70 》 dendam tak sudah~

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara menutup pintu rumahnya. Badannya masih belum rehat tapi dia harus kehospital sekarang meskipun malam menjelma kembali.

Rumahnya yang bersepah sudah dikemas kembali. Cuma... tidak sekemas yang dulu sebab keadaan dirinya yang memang sakit dan keseorangan.

Setelah mengunci pintu, Zara terus berjalan kaki menuju ke hospital. Yeah! Seperti yang kita tahu taman Zara dekat dengan bandar jadi jalan kaki pun boleh.

Zara mulai berjalan perlahan saat melalui kawasan hadapan taman permainan yang sunyi.

Telinganya mulai menangkap tapak kaki mendekatinya.

Tap!

Tap!

Tap!

Walaupun hati batu, tapi kalau dengar cam ni seram gak.

Zara berpaling. Kosong. Hanya dia saja yang berada di situ. Zara mulai tak sedap hati.

Terus hoodienya ditarik agar menutupi wajahnya. Kaki dihayun laju meninggalkan kawasan tersebut.

Laluan di tepi jalan besar agak lengang. Tiada yang berjalan kaki seperti hari minggu.

Tap!

Tap!

Tap!

Zara berpusing ke belakang. Masih kosong. Zara berdecit perlahan.

"Kau sape ha?! Jangan main-main boleh tak?!" Soal Zara geram.

Sunyi dan sepi.

Zara mendengus geram. Terus saja dia melangkah pergi. Kakinya yang sakit melambatkan sedikit langkahnya.

Tap!

Tap!

Tap!

Zara diam. Terus saja dia berlalu. Tak perlu memikirkan soal itu kalau ada orang mahu mempermainkannya.

Tap!!

Tap!!

Tap!!

Tap!!

Kedengaran seperti berusaha mengejar Zara. Zara memperlahankan langkahnya. Saat kedengaran hampir dengannya, Zara terus berpusing dan menangkap orang tersebut.

"Eh! Eh! Adik ni kenapa?" Soal seorang gadis itu.

Zara diam. Dia menghela nafas panjang. Terus dilepaskan pegangannya di baju gadis itu.

"Sorry" Zara terus berlalu pergi.

Laju saja dia menaiki tangga jejantas. Suasana di jejantas itu sedikit seram dengan lampunya yang sedikit malap.

Zara hanya berjalan seperti biasa. Dia perlu segera. Mesti Faris dengan Adam dah tunggu dia.

Saat mendekati tangga untuk turun ke seberang, satu kelibat sedang berdiri berhadapan dengan Zara.

Zara terdiam.

Sape pulak ni? Dah la tangan aku balut. Nak gaduh pun tak boleh sangat.

Kelibat itu perlahan-lahan menuju ke arah Zara. Keluar dari bayangan hitam ke kawasan yang sedikit cerah.

"Hai~ Zara... lama dah... kita. Tak jumpa..." ucap Bella perlahan.

Suara perlahan dia lagi menakutkan dari perangai dia. Macam mana boleh terjumpa budak ni pulak?

Zara terdiam. Perlahan dia mengundur dari Bella. Bella tersenyum kecil.

"Jangan la lari... kita kan kawan... kan?..." soal Bella perlahan.

Zara berhenti seketika. Hoodie ditarik memperlihatkan wajahnya yang dijahit dan diplaster.

Bella memaparkan riak kasihan. Dia berhenti tidak jauh dari Zara.

"Kau nak apa datang sini? Kau kan suka tengok aku senasib macam kau" ucap Zara keras.

Bella mengeluh kecil. Perlahan kaki melangkah menghampiri Zara.

"Zara... mana ada aku kata macam tu... aku cuma tak nak kita berpisah. Kau kawan aku dan aku kawan kau. Tak de sape boleh kawan ngan kau selain aku. Faham?" Soal Bella lembut.

Melihat Bella yang semakin dekat membuatkan Zara sedikit risau.

"Tak payah dekat sangat boleh tak? Aku tak suka kau la" ucap Zara perlahan.

Kaki mengundur mengelak dari Bella. Senyuman Bella mati.

"Tak suka? Kau tak suka aku?! Tapi... tapi aku suka kau... aku nak dekat ngan kau. Tapi... Izz. Izz Haiqal yang rampas semuanya! Dia tak patut ada kat sini. Dia tak patut kenal kau! Patutnya dia mati lepas kena tembak aritu! Dia..."

Pap!

Bella terhenti. Dia memegang pipinya yang sedikit pedih. Wajah Zara dipandang sayu.

"Apa kau cakap ni Bella?! Dia kawan aku la! Kau tak boleh nak tentukan siapa yang aku boleh berkawan dan siapa yang tak! Kau tu bukan sesiapa dalam hidup aku! Aku pun tak suka kau lah Bella! Kau musnahkan hidup aku, kau fikir aku nak kawan dengan kau lagi?! Kau buat aku makin benci kau!" Ucap Zara tajam.

Bella ditolak agar laluannya tidak terhalang. Terus kaki melangkah meninggalkan Bella sendirian.

"Kau benci aku Zara?"

Langkah Zara terhenti.

"Sebab budak kentot tu kau benci kawan baik kau sendiri? Yang selama ni selalu tolong kau kalau kau susah, kalau kau sunyi. Sampai hati kau kan?" Soal Bella perlahan.

Zara menghela nafas panjang. Banyak yang harus dia fikir. Bukan soal Bella saja, Mak Cik yang dia terlanggar semalam seiras dengan Ibu, Mama Izz, adiknya sakit, Ayahnya masuk penjara, Izz belum sedar, dirinya yang luka, kos perubatan.

"Bella, please. Aku dah kata aku tak suka cara kau. Kau faham tak? Kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. Jalan hidup kita berbeza. Aku tak boleh selamanya hidup dengan kau. Dan kau takkan boleh selamanya hidup dengan aku. Faham?" Soal Zara perlahan.

Bella tersenyum sinis.

"Kalau sebab Budak kentot tu kau benci aku, aku akan buatkan macam dia buat kat aku. Izz buat aku terluka Zara. Izz buat aku hilang kau. Dan aku, akan buat kau terluka dan hilang Izz. Baru kau tahu, macam mana rasanya hilang orang yang kau sayang"

Zara menoleh kebelakang. Bayangan Bella hilang. Zara terdiam sebentar.

Takkan dia...

Langkah Zara mulai besar. Dia terus berlari menuju ke hospital. Dia harus cepat sebelum Izz terluka.

Puan Maria?

Lantaklah mak cik pot pet tu nak kata apa. Yang aku nak selamatkan pun anak dia. Bukan laki dia.

Zara masuk kehospital dengan tergesa. Dia menekan butang lif. Dia tahu keberadaan wad Izz sebab dia selalu skodeng Puan Maria pergi mana.

Zara mendengus kecil. Pintu kecemasan dibuka. Terus tangga didaki. Wad Izz ada kat tingkat 5.

Jenuh lerr kaki aku nak naik tingkat atas. Kaki aku dah la sakit sebab marathon aritu belum hilang.

Pintu dibuka. Terus wad Izz dicari. Pandangan pelik pesakit dan nurse di sekitar dibiarkan.

Zara masuk ke lorong kecil. Hoodie ditarik menutupi wajahnya. Pintu wad Izz dicari dengan berhati-hati.

Zara mengintai di sebalik dinding. Kosong! Terus saja pintu wad Izz dituju. Diintai kedalam sebentar.

Kelihatan hanya Izz saja di dalam. Mungkin Puan Maria keluar sebentar. Perlahan Zara menolak pintu tersebut.

Kaki menapak masuk ke dalam. Katil Izz dituju. Dia sememangnya nak temankan Izz setiap masa menunggu jejaka itu sedar. Tapi... faham je la Mama dia macam mana.

Setiap inci jejaka itu dipandang sayu. Baru kali ni dia berkesempatan menjenguk jejaka itu.

Lengannya yang dihiris Hariz dibalut. Bahunya yang ditembak juga begitu. Kepalanya yang dihantuk kejam Hariz juga sudah dibalut. Bibirnya sedikit pecah kerana ditumbuk. Peha yang ditikam mungkin sudah dirawat. Tangannya yang bersambung dengan air. Dia masih lagi memakai alat bantuan pernafasan.

Mungkin kesan daripada tendangan Hariz. Wajah putih Izz dipandang. Zara tersenyum kecil.

"Nasib kau tak de pa pe Minion. Aku minta maaf sebab lambat datang tengok kau. Kau tahu kan kita tak boleh rapat sangat macam dulu. Kau tahu kan ramai orang tak setuju dengan hubungan kita. Dunia kau dengan dunia aku lain. Kita berbeza. Tapi... bagi aku, semua tu tak penting. Yang penting aku suka kau dan kau suka aku kan? Heh... walaupun kau tak pernah mengaku. Minion... aku nak kau cepat sedar tau. Aku tak mampu nak hadap benda ni sorang-sorang. Aku perlukan kau. Sebab kau je la yang tahu apa yang berlaku selain aku. Minion... kalau kau dah sedar nanti, aku nak kau tahu satu benda. Yang aku..."

Pintu ditolak. Seseorang masuk ke dalam. Zara pantas menoleh.

"Boleh keluar kejap tak? Dokter nak buat check-up" ucap Dokter lelaki itu lembut.

Zara mengelus pipinya. Perlahan dia menapak keluar dari wad Izz. Pintu ditutup perlahan.

Zara terus melangkah menuju ke wad adiknya. Perlahan dia terdiam. Kakinya juga berhenti melangkah.

Mana ada dokter buat check-up malam buta.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro