56 》 New plan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz tersedar dari mimpi. Dia membuka matanya perlahan. Satu sinaran cahaya matahari masuk ke matahari.

Aik? Dah pagi?

KEJAP?! DAH PAGI DAN AKU LAMBAT NAK PERGI SEKOLAH!

Izz terus bangun dari pembaringan. Dipandang sekeliling biliknya.

Sejak bila aku balik? Bukan aku masih duduk bilik Zara ke? Pastu dia kasi aku air...

Izz diam sebentar. Perutnya terasa berputar. Laju saja Izz turun dari katil lalu menuju ke bilik air.

Segala isi dalam perutnya dimuntahkan. Izz terus saja duduk bersandar di dinding biliknya.

Henfon yang masih berada dalam poket seluarnya di keluarkan dan dibuka.

9:25 a.m.

Izz mengeluh kecil. Henfon di tolak ke atas meja. Kepalanya terasa sakit sekali.

Macam manalah aku boleh beria terminum air tu? Zara pun... takkan tak tahu benda tu Haram? Sesungguhnya aku dah berdosa...

Macam mana lah kalau Mama dengan Papa tahu pasal aku terminum... mesti diorang sedih kan?

Pintu bilik dikuak perlahan. Puan Maria menjengul ke dalam. Izz memandang ke arah pintu.

"Ouh... Izz dah bangun dah... Izz, Izz malam tadi pergi mana dengan Abang? Kenapa balik lambat? Lepastu bila balik lambat, terlajak tidur. Izz tahu tak berapa kali Mama kejut Izz suruh bangun pergi sekolah? Izz tak tahu ke yang arini sekolah?" Bebel Puan Maria.

Izz diam. Perlahan kepalanya diurut.

Waduh! Mama ni... orang tengah pening kepala nak bebel pulak...

"Ma... Izz dah ajak dah Abang Hariz balik tapi dia tak nak. Nak tak nak Izz kenalah ikut. Mama yang suruh Izz teman Abang keluar jugak kan?" Soal Izz malas.

Puan Maria menghela nafas panjang. Terus saja badannya di bawa menuju ke katil. Risau pula melihat anaknya yang pucat.

"Haih... ye la... Mama yang salah... Izz ni... kenapa? Pening ke?" Soal Puan Maria prihatin.

Izz mengurut kepalanya perlahan.

"Sikit la... mungkin... malam tadi tidur lambat kot..." ucap Izz perlahan.

Perut Izz terasa bergelora lagi. Di tahan sebentar. Tak mahulah Mama tahu akan hal itu. Tapi...

Izz terus saja berlari masuk ke bilik air semula. Puan Maria pelik.

Muntah? Alahan pregnant ke? Aish! Anak kau semua Lelaki Maria! Mana ada perempuan! Semua belum khawin!

Izz membasuh muka dengan air beberapa kali. Perutnya terasa benar-benar kosong. Kepalanya juga terasa sakit.

Dengan langkah yang lemah, dia kembali semula ke tepi katil. Duduk di lantai yang sejuk dan bersandar di katil.

"Izz... Izz kenapa ni? Izz okay tak? Kenapa tetiba je muntah-muntah ni?" Soal Puan Maria pelik.

Izz mengeluh kecil. Cermin mata miliknya di letakkan di atas meja. Wajah di raup lembut.

"Mana la Izz tahu Mama... Tetiba je rasa nak muntah..." ucap Izz lemah.

Puan Maria memandang kasihan anaknya.

"Izz ada salah makan kot... Izz makan apa semalam? Tu Izz ikut Abang Hariz keluar... takkan Abnag Hariz tak belikan apa-apa?" Soal Puan Maria lagi.

Izz terdiam. Terus pucat bibir bila Mamanya mempersoalkan makan semalam.

Takkan nak cakap? Nak tipu dosa... tapi kalau cakap betul... mahu Mamanya tak bagi keluar. Dan rahsia Hariz akan terbongkar. Dan aku dengan Zara akan ditembak oleh Hariz.

Khayalan ketawa jahat Hazriz terngiang di telinga Izz.

"Hei! Mama tanya ni jawab la! Berangan pulak dia... kita kesian dia, dia tak kesian kita pulak" ucap Puan Maria sambil bahu anaknya.

Izz tersedar. Semakin seram mahu menjawab soalan Mamanya. Dah la dia mungkir janji sebab pergi jumpa Zara...

"Umm... Izz... tak.. tak tahu la Mama... Semalam Abang dengan Izz cuma keluar jumpa kawan Abang Hariz je. Mana ada makan-makan..." ucap Izz menipu.

Puan Maria memandang tajam wajah anaknya. Sedikit curiga di hatinya.

"Ke... Izz ada buat something belakang Mama? Izz ada kacau perempuan ea? Ha?! Izz cakap ngan Mama sekarang Izz buat apa!" Ucap Puan Maria.

Izz diam. Wajah garang Mamanya dipandang.

"Ma... apa ni tuduh Izz macam tu... Izz cuma muntah sikit je... mana ada Izz kacau perempuan. Mama tahu kan anak Mama ni macam mana? Lagipun Izz kan lelaki! Bukan perempuan! Apa lah Mama ni" ucap Izz muncung.

Puan Maria terdiam.

Betul juga apa yang anak aku cakap. Dia bukan jenis ramah sangat. Kawan pun dengan lelaki je...

"Ha ye la... Dah la Izz pergilah rehat. Mama tak nak la kacau Izz... Izz nanti mandi tau. Tukar baju tu. Baju semalam dah bau apa dah" ucap Puan Maria lalu melangkah keluar.

"Ye Ma.." ucap Izz perlahan.

Melihat Puan Maria sudah beredar, Izz terus menyembamkan badannya ke atas lantai yang sejuk.

"Hu! Nasib Mama tak perasan..." ucap Izz sendirian.

Terus saja dia bangun dari situ. Tuala diambil lalu bilik mandi dituju.

Aku akan pastikan baju ni tak de bau alcohol. Dan gigi akan digosok setiap satu jam supaya tak de jejak dan tak de bau bendalah tu.

.... another place ...

Sarah berpusing di sekeliling biliknya. Memikirkan soal malam tadi cukup membuatkannya runsing.

"Dah la tu Sarah... kau pisahkan diorang macam mana pun... kalau diorang ada jodoh tetap berbaik jugak" ucap Ian malas.

Sarah meraup kasar wajahnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Tak! Aku akan pastikan yang diorang tak de jodoh! Diorang takkan berkhawin atau bercouple atau berkawan sekalipun! Apa yang ada kat Zara tu sampai si kenit tu nak maafkan Zara?! Aku penat-penat buat dia benci Zara tapi budak tu jugak dia nak maafkan!" Ucap Sarah geram.

Ian mengeluh kecil. Dia terus bangun dari kerusinya. Sarah di tuju lalu ditarik agar duduk bersama di atas tilam.

"Jangan jerit-jerit cam ni okay? Nanti orang lain dengar apa yang kau cakap. Kalau diorang bagitahu Zara, hancur plan kau. Faham?" Soal Ian lembut.

Sarah mengeluh kecil. Nafas dihela panjang. Tangan Ian yang memegang lengannya ditolak.

"Habis tu aku nak buat apa?" Soal Sarah lembut.

Ian berfikir sebentar.

"Kita buat plan baru okay? Aku akan dapatkan bantuan kawan aku. Boleh kan?" Soal Ian lembut.

Sarah diam. Memandang Ian dengan riak tak puas hati.

"Come on Ian! Dah berapa kali kita buat plan baru. Tapi apa yang kita dapat? Tak jadi jugak kan? Guna kawan kau pun tak berjaya nak pisahkan diorang jugak" ucap Sarah tak puas hati.

Ian mendengus geram.

"Okay. Kalau kawan I tak boleh pakai, you nak guna sape?" Soal Ian malas.

Sarah diam. Berfikir sebentar. Perlahan senyuman sinis ditarik.

"Aku akan tunjuk kat diorang siapa sebenarnya SN ni..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro