75 》 Family baru

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Linda membantu Puan Raziah untuk berjalan. Bukannya wanita tua itu tidak larat tapi dia cukup cemburu bila Mamanya asyik bercakap dengan gadis tempoh hari.

Dia pun mahukan perhatian Mamanya!

"Linda... kenapa masam je ni? Linda okay?" Soal Raziah prihatin.

Dia perasan akan perubahan wajah anak tirinya itu lepas dia memperkenalkan Zara kepadanya.

Linda hanya menarik muka. Tak mahu bercakap dengan Mamanya.

Mama milik Linda sorang je. Bukan orang lain!

Puan Raziah berhenti seketika. Wajah gadis itu dipandang. Zara juga begitu. Perasan benar perubahan wajah Kakak tirinya.

"Linda... Mama tanya ni... Linda okay tak ni? Linda tak suka ye jumpa adik Tiri Linda?" Soal Puan Raziah sedikit kecewa.

Perlahan Linda menggeleng. Tipulah tak suka. Dah lama dia mengiginkan adik sebagai peneman hidupnya. Dia pula hanya ada seorang Abang saja. Bosan!

"Mana ada Linda tak suka... cuma..."

Linda mendekatkan wajahnya dengan Puan Raziah. Tak mahu gadis itu kecik hati.

"Mama percaya ke dia anak kandung Mama? Kalau dia tipu macam mana? Dia tu dah la macam gangster! Kalau dia ugut kita macam mana? Lin tak suka la Mama..." Ucap Linda tak puas hati.

Perlahan senyuman mekar di wajah Puan Raziah. Wajah anak tirinya dipandang. Zara hanya diam.

Dia cukup janggal dengan keadaan sekarang. Hati kata mahu tapi otak kata jangan. Dia dah lama anggap Ibunya membenci dia adik beradik. Tapi... dah terjumpa kan.

"Lin cemburu ye Mama jumpa Airin?" Soal Puan Raziah menduga.

Perlahan Linda menggeleng menidakkan perasaan Mamanya.

"Mana ada! Lin cuma... tak percaya dia je..." ucap Linda menipu.

Puan Raziah tergelak kecil. Dia menarik Linda dan Zara agar terus berjalan bersama dengannya.

"Mama kenal la anak Mama. Mama yang tegur dia dulu bukan dia yang tegur Mama. Lin jangan risau ye... kasih sayang Mama tetap sama. Kalau Lin tak percaya kita boleh buat ujian DNA kan alang-alang dah ada kat hospital ni" ucap Puan Raziah selamba.

Linda menarik mukanya. Geram barangkali diperlekeh begitu.

"Ma...jangan lah cakap macam tu... dia dengar la" ucap Linda tak puas hati.

Zara hanya tersenyum kecil. Malas mahu melayan perangai kakak tirinya yang dianggap mengada itu.

Pintu wad Faris di buka. Terus mereka bertiga masuk ke dalam. Katil Faris dituju.

Kelihatan Faris sedang elok bermain game. Melihat pintu wad dibuka, dia pantas saja menoleh.

Sedikit terdiam melihat gerangan yang melawatnya. Zara laju saja mendekati Faris.

"Faris... aku... ada benda nak cakap dengan kau ni..." ucap Zara perlahan.

Dia tak mahu wanita itu mendengarnya. Faris memandang Zara.

"Mak Cik tu... aku tak tahu nak percaya atau tak. Tapi... dia kenal kita. Aku rasa tu Ibu. Tapi kau tahukan Ibu tinggal kita macam mana. Dia nak jumpa kau. Jadi aku bawak dia datang sini. Aku tahu kau mesti ada banyak benda nak tanya dia kan?" Soal Zara perlahan.

Faris terdiam. Dah lama dia tak jumpa Ibu. Ini satu kejutan. Wajah wanita itu sama seperti dahulu. Cuma kelihatan sedikit tua.

Tangan Zara diacapai. Menarik kakaknya agar dekat dengannya.

"Kau pasti ke Zara? Tu... Ibu? Kalau orang lain macam mana?" Soal Faris curiga.

Zara diam. Nafas di hela panjang.

"Aku pun tak percaya pada mulanya. Tapi... ikut kau lah... aku pun tak pernah cerita pasal Ibu kan sebelum ni. Jadi... inilah masanya untuk kau jumpa dia balik. Kau tanya lah apa kau nak tanya. Tapi janganlah sampai mengguris hati dia okay" ucap Zara lembut.

Faris hanya diam. Tak tahu nak kata apa. Ya! Rindu memang rindu! Tapi... perlu ke jumpa dalam keadaan macam ni?

Zara terus menuju ke arah Linda dan Ibunya. Satu senyuman diberikan.

"Ibu dengan Lin masuk lah dulu. Airin nak jumpa Adam kejap" ucap Zara lembut.

Puan Raziah hanya tersenyum dan mengangguk. Terus saja Linda membawa ibunya masuk.

"Kau dah jadi adik aku kan? Jadi panggil aku Kak Linda okay!" Ucap Linda perlahan.

Zara memandang jelik. Lantak aku lah nak panggil apa pun. Janji bukan Jebon okay!

Laju saja dia keluar dari situ memberi ruang untuk Ibunya dan Linda bertemu dengan Faris.

Linda mencebik melihat tingkah selamba Zara. Terus mereka masuk ke dalam. Kerusi di sebelah katil Faris menjadi tempat Puan Raziah duduk.

Faris hanya diam. Henfonnya masih lagi dipegang memaparkan game. Rasa kurang senang melihat dua orang wanita di depannya.

"Faris... ni Ibu... Ibu minta maaf sebab dah lama tinggal Faris dengan adik. Ibu rasa bersalah sangat dekat Kak Airin, dengan Faris, dengan Adam. Tapi, Ibu gembira sangat dapat jumpa Faris. Faris dah besar dah sekarang. Faris sihat?" Soal Puan Raziah lembut.

Faris hanya diam. Wajahnya menunduk memandang henfonnya yang setia dipegang. Perlahan keluhan panjang dilepaskan.

"Jadi kau lah Ibu aku? Hmm?..." soal Faris sinis.

Berubah terus wajah Raziah mendengar ayat Faris.

"Baru sekarang ke kau nak tanya pasal aku dengan yang lain? Sebelum ni tak pernah terfikir ke pasal benda ni? Tak fikir dulu ke sebelum kau tinggal kitorang dulu?" Soal Faris kasar.

Dia tak boleh terima kedatangan Ibunya dalam hidup. Dia cukup terkilan bila menyedari Ibunya lari dari rumah dan melihat Kakaknya tersedu nangis di depan pintu dengan siku dan lutut yang calar.

Adakah Ibunya tak fikir kesan kepada mereka bertiga?

Puan Raziah terdiam. Dia tahu akan penerimaan anak-anaknya dan dia redha. Tapi tidak bagi Linda.

"Hei! Kau boleh hormat Ibu kau sikit tak? Dia bersusah payah cari kau, kau cakap dengan dia macam tu je?" Soal Linda tak puas hati.

Mata Faris melirik ke arah gadis itu. Terkedu Linda melihat panahan tajam itu.

Up! I'm sorry!

"Kau tak tahu apa-apa kau diam! Perempuan ni... dah buat hidup kitorang merana tau tak? Kalau dia tak tinggal kitorang dulu, hidup kitorang bertiga takkan jadi macam ni la... Zara tak kerja kat tempat kotor. Aku tak kena pukul hari-hari. Adam takkan makan hati dengan apa yang jadi. Dan kitorang bertiga takkan duduk kat sini! Faham tak?!" Tengking Faris.

Kita cukup kenal dengan sikap Faris yang panas baran kalau orang yang dia sayang tersakiti.

Linda dan Puan Raziah diam. Paling terkesan ialah Puan Raziah. Dia belum di beri apa-apa maklumat mengenai keberadaan mereka di sini.

Perlahan wajah Puan Raziah menatap wajah anaknya. Rasa sedikit terkesan dengan ayat anaknya. Besar betul kesan yang dia peroleh daripada lari rumah.

"Faris... Ibu minta maaf kalau Faris dengan adik beradik terpaksa terima semua salah Ibu. Ibu tahu Ibu salah sebab tinggalkan Faris, Airin dengan Adam. Ibu tak fikir panjang masa tu. Ibu... Ibu minta maaf. Tapi tolong lah Faris... Faris jangan lah marah Ibu macam ni. Ibu rasa bersalah sangat" ucap Puan Raziah sedih.

Setitis air matanya jatuh mendengar ayat anaknya. Linda juga terkesan. Dia rasa sedih kalau Mamanya disakiti. Dia faham perasaan Mamanya.

"Tak payah minta maaf sangat la... aku dah lama tak suka kau. Mula-mula memang aku sedih dengan pemergian kau. Rasa rindu. Adam tu selalu tunggu depan pintu bila kau nak balik. Tapi kau tetap tak balik jugak sampai sekarang. Lepas semua ni dah nak berakhir, baru kau nak muncul? Ibu jenis apa kau ni?" Soal Faris sinis.

Hati Puan Raziah cukup hancur mendengar ayat anaknya. Dia tahu pasti anaknya akan benci dirinya.

"Faris!"

Semua mata memandang ke arah pintu. Zara terus menolak kerusi roda Adam masuk ke dalam. Faris didekatinya lalu ditampar selamba.

"Kau cakap apa dengan Ibu?! Kau aku?! Kau ni kenapa hah?! Dia Ibu kita kau faham tak? Kau hormat sikit boleh tak?! Ayah yang macam gitu pun kau tak nak hormat, takkan dengan Ibu kau nak buat macam tu jugak?! Kau dah besar Faris. Fikir matang sikit boleh tak?! Tak fikir ke perasaan Ibu? Anak jenis apa kau ni?!" Soal Zara geram.

Walaupun hati dia cukup ragu-ragu dengan pengakuan Ibunya, tapi dia tak suka Adiknya bersikap kurang ajar dengan orang tua.

Puan Raziah menarik tangan Zara agar menjauhi Faris. Faris mengusap lembut pipinya yang panas. Adam hanya diam. Pening dengan apa yang berlaku.

"Airin... dah la tu. Jangan buat adik macam tu. Semua ni salah Ibu. Ibu yang... tak fikir panjang. Ibu tak pernah fikirkan anak-anak Ibu sebelum Ibu keluar dulu. Betul cakap Faris. Ibu ni dah buat hidup anak-anak Ibu merana" ucap Puan Maria bersalah.

Zara menghela nafas panjang. Sekarang ni semuanya mahu menyalahkan masing-masing. Adam hanya statik memandang wanita tua di tepinya.

Ibu?

"Ibu... Faris tu dah melampau. Dia tak sepatutnya buat Ibu macam tu. Kalau betul pun dia benci kat Ibu, takkan dia tak de rasa hormat pada orang tua? Airin tak pernah ajar Adik-adik Airin macam ni" ucap Zara tegas.

Cukup kesal dengan ayat Faris. Dia tahu Faris seorang yang panas baran. Tapi kalau menyelesaikan masalah dengan cara begini bukanlah penyelesaian yang betul.

"Ibu?"

Semua mata memandang Adam yang berada di atas kerusi roda. Kakinya yang ditembak itu menyukarkan dia untuk bergerak.

Adam terus memandang Zara meminta jawapan. Faris hanya diam. Begitu juga dengan Puan Raziah.

"Kak Zara... Betul ke... ni Ibu?" Soal Adam perlahan.

Zara menghela nafas panjang. Dia harus bertenang. Perlahan dia memandang Adam.

"Ye... Ibu Adam. Ibu yang dah lama tinggalkan kita dulu. Adam kan nak sangat jumpa Ibu. Kakak bawak Adam jumpa Ibu" ucap Zara lembut.

Katil Faris menjadi tempat dia bersandar. Adam terus memandang Puan Raziah. Sememangnya ada iras Ibunya.

Jika Zara sudah mengaku itu Ibunya pasti itu benar. Sebab Zara tak pernah dan tak bagi langsung sesiapa mempersoalkan keberadaan Ibunya.

"Ibu... Adam?" Soal Adam perlahan.

Puan Raziah tersenyum. Perlahan dia mengusap lembut wajah anaknya.

"Ye Adam. Ni Ibu. Dah lama kan Adam tak jumpa Ibu. Ibu rindu sangat dengan Adam. Ibu minta maaf kalau terpaksa buat Adam tunggu Ibu lama sangat. Dah besar kan anak Ibu ni. Dulu masa kecik Adam la yang paling gemuk. Tapi sekarang... Adam dah kurus dah... kesian Adam" lirik Puan Raziah perlahan.

Adam hanya tersenyum.

Ibu?

Ibu aku?

Aku dapat jumpa Ibu aku?

Setitis air matanya jatuh. Terus di tarik Puan Raziah itu kedakapannya. Semua diam.

"Adam... dah lama nak jumpa Ibu. Kenapa Ibu tinggalkan Adam dengan Abang dengan kakak? Adam rindu tahu kat Ibu. Rindu sangat. Dah lama Adam nak jumpa Ibu tapi Kak Zara kata Ibu dah pergi jauh. Ibu dah tak nak jumpa Adam dengan Kakak dengan Abang. Adam sedih sangat bila Kakak cakap macam tu. Ibu jangan tinggalkan Adam lagi tau. Adam tak nak pisah dengan Ibu lagi" ucap Adam panjang.

Puan Raziah tersenyum. Dibalas pelukan anak bongsunya. Dengan lebih erat lagi. Linda hanya menghela nafas panjang.

Nampaknya ada yang akan ambil tempat Mama aku. Aku baru je nak spent time together dengan Mama.

"Ibu janji... Ibu takkan tinggalkan Adam lagi. Ibu minta maaf kalau Adam terluka sebab Ibu tinggalkan Adam" ucap Puan Raziah lagi.

Adam melepaskan pelukannya. Puan Raziah mengelap lembut wajah anak bongsunya yang basah.

"Ibu janji dengan Adam, Ibu takkan pergi mana-mana lagi?" Soal Adam sambil mengangkat jari manisnya.

Puan Raziah tergelak kecil. Jari manisnya juga diangkat dan dililitkan di jari Adam.

"Ye... Ibu janji. Ibu janji Ibu takkan ulangi silap yang lama. Ibu akan jaga Adam. Ibu akan bawak Adam pergi rumah baru okay. Kita duduk sana sama-sama. Kita hidup sama-sama" ucap Puan Raziah lagi.

Adam tersenyum. Satu jari manis di hulur ke arah Puan Raziah dan Adam. Semua memandang ke arah Faris.

"Ibu kena janji dengan Faris juga Ibu takkan tinggalkan kitorang lagi" ucap Faris perlahan.

Puan Raziah tersenyum kecil. Tangan lagi satu dihulur menyambut janji Faris.

"Ibu janji sayang. Ibu akan jaga korang semula" ucap Puan Raziah lagi.

Faris dan Adam hanya tersenyum. Linda hanya memandang. Dia cukup cemburu melihat kemesraan anak beranak itu.

Zara tersenyum kecil. Kalau dia tak mampu jadi kakak yang mampu sempurnakan hidup adiknya, dia cuba jadi yang terbaik untuk adik-adiknya.

"Faris minta maaf kalau Faris terkasar bahasa dengan Ibu. Faris tak patut cakap macam tu dengan Ibu. Faris minta maaf" ucap Faris perlahan.

Puan Raziah tersenyum. Hati anaknya ini dalam keras ada lembutnya juga.

"Tak pe... Ibu maafkan. Ibu tahu Faris tak sengaja. Salah Ibu juga sebab tinggalkan Faris macam tu je. Memang patut pun Faris marah Ibu. Ibu minta maaf" ucap Puan Raziah perlahan.

Faris hanya diam. Entah la... lepas tengok Adam bersungguh peluk Ibunya... rasa macam kesian pula kalau dia pisahkan.

Zara tersenyum. Perlahan dia mengusap rambut Faris. Dia tahu adiknya lembut. Dia memandang Linda.

Nampak sangat jealous!

"Ibu... Ibu tak nak kenalkan Anak manja Ibu tu ke kat kitorang?" Soal Zara selamba.

Semua mata memandang Zara dan Linda silih berganti. Linda mencebik geram.

"Mana aku manja! Kau jangan main cakap aje boleh tak?!"

"Manja cakap je la... Ibu nak tahu tak tadi kan... Lin cakap kat Airin... dia tak suka orang panggil Linda aje. Nak jugak Kak Lin. Perangai Manja ada hati nak guna 'kak' "

"Eish!!! Mana ada lah! Mama!!! Tengok anak Mama ni dia cakap apa?! Mama marah la dia Ma!! "

"Berani ke kau nak marah kitorang?"

"Hik... hik... Mama... tengok adik tiri Lin ni... dia... nak pukul kita..."

"Faris... jangan la buli dia..."

"Mana ada buli Ibu... Faris cuma nak test dia je... Faris mana ada kakak cengeng macam dia. Kakak Faris keras hati macam batu. Orang tak de perasaan "

"Kau cakap aku apa?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro