66 》 fight for my way

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pisau tercacak di dinding belakang. Hazriz dan Raymond memandang geram wajah Zara.

"Jangan jadi bodoh sebab benda bodoh! Dia adik kau Haz! Takkan sikit pon kau tak de rasa sayang kat dia? Kalau kau lukakan dia aku boleh terima lagi tapi kalau sampai kau nak bunuh dia, itu dah melampau!" Jerkah Zara.

Hazriz menarik hoodie Zara. Belum sempat pisau tadi sampai ke badan Izz, Zara sempat menyepak pisau itu ke sisi lain.

"Kau jangan menyibuk urusan keluarga aku perempuan! Kau tu tak de kena mengena dalam hal ni!" Marah Hazriz.

"Keluarga aku pun tak de kena mengena dalam hal ni! Kenapa nak libatkan diorang. Kalau kau tak suka hal keluarga kau, aku masuk campur, aku pun tak suka kau masuk campur hal keluarga aku!" Marah Zara.

Hazriz menarik nafas geram. Tangannya laju saja menumbuk wajah Zara tapi sempat ditepis.

Zara berundur sedikit. Perlahan senyuman sinis Hazriz terlakar.

"Wow! Dah pandai nak lawan balik. Very interesting!" Ucap Hazriz sinis.

Senyuman Zara menyenget.

"Aku bukan budak lemah yang kau goda dengan kemewahan dulu" ucap Zara sinis.

Senyuman Hazriz mati. Kakinya laju saja dilayang ke arah Zara tapi sempat dielak.

Zara membalas dengan tumbukan didada dan hidung Hazriz. Ditambah sedikit perasa senak di bahagian bawahnya. Sedikit manisan gula melaka dari tapak kasut Zara di muka Hazriz.

Hazriz terdorong kebelakang. Darah dihidungnya di lap kasar.

"Sebelum ni tak de perempuan yang berani tumbuk aku. Kau memang kurang ajar!"

Hazriz segera membalas dengan mengunci lengan Zara dan memberi tendangan di perutnya. Tumbukan di pipi Zara dilepaskan sehingga berdarah. Zara terdorong ke belakang.

Zara mengusap bibirnya. Pisau yang tercacak di dinding kayu itu dicabut. Terus saja dia menyerang Hazriz.

Zara sempat juga menyiku wajah tampan si jejaka kacak itu dan mengunci tangan Hazriz. Belum sempat Hazriz membalas dan Zara menambah perisa...

"Berhenti atau dia yang aku bunuh"

Zara dan Hazriz berhenti. Mata mereka memandang ke arah Adam yang berada dalam pelukan Raymond bersama pistol di kepala Adam.

Zara diam. Tak mungkin sesenang itu dia mahu lepaskan Hazriz!

"Aku kata lepaskan atau Adik kau yang kena!" Ucap Raymond lagi.

Zara berfikir. Pisau yang terlekat di leher Hazriz dipegang erat.

"Kakak... tolong lah Adam... Adam takut..." rayu Adam.

Zara mengetap bibirnya. Hazriz yang berada dalam pelukannya di pandang.

"Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak lepaskan Hazriz, adik kau. Mati!" Ugut Raymond.

"Kakak... tolong lah Adam..."

"Satu..."

"Kak Zara..."

"Zara lepaskan lah dia... adik kau lagi penting"

"Dua..."

"Zara! Kau sanggup ke korbankan Adam demi dendam kau?!"

Zara mengetap bibirnya. Terus saja Hazriz dilepaskan.

Bang!

Semua mata terpejam. Kaki Adam terus terluka dan Adam jatuh. Zara mengetap bibirnya.

"Alamak! Tertekan la... maaf" ucap Raymond sengaja.

Adam sudah terbaring di situ memegang kakinya. Air mata jatuh. Dia memandang Zara. Kecewa sedikit dengan kakaknya.

Hazriz yang terlepas terus merampas pisau di tangan Zara. Tangan Zara dikunci rapat.

"Kau! Kau main kasar dengan aku kan?! Aku patutnya bunuh aje Hazriz tadi! Bodoh! Berani kau sakitkan adik aku kan?!" Jerkah Zara.

"Kau yang lambat buat keputusan" ucap Raymond sinis.

Raymond meletakkan pistol di pinggangnya kembali. Zara mulai meronta. Akibat rontaan yang terlalu kuat, Hazriz tak dapat mengawal Zara lalu lengan Zara dihiris sedikit.

"Argh!"

Zara dilepaskan. Dia menekup lukanya. Wajah Hazriz dipandang tajam.

"Kau memang patut mati je tadi!"

Satu tumbukan diberikan Hariz di pipi Zara.

"Kau tu bodoh tak tahu ke tu Adik aku?! Dia tak apa pasal aku! Kau tu kena bodohkan dengan diorang aje!"

Kaki Hazriz terus naik menendang dada Zara. Jatuh tersungkur gadis itu.

"Kau anggap kitorang yang lemah macam permainan tapi kau tak sedar yang kau tu sebenarnya permainan. Di permainkan dengan semua benda haram yang kau minum!"

Zara yang terbaring di situ didekati. Disepak terus perutnya. Membuatkan Zara senak. Mahu saja ditambah penumbuk di muka Zara, akan tetapi ada yang menghentikannya.

"Hariz dah la tu! Dia tu perempuan Hariz! Kau tak kesian ke kat dia?!" Soal Izz geram.

Hazriz terhenti. Dipalingkan ke arah Izz yang berada di atas kerusi sambil menekup lengannya yang berdarah.

Izz dituju. Rambut adiknya di tarik kasar memaksa Izz berdiri menghadapnya. Tapi Izz tak mampu berdiri dengan tegak perihal luka di pehanya.

"Kesian? Aku kena kesian dengan dia? Hei! Kau dengar sini! Perempuan ni... milik aku tau. Suka hati aku lah nak belasah dia ke nak buat apa. Kau tu sape nak halang aku?!" Soal Hazriz geram.

Izz mengetap bibirnya. Ditenung juga anak mata Abangnya.

"Aku adik kau. Aku sebagai adik, aku boleh tegur kalau kau buat salah! Benda ni salah Hariz! Kau.."

"Berhenti panggil aku Hariz!" Terus saja ditolak Izz jatuh ke lantai.

Luka di lengan Izz yang terkena lantai semakin menyengat. Kepalanya juga berasa begitu sakit.

"Kau bukan adik aku lagi! Aku Hazriz! Bukan Hariz Hazwan anak Zaid dan Maria dan Abang pada Izz Haiqal! Kau bukan keluarga aku lagi!" Jerkah Hazriz geram.

Izz terdiam. Nafasnya menjadi tak teratur mendengar ayat Hazriz. Dia cuba untuk bangun sempat disepak Hazriz.

Terseret Izz ke belakang. Semakin senak perut Izz. Dia mulai terbatuk terkena sepakan Abangnya.

"Ha...riz... kau... kenapa kau sanggup... buat aku macam ni?" Soal Izz lemah.

Dadanya mulai terasa perit. Dia mula terbatuk kecil. Hazriz tersenyum sinis. Dia mendekati Izz. Rambut Adiknya ditarik agar memandang wajahnya.

"Sebab... aku nak kau rasa macam mana aku rasa bila kau cuba nak rampas kebahagiaan aku dari orang tua tu! Lebih baik kau mati je lah!" Terus saja kepala Izz dilepaskan dan terhantuk di lantai.

Izz memejamkan matanya menahan sakit. Air matanya kembali jatuh.

Sedih! Sedih bila Abangnya buat dia macam ni.

Aku sayang kau Hariz.

Sayang kau sebagai seorang Abang yang baik.

Kau selalu lindungi aku kalau aku kena buli kat sekolah dulu.

Kau selalu ada bila aku perlukan kau.

Tapi...

Semuanya lain bila kau dah masuk Uni.

Kau berubah. Berubah ke arah yang lebih buruk. Betul aku cakap.

Aku kecewa dengan kau Hariz.

Hariz terus bangun dari situ. Memandang sekeliling.

Dipandang Zara yang sudah tersandar di dinding memerhatikannya. Faris pula hanya terikat kekal di kerusi memandang Hazriz. Adam pula masih lagi teresak kecil sambil memegang kakinya yang luka di suatu sudut.

Raymond hanya tersenyum. Dia berjaya buat Hazriz lalai. Lalai dalam keseronokkan dunia tanpa dia sedar yang dia telah tersasar jauh.

"Kau sedar tak Hazriz yang kau ni dah diperbodohkan?!"

Mata Hazriz melirik ke arah Zara.

" Benda ni takkan selamanya bagi kebahagiaan kat kau. Kalau kau rasa membunuh tu cara untuk kau lepaskan tekanan, kau lawan dengan aku. Kau dendam dengan aku, kau lawan dengan aku. Bukan lawan dengan orang lemah!"

Senyuman Hazriz meleret ke kiri.

"Dengan kau? Kau perempuan Zara! Perempuan tu lemah!"

Zara perlahan bangun. Luka di lengannga di tekup kuat.

"Kalau kau rasa perempuan yang kau pandang ni lemah, kita bertaruh. Aku menang, lepaskan kitorang. Aku kalah, kau boleh apa je kat kitorang"

"Zara!"

"Aku dah fikir dah Faris! Sebab aku sorang orang lain terluka. Jadi, sebelum lagi teruk kau terluka, biar aku yang hadap"

"Tapi Zara..."

"Aku setuju! Tapi ada syaratnya..."

Zara diam. Berfikir sebentar.

"Zara..."

"Apa syarat kau?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro