71 》 Halau

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara mengintai di sebalik tingkap kecil di pintu wad. Kelihatan dokter tersebut mengeluarkan sesuatu dari koceknya membuatkan Zara curiga.

Ian menolak sedikit dos dadah di dalam picagari. Air yang terkeluar dari picagari itu menambah senyum di wajahnya. Wajah pucat Izz dipandang.

"Kau ni terlalu muda untuk mati. Tapi sayang... tak de sape yang suka kau hidup. Jadi... memandangkan kau dah tidur ni... baik kau tidur untuk selamanya kan?" Soal Ian perlahan.

Tangan Izz diambil. Perlahan picagari dicucuk ke dalam kulit Izz.

"Ergh!"

Ian terus terjatuh dari situ. Picagari tadi ditarik keluar dari kulit Izz. Nasib dos belum ditolak. Hanya darah kecil yang keluar dari lapisan epidermis jejaka itu.

Ian memandang kehadapan. Tengkuknya yang sakit diusap perlahan.

"Bodoh betul bunuh orang pakai dadah kan? Kau ni tak tahu ke dia sakit! Dia belum sedar lagi! Kau nak sangat dia mati pahal?!" Soal Zara geram.

Ian tersenyum kecil. Terus saja dia bangun dari situ. Tengkuknya diurut sedikit. Wajah Zara dipandang tajam.

"Kau ni... memang sengaja kan kacau kerja aku"

Ian terus saja melepaskan tumbukan kearah Zara. Pastas saja Zara mengelak dan mengundur sedikit.

Dia sedikit terkejut dengan tindakan drastik Ian yang mahu berlawan berdekatan dengan orang sakit!.

Ian mendengus geram. Terus saja kaki dihala ke arah Zara tapi dielak. Picagari yang dirampas tadi dipegang kuat.

"Kau gila ke ajak aku lawan dalam wad! Kalau terkena dia macam mana?!" Soal Zara terkejut.

Ian tersenyum sinis. Tangan dibawa ke kocek seluarnya. Satu pisau lipat di keluarkan. Zara terkedu.

"Kalau aku berani bunuh dia kat sini, takkan aku tak berani nak gaduh dengan kau. Kalau kau nak selamat, bagi aku settle kan kerja aku" ucap Ian mendatar.

Boleh je kalau Zara nak lawan. Tapi... dia masih lagi dalam keadaan sakit. Kakinya masih lagi terasa sakit tangannya pula balut. Nak berlawan? Memang dia yang tempah maut.

Perlahan Zara menggeleng. Mana mungkin mahu menyerah dan membiarkan Izz dibunuh begitu saja.

"Tak... aku takkan benarkan kau sentuh kawan aku!" Ucap Zara perlahan.

Ian mulai panas. Pisau dibawa kearah Zara lalu di hiris lengan gadis itu.

Zara terdiam sebentar. Tapak tangannya menekup lengannya yang mulai basah. Ian tersenyum sinis.

Zara menjeling geram. Laju saja dia bergerak ke arah Ian lalu tangannya menyucuk picagari itu ke badan Ian.

Tindakan drastik itu tidak dapat dibaca pantas oleh otak Ian.

"Ergh!"

Habis dos itu di tekan Zara. Ian terduduk di situ. Picagari di belakang badannya di cabut perlahan.

Zara mengundur merapati katil Izz. Ian merengus kesakitan. Pisau dilantai di ambil Zara sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kau takkan... boleh terlepas Zara... aku... aku akan pastikan... dendam Sarah tercapai... kau dengan budak tu... takkan hidup lama!! " Ian terus saja bangun dari lantai.

Tombol pintu dipulas dan dan terus saja dia berlalu keluar. Walaupun dos itu mengambil masa hanya beberapa saat saja untuk meresap kedalam badan, Ian tetap gagah untuk berjalan.

Zara menghela nafas panjang. Perlahan dia duduk di kerusi bersebelahan katil Izz.

Pisau tadi masih terlekat di tangannya. Wajah Izz dipandang penat.

"Nasib kau tak de apa-apa minion. Aku minta maaf kalau buat tangan kau ni sakit" ucap Zara lembut.

Tisu yang berada di atas meja ditarik. Terus dilipat kecil dan menekup lengan Izz yang mengeluarkan darah akibat jarum picagari tadi.

Puan Maria yang baru pulang dari surau terus menolak pintu wad. Terdiam sebentar melihat Zara yang berada di sisi anaknya.

Bersama pisau di tangan!

Laju saja dia menuju ke arah Zara. Zara menoleh ke arah pintu.

OMG!

"Kau! Kau buat apa kat sini?! Kau tak puas nak seksa anak aku, kau nak bunuh dia pulak?! Apa masalah kau ha?! Apa lagi yang kau tak cukup?!" Suara Puan Maria terus memenuhi ruangan wad itu.

Zara terus saja bangun. Pisau tadi di sorok ke dalam poket hoodienya.

"Tak... tak mak cik... mak cik salah faham. Tadi ada orang datang nak bunuh Izz... saya... saya..."

Pap!

Zara terdiam. Perlahan diusap pipinya yang pedih.

"Kau ingat aku nak percaya cakap kau?! Kau keluar sekarang dari sini sebelum aku panggil dokter suruh blacklist nama kau! Kau jangan jejak lagi kaki kau kat sini! Jangan kau dekat dengan anak aku! Faham?! Keluar!!" Lengan Zara yang berdarah itu dicengkam kasar menyuruh gadis itu beredar.

"Argh!" Zara terus menarik lengannya.

Puan Maria terus melepaskan lengan Zara. Tapak tangannya yang terasa basah dipandang.

Darah~

Zara mengetap bibirnya. Lengannya yang luka di tekup kuat bagi menghentikan pengaliran darah.

Wajah Puan Maria yang pucat dijeling geram. Pisau yang berada di kocek hoodienya dikeluarkan dan dicacakkan di atas meja.

Zara memandang wajah Puan Maria. Wajah bekunya menakutkan hati wanita tua itu.

"Ingat sampai bila-bila benda tu" ucap Zara keras.

Melihat perlakuan selamba Zara membuatkan Puan Maria terdiam.

"Mak... Mak cik minta..."

Zara terus berlalu pergi. Pintu wad dihempas kuat. Puan Maria terdiam. Perlahan dia duduk di kerusi tersebut.

Tangannya yang merah sedikit dipandang. Izz di sebelahnya dikerling seketika.

Puan Maria berkerut seketika. Tisu yang bertompok merah menutupi lengan anaknya di tarik.

Kelihatan satu luka kecil yang wujud di lengan anaknya. Puan Maria terkedu.

"Takkan memang ada orang nak bunuh anak aku kot?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro