69 》 Ibu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mak cik tersebut merenung wajah zara. Entah kenapa gadis itu merenungnya.

"Adik... adik okay tak ni?" Soal Mak Cik tersebut pelik.

Zara tersedar. Dia menyeka laju air mata di pipinya.

"Ermm...umm ibu... eh! Mak cik okay? Sa... saya minta maaf. Saya tak sengaja" ucap Zara lembut.

Terus dibantu wanita tua itu bangun. Baju hijau yang tersarung di badan wanita itu menunjukkan dia adalah salah satu penghuni hospital ini.

"Tak... tak pe. Mak cik okay. Cuma sakit sikit je... adik ni... okay? Kenapa nangis ni?" Soal Mak cik tersebut prihatin.

"La... Airin ni kenapa? Kenapa nangis ni? Airin jatuh ke? "

Zara menyeka pipinya. Perlahan dia tersenyum kecil.

"Saya okay je. Saya minta maaf. Saya tak sengaja langgar mak cik. Saya nak cepat tadi. Betul ni mak cik tak apa-apa?" Soal Zara lembut.

Mak cik tersebut tersenyum kecil. Perlahan dia mengangguk.

"Mama... kan Lin dah kata jangan laju sangat. Mama ni memang tak nak tunggu Lin ke?"

Zara dan Mak cik tersebut menoleh. Kelihatan seorang gadis yang mungkin lebih tua sedikit dari Zara menuju ke arah mereka.

"Ma.. Mama... okay tak ni? Sape ni Ma?" Soal Linda pelik.

Mak cik itu tersenyum kecil. Zara terus saja melepaskan Mak Cik itu saat Linda menarik Mamanya mendekatinya.

"Mama terjatuh tadi. Dia yang tolong Mama" ucap Mak Cik tadi perlahan.

Mata Linda mulai membulat.

"Jatuh? Mama, mama okay tak ni? Ada sakit?" Soal Linda cemas.

Mak cik tadi tergelak kecil. Linda mulai pelik.

"Mama okay je la.. Nasib budak ni tolong" ucap Mak cik itu sambil menunjuk ke arah Zara.

"Ibu janganlah gelakkan Airin! Benda ni tak kelakar okay!"

Perlahan Zara mulai melangkah pergi. Dia tak mahu kenangan dulu muncul dengan lebih banyak.

Perasan akan pergerakan Zara. Mak cik tadi terus menarik tangan Zara. Zara terhenti dan menoleh.

"Eh! Adik... terima kasih ye tolong mak cik" ucap Mak Cik tersebut lembut.

"Terima kasih juga tolong Mama saya. Kalau awak tak de mesti kesian Mama saya ni tergolek kat sini" ucap Linda selamba.

Mak cik tadi memukul lembut lengan anaknya. Linda tergelak melihat wajah cemberut Mamanya.

Zara tersenyum kecil. Terus saja dia berlalu pergi. Mak Cik tadi memandang saja kelibat Zara.

Kalaulah kamu ni memang anak Ibu, Ibu dah lama nak peluk kamu Airin.

"Ma... jom lah pergi. Tadi Mama nak jalan laju sangat sampai tinggalkan Lin kat belakang" ucap Linda lembut.

Mak cik tadi tersenyum kecil. Terus dia berpaling dan berjalan bersama anaknya.

Zara mengintai di sebalik dinding. Perlahan dia duduk di kerusi di situ. Zara menghela nafas panjang.

Kenapa Mak Cik tu nampak macam Ibu? Senyum dan ketawa macam ibu. Tak! Tak mungkin Ibu! Sebab ada anak dia sekali kot!

Perlahan Zara menggeleng. Terus saja dia bangun lalu wad adiknya di tuju. Kelihatan Faris sudah terbangun di situ.

Zara tersenyum kecil melihat adiknya. Kerusi di tepi katil di tuju.

"Kau pergi mana Zara? Tetiba je menghilang lagi. Bukan kejap. Lama pulak tu. Kau tahu tak kitorang kat sini risau kat kau. Lain kali nak keluar cakap la dulu" bebel Faris.

Zara mengeluh perlahan. Kepala di sandarkan di kerusi tersebut. Faris hanya memandang menanti jawapan Zara.

"Aku tunggu Izz la. Dia kan pengsan masa selamatkan aku semalam. Takkan aku tak nak dengar khabar dia. Paling-paling tunggu la dia kat wad emergency tu" ucap Zara perlahan.

Faris hanya diam. Memerhatikan setiap raut wajah Zara. Wajah gadis itu jelas kelihatan penat dan sembab.

"Kau nangis ke Zara? Kau... okay tak ni?" Soal Faris pelik.

Zara hanya diam. Dia malas nak bercerita soal perlakuan Mama Izz. Dan bayangan Mak Cik tadi sentiasa berlegar di fikirannya.

Perlahan mata Zara mulai tertutup. Malas mahu menjawab soalan Faris. Penat semalam juga belum hilang.

"Zara... kau okay tak ni? Dokter cakap apa pasal Izz?" Soal Faris lagi.

Zara menghela nafas panjang. Kekusutannya bukanlah pasal Izz. Tapi Mak Cik tadi.

Perlahan mata Zara terbuka semula. Wajah Faris dipandang seketika. Terus dia mendekatkan diri dengan Faris.

"Kalau aku cakap ni jangan cakap dengan sesiapa terutama sekali Adam" ucap Zara mendatar.

Faris hanya mengangguk kecil. Pasti ada sesuatu yang besar menimpa kakaknya lagi.

Zara mengeluh kecil.

"Aku tahu benda ni... mungkin merepek bagi kau untuk dengar. Dan aku pun tak percaya sangat dengan aap yang aku tengok. Aku cuma... syak je la" ucap Zara panjang.

Hesy! Nak cakap, cakap je la. Tak payah nak siap kata penghantar dan kata alu-aluan nya lagi.

"Just straight to the point boleh tak Zara?" Soal Faris malas.

Zara menghela nafas panjang. Wajah Faris di pandang tajam.

"Aku... terjumpa Ibu" ucap Zara perlahan.

Faris terkedu. Tak pernah kakaknya bukak cerita pasal Ibu mereka. Kalau ditanya pun selalu dia akan mengelak. Wajah Zara dipandang pelik.

"Zara... aku rasa kau penat sanagt kot. Dari semalam kau tak tidur kan? Kau balik lah rehat dulu. Tukar baju semua" ucap Faris perlahan.

Perlahan Zara menggeleng menidakkam suruhan Faris terhadapnya.

"Betul Faris! Tadi aku memang nampak Ibu. Tadi... masa aku balik dari wad Izz, aku terlanggar sorang Mak Cik ni. Dia... pakai baju hijau yang pesakit tu lah kan... bila aku tolong dia bangun, aku tengok muka dia, aku teringat ibu. Tapi... dia ada anak. Aku dengar budak tu sendiri panggil Mak Cik tu Mama. Mestilah Mak dia kan" ucap Zara panjang.

Faris hanya diam. Perlahan badan di sandarkan di dinding katil.

"Kau pasti tu Ibu? " soal Faris setelah mendiamkan diri.

Zara diam. Badan disandarkan di kerusi. Kepalanya diurut lembut.

"Entahlah. Tapi aku rasa tu memang Ibu. Senyum dia gelak dia sama macam ibu. Tak mungkin aku silap" ucap Zara sedikit kecewa.

Faris diam sebentar. Wajah penat Zara dipandang.

"Aku tak tahu nak cakap apa Zara. Tapi... kat sini kan banyak orang. Mungkin ada yang muka dia sama macam Ibu ke? Aku rasa... kau penat sangat kot. Baik kau balik mandi dulu Zara. Tukar baju kau. Rehat kat rumah. Lagipun... rumah kita tu... dah tak macam rumah" ucap Faris perlahan.

Zara hanya diam. Sedikit kecewa kerana adiknya sendiri tak percaya akan dirinya.

"Tak pe la kalau kau tak percaya. Tapi... pastikan Adam tak tahu apa-apa pasal hal ni. Aku tak nak bagi dia harapan palsu" ucap Zara lalu bangun dari kerusi.

Terus saja dia melangkah keluar dari situ.

Betul juga kata Faris. Mungkin dia penat sangat kot. Tak mungkin dia akan berjumpa dengan Ibu kembali. Ibu tapi Ibu dah janji dengan Airin yang Ibu akan datang jumpa Airin balik.

Airin tetap tunggu Ibu. Kalau betul Ibu ada kat sini, kau pertemukanlah dia dengan aku Ya Allah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro