58 》 Goodnight

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz hanya diam saat wajah beku Zara memandangnya. Zara memandang Izz pelik.

"Apa?" Soal Zara pelik.

Izz diam. Teragak-agak untuk dia cakap.

"Kenapa kita kena duduk sini? Tahu tak gatal?" Soal Izz tak puas hati.

Ye! Memang aku tak puas hati! Boleh pulak dia tarik aku pergi atas bukit yang lebih tinggi kat belakang pondok ni dan paling benci...

SINI PENUH RUMPUT WEYH! DIA TAHU TAK AKU ALLERGIC SEMUA BENDALAH KOTOR NI?!

Zara mengeluh kecil. Tubuhnya di sandarkan pada pokok tinggi.

"Gatal yang mana? Gatal miang ke gatal sebab rumput ni?" Soal Zara sengaja.

Izz mencebik.

Minah ni tak habis lagi ke?

"Tak payah muncung sangat minion. Aku cium jugak mulut panjang kau tu. Apa yang kau kena buat, diam dan jangan merungut. Aku nak tengok sape yang berani terjah kawasan aku" ucap Zara serius.

Izz sudah kegelian.

Kiss? Macam Abang aku buat kat dia. Ew~ ~

Zara memusingkan badannya. Kelihatan ada seseorang yang berbaju hitam gelap berjalan menuju ke pondok mereka.

"Sape pulak dah ni?" Soal Zara malas.

Izz terus memusingkan badannya. Matanya juga melihat budak tersebut.

Sarah berpusing di sekitar pondok tersebut. Tiada orang? Seingat dia, dia dah ikut Izz kesini.

Sarah mengeluarkan henfonnya. Nombor Hazriz di tekan.

"Hazriz on the phone.."

"Aku dah tengok sini... dia tak de..." ucap Sarah perlahan.

Hazriz diam. Memikirkan sesuatu.

"Panggil budak kau, cari sampai dapat. Sat gi aku sampai"

Henfon terus dimatikan. Sarah tersenyum kecil. Ian di call dan beberapa minit selepas itu mereka sampai.

"Shit! Kita kena pergi sekarang!" Ucap Zara perlahan.

Tangan Izz ditarik lalu bukit dituruni. Izz hanya diam. Lebih baik dia ikut je cakap Zara... kang tak pasal-pasal kena tengking. Kecut den...

"Berpecah dan cari sampai dapat! Aku nak dua-dua manusia tu hidup-hidup" arah Sarah.

Kesemua jejaka sado itu mulai berpecah. Sarah tersenyum.

Kau takkan dapat lari mana Zara!

Melihat Zara yang laju saja berjalan membuatkan Izz seram. Takkan ada orang akan pukul mereka lagi?

"Airin... ki..  kita nak pergi mana ni?" Soal Izz takut.

Mana tak nya! Penuh dengan pokok asing macam kat hutan. Tambahan pula cuaca yang semakin gelap mahu maghrib.

"Jangan risau... aku jaga kau. Aku tahu jalan ni. Cepat sikit. Aku tak nak diorang jejak kita" ucap Zara perlahan.

Izz hanya diam. Dilajukan langkah mengikuti Zara. Setelah kawasan hutan kecil itu habis, disapa dengan jalan kebun.

Zara melepaskan tangan Izz. Penat berjalan laju dilepaskan. Izz memandang sekeliling. Penuh dengan kelapa sawit.

"Kat mana ni?" Soal Izz lagi.

"Kebun la... dekat dengan Taman. Kau mungkin tak tahu sebab taman kau depan, dekat ngan jalan besar. Sape duduk taman belakang tahu la jalan ni. Short cut masuk kampung lain" terang Zara panjang.

Izz hanya mengangguk. Dipandang wajah penat Zara.

"Jadi kita nak buat apa sekarang?" Soal Izz.

"Aku hantar kau balik. Bahaya kau duduk luar" ucap Zara perlahan.

Langkah diatur menuju ke jalan kebun. Suasana mulai senja. Terdengar kicauan burung di waktu senja, dengan dalam kebun, suasana semakin suram dan gelap.

Izz merapatkan diri dengan Zara. Gadis itu selamba saja berjalan tanpa memikirkan suasana di sekelilingnya.

Zara tahu akan Izz yang takut. Ditarik lengan Izz mendekatinya. Izz diam.

Dia tarik lengan kita la wak..

Mereka keluar dan menyusuri jalan kampung. Orang sekeliling yang melihat mereka berjalan beriringan hanya menjeling.

Kenal saja perwatakan Zara walaupun wajahnya dilitupi hoodie.

"Pergi mana ni maghrib-maghrib keluar rumah? Berdua pulak tu?" Soal Mak cik di salah sebuah rumah.

"Saya bukan anak mak cik. Tak payah sibuk hal orang. Mak cik pun same. Maghrib duduk luar. Kalau alim sangat pergilah solat sana. Setan banyak kat luar" sindir Zara.

Mak cik tersebut hanya menjeling apabila mendapat ayat pedas Zara. Izz diam.

Patutlah ramai takut tegur Zara..

Saat memasuki jalan taman, langkah Zara terhenti. Ditarik Izz menyorok. Zara mengintai.

"Kenapa?" Soal Izz pelik.

Zara diam. Serba salah nak cakap ngan Izz.

"Diorang buat block kat depan. Kita ikut jalan jauh boleh kan?" Soal Zara lembut.

Izz hanya mengangguk. Mereka terus berpaling. Lorong sebelah kiri dipandang. Terdiam mereka berdua.

"Nak pergi mana?" Soal lelaki itu.

Perlahan mereka mengundur. Zara memandang ke lorong sebelah. Senyuman sinis terukir.

"Nak jalan-jalan. Boleh?" Soal Zara lembut.

Ditarik Izz agar lari bersamanya. Lelaki tadi terpinga.

"Wei! Aku dah jumpa! Kejar dia!" Laung lelaki itu.

Terus saja mereka mengejar Zara. Zara dan Izz terus berlari. Entah jalan mana main redah je.

Dan akhirnya...

Tembok besar yang menghalang jalan.

"Jalan mati..." ucap Izz perlahan.

Lelaki tadi berhenti. Senyuman terukir. Zara dan Izz mengundur saat mereka mendekati.

"Izz, duduk sini diam-diam" ucap Zara perlahan.

Izz hanya menggeleng.

Tak! Tak mungkin dia nak biarkan seorang perempuan untuk kali yang ke berapa tah berlawan lagi?

Dia ni tak serik ke sakit?

"Tapi nanti kau..."

"Aku okay!" Pintas Zara malas.

Zara mara kehadapan. Buku lima digenggam. Lelaki tadi tanpa banyak bicara terus menyerang Zara.

Zara segera membalas. Walaupun tiada ilmu seni mempertahankan diri,  pengalaman yang lalu cukup membuatkanya kuat.

Satu tumbukan dihadiahkan Zara di bahagian dada dan perut. Diceretkan sedikit kenangan dibahagian muka dengan kaki. Diakhiri dengan tumbukan didada memaksa lelaki itu rebah.

Settel satu.

Izz hanya diam. Dia hanya melihat. Nak tolong? Takut nanti dia yang jadi cacing. Tanpa dia sedar, seseorang datang kepadanya.

Izz memandang sepi. Tingginya....

"Goodnight"

Mulut Izz di cekup dengan kain putih. Kuat juga dia meronta dan akhirnya mulai lemah.

Zara melihat Izz yang sedikit bising itu terus terkejut. Dia berlari ke arah lelaki itu tumbukan dilepaskan.

Izz terlepas dari pelukan. Matanya mulai tertutup. Zara terus memangku Izz.

Dia kena pergi dari sini cepat!

Tanpa dia sedar, ada yang secara senyap mendekatinya.

Buk!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro