74 》 Bunga ⚘

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Encik Zaid terus masuk ke dalam. Henfon miliknya yang diletakkan di atas meja tadi diambil.

"Nasib ada... terima kasih Izz sebab jagakan henfon Papa" ucap Encik Zaid sambil tersenyum.

Macamlah anak bongsunya itu faham akan kata-katanya.

Encik Zaid terus menapak ke pintu wad. Dia berhenti seketika. Tubuh dipalingkan menghadap meja di tepi katil.

Perlahan dia melangkah mendekati meja tersebut. Pelik!

"Sejak bila ada bunga Rose pulak kat sini? Apesal tadi masa aku masuk macam tak de?..." Soal Encik Zaid sendirian.

Sedang asyik dia memikirkan soal bunga Rose itu, matanya di kalihkan ke arah botol di atas meja.

"Apesal pulak air ni tinggal separuh? Bukan tadi banyak lagi ke? Sape pulak yang habiskan ni?" Soal Encik Zaid pelik.

Hurmm apa kaitan Rose ni dengan Air dalam botol? Sape yang yang letak dan sape yang habiskan. Setahu aku tak de sape yang ada kat dalam ni kecuali....

"Izz... Izz jangan la macam-macam okay. Papa ni bukanlah lembik sangat dan bukanlah berani sangat. Kalau Izz dah sedar, Izz bangun je la. Izz jangan takutkan Papa macam ni"

Perlahan kaki Encik Zaid melangkah ke arah pintu. Laju saja dia keluar. Zara tergelak kecil.

Terus saja dia keluar dari hujung penjuru katil itu. Bersama senyuman dia memandang jejaka itu.

"Papa kau ni kelakar kan? Mesti keluarga kau dulu bahagia kan dapat Papa macam dia. Aku ni je... yang hancurkan semuanya..." ucap Zara perlahan.

Senyuman dia mulai layu tatkala memandang jambangan bunga di tangannya. Entah apa yang berada dalam hati dia pun tak tahu.

"Minion... aku kena pergi sekarang tau. Aku ada hal lain untuk settlekan. Nanti kalau ada masa lagi aku datang jenguk kau okay. Aku pergi dulu tau. Get well soon dear" ucap Zara lembut.

Perlahan kaki menapak keluar dari situ. Baki jambangan bunga itu dibawanya sekali.

Dia berjalan menuju ke wad seseorang. Entah apa dia rasakan ini pun tak tahu. Tapi Zara cuma mahu melihat saja reaksi wanita tua itu.

Kaki berhenti di hadapan pintu wad itu. Pintu wad dipandang sepi. Hanya ada wanita tua itu saja dia dalam. Mungkin anaknya dah pulang.

Wad 105

Tangan dibawa ke tombol pintu dan dipulas perlahan. Kaki mulai menapak masuk ke dalam.

Wanita tua itu di dekatinya. Dipandang dengan 1001 rasa. Tapi hanya satu saja yang paling kuat.

Rindu.

Nasib wanita tua itu masih nyenyak tidur. Tidaklah menganggu kerja dia sangat.

"Kalau lah Mak Cik ni Ibu Airin... mesti Airin gembira. Gembira sangat sebab dapat jumpa Ibu balik. Tapi... Airin tak rasa Mak Cik ni Ibu Airin. Ibu Airin dah pergi jauh dari sini tinggalkan Airin dengan adik-adik. Airin dengan adik rindu sangat dengan Ibu. Tapi... Airin cuma mampu pendam aje. Mak cik... Airin minta maaf kalau Mak Cik rasa Airin ganggu Mak Cik kat sini. Airin cuma... nak lepaskan rindu aje. Airin... minta maaf" ucap Zara perlahan.

Rasa terubat sedikit hatinya. Zara mengelus pipinya yang basah. Kesan jahitan di wajahnya masih ada. Cuma kesan plaster saja yang sudah dibuka.

Jambangan Rose Merah itu di letakkan di atas meja. Memang sengaja dia beli dua jenis.

Kuning untuk Minion.

Merah untuk Ibu.

Zara memandang wajah tua itu. Tangannya ingin saja menyentuh kulit itu seperti ibunya.

Ibu... Zara rindu sangat dengan Ibu. Tapi Zara tak tahu macam mana nak cakap. Zara dah lama tak jumpa Ibu.

Bila Zara jumpa Mak Cik ni... Zara dapat ubat rindu Zara pada Ibu. Walaupun dia mungkin kelihatan seperti ibu.

Zara tersenyum. Cukuplah dapat melihat wajah itu secara dekat. Kalau duduk lama-lama nanti kantoi pula.

"Ibu.. Airin tak boleh lama kat sini tau. Airin tak nak kacau Ibu. Airin pergi dulu ea. Kalau Airin ada kesempatan. Insyaallah Airin datang jumpa Ibu lagi" ucap Zara lembut.

Perlahan kaki mula berpaling arah. Pintu wad dituju. Belum sempat dia berganjak jauh dari katil, dia terasa tangannya ditarik.

Perlahan dia berpaling. Wanita tua itu kelihatan tak mahu melepaskannya. Zara terdiam.

"Mak cik... Saya... saya minta maaf. Saya tak de niat pun nak kacau Mak Cik. Saya cuma..."

"Tak pe. Ibu faham... marilah duduk sini" ucap Raziah lembut.

Tangannya masih mengenggam tangan Airin. Airin sedikit terkejut dengan ayat yang dikeluarkan wanita itu.

Ibu? Dia dengar ke apa aku cakap?

Melihat Zara yang diam memaksa Raziah menarik tangan Zara supaya gadis itu dekat dengannya.

"Sini... duduk sini. Mak Cik Ibu Airin kan?" Soal Raziah lembut.

Zara sedikit terkesan dengan panggilan itu. Rasa seperti sudah lama dia menginginkan panggilan itu.

Rasa serba salah pula menganggu Mak Cik itu berehat. Perlahan Zara mendekati Mak Cik itu lalu duduk di atas katil di sisi Mak Cik itu.

Raziah melepaskan gengaman tangan Zara. Dia cuba bangun dari pembaringan untuk duduk di atas katil dan di tolong Zara.

Senyuman kecil untuk gadis itu. Zara rasa seperti bersalah. Dia tak sepatutnya datang kesini dan menganggu ketenteraman orang.

"Mak Cik... Saya... saya minta maaf kalau kacau Mak Cik rehat. Tapi... saya kena pergi dulu. Saya nak jaga Adik saya kat sini. Saya minta maaf ye..." ucap Zara perlahan.

Perlahan Raziah menggeleng. Tangan Zara ditarik lalu di usap lembut. Zara mulai rasa bersalah.

"Mana ada Airin kacau Ibu. Ibu gembira dapat jumpa Airin balik. Dan yang paling Ibu gembira, Airin dapat terima Ibu dalam hidup Airin. Ibu seronok sangat" ucap Raziah lembut.

Zara diam. Dia seakan rindu dengan panggilan itu. Tapi dia tak boleh terima. Baginya Ibu dia sudah melupakan dia dan adik-adiknya.

Tak mungkin wanita tua itu Ibunya. Tidak akan wujud kebetulan seperti ini. Melihat Zara yang diam membuatkan wanita tua itu sedikit gusar.

"Kenapa ni Airin? Tak suka ke dapat jumpa Ibu?" Soal Raziah sedikit kecewa.

Perlahan Zara mendongak memandang wajah wanita itu. Senyuman kecil itu diberikannya.

"Tak. Tak lah... cuma... janggal. Mak cik bukanlah sesiapa dalam hidup saya. Tapi Mak Cik dah gelarkan diri Mak Cik Ibu buatkan diri saya rasa bersalah. Sudah lah saya menganggu Mak Cik berehat. Saya... minta maaf. Saya tak patut datang sini kacau Mak Cik. Saya minta maaf ye" ucap Zara perlahan.

Baru saja dia hendak turun dari situ tangannya di capai lagi. Dipegang erat oleh wanita tua itu.

"Mana ada Airin kacau Ibu. Ibu gembira Airin datang sini. Ibu dah lama tau nak jumpa Airin dengan adik-adik. Tapi Ibu tak tahu nak cari Airin kat mana. Ibu tak nak la kecewa kalau Ibu datang rumah, Airin dengan adik-adik benci Ibu sebab tinggalkan Airin macam tu je. Ibu minta maaf ye" ucap Raziah lembut.

Zara sedikit pelik. Adakah wanita tua ni mengigau ataupun memang tahu kisah hidup dia?

Raziah tersenyum melihat Zara yang seakan terkejut. Perlahan dia mengusap bahu gadis itu.

Dia amat yakin setelah mendengar butir bicara gadis itu tadi. Yakin yang Zara Airina tu anak dia.

"Ni memang Ibu sayang. Ibu dah lama nak cari Airin dengan adik-adik. Airin tak percaya Ibu ke? Atau..  Airin marahkan Ibu?" Soal Raziah sedikit kecewa.

Zara diam. Dia sedikit pening. Tak mungkin dia jumpa Ibu semula. Ibu dah tak suka mereka bertiga. Sebab tu dia berusaha untuk lari dari rumah.

"Mak Cik... saya... Saya minta maaf kalau kedatangan saya kat sini menganggu Mak Cik. Saya... kacau mak cik rehat. Saya minta maaf sekali lagi. Saya pergi dulu ye..."

"Nanti"

Zara diam. Dia betul-betul mahu beredar. Rasa menyesal sebab menganggu Mak Cik ni berehat.

"Airin tak percaya ke ni Ibu? Ni Ibu Airin la... ibu yang melahirkan Airin. Ibu yang besarkan Airin. Zara Airina, Faris Syazwan dan Adam Darwish. Kan?" Soal Raziah bersungguh.

Zara terdiam.

Macam mana pulak mak cik ni boleh tahu nama adik beradik aku?

"Tapi... Ibu dah lama tinggal kitorang. Ibu mana suka kitorang sebab tu Ibu pergi. Mak Cik... mungkin Mak Cik kenal atau teka saja keluarga saya. Tapi... anggap Mak Cik sebagai Ibu saya..."

"Airin sebenarnya sayang Ibu kan?"

Zara memandang wajah Mak Cik itu. Tangan Zara diusap lembut.

"Airin sebenarnya rindu kat Ibu. Tapi Airin tak nak cakap. Airin tipu diri Airin. Airin anggap Ibu dah benci Airin untuk selamanya tapi Airin silap. Ibu sayang Airin sangat tapi Ibu terpaksa pergi sebab Ibu dah tak tahan dengan Ayah. Dari hari Airin langgar Ibu lagi Ibu dapat rasakan yang Airin ni anak Ibu. Tapi... Airin cepat sangat pergi. Ibu..  rindu dengan Airin. Rindu dengan Adam & Faris. Cuma Ibu tak boleh jumpa diorang je. Ibu tak tahu nak jumpa Airin macam mana. Tapi Allah dah makbulkan doa Ibu. Ibu dapat jumpa Airin kat sini. Walaupun Airin... luka-luka dan Ibu tak tahu kenapa. Ibu ... rasa bersalah bila Airin kata nak jaga Adik kat sini. Ibu tak jaga anak Ibu baik-baik. Ini semua salah ibu. Ibu minta maaf" ucap Raziah panjang.

Penerangan itu cukup membuatkan Zara terdiam. Perasaannya bercampur. Rasa kasihan, rasa rindu, rasa sedih, geram pun ada bila baru sekarang Ibunya muncul.

Raziah menarik Zara ke dakapannya. Zara hanya diam. Tipulah jika rasa tak rindu dengan pelukan ini.

Perlahan mata mulai terpejam saat air mata mengalir. Tangannya juga membalas pelukan wanita itu.

"Airin..."

"Rindu Ibu..."

"Ibu pun sama sayang. Ibu nak jumpa Faris dengan Adam. Mesti dia gembira kan dapat jumpa Ibu?"

Zara melepaskan pelukannya. Perlahan dia tersenyum. Raziah mengelap air mata yang mebasahi wajah Zara.

"Mesti lah diorang gembira"

Parut dan jahitan di wajah Zara membuatkan Raziah pelik.

"Kenapa... Airin macam ni? Airin accident ke? Adam dengan Faris tu pun... masuk hospital kenapa?"

"Nanti Airin cerita ea Ibu"

Walaupun terasa janggal. Tapi dia cuba biasakan diri dengan wanita itut. Linda hanya memandang daei tingkap kecil di pintu saja.

Rasa cemburu pula bila Mamanya memeluk orang sembarangan sebegitu saja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro