43 》terjumpa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Satu mesej masuk ke henfonnya. Izz yang sedang berbaring menghadap henfonnya berasa terganggu.

From: Penyibuk SN 💩

Arini hari last kau dengan Zara. Lepastu... kau takkan jumpa dia lagi sebab dia akan pindah dari sini.

Dia tak cakap ngan kau sebab dia tak suka kau! Tapi tulah... kesian pulak tengok SECRER ADMIRE dia ni gelisah tak tahu mana CRUSH menghilang kan.... so aku cakaplah

Bye! Bye!

Izz hanya mengabaikan mesej itu. Dia tahu Zara ada masalah. Sebab Zara dah ceritakan semuanya kat dia.

Pintu bilik diketuk lembut. Menganggu Izz lagi.

"Sape?" Soal Izz malas.

"Abang kau yang paling hensem la. Cepat bukak pintu ni. Kau ni bukannya dah khawin nak kunci-kunci pintu bagai" rungut Hariz geram.

Izz hanya menjeling geram.

Kau dah cakap cam tu kan? Ha! Lantak kau lah! Aku takkan bukak!

"Woi! Kentot kau dengar tak aku cakap ni? Baik-baik aku ketuk pintu ni jangan sampai aku robohkan pulak" ugut Hariz malas.

Izz mengeluh kecil.

"Kau nak apa?" Soal Izz malas.

"Bukak je la!" Ucap Hariz geram sambil menumbuk pintu bilik Izz.

Izz mulai jelik. Henfon di letakkan di tepi sebentar. Pintu di tuju lalu di buka.

"Nak ape?" Soal Izz malas.

Hariz tersenyum kecil. Tombol pintu menjadi tempat dia bersandar.

"Aku nak kau ikut aku" ucap Hariz mendatar.

Izz diam. Pintu bilik ditutup.

"Malas" ucapnya sepatah.

Laju saja tangan Hariz menahan.

"Aku nak kau ikut je la! Kau ingat aku nak sangat ke bawak adik aku yang tak hensem ni? Jatuh martabat aku tau tak?" Soal Hariz geram.

Izz memutarkan bebola matanya. Haaaa~ iye lah tu.

"Ajak la orang lain" ucap Izz lagi.

Hariz terdiam sebentar. Kepala Izz di sekehnya.

"Kau nak aku ajak sape? Aku anak sulung dan kau sorang je adik aku. Takkan tetiba aku nak bawak anak jiran sebelah pulak. Kau ni fikir la sikit!" Ucap Hariz geram.

Izz mencebik. Kepalanya di usap lembut.

"Kalau cam tu tak payah keluar" ucap Izz lagi.

Hariz menarik nafas panjang. Digosok dadanya agar sabar...

"Kau kalau aku sepak kau haish! Aku nak keluar sekarang! Aku ada hal. Dan Mama suruh aku ajak kau. Kalau tak aku tak boleh keluar. Suka tak suka kau kena ikut. Kalau kau tak nak ikut, aku heret kau nanti. 5 minutes. Aku tunggu bawah. Cepat sikit. Jangan chat awek je. Kecik-kecik dah gatal" ucap Hariz panjang.

Izz mencebik geram.

Ingat dia Abang dia boleh paksa aku ke. Lagi satu. Ni mesti Mama cakap ngan Hariz pasal Zara. Ergh!

Terus saja Izz masuk ke biliknya.

... another scene ...

Zara berjalan keluar dari biliknya. Bosan pula duduk sesorang. Bella di kaunter di tuju.

Bella melihat kesebelahnya.

"Eh! Zara. Kenapa duduk sini?" Soal Bella pelik.

Zara hanya mendengus geram. Bella terus duduk di sebelah Zara.

"Kenapa ni?" Soal Bella lembut.

Zara menghela nafas panjang.

"Kalau lah ada mesin masa kan? Aku nak stopkan semua benda ni. Aku tak nak tau terlibat dengan semua ni. Aku... aku dah bosan" ucap Zara perlahan.

Bella hanya mengeluh kecil. Diusap lembut bahu kawannya.

"Jangan macam ni weyh... kita kan boleh contact satu sama lain lagi kan? Aku pun... tak nak kau pergi jauh dari aku" ucap Bella perlahan.

Zara hanya tersenyum kecil. Bella je la yang sudi kawan dengan dia. Orang lain? Tengok bayang pun dah menyampah.

"Thanks tau Bella sebab jadi kawan aku. Aku happy bila ada juga orang nak sembang-sembang ngan aku kat sini" ucap Zara perlahan.

Bella tersenyum.

"It's okay. Lagipun kita kan sebaya. Eh! Apa citer kawan rahsia kau tu? Takkan dia tak de cakap apa-apa kat kau?" Soal Bella lembut.

Zara hanya menunduk. Dilaga dengan kukunya sendiri.

"Entah dia. Aku bukan tak nak contact dia tapi... aku takut aku bahayakan dia. Dia je yang selalu contact aku. Mesej macam-macam. Aku rasa macam bersalah pulak buat macam tu kat dia" ucap Zara panjang.

Bella hanya mendiamkan diri.

"Tak de pa pe la... dia mesti faham punya. Wei, aku pergi belakang jap tau. Alang-alang kau kat sini, kau jaga kejap ea" ucap Bella sambil tersenyum.

"Eh! Kau! Suka hati kau je pass kerja kau kat aku ea" ucap Zara geram.

Bella hanya tersenyum terus saja dia meninggalkan Zara di situ.

Izz menjengah ke luar.

Er... tempat apa ni?

"Woi! Jangan berangan boleh tak? Jerawat penuh baru tahu!" Ucap Hariz lalu membuka pintu.

Izz laju saja buka pintu kereta di sebelahnyan. Hariz dikejar. Hujung baju Hariz dipegang erat.

Izz memandang sekeliling.

Uish! Tempat apa ni? Aku dah seram dah ni.

"Abang Hariz kita nak..."

"Diam dan ikut aje aku. Kat dalam kau jangan panggil aku Abang Hariz faham? Panggil aku Hazriz. Cepat sikit! Kita dah lambat ni" ucap Hariz mendatar.

Izz diam. Hariz dengan Hazriz bukan sebutnya sama je ke? Ada beza ke?

Hazriz masuk ke dalam. Izz sememangnya ikut rapat-rapat. Dia memandang sekeliling.

Terus saja topinya menutupi mata. Dosa! Banyak perempuan seksi. Botol-botol pelik. Muzik kuat. Joget sana sini.

"Ikut aku rapat-rapat. Jangan kau hilang pulak. Mati aku nak jawab apa dengan Mama Papa" ucap Hazriz sambil menarik Izz agar memdekatinya.

Izz memegang hujung baju Hazriz. Eiii!!! Apa ni? Tempat ni macam citer hantu.

Menyeramkan tapi nak tengok jugak!

Izz memandang sekeliling. Satu lorong di tepi kaunter di hampiri Hazriz.

Izz diam.

Zara yang sedang melayan pelanggan di kaunter membuatkan matanya membesar.

Izz kaku di situ. Baju Hazriz terlepas dari pegangnnya. Zara terus saja duduk di kerusi memerhatikan sekeliling.

Mahu juga dia melihat boss baru dia awal sebelum ditemukan. Mata Zara tertancap pada seseorang.

Izz Haiqal.

Macam mana minion boleh ada kat sini? Takkan dia... ada kaitan dengan sesapa kat sini?

Terus saja Zara bangun dari situ dan berlalu pergi. Izz terdiam.

Jadi sinilah tempat Zara kerja. Dan aku dah masuk ke sini. Dan jumpa Zara. Dan Abang aku terlibat dengan semua ni. Dan Zara ada sekali.

Dan... hei! Aku mungkin boleh tahu sape yang beli Zara dan paksa Abang aku yang acah terlajak hot ni beli Zara balik semula dan selamatkan Zara dan jadi hero dimata dia dan dia dapat keluar dengan selamat dan dia dapat berubah macam dia dan aku rancang dan...

Topi Izz dijatuhkan menutupi matanya. Terus saja tangannya ditarik.

"Kau tu budak lagi. Jangan tengok macam-macam. Aku kata ikut, ikut je  la!" Pesan Hazriz lagi.

Izz hanya mengikut saja tarikan Abangnya. Dia diam. Masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Zara lari menuju ke belakang. Sesekali dia menoleh ke belakang.

Buk!

"Ergh!"

Zara memandang ke depan. Bella juga begitu.

"Aduhai... kau kenapa ni Zara main lari-lari? Nasib kau langgar aku. Kalau langgar orang lain cam ne? Gaduh lagi nanti kau" ucap Bella malas.

Zara mengeluh kecil. Dibantu Bella untuk bangun.

"Sorry la. Aku tak nampak kau tadi. Lagipun baju kau hitam sangat" ucap Zara menukar topik.

Bella hanya memasamkan wajahnya.

"Dah la. Kau pergi la bilik kau sana. Boss cari kau merata tau tak? Bingit telinga aku dengar dia asyik tanya pasal kau je. Cari sendiri tak nak" rungut Bella.

Zara hanya mengangguk kecil. Langkah diatur menuju ke biliknya.

"Sorry tau pasal tadi" ucap Zara lagi.

"Ye ye. Dah pergi sana"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro