64 》 Soalan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pistol di acu ke arah Zara dan Izz silih berganti. Izz terdiam.

Takkan Abang aku sanggup tembak orang?

"Tolong? Tolong apa Zara? Aku dah kata kan jangan lari lagi atau keluarga kau yang kena. Sekarang cakap ngan aku. Siapa yang bersalah sebenarnya? Aku atau kau?" Soal Hazriz sinis.

Zara mulai gelisah.

Adik, adik akak minta maaf kalau Akak dah bahaya adik dalam hal ni. Akak minta maaf.

"Haz.. tolong la... adik aku tak tahu apa-apa dalam hal ni. Dia tak de kena mengena" rayu Zara.

Hazriz tersenyum sinis.

"Dah terlambat. Dan kau pulak..."

Pistol di acu ke arah Izz. Izz terkaku.

"Kau ni dari dulu menyusahkan aku tahu tak? Aku ni punyalah baik sampai tak nak cederakan kau sebab kau ni adik aku tapi... aku dah cakap kan jangan masuk campur urusan aku atau kau yang kena" ucap Hazriz keras.

Izz hanya diam. Dia tak mampu berkata-kata. Seseorang masuk ke dalam.

"Semua dah ada kat rumah tu Haz... budak sana baru inform aku" ucap Raymond mendatar.

Hazriz tersenyum sinis. Pistol disimpan dalam koceknya kembali.

"Bagus... bawak dua ketul ni sekali. Jangan bagi terlepas lagi atau kau yang mati" ucap Hazriz lalu keluar.

Melihat lelaki itu mendekati mereka berdua, Izz terus memeluk erat lengan Zara.

Suasana kembali kelam.

... at a wooden house ...

Izz perlahan bangun dari pembaringannya. Badannya terasa sakit sekali.

Lepas di pukul tadi, tengkuknya terasa begitu sakit.

"Izz... kau dah bangun?" Soal Zara lembut.

Izz hanya diam. Dia mulai duduk dengan elok. Memandang Zara yang berada di tepinya.

Kejap! Zara pangku kepala aku ke tadi? Aku... Aku tidur atas riba dia?! Argh!!!! Aku rasa macam nak nyorok bawah lantai la...

"Er... dah... kita... kita kat mana ni?" Soal Izz menukar topik.

Zara mengeluh kecil. Pipinya diusap lembut.

"Rumah lain. Aku tak pasti kat mana. Sedar je dah kat sini. Tengkuk kau sakit ke?" Soal Zara prihatin.

Izz menggeleng perlahan. Tak mahu gadis itu terlalu risau akan dirinya. Zara tersenyum kecil.

"Ambik ni speck kau. Tapi dah bengkok sikit la... bukan aku yang buat ea..." ucap Zara lembut.

Izz mengeluh kecil. Diambil dari tangan Zara lalu dipakai. Nampak senget sikit. Tak pe lah janji otak tak senget.

"Kau lagi hensem kalau tak pakai speck la Izz. Apa kata kau bukak je speck kau. Kan nampak rupa kau tu sikit" ucap Zara sengaja.

Dia tak mahulah suasana suram saja. Dia perlukan sedikit tawa.

"Ma... mana boleh. Nanti tak nampak macam mana?" Soal Izz segan.

Entahnya Zara ni... nanti tak nampak jodoh aku kan susah!

Zara tersenyum kecil. Izz terus bersandar di dinding seperti Zara. Wajah sembab Zara di perhati.

"Airin... aku minta maaf tau kalau semua benda ni jadi sebab aku" ucap Izz serba salah.

Zara tersenyum kecil. Nafas di hela panjang.

"Tak pe lah Izz. Benda dah jadi. Aku pun tak nak fikir banyak. Aku cuma fikir macam mana nak keluar dari sini dan selamatkan adik-adik aku. Aku tak nak sebab aku, diorang yang kena tempiasnya" ucap Zara perlahan.

Izz hanya diam. Zara memandang Izz disebelahnya. Perlahan tangannya naik ke muka Izz.

"Aku minta maaf sebab luka ni. Kau tak sepatutnya dapat benda ni" ucap Zara lembut.

Lengan hoodienya mengelap darah kering di bibir Izz. Izz kaku. Perlahan dia menolak lengan Zara.

"Tak... tak pe... aku... okay je..." ucap Izz segan.

Zara tersenyum kecil. Dia terus bersandar di dinding. Rasa mengantuk masih ada. Lagipun malam masih bernyawa.

Izz hanya diam memandang wajah Zara di sebalik hoodie itu. Kaki di bawa ke dada lalu dipeluk perlahan.

Cermin mata miliknya diperbetulkan sedikit. Sebenarnya dia masih segan dengan Zara. Dah la mereka berdua saja di sini.

"Umm... Zara... kau..."

Perlahan kepala Zara terlentok di bahu Izz. Izz terdiam. Badannya mulai mengeras.

Dia... rasa geli. Tak pernah ada perempuan yang bersandar di bahunya sebelum ini.

"Za... Zara... kau... tidur ke?" Soal Izz perlahan.

Tiada jawapan.

Izz mengintai di sebalik hoodie Zara. Mata milik Zara tertutup rapat. Bahu Izz semakin memberat.

Perlahan tangannya menggoncangkan bahu Zara menyuruh gadis itu bangun.

"Zara... bangun lah... kau... sandar tempat lain boleh tak?" Soal Izz kekok.

Zara menolak lengan Izz. Kepalanya di bahu Izz diperbetulkan sedikit.

Izz mengeluh kecil. Dia hanya membiarkan saja Zara disitu. Perlahan dia merapatkan diri dengan Zara agar gadis itu lebih selesa.

Zara tersenyum kecil.

Aku nak rapat ngan kau kentot. Aku takut nanti aku tak boleh jumpa kau lagi.

... at the morrrrrrning ...

Zara membuka matanya saat sesuatu bermain di kepalanya. Zara memandang ke atas. Mata dia dan Izz bertentangan.

Terus saja dia menolak Izz menjauhinya dan terus bangun dari pangkuan Izz.

"Kau... kau buat apa ha?!" Soal Zara terkejut.

Matanya tajam memandang Izz. Izz mulai tergagap.

"Jangan salah faham. Tadi... aku... tolong lap luka kau je. Aku kesian tengok kau darah cam tu" ucap Izz perlahan.

Zara menghela nafas panjang. Terus saja dia duduk di sebelah Izz.

"Kau ni... buat takut aku je..." ucap Zara perlahan.

Izz menarik nafas lega.

Nasib dia tak perasan aku memang tenung muka dia.

Perlahan satu pintu dibuka. Izz dan Zara terus memandang ke hadapan.

Sepasang kaki melangkah masuk. Izz terus mendekatkan diri dengan Zara. Sebab dia rasa Zara mampu lindungi dia.

"Bangun sekarang. Ikut aku" ucap Raymond tegas.

Izz diam. Zara memandang tepat anak mata Raymond.

"Aku nak jumpa adik aku dulu. Aku kena pastikan dia selamat baru kitorang ikut cakap kau" ucap Zara berani.

Raymond mengeluh kecil. Susah betul kalau ada tawanan yang banyak cakap.

"Kau ni aku kata bangun, bangun je la. Ikut cakap aku. Adik kau pun, nak sangat jumpa kau. Sekarang ni aku nak bawak jumpa adik kau la ni" ucap Raymond malas.

Zara terus saja bangun diikuti Izz. Lengan Zara yang dipeluk erat oleh Izz mendatangkan cemburu pada Raymond.

"Bro! Awek kau tak lari mana la... tak payah la sampai nak peluk cam tu. Hazriz yang beli dia pun tak de nak peluk bagai nak patah cam tu" sindir Raymond.

Izz menggeleng perlahan. Dia mahu sentiasa dekat dengan Zara. Raymond mencebik.

Dah la aku single!

Terus saja Zara dan Izz ditarik agar berjalan dahulu manakala Raymond hanya mengikuti di belakang.

Mereka memasuki sebuah ruang tamu yang sedikit besar dari bilik lain. Faris dan Adam sudah semestinya diikat disitu.

Dan yang membuatkan Zara sedikit naik angin, Faris sudah cedera di bahagian mukanya. Pasti dia berusaha melindungi Adam di rumah mereka.

"Kau sentuh adik aku ke sial?!" Soal Zara geram.

Raymond tersengih.

"Tak salah pun. Kau yang gatal sangat nak lari kan? Hazriz dah pesan... jangan lari atau adik kau yang kena. Lagipun... kitorang dah ajak dia baik-baik. Sape suruh dia melawan" ucap Raymond selamba.

Zara hanya memendam kemarahan di dalam hati. Wajah Adam dipandang. Memang nampak sedih wajah adiknya.

Mesti Adam kecewa kan bila dapat tahu aku macam mana... dia tu dah la kecik lagi...

Hazriz mulai melangkah ke situ. Senyuman terukir diwajahnya. Namun padam saat melihat Izz di sisi Zara.

Di dekati Izz lalu ditarik menjauhi Zara.

"Kau tak layak dekat dengan perempuan kotor ni! Kau faham tak?" Soal Hazriz tajam.

"Perempuan kotor ni jugak yang kau beli jadi perempuan simpanan" ucap Faris sengaja.

Mendengar ayat Faris, Hazriz melayangkan tumbukan ke wajah jejaka itu.

"Hazriz stop!" Jerit Zara.

Hazriz tersenyum sinis. Izz dan Adam hanya memerhati.

"Kalau tak suka adik kau kena dengan aku, ajar dia adab! Bukan kurang ajar macam kau" ucap Hazriz pula.

"Kau yang kurang ajar!" Balas Faris lagi.

"Faris! Kau ni dah la!" Ucap Zara pula.

Faris diam. Hazriz mulai tersenyum. Kerusi ditarik lalu Izz ditolak agar duduk di situ.

"Kau tahu tak kenapa aku himpunkan segala benda yang kau sayang kat sini? Termasuk si kentot ni?"

"Tapi Ayah aku tak de kat sini. Idris mana?"

Hazriz hanya menarik senyuman sinis.

"Dia... spesial sikit. Kena kurung kat tempat khas. Aku rasa... lepas bongkar rumah dia tadi, dia pergi penjara kot. Entah lah... ala kau ni tak payah risau pasal dia. Dia bukan kisah pasal kau pun. Dia cuma nak duit aje kan?"

Zara hanya diam. Dia mulai serba salah. Hanya sebab dia menceritakan rahsia janji Idris dan dia pada Bella, semua terkena tempiasnya.

"Zara... soalan aku masih belum dijawab"

Zara diam. Kenapa perlu seksa orang yang dia sayang?

Hazriz hanya mengangguk melihat Zara yang diam.

"Okay... kau tak nak cakap kan... aku akan pastikan kau jawab semua soalan aku"

"Haz... kau... kau nak buat apa ni?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro