48 》 Tolong

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz duduk membaca buku di kantin. Nizam dan Rizal terus saja duduk bersama Izz.

Izz hanya memandang sekilas. Baca buku!

Nizam dan Rizal berbisik sendirian. Izz hanya diam. Lantak kau lah nak tanam bawang ke buat kebun bawang ke.

"Kau lah!"

"Dia suruh kau kan?!"

"Tapi dia cakap ngan kau"

"Mana ada!"

"Ada la tadi! Kau tu je yang pekak"

"Kau! Kau memang kawan derhaka ea? Berani kan kau kutuk aku depan-depan?"

"Memang kau pekak kan? Cepat lah cakap!"

"Kau ada mulut kan? Kau ah cakap!"

"Woi!"

Nizam dan Rizal diam. Izz memandang geram. Diorang ni memang ada masalah nak bekerjasama dengan baik ea?

"Korang ni dari tadi memekak je. Korang nak cakap apa sebenarnya?" Soal Izz geram.

Nizam menyiku Rizal. Rizal menolak Nizam. Maka bergaduh la mereka berdua.

Izz mengurut perlahan kepala. Dua orang kawannya dipukul geram.

"Kau ni dari tadi gaduh. Geram aku! Nak cakap, cakap je la" ucap Izz geram.

Nizam dan Rizal mengusap kepala mereka lembut. Dua-dua diam lepas ke cepuk dengan si kentot ni.

"Rizal. Kau kan banyak cakap. Kau cakap la apa yang korang berdua nak cakap" ucap Izz malas.

Rizal memandang Nizam. Nizam mengangkat keningnya ke arah Izz. Rizal mengeluh kecil.

"Kitorang cuma nak tahu. Kau dengan Zara kan dah tak rapat cam dulu. Kau dengan dia..."

"Asyik soalan pasal dia je... kau tak de soalan lain ke selain
dari pasal dia? Semak ah kepala aku dengar nama dia!" ucap Izz malas.

Rizal memandang Nizam. Nizam hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dengan perubahan wajah Izz.

Nizam terus memandang Izz.

"Weh, aku tengok kan... Zara tu macam kemurungan tahu tak? Asyik termenung je... dia sakit ke?" Soal Nizam lembut.

Izz mengeluh kecil. Bukunya terus di kemas dan kerusi di tolak ke belakang.

"Aku tak tahu apa-apa pasal dia. Kalau kau nak tahu tanya dia sendiri" ucap Izz malas.

Terus saja dia berlalu pergi. Nizam dan Rizal berpandangan sesama sendiri dan mengeluh kecil.

Mereka memandang Zara yang tidak jauh dari mereka dan menggeleng perlahan tanda plan tak jadi.

Zara hanya mengeluh. Dia hanya tersenyum kecil saja tanda terima kasih atas pertolongan Nizam dan Rizal.

Susah nak suruh diorang tolong aku. Weyh! Sape je tak kecut kalau gangster jumpa korang!

Terus saja Zara menolak kerusinya dan berlalu pergi. Susah nak raih kepercayaan jejaka ini kalau dah sekali dikecewakan.

... pulang, marilah pulang...

Izz berjalan sendirian. Dalam hatinya mengeluh kecil.

Kenapa satu hari ni orang asyik sibuk pasal Zara? Apa yang famous sangat perempuan murah tu sampai semua orang nak citer pasal dia?

Izz terus memasuki lorong ke rumahnya. Langkah dia terus terhenti.

Lelaki haritu. Datang lagi?

Perlahan Izz mengundur dan berpatah balik. Ouh! Tak. Ada lagi. Macam aritu.

Izz berpaling ke arah lain dan terus berlari meninggalkan tempat tersebut.

"Kejar dia!"

Izz terus membelok ke arah satu lorong tikus.

"Alamak..."

Langkahnya terus terhenti. Lebih ramai yang menunggu dia di sini. Izz melangkah ke belakang. Dua orang tadi telah mengepung dia.

"Mana kau nak lari ha budak?" Soal ketua mereka.

Izz hanya diam. Dia takut sekarang ni. Tolonglah sesapa datang sekarang...

"Kau nak apa ha? Aku ada kacau kau ke? Tak de kan?" Soal Izz berani.

Berani? Haih! Kau tahu nak pengsan aku tengok dia bawak kayu besbol kat tangan dia. Dah la sado. Ramai pulak tu. Aku ni... macam cacing kerawit. Dah la kecik lembik pulak tu.

Ketua tersenyum sinis. Kayu bosbol di bawa ke bahu dia. Dia bercangkung menyamaratakan ketinggian dia dan Izz.

"Tch! Dah berani kau sekarang kan? Haritu bukan main kecut sampai lengan awek kau tu nak putus kau peluk. By the way... mana awek kau ha? Biasa kan kau jalan sama dia kan?" Soal Ketua tersebut sinis.

Izz mendengus geram.

Suka hati kau je kan cakap aku pengecut!

"Dia bukan awek aku la! Dia cuma... kawan aku je..." ucap Izz perlahan.

Terus Izz di tertawakan. Izz hairan. Pahal gelak cam ada monyet terbang pulak ni? Tengok langit tak de pa pe.

"Wei! Korang dengar tak? Kawan je! Nampak sangat dia punya kecewa tu... haih! Kau ni kalau kena reject... cakap la... kitorang boleh tolong kau cari awek yang... huish! Mantop! Lagi lawa dari si Zara tu. Kau ni kena belajar ilmu memikat awek la... patutnya kan, sebelum kau lepaskan Zara, kau kena ikat dia ketat-ketat. Susah tau nak dekat dengan dia tu..." ucap Ketua tersebut sinis.

Izz geram.

Aku paling tak suka bila orang ketawakan aku. Macam... Abang Hariz. Abang paling aku tak expected perangai dia teruk cam tu.

"Aku bukan jantan yang suka mainkan hati perempuan la. Bukan macam kau! Kat mata kau tu perempuan macam anak patung..."

"Hei!"

Terus saja Izz terdiam.

"Aku dengan kau tu tak sama tau tak. Kau tu budak sekolah. Aku ni dah besar. Macam Abang kau. Dia dah besar. Dia boleh buat apa yang dia suka. Mesti kesian kan kat family kau. Percaya dia buta-buta. Pergi mana? Buat Assignment!" Sindir Ketua mereka.

Mereka mentertawakan Izz. Izz mulai panas. Terus saja ditumbuk muka ketua itu.

Terduduk terus ketua tersebut. Suasana kembali senyap. Izz diam.

Aku ke yang tumbuk dia?

Ketua tersebut terus bangun. Izz dipandang tajam.

"Belum ada lagi budak sekolah yang berani tumbuk aku tahu tak? Kau ni memang nak kena!"

Kayu besbol terus dihayun ke arah Izz. Apa yang Izz buat? Redha je la.

Buk!

Izz membuka matanya perlahan.

Aik? Tak rasa pun? Ke aku dalam mimpi ni?

Izz memandang ke hadapan. Seseorang telah menghalang kayu besbol itu dari mengenai dirinya.

"Zara... heh! Aku ingat kau tak datang. Baru ingat nak test kayu besbol aku baru beli tadi kat boyfriend kau. Nak tengok boyfriend kau atau kayu ni lagi kuat" ucap ketua itu sinis.

Zara hanya mendengus geram. Kayu besbol yang mengenai tangannya di usap perlahan. Ditolak Izz kebelakang dia.

"Tch! Aku berani je datang. Cuma kau dengan budak kau tu je yang pengecut! Kata nak fight dengan aku. Pahal belasah budak lain pulak? Lembik cakap je la lembik. Aku boleh je bawak korang pergi gym kasi sado sikit kan?" Soal Zara geram.

Ketua mendengus geram. Pantang baginya orang pertikaikan kelemahan dia. Lebih lagi perempuan!

"Berani kau! Meh sini aku ajar kau sape yang lembik sebenarnya!"

Terus saja mereka semua mulai menyerang Zara. Zara menolak Izz kebelakang.

"Pergi sekarang!" Ucap Zara tegas.

Izz terus saja berlari meninggalkan Zara. Tapi... langkah dia terhenti. Sebenci mana pun dia pada gadis itu, rasa kasihan yang tertanam dalam diri dia tetap tebal.

Izz menyorok di sebalik dinding rumah. Nasib Zara pakai baju sukan. Kalau pakai kain, mahu rabak kain dia.

"Takkan aku nak tengok je? Dia dah selamatkan aku kot" ucap Izz perlahan.

Dia mengintai sedikit. Tak mungkin Zara yang seorang boleh melawan lima orang lelaki. Tanpa senjata dan menggunakan kudrat yang ada?

Izz menanggalkan beg sekolahnya. Mencari jika ada senjata yang ada.

Kejap! Getah tempe ni sejak bila beranak dalam beg aku ni?

Ada dua. Wait! Kat sini kan ada batu. Meh sini aku tunjuk power aku main lastik bontot kawan aku dulu.

Izz mengambil batu yang bersesuaian di sekitarnya. Ditarik getah itu ke arah sasaran dan...

"Aw!"

"Ouch!"

"Woi! Sape ow!"

"Woi! Kau budak kecik! Kau main lastik-lastik nak aku tembak pakai pistol betul ke?!"

"Auch!"

"Nak kena tembak kau ni!"

Pistol dikeluarkan dan diacu ke arah Izz. Izz sudah terdiam. Matilah aku!

Buk!

Zara menghempuk kepala lelaki tadi dengan kayu besbol. Pistol di tangan lelaki terjatuh. Terus saja dia berlari mendapatkan Izz.

"Woi! Kejar dia woi! Jangan sampai dia terlepas! Berani kau pukul kepala aku kan?!"

Lengan Izz ditarik dan begnya di gendong Zara. Mereka berdua terus berlari meninggalkan tempat tersebut.

Setelah agak jauh, Zara melepaskan Izz dan mencampakkan beg mereka berdua di atas tanah. Mereka berdua terus terduduk di situ.

Nafas ditarik dan keluhan di lepaskan. Setelah agak lega, Izz mulai bersuara.

"Kau ajak gaduh dengan diorang tu pahal libatkan aku pulak?! Kau tau tak kalau kau lambat satu saat aku boleh mati kat sana?! Kau memang sengaja nak balas dendam apa?!" Soal Izz kasar.

Zara mengeluh kecil. Wajah Izz dipandang.

"Kau jangan tuduh sembarangan boleh tak kentot? Diorang datang pun aku tak tahu la! Tu nasib baik aku lalu situ. Kalau tak kau yang arwah dulu. Sape suruh kau cakap main hembus je dengan diorang. Padan la muka kau! Tak padan dengan kentot acah berani depan gangster pulak. Kalau kuat tak pe la jugak" sindir Zara geram.

Pipi Zara yang lebam di elus lembut. Bibirnya juga sedikit berdarah di lap dengan lengan baju. Lebam di lengannya di tilik perlahan.

"Tapi masalahnya diorang sebut nama kau! Kenapa aku yang tahu apa-apa ni boleh terjebak. Ergh! Malas aku nak layan perempuan bermasalah cam kau ni. Makin aku dekat dengan kau makin banyak masalah aku dapat" sindir Izz pula.

Izz terus saja bangun dan mengambil begnya. Mahu saja dia memukul Zara kerana melibatkan dia dalam geng test kayu besbol.

Zara hanya mengeluh kecil. Lengannya yang melindungi Izz dari terkena kayu besbol tadi benar-benar sakit.

"Woi! Kau bangun sekarang!"

"Ke.. kenapa?"

"Aku kata bangun-bangun je la! Banyak cakap pulak! Ikut aku sekarang!"

"Wei! Jangan tarik lengan aku!!! Ki... kita nak pergi mana ni?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro