73 》 Borak-borak

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah hampir tiga hari Izz masih lagi tidak sedar. Kepalanya masih berbalut, akan tetapi luka di lengan sudah pulih.

Hanya tinggal parut kecil saja. Alat bantuan pernafasan masih terlekat di wajahnya memberi nafas buat si jejaka. Balutan kesan tembak dan tikaman saja yang masih melekat di badannya.

Puan Maria menghela nafas panjang. Kasihan akan nasib yang menimpa anaknya. Apa yang sebenarnya berlaku pun dia masih tidak tahu.

Hariz pula masih lagi dalam lokap. Reman seminggu kemungkinan cukup bagi polis menyoal segala yang berlaku.

Pisau yang dicacak Zara di atas meja itu sudah di serahkan pada pihak hospital.

Apa yang mengejutkan hati tua itu, penemuan seorang lelaki yang berpakaian seperti dokter di temui mati di tempat parkir kereta beberapa jam selepas pisau diserahkan Puan Maria pada pihak hospital.

Adakah lelaki itu ada kena mengena dengan kejadian ini? Adakah benar apa diucapkan Zara tempoh hari? Ada yang ingin membunuh anaknya.

Tak sempat dia nak minta maaf pada gadis itu atas sebab luka di lengannya. Memang wajahnya jelas terlalu geram dengan tingkah dirinya yang terlalu benci akan gadis itu.

Puan Maria memandang wajah anak bongsunya. Satu usapan kecil di dahi anaknya. Senyuman mula menghiasi wajah wanita tua itu.

"Izz cepat sedar tau. Mama rindu sangat dengan Izz. Mama tak larat nak tengok Izz sakit macam ni. Papa pun sama. Papa dengan Mama teringin nak tengok Izz sihat macam biasa. Nak borak dengan Izz. Mama minta maaf sebab tak cari Izz aritu. Kalau Mama tanya Hariz, Izz kat mana mesti Izz tak jadi macam ni kan? Hariz pun... Mama tak tahu apa jadi dengan dia. Mama rasa sedih sangat bila anak Mama kena tahan polis. Izz pula masuk hospital. Kat rumah tak de sape nak teman Mama. Papa sibuk dengan kerja, dengan Abang Hariz lagi. Kalau Mama pergi hospital je baru Mama ada kawan. Izz cepat sedar tau. Mama rindu sangat dengan Izz. Rindu nak dengar suara Izz"

Puan Maria mengucup lembut dahi anaknya. Kesan calar di dahi itu di usap perlahan. Masih ada lagi kesan merah dan sedikit membengkak.

Puan Maria menghela nafas panjang. Sungguh dia tak kuat untuk melihat anaknya sakit begini.

Pintu dikuak perlahan. Puan Maria terus berpaling bagi melihat gerangan yang datang. Satu senyuman kecil buat suaminya.

Encik Zaid masuk ke dalam sambil menjinjit beg plastik. Langkah di buka mendekati Puan Maria yang masih statik memandang anak bongsunya.

"Sayang balik lah dulu... biar Abang yang jaga Izz pulak. Dari semalam sayang jaga dia kesian Abang tengok Sayang. Ni Sayang dah makan belum? Abang ada belikan makanan" ucap Encik Zaid lembut.

Plastik yang berisi polisterin itu diletakkan di atas meja. Puan Maria menghela nafas panjang.

"Saya... tak de selera la nak makan" ucap Puan Maria perlahan.

Encik Zaid mengeluh kecil. Dia bersandar di tiang tilam tersebut sambil menatap wajah isterinya.

"Sayang... kalau awak tak makan... macam mana nak jaga anak kita? Nanti awak sakit dah jadi satu bebanan pula. Makan ye?" Soal Encik Zaid lembut.

Puan Maria hanya diam. Wajah anak bongsunya di tatap.

"Saya nak jaga Izz je... " ucap Puan Maria perlahan.

Encik Zaid mengeluh kecil. Perlaham dia mengusap lembut bahu isterinya.

"Janganlah macam ni... kalau Izz tahu Mama dia tak makan, mesti dia sedih. Dah la dia sakit. Takkan Mama pun nak sakit juga? Nanti sape nak teman dia kat hospital?" Soal Encik Zaid perlahan.

Puan Maria diam. Dia tak mahu meninggalkan anaknya walaupun sesaat. Melihat anaknya tak makan juga membuatkannya tak lalu makan.

Manakan seorang ibu mahu membiarkan anaknya terbaring sakit manakala dia sibuk mengisi perut. Kalau anak dia sakit, dia juga pasti sakit.

"Maria... dengar cakap saya okay... saya tak nak awak pula yang sakit. Sudahlah Izz macam gini. Hariz pula di penjara. Takkan awak nak sakit juga? Nanti hati saya juga yang risau. Awak tak sayang saya ea? Ke nak saya yang berkepit dengan awak baru awak nak dengar cakap saya?" Soal Encik Zaid muncung.

Puan Maria mencebik. Ada saja suaminya mahu menyakat. Perlahan mata Suaminya di pandang tajam.

"Abang ni masa gini pun nak bersweet jugak ke? Anak kita sakit okay? Belum sedar lagi. Tolong lah sikit yerr" ucap Puan Maria geram.

Encik Zaid tergelak kecil. Dia menarik lengan Puan Maria agar wanita itu bangun.

"Dah awak tak nak dengar cakap saya. Dah la pergi balik sana. Biar saya pula yang tengokkan dia okay" ucap Encik Zaid lagi.

Puan Maria mengeluh kecil. Terus saja dia beralih dari kerusi itu. Beg di sisi meja di capai.

"Ye ye... tapi kalau budak perempuan tu..."

"Ye Sayang... Abang tahu. Abang tak kasi dia jumpa Izz okay" ucap Encik Zaid malas.

Dia cukup pusing mahu memikirkan soal Zara. Anti betul isterinya dengan gadis itu. Padahal gadis itu pada matanya kelihatan biasa saja.

Puan Maria hanya mendengus kecil. Wajah anaknya dipandang dan di kucup dahinya. Sayang benar akan anaknya itu.

"Mama balik dulu ye Sayang. Nanti Mama datang lagi okay. Izz cepat sedar tau. Mama sayang sangat dengan Izz" ucap Puan Maria lembut.

Satu senyuman kecil buat anaknya. Terus saja dia melangkah ke arah pintu. Encik Zaid hanya memandang saja tingkah isterinya.

"Tu plastik tu ambik lah. Abang beli untuk sayang. Balik makan okay. Jangan tak makan pulak" ucap Encik Zaid mendatar.

Puan Maria segera mengambil bungkusan di atas meja itu. Wajah suaminya di pandang seketika.

"Ye ye. Saya makan nanti. Abang ingat tau pesan saya. Jangan tinggal Izz walau sekejap. Saya tak nak perempuan tu masuk sini okay" ucap Puan Maria lagi.

Encik Zaid menghela nafas panjang.

"Iye sayang... Abang ingat. Kalau nak pergi tandas pun Abang tahan. Kalau lapar pun Abang tahan okay. Abang tak kan keluar" ucap Encik Zaid malas.

Puan Maria mendengus kecil. Geram barangkali dengan ayat suaminya. Terus saja pintu dituju dan pulang kerumah.

Encik Zaid hanya diam. Perlahan dia memandang anak bongsunya. Kerusi di tepi katil ditarik lalu diduduknya.

Daripada pejabat tadi dia terus datang kesini. Kasihan melihat isterinya dari semalam tak mahu pulang.

Kononnya takut Zara akan datang ke sini. Entah apa yang menakutkan dia pada Zara pun dia tak tahu.

Encik Zaid menguap sebentar. Rasa ngantuknya masih bersisa. Tambahan dengan penat bekerja lagi.

Wajah anaknya di pandang seketika.

"Izz, Izz duduk sini diam-diam tau. Papa nak keluar kejapppp je okay. Nanti Papa datang balik okay" ucap Encik Zaid lembut.

Seperti dia menyangka anaknya akan memahaminya. Encik Zaid terus saja bangun dan menuju ke pintu wad.

Dia mahu membeli sedikit kopi untuk dia berjaga sementara menunggu waktu malam tiba. Nak tidur, sudah hampir maghrib.

Pintu wad ditutup lalu kaki mulai melangkah ke mesin air. Dia mulai meniti keluar dari lorong ke wad Izz melepasi seorang gadis.

Elok saja gadis itu menutup seluruh tubuhnya dengan hoodie kelabu. Tangannya menggenggam sejambak bunga segar.

Encik Zaid melepasi gadis itu tanpa rasa curiga. Perlahan senyuman wujud di bibir gadis itu.

Terus saja gadis itu berjalan menuju ke wad Izz dengan yakin. Pintu ditolak dan tubuh di bawa masuk ke dalam.

Tubuh kecil itu didekatinya perlahan. Bunga tadi di letakkan di atas meja.

"Minion... ni Aku datang. Aku minta maaf sebab dah lama tak jenguk kau. Kau tahu kan yang Mama kau tak suka aku. 24 jam dia jaga kau, tak keluar langsung dari wad. Makin susah kita nak jumpa kan?"

Zara menghela nafas panjang. Sejambak bunga Rose kuning di atas meja di ambilnya. Senyuman kecil terukir.

"Minion... aku ada bawak bunga untuk kau. Aku tak tahu kau suka bunga apa jadi... memandangkan kau suka panggil aku Rose, aku bawakkan Rose untuk kau. Dan aku suka panggil kau minion, aku belikan Rose kuning. Cantik kan? Tapi... aku minta maaf dulu. Aku... aku belum sedia lagi untuk jadi Rose yang terindah untuk kau. Aku janji, kalau kau dah sedar nanti...  aku akan cuba berubah untuk jadi Rose yang kau inginkan" ucap Zara panjang.

Satu senyuman kecil untuk jejaka itu. Gembira dia melihat tiada lagi balutan di dahi dan di lengan Izz. Hanya parut saja yang tinggal.

Bahu Izz, masih lagi berbalut. Bibirnya yang tersembunyi di sebalik alat bantuan pernafasan itu masih lagi lebam.

Zara diam sebentar. Bunga Rose kuning itu di keluarkan dari jambangan itu. Satu botol kecil yang sememangnya di bawa Zara dikeluarkan dari plastik yang di bawa bersama jambangan itu.

Botol itu di letakkan di atas meja. Ros kuning itu diambil lima kuntum lalu disusun di dalam balang itu.

Bakinya disimpan. Masih ada lagi yang ingin dia ketemu. Botol air yang tersedia di atas meja diambil.

Di tuang air itu selamba ke dalam balang kaca itu. Habis separuh air itu di kebas Zara.

"Ha! Cantik kan?... aku ni sebenarnya tak tahu nak bagi kau apa. Tapi aku cuba untuk buat kau gembira. Kau suka Rose kan? Aku pulak suka Minion. Jadi sesuai lah Rose kuning ni kan?" Soal Zara lembut.

Botol tadi diletakkan di atas meja. Terus saja dia duduk sebentar di situ. Jambangan bunga itu di letakkan di atas katil.

Wajah jejaka itu dipandang. Ingin saja dia mengusap rambut lembut Izz sehingga serabai dan membuatkan jejaka itu marah kerananya. Perlahan Zara tersenyum apabila memori itu kembali.

"Minion, kau tengok ni... aku pakai hoodie kau. Aku pakai gelang yang kau bagi. Gelang ni betul-betul cantik. Pandaikan kau pilih. Hoodie ni pun... aku pakai sebab hoodie aku dah terkoyak masa aku cuba selamatkan kau aritu. Aku masih simpan lagi hoodie kau. Aku pakai ni pun... sebab aku tak de hoodie nak pakai. Tapi... aku janji aku akan pulangkan kat kau macam yang asal. Takkan ada secebis pun koyak kat hoodie ni okay?" Soal Zara lembut.

Hati dia cukup gembira dapat berjumpa dengan jejaka itu. Soal adik-adiknya tak perlu risau. Mereka juga memahami situasi sekarang yang masih tegang.

Zara menangkap tapak kasut yang menghampiri wad Izz.

Alamak! Dia harus keluar dari situ segera! Jambangan bunga yang tersedia di atas katil di ambil.

Pintu Wad ditolak laju.

"Ha!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro