59 》 menipu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Perlahan mata Izz terbuka. Matanya memandang sekeliling.

Kat mana ni?

Izz perlahan cuba untuk bangun. Bilik kayu ini kelihatan asing baginya.

"Wei! Budak tu dah bangun. Panggil Haz"

Izz hanya mendengar. Dia terus bangun. Pandangannya sedikit kabur. Meraba sekeliling mencari cermin matanya.

Satu pintu dibuka. Kaki melangkah mendekati Izz yang tercengang. Sesuatu diambil dari atas meja lalu diserahkan pada Izz.

Izz pelik.

Aku nampak kabur. Tapi... apa benda dia bagi aku? Kau sape?

"Ambik ni. Speck kau" ucap Hazriz keras.

Izz terdiam. Ouh! Abang dia rupanya. Perlahan dia mencapai. Dipadankan ke matanya.

Ha! Baru jelas!

Hazriz dengan wajah bekunya duduk di atas tilam sebelah Izz. Izz diam.

Pondok kayu ni pelik. Tapi tilam ni lembut!

"Kat mana ni?" Soal Izz pelik.

Hazriz diam. Matanya yang tajam menikam anak mata adiknya. Izz sedikit gerun.

"Kau pahal melekat dengan perempuan tu? Kau kan benci dia. Kenapa nak juga dengan perempuan aku?" Soal Hazriz tajam.

Izz diam.

Dah dia kawan aku. Suka hati aku la...

"Aku tanya jawablah! Ke kau nak korek rahsia aku supaya kau boleh cakap kat Mama dengan Papa pasal ni?!" Soal Hazriz kasar.

Izz terkedu. Perlahan dia menggeleng.

"Tak.. ma.. mana ada. Aku... aku cuma kawan dengan dia je..." ucap Izz perlahan.

Hazriz tersenyum sinis. Dia terus bangun lalu berdiri menghadap Izz. Tangan di silang ke dada.

"Kawan? Kau larikan perempuan aku tu ke kau kata nak kawan aje?" Soal Hazriz sinis.

Izz diam. Tak pernah nampak Hariz setegas ini. Hazriz menarik kolar baju Izz.

"Kau tahu tak kalau perempuan tu lari, aku rugi berjuta?! Aku dah bayar bapak dia! Aku bayar dia lagi! Kau fikir senang ke hah nak dapatkan budak tu balik?!" Soal Hazriz kasar.

Izz terkaku. Tak pernah dia ditengking seperti ini. Walaupun Hazriz selalu cari gaduh dengan dia, Hazriz tak pernah lagi tengking macam gini.

Melihat Izz yang sedikit takut, membuatkan Hazriz diam. Dilepaskan kolar baju Izz.

"Kau dengar sini. Kau tu adik aku tau! Aku tak nak apa-apa kan kau sebab nanti Mama dengan Papa tanya. Jadi... tolong jangan buatkan aku marah kalau tak nak.."

Pistol yang tersedia di koceknya di keluarkan dan di acu di dahi Izz.

"Kau mati. Aku boleh je cakap ngan Mama dengan Papa yang kau ni... excident... makin degil dan tak dengar kata kan nak merayap jugak ngan perempuan kotor tu pergi mall kan?" Soal Hazriz sinis.

Izz hanya diam. Perlahan dia mengetap bibirnya. Hazriz terus melarikan pistolnya dari Izz.

"Kau faham tak apa aku cakap? Jangan cari pasal..." ucap Hazriz perlahan.

"Dengar... tapi... aku nak jumpa Airin dulu... aku pun nak tengok sama ada dia okay ke tak" ucap Izz perlahan.

Hazriz tersenyum kecil.

"Raymond! Bawak perempuan tu datang sini!" Laung Hazriz jelas.

Izz diam.

Yes! Aku akan jumpa Zara! Aku akan pastikan Rose selamat!

Hazriz memandang Izz yang tersenyum kecil. Senyuman sinis terukir.

"Airin?... heh! Menarik..." gumam Hazriz perlahan.

Dua susuk tubuh berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Senyuman Izz mati melihat bibir Zara yang sedikit lebam dan dahinya yang calar.

Hazriz menarik Zara ke dakapannya. Zara hanya diam. Dia tahu dia terpaksa rela kerana dia milik Hazriz.

"Dah jumpa dia kan? Dia ni elok je, rupanya cantik... tapi sayang..."

Hazriz mengucup pipi Zara membuatkan Izz sedikit geram.

"Dia ni milik aku. Bukan kau. Kan Sayang?" Soal Hazriz lembut.

Raymond yang berada di situ tertawa kecil melihat Hazriz yang sengaja mengapikannya.

Zara tersenyum dan mengangguk kecil. Izz diam. Sedikit kecewa dengan tingkah Zara.

"Kau... kau ni sengaja kan buat dia macam tu?! Kau ingat dia rela ke jadi perempuan kau ha?!" Tengking Izz tiba-tiba.

Geram sekali dengan reaksi Abangnya yang selamba dengan Zara.

Hazriz tersengih pinggang Zara dilepaskan. Dia menunduk memandang Izz yang sudah berdiri memandangnya.

"Rela ke tak, dia tetap milik aku. Bukan kau..." ucap Hazriz sengaja.

Izz hanya mampu mengetap bibirnya. Geram sekali dengan tingkah Abangnya.

"Pahal? Tak puas hati? Best men win bro... kau tak dapat dia... mampu tengok je la..." ucap Hazriz sinis.

"Kau ingat tak keji ke ambik dia macam tu? Dia bukan patung untuk dibeli!" Ucap Izz geram.

Senyuman Hazriz mati. Satu tumbukan melayang ke arah Izz. Izz hanya diam. Bibirnya rasa begitu sakit.

"Haz... di.. dia cuma cakap cam tu je... jangan lah ambik hati..." pujuk Zara lembut.

Hazriz tersenyum puas. Wajah Zara dipandang tajam. Terdiam Zara melihat renungan itu.

"Memang patut pun dia dapat! Dah lama aku sabar dengan dia" ucap Hazriz perlahan.

Izz diam. Mengusap bibirnya sakit. Seketika kemudian henfonnya berbunyi pula.

Dengan kasar Hazriz mengeluarkan henfonnya. Satu keluhan kecil melihat nama yang muncul.

Ditarik Izz agar memandangnya. Ditunjukkan skrin itu pada Izz.

Mama

"Aku nak kau diam. Sekali kau cakap... memang aku belasah kau" ucap Hazriz memberi amaran.

Terus skrin diseret ke butang hijau.

"Hello Mama... ada apa call malam-malam ni?" Soal Hazriz lembut.

Izz memutarkan bebola matanya. Geram dengan sikap hipokrit Abangnya.

"Ni... Mama nak tanya... Hariz ada nampak Izz tak? Dari petang tadi tak balik lagi dekat pukul 8 lebih dah ni... tadi keluar katanya nak pergi rumah kawan. Sampai sekarang tak balik. Mama call henfon dia tak dapat..." adu Puan Maria.

Hazriz mengetap bibirnya. Satu jelingan tajam di beri pada Izz.

"Izz ada je ni dengan Hariz Ma.. kejap ea"

Hazriz memandang Izz. Satu pistol dikeluarkan.

"Jangan cerita pasal tempat ni atau apa yang berlaku. Cakap je kau keluar ngan aku. Atau..."

Pistol dilekap pada Zara. Hazriz mengangkat keningnya memaksa Izz memahaminya sendiri. Izz hanya diam.

"Hello? Ada orang tak ni?" Soal Puan Maria pelik.

Izz akhirnya mengangguk kecil. Hariz merendahkan badannya menyamaratakan ketinggian dengan Izz. Henfon di tekan louder dan disua ke Izz.

"He... hello... Mama... ni Izz.." ucap Izz takut.

"Ha! Izz... Izz pergi mana ni? Mama call tak jawab. Dah malam tak balik lagi. Izz kata pergi rumah kawan tanya homework. Tapi sampai sekarang tak balik. Izz memang suka bagi Mama dengan Papa risau ea?" Bebel Puan Maria.

Izz hanya menghela nafas panjang.

"Sorry... phone Izz habis bateri. Tadi lepas pergi rumah kawan, Izz ikut Abang Hariz keluar. Sorry kalau buat Mama dengan Papa risau" ucap Izz perlahan.

Hazriz tersenyum kecil. Kelakar!

"Haih... ye la ye la... nanti jangan balik lambat lagi! Besok bangun lambat tak sekolah lagi..." ucap Puan Maria perli.

Izz tersenyum kecil.

Itupun kalau dapat keluar dari sini... kalau tak?

Hazriz terus menarik henfon tersebut bila terlalu lama mereka berbual.

"Okay la Ma... Hariz letak dulu. Bye!" Ucap Hazriz lalu mematikan panggilan.

Henfon terus disimpan. Pistol diseluk ke pinggangnya.

"Bagus... dan sekarang aku nak kau duduk diam dalam ni... jangan buat apa-apa yang pelik atau nasib kau dengan awek kau ni dekat sini..." ucap Hazriz sambil menepuk pistolnya.

Izz hanya diam. Begitu juga Zara. Terus ditarik Zara ke dakapannya.

"Dan kau... ikut aku..." ucap Hazriz perlahan.

Izz memandang. Zara memaling ke belakang. Satu senyuman kecil untuk Izz.

"Jaga budak tu. Jangan bagi dia buat benda bodoh"

"Okay Haz..."

Tak... aku tak kan duduk diam aje kat sini... aku kena cari jalan untuk keluar kan Zara dari sini...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro