57 》 Let the game begins!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz memusingkan badannya. Henfon di atas meja di capai lalu di belek seketika. Terus saja Izz tersenyum.

From: My Rose 🌹

Hai Minion! Minion dah okay belum?

Sorry kalau terpaksa bagi minion air tu. Tak nak la nanti kantoi ngan Hazriz yang minion datang bilik kita...

Laju saja tangan Izz membalas. Sukanya!

To: My Rose 🌹

Ada pening sikit-sikit je... 🤒

Rose tak pergi sekolah ke?

Zara diam. Nafas di hela panjang seketika. Terus saja dia membalas.

Minion comel 🐇

Macam mana nak sekolah
Kalau risau kat minion?

Aku minta maaf tau pasal
Semalam. Aku terpaksa bagi
Kau minum... sorry 😶

Auch! Tapi janganlah
Sampai ponteng sekolah...

Kita kan nak SPM tak lama
Lagi...

Aku tak marah pun kau...

Cuma... GERAM... 😧

Ooo okay.

Weh, aku ada kerja ni...

Kita borak lain kali ea.. 😊

Ala... 🙁

Kalau macam tu bila
Kau free?

Kita jumpa aje la ea...

Lagipun kan kita tak
Sekolah arini 😆

Minion... 😑

Okay fine... 😞

Tempat biasa pukul 5

Izz sudah tersengih.

Ulalala! Tengok kalau dengan aku semua boleh!

Izz hanya membalas 'Thanks Rose 😁🌹'

Suka betul hati dia bila Zara setuju ajak keluar. Satu mesej dari seseorang menghentikan senyuman Izz.

From: Si Gila 😒

Aku akan pastikan kau dengan Zara takkan kekal lama!

Kau dengan dia takkan jumpa lagi lepas ni!

Bersedialah sebab game dah nak mula... 🙄

Izz hanya mengeluh. Dia sudah malas mahu memikirkan soal itu. Mesej dibiarkan.

Henfon terus diletakkan di atas meja. Bantal dipeluk erat. Alang-alang dah cuti ni... kita relax-relax je la kat rumah kan?

"Izz Haiqal! Sini tolong Mama kemas rumah! Alang-alang ada Izz ni boleh tolong ringan beban Mama kan? Izz pening je kan bukan sakit kaki..."

Okay... aku nasihatkan jangan sesekali ponteng sekolah...

... petangnya pula ...

Izz melangkah menuju ke pondok. Kelihatan Zara sudah berada di situ.

"Airin..." panggil Izz.

Zara memandang Izz. Satu senyuman di wajah Izz buat Zara. Izz terus duduk di sebelah Zara.

"Kenapa nak jumpa aku? Tak bosan ke hari-hari tengok aku?" Soal Zara lembut.

Izz hanya tersenyum kecil.

"Tak de la... mana ada bosan... cuma... yeah..." ucap Izz lalu menarik hoodie Zara agar menutupi rambutnya yang terdedah.

"Lagi best kalau aku jumpa kau macam ni" ucap Izz perlahan.

Zara terdiam.

Ouh... aku lupa pulak pasal tu. Dah banyak kali kentot ni tegur aku pasal benda ni.

"Ouh... Sorry... aku ... terlupa" ucap Zara perlahan.

Izz tersenyum kecil. Permandangan di depannya di pandang.

"Tak de pa pe la... ermm... sejak... kita... kau tau la kan gaduh aritu... aku nak tanya... kau dah... bukak ke hadiah... aku?" Soal Izz segan.

Zara terus melebarkan senyumannya. Tangannya ditunjukkan pada Izz.

"Mestilah dah... pandai kau pilih. Aku suka betul!" Ucap Zara riang.

Izz memandang lengan Zara. Gelang hitam bersama figura minion dan rose pemberiannya melekat di pergelangan tangan Zara.

Uuuuu!!! Dia pakai la guys! Ni yang happy ni!

"Tapi kan... kau labur terlalu banyak untuk aku la Izz... bagi aku satu hadiah dari kau pun dah cukup buat aku okay. Aku ni... tak de pun bagi kau apa-apa..." ucap Zara perlahan.

Izz tersenyum kecil. Wajah segan gadis itu dipandang.

"Tak de pa pe la... bagi aku, hadiah yang terbaik untuk aku adalah tengok kau berubah... tak nak la... cam ni kan... ?" Soal Izz lembut.

Zara tersenyum. Suka benar dia dengan perwatakan Izz...

"Urmm... Airin..." panggil Izz lembut.

"Kau kan... dah jadi... perempuan Abang aku kan... maksud kau... kau akan menghilang cam dua tahun lepas ke?" Soal Izz perlahan.

Zara terdiam. Perlahan dia menghela nafas panjang.

"Aku tak tahu...bergantung pada lelaki tu la... kalau dia nak bawak aku, bawak la... lagipun biasanya diorang akan simpan kat satu tempat aje. Contoh cam kat kelab ni. Tapi... aku tak pasti aku kena pergi ke tak. Semuanya bergantung pada Abang kau la... kenapa... kau tanya?" Soal Zara pelik.

Izz menayangkan senyuman hambar. Kukunya dilaga sesama sendiri.

"Tak de la... aku cuma... nak tahu je... pasal gaduh tu pun... aku minta..."

"Tak pe la Izz... bukan salah kau, dan bukan salah aku. Bukan salah sesapa. Aku pun... tak berapa ambik kisah pasal tu... dan... pasal air malam tadi tu... hehehehe memang aku terpaksa. Sorry kalau buat kau marah" ucap Zara perlahan.

Izz hanya tersenyum tawar.

"Marah tu tak la... cuma... GERAM!!! Hehehehe... kenapa kau tak cakap? Nak pengsan tau aku nak menjawab dengan Mama aku pasal semalam...  nasib Mama aku okay je..." ucap Izz muncung.

Zara hanya diam.

Mama... Izz pernah cakap yang tak nak lukakan hati Mama dia semata nak pertahankan perempuan cam aku ni...

"Izz..."

Izz menoleh perlahan. Serba salah pula Zara nak cakap...

"Kenapa?..." soal Izz pelik.

"Aku... nak tanya... Mama kau... marah kan aku ke?" Soal Zara perlahan.

"Marah... kenapa?" Soal Izz tak mengerti.

Zara menunduk.

"Yang kau kata kau dah tak nak lukakan hati Mama kau semata nak pertahankan perempuan cam aku ni... Maksudnya, Mama kau pernah marah kau sebab aku kan?" Soal Zara lembut.

Wajah Izz berubah. Dia tak mahu bercakap soal ini. Sudahlah tadi dia menipu mahu jumpa kawan yang sudah berjanji untuk buat kerja sekolah bersama.

"Tak de la... Mama aku cuma salah faham je... kau jangan risau okay. Biasalah... dipengaruhi oleh group taman dia tu" ucap Izz lembut.

Zara hanya diam. Senyuman kecil dilemparkan dua orang tersebut menghiasi wajah mereka.

"Airin... kau... buka... hadiah aku tu kan?... umm... ada nampak... ummm kain..."

"Tudung purple cair tu?" Pintas Zara.

Izz hanya mengangguk perlahan.

"Ada... kenapa?" Soal Zara lagi.

"Umm... aku... nak tengok gak kau pakai... yeah... macam yang kau cakap... bergantung pada Abang aku la kan nak biar atau bawak kau... pergi..." ucap Izz segan.

Zara tersenyum. Dia tahu Izz segan dengannya. Mahu juga Izz melihat hadiahnya tersarung di kepala Zara.

"Kenapa kau tak nak cakap terus terang je yang kau nak tengok aku guna hadiah kau?" Soal Zara menduga.

Izz terdiam. Segan pulak nak mengaku...

"Mana ada... aku just... nak tengok kau pakai je..." ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum. Dia mendekatkan diri ke arah Izz. Izz menjarakkan wajahnya bila wajah Zara mendekatinya.

"Kalau cam tu... masa akad nikah kita berdua la baru aku pakai... baru sweet an? An? An?" Soal Zara menyakat.

Wajah Izz mulai merah. Zara sudah tersengih. Lama dia tak tengok Izz blushing cam ni! Rindu!

"Apa kau ni... kita kawan je kan? Lagipun nak tunggu akad nikah lama lagi. Kita kan budak lagi" ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum menyenget. Dia menjauhkan wajahnya dari Izz.

"Kalau cam tu dekatkan la... tahun depan kita berdua dah 18 an? An? An? Jom khawin" ajak Zara selamba.

Makin segan Izz bila Zara sentuh soal Khawin.

Minah ni gatal namatey kenapa? Dia tak tahu ke aku dah macam cacing kena jemur dengar ayat dia?

"Kau ni... tak malu ea... sape nak khawin awal? Aku tak nak... kau khawin la sesorang" ucap Izz perlahan.

Zara ketawa perlahan. Suka melihat Izz yang mulai kepanasan.

"Tak nak tak pe... nanti dia yang melepas... tengok muka kau pun dah tahu kau suka kan aku sebut pasal khawin?" Soal Zara lagi.

Izz menyorokkan wajahnya disebalik tangannya yang dilekapkan di pipi.

"Mana ada... kau je yang perasan" bentak Izz.

Zara tergelak.

Sumpah comel! Rindu nak buat cam ni...

"Ei! Dah la! Berhenti boleh tak?! Kau tahu kan aku tak suka kau cakap cam tu. Ei! Aku majuk lagi baru tahu" ucap Izz malas.

Zara tergelak kecil. Perlahan dia berhenti gelak. Kesian pula tengok Izz yang bengang.

"Okay la... aku stop tapi..."

Zara terdiam. Izz memandang wajah Zara yang tiba-tiba beku.

"Tapi apa?" Soal Izz pelik.

Zara melekatkan jarinya ke mulutnya menyuruh Izz diam. Izz terus mulai terasa seram. Zara memandang tajam wajah Izz.

"Kau ada bawak sesapa ke datang sini?" Soal Zara perlahan.

Perlahan Izz menggeleng. Takut pula melihat wajah beku Zara.

"Ke... kenapa?" Soal Izz perlahan.

Zara diam lagi. Mengamati bunyi yang semakin menghampiri mereka. Terus saja tangan Izz di tarik agar mengikutinya.

"Ki...  kita nak pergi mana?..."

"Diam dan ikut aku!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro