47 》 Luah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara mengeluarkan lolipop perisa vanilla coklat yang di belinya tadi. Senyuman kecil terukir.

...FLASHBACK...

Izz terus mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Disuakan kepada Zara.

"Ambiklah. Aku sempat beli banyak tadi" ucap Izz lembut.

Zara memandang Izz tidak berkelip. Biar betul budak ni?

"Lolipop? Tch! Kau ingat aku budak kecik ke nak makan benda tu?" Soal Zara sinis.

Izz mengeluh kecil. Ditarik tangan Zara agar menyambut lolipop tersebut.

"Lolipop tak semestinya di makan oleh budak kecik! Kau gangster kot! Kau cakap ngan aku gangster mana yang tak makan lolipop?" Soal Izz lagi.

... ENDFLASHBACK...

"Kau kata lolipop ni dapat menyeimbangkan kandungan bahan kimia dalam otak aku kan? Nanti stress aku boleh hilang. Tapikan... sampai sekarang aku tak boleh bukak lolipop. Boleh tak aku nak kau datang bukak kan lolipop untuk aku?" Soal Zara sendirian.

Perlahan senyumannya pudar. Izz takkan datang untuk dia. Walaupun hanya sebatang lolipop.

Zara menyimpan kembali lolipop itu. Dia mengambil gitar di sandar di tepi pondok. Tali dipetik satu persatu mempersembahkan alunan iramanya.

"Kalau kau tak benci aku, mesti kita duduk sini sama-sama, memekak sama-sama. Kan?" Soal Zara sendirian.

Tali dipetik mengikut irama yang Zara mahukan. Perlahan dia mula mengikut rentak muzik yang dicipta.

"Segala kenangan indah
Tlah ku lewati bersamamu
Ku tak bisa jauh dari mu
Jangan kau tinggalkan ku

Pahit asam manisnya cinta
Tlah ku lewati bersamamu
Ku tak bisa jauh dari mu
Jangan kau tinggalkan ku"

Zara mengelus lembut air matanya. Jarinya masih lagi bergelut dengan tali gitar bagi menghasilkan irama indah.

"Kini ku hanya berharap
Berharap dan terus berharap
Kau takkan tinggalkan diriku
Jangan kau hancurkan ku

Ku mencintai dirimu
Ku mohon jangan tinggalkan ku
Ku tak bisa jauh darimu
Jangan kau tinggalkan ku

Dua kata yang tak pernah
Bisa ku lupa dari dirimu
Kata rayu manis manjamu kekasih
Kau bilang kau takkan pernah
Tinggalkan diriku
Apapun yang terjadi,
Apapun yang terjadi

Kau tak pernah berfikir
Betapa besar cinta ini
Kau buatku terluka
Hinggaku terjatuh
Di dalam hatimu

Kau tak pernah berfikir
Kau akan tinggalkan diri ini
Kau hancurkan diriku
Namun engkau jauh
Tinggalkan diriku"

Zara mengelus lembut pipinya. Dia termenung seketika dan mengeluh. Matanya tertancap pada dua figura manusia yang semakin menghampirinya.

Zara menyeka pipinya. Tak mahu kelihatan lemah depan adiknya. Senyuman kecil buat Adam dan Faris.

"Kakak! Kau pergi mana? Penat tau Adam dengan Abang cari..." ucap Adam muncung.

Zara tergelak kecil melihat wajah masam adik bongsunya. Adam terus duduk di sebelah Zara. Dielus lembut kepala adiknya itu.

"Akak tak lari mana la... kat sini jugak kan?" Soal Zara lembut.

Adam hanya muncung. Faris berlabuh di sebelah Adam.

Melihat Zara yang sembab menimbulkan sedikit keraguan di hati Faris.

"Kau okay tak Zara? Asal diam je sejak kebelakangan ni?" Soal Faris pelik.

Zara hanya diam. Bahu Adam di elus lembut. Satu senyuman kecil muncul di wajahnya.

"Aku... okay la... salah ke aku nak diam? Asyik bercakap je tak bosan ke?" Soal Zara perlahan.

Faris memerhatikan wajah Zara di sebalik hoodie kelabu itu. Dia tahu tu hoodie Izz sebab Zara pernah cakap aritu.

"Kak... Kau janji kan nak duduk sini dengan kitorang? Dah tak nak pindah-pindah lagi kan?" Soal Adam tiba-tiba.

Zara menunduk. Mana mungkin dia mahu jawab soalan yang semestinya mengecewakan hati mereka bertiga.

"Mana ada... Akak kat masih lagi ada kat sini kan?" Soal Zara sambil menunjuk ke arah dada Adam.

Adam mencebik.

Orang tanya betul-betul dia main-main pulak.

"Zara... kenapa aku tengok kau macam makin... murung je? Kau ada masalah ke?" Soal Faris pula.

Zara diam. Adam dan Faris memandangnya meminta jawapan.

"Adam... kau amik la Oyen tu bawak dia pergi jalan-jalan. Tapi jangan jauh sangat tau. Nanti kau hilang susah Akak dengan Abang nak cari" ucap Zara sambil menolak lembut bahu adiknya.

Adam mengeluh kecil. Terus saja dia turun dari situ lalu diambil Oyen yang sedang menjilat bulunya di atas tanah.

Melihat Adam yang berlalu pergi, Faris mendekatkan dirinya dengan Zara.

"Weh, kenapa ni? Ada budak kelab kacau kau lagi ke?" Soal Faris risau.

Zara mengeluh kecil. Hoodienya di betulkan sedikit.

"Pasal budak kentot Izz tu la..." ucap Zara perlahan.

Faris pelik.

Kenapa pulak dengan si kentot tu?

"Kenapa dengan dia pulak?" Soal Faris pelik.

Zara menghela nafas panjang. Kaki dinaikkan marapati dadanya.

"Dia dah tak nak kawan dengan aku dah. Benci sangat dengan aku agaknya" ucap Zara perlahan.

"Tak nak kawan dengan kau? Bukan tu ke yang kau nak sangat dulu masa dia sibuk nak terkejar kat kau?" Soal Faris sinis.

Zara membuka hoodie di kepalanya. Nafas di tarik dan dihembus lembut.

"Tu dulu... tapi sekarang... aku... dah tersuka dia pulak" ucap Zara perlahan.

Faris hanya mengangguk.

Wait! Apa dia cakap tadi?

"Suka? Kau suka dia? Seriously?" Soal Faris terkejut.

Zara tergelak kecil. Dia tahu akan perasaan terkejut adiknya itu.

"Ye la... walau perangai dia tu penyibuk mana pun, dia tu caring betul tau tak? Aku luka sikit je pun dah dia beria nak ajak aku pergi farmasi beli ubat. Aku moody sikit je pun dah beria tanya apa masalah aku. Lagipun... aku rasa dia calon yang terbaik untuk bawak aku keluar dari tempat tu" ucap Zara lembut.

Faris tergelak kecil mendengar penerangan kakaknya. Beginikah luahan hati seorang pencinta manusia.

"Macam mana dia yang comel yang kentot tu nak bawak kau keluar dari situ? Kau tahu tak berapa ramai bodyguard yang sado dengan senjata diorang lagi. Kau dengan dia dah macam ulat beluncas tahu tak?" Soal Faris sinis.

Zara menjeling Faris.

Bab kutuk aku laju je kau ni kan?

"Okay, okay aku diam. Ha! Cakap lah macam mana dia nak bawak kau keluar" ucap Faris perlahan.

Gerun melihat renungan mata kakaknya. Zara mendengus geram.

"Kau ingat tak janji aku dengan Ayah yang aku citer kat kau aritu?" Soal Zara perlahan.

Faris berfikir sebentar. Perlahan dia mengangguk tanda ya.

"Ayah pernah cakap yang dia akan lepaskan aku dari dunia tu lepas aku dah dapat orang yang nak khawin dengan aku" ucap Zara perlahan.

Faris memandang Zara tidak percaya.

"Seriously? Takkan senang macam tu kot dia nak lepaskan kau?" Soal Faris pelik.

Zara tersenyum kecil. Terus dia bersandar di tiang pondok tersebut.

"Lepas budak tu tahu segala benda yang berlaku dalam hidup aku. Dia kena tahu aku kerja apa, aku buat apa, aku ni... apa sebenarnya. Kau fikir ada ke orang nak terima perempuan yang kerja kelab macam aku ni? Lelaki pertama yang boleh terima aku cuma kau... Adam... dengan si kentot comel tu" ucap Zara bersungguh.

Faris tersenyum sinis.

"Aku dah agak dah. Dia sebenarnya tak nak lepaskan kau. Tapi sebagai tanda balas balik duit yang kau bagi dia buat syarat cam tu supaya kau terus terikat dengan dunia kau. Ingat sedut 'benda' tu dah jadi bodoh terus. Rupanya ada terselit juga pandai dia" ucap Faris sinis.

Zara mengeluh kecil. Perlahan dia memandang Faris.

"Faris... dia Ayah kita. Hormat sikit boleh?" Soal Zara perlahan.

Faris mendengus geram. Wajah Zara dipandang geram.

"Kau ni sikit-sikit hormat dia. Dia tu tak hormat kita boleh pulak" ucap Faris tak puas hati.

"Faris..." tegur Zara lagi.

Faris menarik wajahnya.

"Ye la.. ye la... jadi apa kaitannya si kentot benci kau dengan janji Ayah?" Soal Faris malas.

Zara menghela nafas panjang.

"Kau tahu tak kalau dia benci aku... macam mana aku nak keluar? Aku dah tak de sesapa yang boleh percayakan aku lagi dah. Lagipun... dia benci aku ada sebab" ucap Zara perlahan.

Wajah Zara dipandang Faris.

"Sebab? Sebab dia tahu kau nak gunakan dia supaya kau boleh keluar?" Soal Faris sinis.

Zara berhenti sebentar.

"Tu satu. Lagi satu... sebab Abang dia... Abang dia yang... beli aku... dua tahun lepas... dan sekarang. Masa malam aritu baru dia tahu. Sampai sekarang dia benci aku. Dia tuduh aku macam-macam. Macam mana aku nak keluar kalau dia dah benci aku?" Soal Zara sedih.

Faris terdiam. Susah juga ni.

"Habis tu... kau sebenarnya rapat dengan dia sebab kau nak keluar atau kau memang suka dia?" Soal Faris lagi.

"Tu dulu... memang aku fikir nak gunakan dia... tapi... aku nampak tau dia ikhlas nak tolong aku keluar. Jadi... secara tak sengaja aku dah tersuka dia" ucap Zara lagi.

Faris hanya diam. Memikirkan soal penyelesaian bagi Zara.

"Tapi betul weyh! Aku tak tahu yang Hazriz tu Abang dia. Kalau aku tahu... aku dah berusaha elakkan diri dari dia dulu. Aku rasa bersalah sebab redha je apa yang nak jadi. Sekarang... dia dah tau sape Hazriz yang betul dan aku yang sebenar... tengok muka pun dah tahu dia benci aku sangat macam budak sekolah tu benci aku" ucap Zara panjang.

Faris menarik nafas panjang.

"Apa kata kau cuba slow talk dengan dia. Aku yakin dia mesti faham situasi kau. Kau terangkan sape Hazriz pada kau dulu. Lambat laun dia mesti tahu siapa yang bersalah. Lagipun dia serabut kot bila dapat tahu Abang dia sebenarnya macam mana"

"Dia nak dengar ke kalau aku ajak bincang? Aku terjumpa dia pun, dia dah cakap macam-macam jeling sana sini"

"Berani dia mengata kakak aku? Aku kerat dia nanti kalau dia tak nak jumpa kau"

"Faris... aku serious ni ..."

"Hehehehhe sorry..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro