesti mahal!

Zara tersedar satu perkara.

"Dah lama aku tak pakai tudung. Kalau pakai pun pergi sekolah je" ucap Zara perlahan.

Dia sudah tersangkut dalam dunia dia. Tak mungkin dia sempat pakai tudung. Lagipun, Hazriz dah makin maju. Mesti sukar untuk dia lepaskan diri lagi.

Zara terdiam. Perlahan dia mengeluh. Tudung bawal tersebut dilipat lalu di letakkan di atas meja.

Satu kertas bewarna kuning di dalam kotak di keluarkan.

Minion nak Rose pakai tudung ni kalau keluar. Sorry kalau tudung ni tak lawa sebab Minion bukan perempuan dan Minion tak tahu citarasa Rose. Akak kedai tu suruh pilih yang ni dan Minion pun ikut je la... sorry tau kalau Rose terasa sebab Minion bagi tudung ni. Minion cuma nak Rose jadi Rose terindah yang mampu jaga diri dia sendiri.

-Minion 🐇

Zara tersenyum kecil.

Tulisan Izz ke ni? Cantik tulisan dia.

Kertas tersebut di simpan di dalam kotak. Beg kertas tadi di capai. Satu hadiah berbentuk empat segi di ambil.

Pembalutnya comel. Ada gambar minion kat situ. Mesti dia sengaja kan pilih sampul ni?

Minion cuma nak tolong Rose je. Kalau Rose tak suka, Minion tak paksa 🙂

- Minion Hensem 👦

Zara tergelak kecil melihat nama minion. Hensem ke? Ye memang dia hensem pun masa tu.

Terus saja pembalut itu di buka perlahan. Tak nak la rosak pembalut dia!

Satu buku kelihatan di sebalik pembalut tersebut. Zara mengeluarkannya dari pembalut.

Lama di tenung tajuk buku tersebut.

10 cara terbaik ubah personaliti ke arah yang betul

'Bersama kita ubah diri kita ke jalan yang benar'

Zara terdiam. Tengok tajuk buku pun dah sentap, apa lagi isi.

Perlahan buku di letakkan di atas meja. Zara mengeluh kecil. Gelang di tangannya di buka dan diletakkan di atas meja.

Di pandang sepi hadiah pemberian Izz.

"Kau labur terlalu banyak untuk aku Izz. Aku tak tahu sama ada aku sempat berubah atau tak macam yang kau nak" ucap Zara perlahan.

Zara mengemaskan barang di atas meja nya. Buku di masukkan ke dalam beg kertas. Tudung di ambil.

Di tenung lama.

"Kau sorang je yang selalu kisah pasal aku Izz. Aku sihat ke tak. Aku okay ke tak. Selalu rawat luka aku. Ada bila aku sedih. Selalu tolong aku. Selalu nasihat aku..."

Zara mengeluh kecil.

"Kau buat hati aku suka kat minion. Kau berjaya tawan hati aku tanpa kau sedar..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro