42 》 Haih...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara yang masih lagi berkurung di dalam bilik dituju. Pintu di buka luas. Idris menjenguk ke dalam.

"Zara.." panggil Idris.

Zara yang sedang membaca buku terus menoleh.

"Aku nak kau siap. Malam ni Boss kau nak jumpakan kau dengan jantan tu faham?" Soal Idris tegas.

Zara mengeluh kecil. Dia tak mahu. Dia tak mahu semua tu berlaku.

"Zara tak nak la Ayah. Ayah pulangkan je la duit tu. Kita hidup je la macam biasa. Zara cari duit dan bagi Ayah. Bolehkan?" Soal Zara pula.

Idris tersenyum sinis.

"Tak payah nak berangan pujuk aku la Zara. Kau tetap akan pergi sana. Lagipun duit tu aku dah guna. Dah tak de maknanya aku nak cari duit lain pulangkan untuk kau" ucap Idris sinis.

Zara terdiam. Buku pemberian Izz di tangannya di tutup.

Dah guna? Guna sorang? Heh!.

"Ayah... Zara ni kan anak Ayah. Takkan Ayah tak de rasa kesian kat Zara?" Soal Zara perlahan.

Senyuman Idris menyenget. Dia terus masuk ke dalam dan menutup pintu bilik Zara.

Zara yang berada di mejanya di dekati. Tangan disilang ke dada sambil mulut tersenyum sinis.

"Kau tu memang anak aku. Dan... tanggungjawab anak adalah ikut apa yang Mak Ayah dia suruh. Aku cuma suruh kau pergi kelab je. Tak banyak pun. Ramai je betina kat sana. Enjoy! Kerja senang dapat duit beratus. Takkan itu pun kau tak nak?" Soal Idris lembut.

Zara hanya menyimpan perasaan dalam hati. Mata Idris terus terpandang buku yang dipegang Zara. Laju saja tangannya merampas.

"A... Ayah... buku tu..."

"Bersama kita ubah diri kita ke jalan yang benar" ucap Idris sendirian.

Zara sudah menunduk. Lupa untuk menyorokkan buku itu awal-awal lagi. Idris memandang tajam wajah Zara.

"Heh! Engkau? Baca buku cam ni?" Soal Idris sinis.

Zara hanya diam. Kepala Zara ditonjolnya perlahan.

"Kau ingat ea. Kau takkan selamanya dapat ubah diri kau. Ini kau. Dan hidup dah ditentukan. Sekali kau masuk sana. Selamanya kau takkan boleh keluar. Faham?!" Soal Idris kasar.

Zara diam. Dia sakit. Sakit bila orang sepatutnya bimbing dia tapi makin menyesatkan dia.

"Tapi sekurang Zara berusaha. Zara dah tak nak buat semua ni. Ayah... takkan Ayah tak faham?" Soal Zara sedih.

Idris berdecit geram. Buku tadi di hempas ke atas meja.

"Tak nak buat? Kenapa? Kau dah jumpa jantan lain ke yang sanggup nak bawak kau keluar dari situ?" Soal Idris sengaja.

Zara diam. Mesti lah ada. Aku tahu dia mesti bawak aku keluar.

"Cepatlah! Cakap ngan aku sape? Budak lelaki yang pakai speck mata tu kan?" Soal Idris sinis.

Zara terkaku. Macam mana Ayah dia tahu? Zara terus mengangkat muka memandang Idris.

"Macam mana..."

"Budak tu duduk depan rumah kita semalam masa kau balik. Aku perasan dia tengokkan kau. Cakap lah! Budak tu kan?" Soal Idris lagi.

Izz, kat depan rumah aku? Bukan dia dah balik ke? Macam mana... ergh! Mesti dia ikut aku senyap-senyap.

Tak! Dia tak boleh jujur! Takut Nanti nyawa Izz pula dalam bahaya.

"Dia... cuma kawan Zara je" ucap Zara perlahan.

Senyuman Idris menyenget. Rambut Zara ditarik kasar.

"Kawan? Aku kenal la budak tu. Dia tu dah berapa kali aku nampak kau jalan sesama ngan dia. Kau ingat ea. Kau tu dah jadi milik orang. Aku dah dapat duit dah. Aku tak nak kau ada scandal dengan jantan lain. Faham?!" Soal Idris keras.

Zara hanya mengangguk perlahan. Terus saja Idris melepaskan rambut Zara. Pintu dituju lalu dibuka.

"Kau ingat ea cakap aku. Sekali kau berhubung dengan dia, aku akan pastikan budak tu tak lama hidup" ugut Idris perlahan.

Pintu terus ditutup dan dikunci. Zara diam. Pipi di kesat perlahan. Rambutnya di perbetulkan sedikit.

Aku minta maaf minion. Aku secara tak sengaja dah bahayakan nyawa kau.

... another scene ...

Hariz terus membuka kasutnya setelah memberi salam. Pintu dibuka dari dalam. Izz hanya menjeling.

"Tepi lah kentot. Halang jalan orang je. By the way kau makin hensem ah. Baru aku nak mengaku ni adik aku" ucap Hariz sambil menggosok kepala Izz sehingga rambutnya serabai.

"Eish! Tak payah la!" Marah Izz.

Hariz hanya senyum menyenget. Laju saja dia menuju ke ruang tamu. Izz memperbetulkan rambutnya dan menutup pintu. Bibir kecilnya membebel tanda protes.

Aku benci abang aku!

"Ha! Hariz datang pun. Papa ingatkan Hariz tak datang" ucap Encik Zaid sambil menyambut salamnya.

"Hariz busy dengan assignment last sem la Papa. Bukannya tak nak datang tapi tak sempat. Mama mana Pa?" Soal Hariz pelik.

Tempat kosong sebelah Papanya di duduk.

"Ada kat dapur tu" ucap Encik Zaid perlahan.

Izz menggulingkan matanya. Ye la tu busy! Terus saja biliknya di tuju.

"Hei! Budak kentot! Sini kau. Abang kau balik tak kan tak nak jumpa? Dah benci sangat ke dengan aku?" Soal Hariz sengaja.

Bahu Hariz di cuit Papanya. Izz hanya membiarkan saja ayat Hariz di awangan.

"Adik kan tu? Panggil la baik-baik" ucap Encik Zaid lembut.

Hariz hanya tersengih.

"Izz adikku sayang sinilah duduk dengan Abang" panggil Hariz lembut.

"Boleh blah la kau punya sayang tu. Aku tak de Abang hipokrit cam kau!" Ucap Izz geram.

"Pa... tengok tu adik dia cakap apa!" Adu Hariz.

Hariz mencuit Papanya. Kononnya mengadu tentang Izz pula. Encik Zaid hanya menggeleng kepala. Itulah ragam mereka setiap hari.

Terus saja Izz melangkah masuk ke biliknya. Tak mahu mendengar segala aduan tentang Abangnya.

Izz mencebik.

"Suka hati dia je nak panggil aku kentot! Aku ada nama la! Nama aku Izz Haiqal tau! Dia pun aku panggil Abang Hariz. Apa masalah budak tu nak sekeh-sekeh kepala aku? Aku tahulah aku pendek. Dia tu tinggi macam Zirafah. Dia ingat dia Abang dia boleh nak nganjing-nganjing aku ke? Aku pun ada hati dan perasaan juga. Tunggu kau aku tinggi dari kau nanti aku sekeh-sekeh kepala kau sampai lumat nanti. Biar nanti kau...."

Dan seterusnya...

Izz terus berbaring di atas tilam. Tak suka bila Abangnya balik ke rumah. Nanti ada saja yang disuruhnya. Dengan alasan...

"Aku kan Abang jadi Adik kena ikut cakap Abang. Tak boleh melawan. Dosa tau. Takkan nak jadi adik derhaka?"

Izz menggulingkan matanya. Tak tahu apa yang kurang pada diri nya sehinggakan mahu di perlakukan sebegitu.

Pintu di ketuk kuat.

"Woi kentot! Keluar kau sekarang! Berani kau kan cakap aku hipokrit depan Papa tadi. Jatuh saham aku sebagai anak mithali tau? Kalau berani sangat nak membantah cakap aku, meh la aku ajak gaduh!" Ucap Hariz sambil mengetuk pintu dengan kuat.

Izz berasa terganggu. Ergh! Benci betul ada Abang ni!

"Kau menyemak la kat sini. Diam boleh tak? Roboh la pintu bilik aku! Aku report kat Mama nanti kau buli aku!" Ucap Izz pula.

Hariz tergelak kecil mendengar suara garang adiknya. Suka melihat budak kecil itu marah.

Comel!

Mendengar suara Hariz yang diam membuatkan Izz pelik. Ye ke ni dah senyap?

Izz turun dari tilamnya. Pintu didekati. Di lekapkan telinga ke pintu.

Senyap pulak!

Izz membuka pintu perlahan. Menjengah keluar.

Kosong?

Izz terus melangkah keluar. Dia mahu turun ke bawah. Duduk kat atas dah macam neraka.

Baru saja nak menuju ke tangga sudah disergah.

"Ha! Kau! Keluar pun kau! Tunggu kau nanti aku kerjakan kau cukup-cukup. Dah lama aku simpan dengan kau!" Jerkah Hariz dari pintu biliknya.

Melihat Hariz mulai melangkah ke arahnya, laju saja Izz turun ke bawah.

"Woi! Kentot! Jangan lari!!!" Ucap Hariz bergema.

Izz melajukan langkahnya. Hampir sampai di bawah, kakinya tersadung sesama sendiri.

Ooooouuuuhhhh nnnnnnooooooo!!!!

Gedebuk!

"Ow!"

"Apa benda jatuh tu Hariz?" Soal Puan Maria dari dapur.

Izz mengusap dahinya yang sakit. Hariz yang melihat Izz terjatuh di bawah terus saja tersenyum.

Peluang keemasan. MUAHAHAHAHA!

Izz terus bangun lalu berlari ke dapur. Mamanya yang baru keluar dari dapur dituju.

"Ma!!!! Tengok Abang Hariz dia buat apa kat Izz!!! Sakit tau tak?!" Adu Izz pada Puan Maria.

Melihat Hariz yang semakin menghampiri dengan penumbuknya, Izz menyorok di belakang Mamanya. Di peluk erat pinggang Puan Maria.

"Mama!!! Tengok Abang Hariz tu dia nak pukul Izz!!!"

"Haih! Apa ni Hariz? Jangan la buat adik cam tu! Mana sakit meh Mama tengok"

"Mana ada Hariz buat Ma! Izz yang turun tak tengok depan. Hariz baru nak cakap dah lari macam kena kejar pontianak macam masa aritu!"

"Penipu! Hipokrit! Mama!!! Tengok Abang tu!!!"

"Hariz!..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro