67 》 Pengorbanan Cinta

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Anak buah Hazriz datang ke dalam bilik itu. Hampir separuh memenuhi ruangan di situ.

Zara hanya memandang geram. Dia tahu Hazriz akan main tipu.

"Lawan.... atau mengalah?" Soal Hazriz lembut.

Zara menarik nafas panjang.

"Zara... janganlah... buat macam ni... fikir cara lain" ucap Faris perlahan.

Perlahan Zara menggeleng.

"Berani buat berani tanggung. Aku lawan" ucap Zara yakin.

Faris mengeluh panjang. Dia yang masih terikat di kerusi itu hanya duduk di suatu sudut. Duduk diam? Memang tak lah! Selagi dia boleh merungkai ikatan itu dia cuba.

Zara hanya statik di situ. Yakin? Adakah dia benar-benar yakin boleh menang atau dia hanya mahu melindungi orang yang dia sayang dari dicederakan lagi?

Hazriz mengukir senyuman kecil. Dia mengundur kebelakang beberapa langkah membuatkan semua mata memandangnya.

"Aku nak tengok sejauh mana kekuatan kau lepas kau lari 2 tahun lepas. Habiskan semua baru fight dengan aku"

Anak buah Hazriz terus memulakan serangan. Izz hanya berganjak kebelakang perlahan.

Aku ni dah la kecik. Kang tak pasal-pasal jadi alas kaki kat sini pulak.

Zara juga kelihatan sudah bersedia. Hanya dengan tangan kosong. Yang lain penuh dengan senjata. Apa yang dia buat adalah tumpaskan seseorang dan rampas senjata dia.

Izz bersandar di dinding. Kepalanya yang dihantukkan Hazriz memberi kesan buruk padanya. Rasa sakit di kepala kian menebal. Terasa juga darah mengalir di dahi akibat hantukan kuat itu.

Darah di lengan dan kakinya mulai kering. Tapi pejalnya tetap terasa. Lebih sakit didadanya yang sepak kuat Hazriz. Sebab itu, batuknya tak berhenti.

Izz memandang Zara. Dia memang tangkas. Tapi ada sesekali dia di pukul curi.

Mana mungkin seorang gadis bertangan kosong mampu melawan berpuluh orang lelaki yang bersenjata!

Tak mungkin.

Dia kasihan. Kasihan dengan nasib Zara. Terdengar juga rintihan yang terkeluar dari mulut Zara.

Tapi dia tetap bangkit demi semangat untuk membebaskan diri dari dunia gelap.

Mata Izz melirik ke arah Hazriz. Hazriz hanya tersenyum melihat gadis itu di pukul dan dicederakan.

Apakah maksud manusia dan nyawa di mata Abangnya?

Sekadar permainan?

Raymond mengambil kayu di tepi. Di hayun dan mengenai badan Zara. Dia tetap cekal. Membalas balik dengan tendangan didada dan membuatkan Raymond terjelupuk di lantai.

Zara mengambil kayu tadi lalu menendang Raymond.

"Adam! Cari phone dia call polis!" Bisik Faris.

Hanya Adam yang dia boleh harapkan. Adam takut. Takut kalau pistol tadi menghantuinya.

"Adam cepatlah!" Marah Faris.

Adam hanya mengikut. Raymond mulai bangkit. Zara yang melihat Adam mendekati Raymond terus memijak kasar perut Raymond membuatkan lelaki itu terseksa.

"Adam tolong bukak tali Abang" ucap Zara sepintas lalu.

Dia tak sempat untuk berehat sebentar. Lelaki itu cepat mengambil kesempatan.

Adam buntu. Mana yang harus dia buat?

"Adam call polis! Jangan tunggu!" Ucap Faris lagi.

Adam mengangguk. Terus saja poket Raymond diseluk semuanya. Kakinya yang sakit menyukarkan dia untuk bergerak. Henfon dikeluarkan dan mula mendail sesuatu.

Melihat tindakan berani Adam, Hazriz mendekati Adam. Belum senpat panggilan dijawab satu pukulan di terima.

Hazriz terdorong kebelakang. Dahinya yang berdarah di pegang. Menjeling ke arah Zara.

"Sekali kau pegang adik aku, memang nahas kau aku kerjakan" ugut Zara.

Adam hanya ketakutan. Melihat kayu dihayun di depan mata sedikit sebanyak menakutkan dia.

Melihat di lantai, beberapa orang sudah tumpas. Hanya sedikit! Banyak lagi yang menanti.

Adam terus mengensot mendekati Faris. Lebih selamat dia duduk dekat dengan Abangnya.

Izz terdiam melihat Zara. Walaupun kabur tapi dia nampak apa yang berlaku.

Patutlah Zara tak bagi dia tengok kalau Zara gaduh.

Seram cuk!

Hazriz mulai geram. Dia mencapai pisau yang berdekatan dengannya lalu mengorak langkah ke arah Zara yang masih bergelut.

Satu torehan kecil wujud di lengan Zara lagi satu. Zara terundur kebelakang. Wajah Hazriz dipandang.

"Berani kau main kasar kan?!" Jerkah Zara.

Jangan bermain dengan api kalau takut terbakar.

Zara mengorak langkah ke arah Hazriz. Satu tindangan hinggap di dada tapi sempat di elak membuatkan Zara terjatuh.

Hazriz tersenyum sinis. Satu pukulan terkena di tengkuknya. Hazriz terduduk. Zara memandang ke hadapan.

Faris?

"Kau sentuh kakak aku serupa kau sentuh aku"

Hazriz geram. Pisau di tangannya di pegang erat. Terus saja dia bangun dari situ.

Zara juga begitu. Dia melangkah ke arah Hazriz dan mula melakukan tendangan membuatkan Hazriz terjatuh.

Lemah!

Yang lain diselesaikan Faris dan Zara. Izz memerhati. Semakin lama semakin penglihatan dia kabur.

Dia tak biasa di sakiti begini. Dia tak pernah merasa sakit begini. Dia pernah merasa  penat sebegini.

Berlari,

"Budak kentot tu tak de! Panggil Haz sekarang! Yang lain cari sampai dapat!"

Di kejar,

"Izz Haiqal... datang la sini kat Abang..."

Di pukul,

"Sakit? Aku lagi sakit bila kau cakap cam tu!"

Disakiti Abang sendiri.

"Ei! Kau tahu tak sejak kau lahir lagi aku benci kau!"

Izz mula terasa mahu pengsan tapi di gagahkan juga untuk bertahan demi Zara. Kalau Zara kuat, takkan dia harus lemah?

Zara dah banyak melindungi dia. Dia tak mahu menyusahkan Zara lagi.

Hazriz bangun. Kepala dan tengkuk terasa begitu sakit sekali. Henfon dipoketnya bergetar.

Terus dikeluarkan.

"Haz lari! Polis datang! Biarkan je bebudak tu"

"Shit!"

Henfon disimpan. Pistol di pinggangnya di keluarkan. Sebelum lari dia kena buang bukti dulu.

Izz mengamati Abangnya. Matanya mulai membesar.

Tak! Jangan cakap tu pistol.

Izz terus bangkit menghampiri Zara. Dia kena selamatkan Zara. Biarpun kakinya terasa begitu perit. Pistol di acu tepat pada Zara.

Pergerakan Zara yang tidak terkawal menyukarkan dirinya sedikit.

Aim.

"Ai... Airin..."

Ready.

"Airin! Hati... hati..."

Bang!

"ARGH!"

Semua diam. Zara yang terjatuh memandang seseorang yang menghempapnya.

"Kau... selamat..."

Zara terdiam. Bahu Izz mulai mengalirkan cecair merah.

"Shit!"

Hazriz terus membaling pistolnya kedinding. Dia mulai berlari meninggalkan kawasan tersebut. Tapi sudah terlambat.

"Izz... Izz kau... "

"Aku... okay. Sakit... sikit je..."

"Ini polis! Jangan bergerak! Anda sudah di kepung"

"Izz... kau..  kau luka..."

"Jaga... adik kau baik... baik"

Kelam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro