76 》 belum ending la...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Berkali-kali Puan Raziah meminta maaf setelah mendengar penjelasan Zara tentang keberadaan mereka bertiga di sini.

Dia cukup rasa bersalah sangat dengan apa yang terjadi. Kalau bukan sebab dia nak mengelak dari Idris, pasti semua ni takkan berlaku.

"Ibu... tak de pa pe lah... semua dah berakhir dah pun... Ibu jangan risau okay. Airin dah lama maafkan Ibu" ucap Zara lembut.

Puan Raziah menggeleng. Dia menarik Zara mendekatinya. Diusap lembut wajah Airin yang di jahit.

Zara menghela nafas panjang. Sabar je la...

"Mana boleh Ibu maafkan diri Ibu kalau Airin yang terpaksa tanggung semuanya. Airin... Airin terpaksa jadi 'Ibu' untuk Faris dengan Adam. Cari duit untuk keluarga. Kena jual dengan... jantan tu. Kerja kat kelab. Terpaksa terima dengan redha apa yang orang cakap kat Airin. Lari lagi daripada orang yang beli Airin. Luka apa ni semua. Ibu... Ibu bersalah sangat pada Airin. Kalaulah Ibu cuba bertahan dulu... pasti Airin takkan tanggung semua ni. Airin akan ada masa depan yang baik. Ibu... Ibu minta maaf. Ibu gagal jadi Ibu yang baik untuk Airin dengan adik-adik" ucap Puan Raziah panjang.

Airin menghela nafas panjang. Baginya itu hanya sementara saja. Dia juga redha bila Ibunya mahu dia menjaga Adik-adiknya dan menggalas tanggungjawab sebagai 'Ibu' untuk Adam dan Faris.

"Tak de pa pe la Ibu... macam Airin cakap tadi... Airin tak kisah. Lagipun Ibu dah jumpa kitorang balik dah cukup buat Airin dengan adik-adik rasa bahagia. Bagi Airin, Ibu tetap Ibu yang terbaik untuk Airin. Lagipun, kalau Ibu tak lari dulu... kitorang pun tak tahu Ayah tu sebenarnya macam mana" ucap Zara memujuk.

Puan Raziah mengangguk perlahan. Dia cukup puas bila mendengar yang Idris dah ditangkap. Hatinya juga senang melihat anak-anaknya gembira dengan Kakak baru mereka.

Terutamanya sekali Faris...

"Mama... Mama pergi lah tengok anak Mama si Faris tu... dia buli Linda lagi!!! Mama suruh la Airin tu jaga dia! Lin tak nak la si Faris tu! Asyik kena arah je Lin tak suka la!!! Tapi kalau Adam tu Lin tak kisah. Tapi bukan dengan Faris okay!" Adu Linda sebaik saja masuk ke dalam wad Puan Raziah.

Semua mata tertumpu pada Linda yang muncung. Bukanlah si Faris tu mahu buli betul. Faris cukup gembira bila dapat kakak yang baik hati seperti Linda. Bukan keras seperti Zara.

"Ha! Ngadu la tu! Cengeng!" Ejek Faris.

Pakaiannya sudah ditukar. Harini Faris dan Puan Raziah dah boleh check out. Seronok betul Faris bila Puan Raziah kata dia akan satu rumah dengan Linda.

Puan Raziah bukanlah sakit teruk. Hanya penyakit jantung saja. Kesan daripada di bekerja kuat dulu.

Dan sudah mendapat kebenaran suaminya Encik Khairul untuk membawa anak kandungnya tinggal bersama dengannya.

"Mana ada cengeng! Kau tu je yang suka buli aku! Mama! Marah la dia Mama!" Adu Linda lagi.

Puan Raziah menghela nafas panjang. Matanya tajam menikam anak mata Faris. Tapi lagi garang yang ni.

"Woi gemuk! Kau kalau satu hari tak buat dia memekak tak boleh kan? Kau ni bingit tau tak aku dengar dia asyik ngadu je. Dari semalam lagi tahu tak hospital ni dah macam rumah dia. Kau buli dia, dia balik sini ngadu. Ingat drama pukul 7 ke, kena marah dengan suami balik rumah Mak?!" Bebel Zara panjang.

Faris hanya mencebik. Dia sudah memandang Linda tajam.

Sebab kau lah aku kena marah!

Puan Raziah menarik Zara ke sisinya. Menenangkan hati muda itu.

"Dah la tu Airin... apa ni marah adik macam tu? Cakaplah elok-elok. Kesian adik tu hari-hari kena marah" pujuk Puan Raziah.

Zara hanya menghela nafas panjang. Wajah Puan Raziah dipandang lembut.

"Ibu... Faris ni dah macam bontot kuali tau tak? Orang bebel pun mantul-mantul. Degil! Mengalahkan Adam yang darjah 6 tau tak" ucap Zara malas.

Linda tergelak kecil mendengar Zara membebel soal perangai Faris.

Yeay! Kena marah!

"Apa kau gelak-gelak? Aku rendam henfon kau lagi dalam cawan baru tahu" ugut Faris.

Linda mencebik geram. Henfonnya diambang maut semalam bila Linda membebel tak mahu membelikan makanan lain untuk Faris.

Apa lagi... henfon Linda dirampas dan Faris memberi masa untuk Linda beli makanan. Lambat sampai, henfon kena celup. Stress dia layan Faris!

Zara menghela nafas panjang bila Faris dan Linda tak mahu mengalah. Jarak umur sungguh la berbeza. Faris 15 dan Linda 23. Kalau ditolak bezanya 8 tahun!

"Haih... dah la Ibu. Airin malas nak fikir pasal budak dua ekor ni. Airin pergi dulu tau Ibu. Nanti lambat pula nak sampai sana" ucap Zara lembut.

Arini hari perbicaraan kes Hariz. Dan dia sebagai saksi utama harus berada di sana seawal 9 pagi. Tapi sekarang ni dekat 8:30 masih tercegat di sini...

"Airin... datang dengan Ibu ye. Ibu pun nak ikut juga" ucap Puan Raziah bersungguh.

Zara memikirkan sebentar. Dia tak mahu la ramai sangat di sana. Ini bukanlah kes kecil dan bukanlah kes besar sekali. Pasti ada wartawan dan segalanya di sana.

Dia tak mahu seorang ahli keluarganya muncul disitu. Takut nanti kena aim dengan geng Hazriz ke. Dia tak mahu ahli keluarganya terlibat dalam semua benda ni lagi.

"Tak boleh la Ibu... Airin tak nak la nanti orang tanya pasal family Airin. Airin tak nak keluarga Airin dalam bahaya lagi. Biar Airin pergi sorang aje ea" ucap Zara lembut.

Puan Raziah menghela nafas panjang. Kalau boleh, dia mahu menemani hingga ke dalam mahkamah!

"Kalau macam tu... Ibu hantar Airin ye. Ibu tak nak la susahkan anak Ibu lagi"

Zara menghela nafas panjang. Perlahan dia mengangguk.

... sesampainya di sana ...

Zara mencilok di sebalik orang ramai. Hoodie di tarik menutupi wajahnya. Dia tak suka berasak begini. Walaupun tak penuh, tapi cukup menghalang laluan.

Sukar untuk dia mendongak melihat papan tanda dengan orang yang jauh lebih tinggi dan besar daripadanya. Dengan camera dan beg besar.

Zara mengeluh kecil. Begini kah keadaan yang harus di lalui semua orang kalau datang ke mahkamah?

Zara meniti di lorong kecil menuju ke bilik perbicaraan. Kelihatan ada beberapa orang wartawan yang menunggu di lorong tersebut.

Zara menghela nafas panjang. Dia harus mencari peguam peribadi yang Ibunya semalam. Bukan peguam, tapi Abang Linda, Haqem.

Sudah berjumpa semalam lepas dia menceritakan semuanya sampaikan mahu pulang untuk menukar baju pun Ibunya tak bagi. Habis satu hari dalam wad Ibunya.

Nak jugak dengar cerita sampai habis. Penat jugak dia asyik dipeluk dan mendengar kata Maaf dari Ibunya. Tapi tak pe la... asalkan Ibunya itu sudah kembali pada mereka juga sudah cukup.

Zara menghela nafas panjang. Hoodie di tarik menutup wajahnya.

Relax Zara... jalan aje dan buat bodoh okay!

Terus saja Zara berjalan. Seseorang datang menghampiri Zara. Zara mengintai di sebalik hoodie Izz.

Hei! Ni hoodie Boyfriend I tau! Ofcourse tak boleh tinggal!

Gadis itu tersenyum sinis melihat Zara yang seakan tidak mengecamnya. Pisau yang tersedia di poket di keluarkan.

Zara memandang pelik gadis yang berlitup dengan mask dan hoodie hitam. Satu je yang bermain di kepalanya.

Zupp!

Zara menangkap lengan yang mahu menikamnya. Nasib sempat kalau tak perut dia yang menjadi mangsa.

Aku dah agak dah mesti ada orang nak kenakan aku!

Gadis itu mendengus geram. Tangan di tarik kasar dan terus meninggi untuk menikam Zara.

Zara pantas mengelak. Kakinya terus menyadung kaki gadis itu dan membuatkannya jatuh. Zara terus menarik mask tersebut.

"Bella?"

Bella tersenyum sinis. Dia terus bangun dan mendekati Zara.

"Kau tak patut ada kat sini Zara. Aku takkan bagi kau dengan Izz menang! Kalau aku terseksa, kau dengan Izz pun akan terseksa!"

Tangan Bella terus diangkat bagi menikam Zara. Zara terus saja mengelak.

"Bella! Bella apa kau buat ni?! Ni tempat awam Bella bukan kelab! Sedar lah Bella!" Ucap Zara terkejut.

Dia tak mahu keluarkan segala jurus silat, taekwondo, MMA dan banyak lagi. Dia tak mahu cederakan sesiapa lagi lepas ni.

Bella mulai geram. Kakinya terus menyadung kaki Zara membuatkan Zara terjatuh. Mendengar perbalahan kecil itu, cukup menarik perhatian beberapa orang di situ.

"Aku atau kau yang patut sedar? Kau dengan Izz tak boleh bersama! Kau cuma boleh kawan dengan aku je!"

Pisau di tangan Bella terus menikam Zara yang terbaring di lantai. Mujur Zara pantas mengelak.

Orang ramai mulai menggerumuni mereka. Mereka terus menarik Bella agar menjauhi Zara dan pisau tersebut.

Melihat orang yang mulai menganggu kerjanya, dia mulai meracau.

"Argh! Lepaskan aku! Biar aku bunuh aje perempuan tu! Kalau aku tak boleh bahagia, dia pun sama!" Jerkah Bella.

"Berbahagialah kau di hospital bahagia ye wahai anak muda" ucap salah seorang dari mereka.

Bella hanya memdengus geram. Dia terus ditarik agar menjauhi Zara. Sempat lagi dia menjeling Zara yang statik di lantai.

"Aku akan pastikan kau dengan Izz takkan bahagia!"

Itu saja ayat terakhir Bella. Zara menghela nafas panjang bila Bella di bawa pergi.

Macam mana Bella boleh tahu hari ni dia akan ke sini? Aduh! Sukar betul dapat kawan psycho macam dia.

Satu tangan dihulur ke arah Zara. Zara memandang ke atas.

Ouh! Pak Cik banyak cakap semalam.

Zara terus saja bangun tanpa menyambut huluran itu.

Tak suka! Aku baru kenal kau semalam dah gatal nak hulur tangan.

Peguam tersebut menyimpan semula tangannya. Segan pulak! Zara terus memandang peguam tersebut.

"Adik Airin okay? Ada luka?" Soal Haqem prihatin.

Zara hanya menghela nafas panjang. Begini kah hidup menjadi adik-adik?

"Please la... aku tak suka ada 'adik' tu okay?! Airin sudah la. Dari malam tadi asyik 'adik' je..." rungut Zara.

Dia anak sulung dan tak pernah di gelar adik. Adik? Ew! Sape adik kau?

Haqem hanya tersenyum. Suka pulak tengok celoteh Zara yang ganas-ganas manja ni.

"Okay. Ikut Airin la... jom kita masuk dalam. Dah dekat pukul 9 ni" ucap Haqem lembut.

Zara hanya diam saja. Malas mahu bercakap banyak.

Tahu tak dari semalam lagi dia asyik memekak aje. Tanya itu tanya ini. Tak cukup ke aku bagi penerangan yang panjang lebar tu?

Pastu asyik dengan ayat favourite dia...


"Adik dengar cakap Abang dulu boleh tak?"

"Adik jangan degil please!"

"Panggil la Abang Haqem. Bukan Haqem. Airin kan Adik Abang"

Ingat dia sorang je ke yang anak sulung? Aku pun anak sulung okay! Pastu suka potong apa yang aku cakap. Minta kena debik dia ni.

Nasib Abang tiri...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro