65 》 seksa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara terus terdiam saat Hazriz menolaknya ke atas kerusi. Matanya lebih tertumpu pada pisau di tangan Hazriz.

"Haz.. please... jangan seksa adik-adik aku macam ni... diorang tak salah Haz... kalau kau nak seksa aku sebab aku ingkar, tak pe. Aku tak kisah tapi jangan lah adik-adik aku" pinta Zara lembut.

Hazriz tersenyum sinis. Dia berhenti di kerusi Faris. Pisau tajam itu mulai bermain di pipi Faris.

"Aku dah bosan dengar alasan sama Zara. Kali ni aku takkan berlembut dengan kau. Sekarang... kalau kau nak adik kau selamat, jawab semua soalan aku. Faham?" Soal Hazriz lembut.

Zara menghela nafas panjang. Perlahan dia menganguk. Hazriz tersenyum.

"Sekarang... aku nak tanya kau. Kenapa kau nak lari sangat dari aku?  Duit aku bagi. Kemewahan aku bagi. Apa yang tak cukup lagi bagi kau?" Soal Hazriz lembut.

Zara menunduk. Dia tak mampu bersuara. Dia takut untuk memberitahu soal kebenaran.

Zapp!

"Argh!"

Zara terus memandang Faris. Secalit luka di pipi adiknya. Zara ingin saja bangun tapi di tarik Raymond supaya dia duduk semula.

"Lepaslah! Tu adik aku tau tak?!" Soal Zara geram.

Raymond menekup mulut Zara dan tangan di peluk Raymond. Faris merintih perlahan. Matanya kekal memandang Zara. Memohon simpati kakaknya.

"Tu sebab kau tak nak jawab soalan aku. Lagi lama kau diam, lagi banyak luka dia dapat" ucap Hazriz sinis.

Zara berhenti meronta. Air matanya jatuh di pipi. Tak sanggup dia tengok adik dia tersakiti sebab dia.

Hazriz bercankung di sebelah Adam. Dagu budak itu diusap dengan pisau. Mata Zara mulai membesar.

"Haz.. tolong lah.. Adam kecik lagi Haz.. dia tak tahu apa-apa" pinta Zara lagi.

Hazriz hanya diam. Adam lagi kaku. Hanya memerhatikan pisau itu.

"Haz.. tolonglah jangan buat aku macam ni..." ucap Zara sedih.

Hazriz tersenyum kecil. Hujung mata pisau berhenti di lengan Adam.

"Jawab dulu soalan aku Zara... Kenapa kau lari dari aku? Dan kau cerita la sikit kisah sedih kau tu biar adik kau ni faham. Adik kau kan tak tahu apa-apa kan?" Soal Hazriz lembut.

Zara memejamkan matanya. Mencari secebis kekuatan.

"Aku..."

Dia takut. Jawapan dia akan melukakan hati sesiapa.

"Aku... cuma..."

Zapp!

"Ergh!"

"Okay! Fine! Aku cuma nak kan kebebasan" ucap Zara laju.

Lambat. Lengan Adam sudah berdarah. Adam merintih. Perlahan air matanya jatuh.

"Kebebasan? Aku bebaskan kau. Dengan syarat ada bila aku panggil. Bukan lari macam ni Zara" ucap Hazriz sinis.

"Bukan tu. Maksud aku, aku dah tak nak buat kerja ni lagi. Aku nak bebas. Aku nak hidup normal macam orang lain. Aku tak nak kerja dekat kelab malam lagi. Aku nak keluar dari tempat tu! Aku kerja situ sebab terpaksa. Bukan secara rela" ucap Zara panjang.

Hazriz memikirkan sebentar.

Zapp!

"Argh! Sa... sakit..."

Zara terdiam. Wajah sinis Hazriz dipandang. Dagu Adam menjadi mangsa lagi.

"Aku dah bagi jawapan kan?! Kenapa aku nak lukakan adik aku lagi?! Apa yang kau tak puas hati ha?!" Soal Zara geram.

Hazriz tersenyum sinis. Terus saja dia bangun dari situ dan bergerak ke arah lain.

"Upps! Tak sengaja... lagipun... aku tak suka jawapan kau. Kau tahu peraturan kan? Sekali masuk, tak de jalan keluar" ucap Hazriz sinis.

Zara menghela nafas panjang. Wajah kuyu Adam dipandang.

Adik, Kakak minta maaf. Kakak bukan kakak yang terbaik buat adik.

Hazriz berhenti di kerusi Izz. Dipeluk dari belakang adiknya itu. Dahi Izz menjadi sasarannya pula.

"Sekarang, kita kasi Kakak relax dulu. Maklumlah dah pandai nak marah sekarang kan? Aku nak tanya kau pulak" ucap Hazriz sinis.

Izz mulai seram. Hazriz menyengetkan badannya dan memandang Izz. Dagu Izz dicengkam kasar.

"Sekarang aku tanya kau. Apa masalah kau nak masuk campur urusan aku? Aku dah bagi kau peluang supaya jangan kacau hidup aku lagi. Tapi apa kau buat? Kau sengaja nak ikut aku semata-mata nak melekat dengan Perempuan aku kan? Apa masalah kau ha?! Aku suruh kau duduk diam-diam kat rumah berani kau jumpa perempuan ni kan?!" Soal Hazriz kasar.

Izz hanya mengetap bibir. Cengkaman Abangnya sungguh kuat. Rahangnya juga sedikit kebas dengan cengkaman itu.

"Aku tak suka Abang hipokrit cam kau. Depan Mama dengan Papa je berlagak baik. Belakang serupa Syaitan! Aku lagi rela tak mengaku Abang la macam ni!" Ucap Izz berani.

Hazriz melepaskan cengkamannya. Satu tusukan tajam terkena pada peha Izz.

"Argh!"

Izz hanya menahan kesakitan. Hazriz memandang puas. Dicabut pisau itu kembali. Hanya darah yang melekat di pisau itu.

"Sakit? Aku lagi sakit bila kau cakap cam tu! Hal aku dengan orang tua tu biar aku yang selesaikan! Kau tak payah masuk campur!" Ucap Hazriz kasar.

Pipi Izz ditumbuk kuat menyebabkan adiknya berganjak sedikit dari kerusi. Cermin mata milik Izz terjatuh.

"Kau dengan orang tua tu sama je! Menyibuk! Hal aku, hal aku lah! Kau patutnya duduk aje kat rumah tu jaga orang tua yang kau sayang sangat tu! Ei! Kau tahu tak sejak kau lahir lagi aku benci kau! Kau faham tak?! Dari kecik sampai ke besar aku yang selalu tanggung salah kau! Kau tak kena sebab kau adik! Aku Abang aku yang selalu kena pukul, kena marah! Apa yang kau tahu cuma menyusahkan aku je! Sama macam orang tua tu! Menyemak!" Ucap Hazriz lantang.

Lengan Izz menjadi tempatnya melepaskan geram. Di hiris lengan Adiknya dengan pisau tanpa belas kasihan.

"Argh! Sa.. sakit lah!"

"Hariz!

"Stop!"

Izz diam. Memegang lengannya yang terluka. Perlahan dia menangis sendirian. Rasa sakit yang dia rasakan bila darah daging dia buat dia macam ni.

Hazriz berhenti. Suka! Hahaha! Dia suka bila tengok Izz mulai kesakitan. Izz memandang tepat wajah Hazriz.

Wajahnya jelas riak kecewa dengan tindakan Abangnya.

"Kau tahu tak... Mama dengan Papa selalu cakap kat aku. Yang kau ni anak dia yang paling dia Sayang. Hariz Hazwan yang paling diorang cinta sebab kau anak pertama diorang. Kau selalu dengar cakap diorang. Kau anak yang baik. Kau anak yang rajin. Selalu ada untuk jaga aku bila Mama dengan Papa sibuk. Mama dengan Papa sayang kau Hariz... dia sayang kau sangat. Cuma... kau je yang buta tak nampak betapa sayangnya diorang kat kau. Kau terlalu ikutkan rasa marah kau bila aku rapat dengan Mama. Kau selalu fikir aku cuba untuk tarik perhatian Mama dengan Papa tapi sebenarnya tak. Mama dengan Papa sayang kita sama rata" ucap Izz panjang.

Hazriz diam. Mengamati setiap bait bicara Adiknya.

"Kau tahu bila kau dapat sambung belajar kat Universiti paling Famous kat Malaysia, Mama dengan Papa la orang paling gembira. Dia suruh aku jadi macam kau. Tapi sebab rasa cemburu buta kau, kau tak belajar. Kau ponteng kelas. Kau belajar pergi tempat lain. Kau fikir Mama dengan Papa dah tak pedulikan kau. Untuk kali pertamanya kau beli Zara. Tapi sebab Zara rasa dia dilayan secara paksa, dia lari. Dan kehidupan kau masa jadi makin teruk. Kau kena buang Universiti. Kan?" Soal Izz perlahan.

Hazriz diam. Memandang wajah adiknya pelik.

Izz mengesat air matanya dengan tapak tangannya yang penuh darah.

"Aku jumpa surat dari Uni masa aku masuk bilik kau sebab Mama suruh aku kutip baju dalam bilik kau. Kau simpan bawah tilam supaya Mama tak jumpa dan ingat kau sentiasa belajar dan cuba buat yang terbaik untuk markah Uni kau. Aku simpan rahsia tu sampai sekarang sebab aku tak nak kecewakan hati Mama dengan Papa bila dapat tahu anak kesayangan dia kena buang Uni. Kau rasa kau dah bebas buat apa saja sebab Uni dah buang kau dan kau duduk jauh dengan kitorang. Tanpa kau sedar... kau jadi makin teruk Hariz... kau makin kecewakan Mama dengan Papa. Bayangkan bila Mama dengan Papa tahu apa yang kau buat. Hancur hati diorang Hariz... cuba kau fikir Mama. Kau rasa senyuman dia sama ke macam dulu kalau dia tahu anak dia tu pernah rosakkan anak dara orang? Fikir Hariz. Kau rasa dengan sakitkan aku, kau rasa puas. Tapi tak. Kau sebenarnya secara tak langsung makan diri kau sendiri" ucap Izz dalam.

Air matanya di kesat perlahan. Darah di lengannya di tekup kuat bagi menghentikan darah yang semakin membasahi bajunya.

"Jangan percaya dia Hazriz"

Semua mata memandang Raymond. Raymond tersenyum memandang Izz yang dilumuri darah.

"Kau sendiri kata kan yang adik kau ni rampas kebahagiaan kau. Dia cuma nak manipulasi otak kau supaya kau makin dibenci Mama dengan Papa kau" hasut Raymond.

Izz menggeleng. Dia memandang Hazriz.

"Tak! Mana ada! Aku sayang kau Hariz! Kau Abang aku. Takkan aku sanggup nak pisahkan kau dengan Mama dan Papa?" Soal Izz bersungguh.

"Dia tu cuma hasut kau demi kebahagian dia sendiri" tambah Raymond lagi.

"Kau tak tahu apa-apa pasal Abang aku kau diam!" Jerkah Izz.

"Kebahagian kau kat sini. Kitorang lagi sayang kau Haz. Diorang kan dah buang kau. Kau tu useless bagi diorang. Kau tu dah tak de makna. Adik kau je yang ada kat mata diorang" hasut Raymond lagi.

"Tak! Semua tu dusta! Hariz! Hariz kau percaya aku kan? Aku adik kau Hariz! Takkan aku nak buat macam tu kat kau?" Soal Izz hiba.

Hazriz diam. Berfikir lagi dan lagi.

"Bunuh je dia Hazriz. Dia yang menghalang kebahagiaan kau. Selagi dia ada selagi tu kau takkan bahagia" tambah Raymond.

Izz mengetap mulutnya. Mata kekal memandang Hazriz berharap agar Abangnya percaya cakapnya.

"Mama dengan Papa sayang kau Hariz. Sayang sangat. Takkan kau sanggup buat macam ni kat dia?" Soal Izz perlahan.

Hazriz perlahan menggeleng. Dia mandang tajam wajah Izz.

"Tak. Tak... Mama dengan Papa tak pernah suka kan aku. Kalau betul diorang suka sangat bila aku masuk Uni, kenapa diorang tak pernah cakap diorang bangga? Diorang cuma senyum je. Dan layan kerenah kau yang tak habis-habis cuba nak tarik Mama dengan Papa menjauhi aku. Kau... kau yang rampas semuanya dari aku! Kau yang patutnya aku bunuh dari mula sebab kau yang buat aku macam gini!"

Pisau di tangan Hazriz dihayun ke arah Izz. Izz hanya memejamkan matanya. Hanya berharap semua yang berlaku tidak sesakit dalam drama.

Puk!

"Za.. Zara?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro