77 》 Rahsia ~

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu wad ditolak lembut. Nasib tak de orang lain kat sini. Kaki di bawa masuk ke dalam.

Seperti biasa, setiap hari dia akan membawa jambangan Rose untuk Izz. Cuma bila dia meletakkannya adalah waktu yang berbeza mengikut keadaan.

Kadang dia tak pergi sebab Puan Maria atau ada orang lain yang berjaga kat dalam. Kadang-kadang terserempak dengan rakan sekolah mereka yang melawat Izz.

Rasa rimas dalam diri dia kalau ada ramai orang yang datang jenguk Izz. Menyibuk je!

Airin menyusun jambangan bunga itu di dalam balang. Bunga haritu di keluarkan dari dalam balang dan dibuang dalam tong sampah.

Izz suka bunga segar kan?

Anak patung Minion yang dibeli tadi di letakkan bersebelahan dengan jambangan bunga.

Bila semua dah panggil dia Airin, aku decide nak tukar Airin je. Lagipun Airindu you la sayang...

Setelah itu, kerusi di tarik lalu punggung di labuhkan. Senyuman kecil buat si jejaka.

"Hai! Minion... kau apa khabar? Aku harap kau makin sihat. Aku tak sabar nak tengok kau sihat macam biasa. Aku minta maaf tau sebab tak boleh jenguk kau selalu. Kau tahu kan Mama kau jaga kau macam mana? Pastu dengan kawan kau yang asyik datang sini je. Aku susah nak jumpa kau. Aku cuma nak kita ada masa berdua aja. Macam selalu. Sebab tu aku harap kau cepat sihat. Dah lama kau baring kat sini. Cepat lah sedar Minion... aku...  rindu nak borak ngan kau, nak memekak sama-sama dengan kau, makan lolipop sampai gigi aku sakit dengan kau, tolong rawat luka aku. Aku rindu semua tu..."

Airin menghela nafas panjang. Wajah Izz di tatap lembut. Dahi Izz yang luka telah di buang plasternya. Hanya parut kecil saja di situ.

Akan tetapi wajahnya masih lagi melekat dengan alat bantuan pernafasan. Mungkin sebab masa aritu Hazriz sepak dada Izz kuat sangat kot.

"Minion... kau tahu tak... tadikan aku pergi Mahkamah untuk kes kita berdua. Pastu aku jumpa Bella. Kau tahu tak Bella cuba nak bunuh aku kat situ. Aku terkejut dan marah sangat kat dia. Kalau ye pun Lesbian janganlah buat aku macam tu. Nasib aku tak mati tadi. Kalau aku mati dah lama aku jadi hantu lepastu serang aje dia. Pastu kan... untuk kes kita..."

Airin menggantungkan ayat tersebut. Dia diam sebentar.

"Kita menang. Abang kau dapat hukuman penjara untuk tuduhan aktiviti pemerdagangan manusia dan rogol budak bawah umur. Aku... aku tak tahu nak bahagia atau tak. Kalau kau dengar mesti kau sedih kan sebab tu Abang kau. Aku minta maaf sebab buatkan keluarga kau kucar-kacir. Tapi kalau kita tak tangkap Abang kau, semua ni takkan berakhir. Aku nak kebebasan... walaupun terpaksa korbankan Abang kau dalam hal ni. Aku minta maaf kalau... berita ni buatkan kau sedih. Aku harap kau takkan benci aku tau. Aku nak kita rapat macam dulu. Walaupun dulu aku ada niat lain kat kau. Aku minta maaf. Tapi sekarang semua tu dah berakhir. Jadi harapan aku nak gunakan kau dah musnah. Aku harap kau dah tak benci aku lagi Minion" ucap Airin panjang.

Pipi yang mulai basah di usap lembut. Patung Minion yang berada di atas meja dipandang. Satu senyuman kecil diberikan.

"Minion... kalau aku tak de kat sini untuk teman kau, aku ada bawak kawan untuk kau. Minion ni aku beli yang si tonjang mata dua tu sebab aku kan lagi tinggi dari kau kan? Aku nak dia jadi kawan kau. Jangan risau, dia takkan khianati aku dan merasuki kau. Minion... aku balik dulu tau. Aku tak nak makin lama aku kat sini, nanti ada orang masuk, dan aku tak boleh keluar. Aku balik dulu tau. Kau jaga diri baik-baik. Nanti ada masa aku datang lagi" ucap Airin lembut.

Kerusi di tolak kebelakang. Air mata di seka perlahan. Hoodie di tarik menutupi wajahnya. Terus saja pintu dituju dan dia keluar.

"Ehem! Setahu aku wad Adam tempat lain" ucap Haqem sambil bersandar di dinding.

Airin mendengus geram.

Pahal pulak budak gemuk ni menyemak kat sini?! Bukan aku dah suruh dia balik dulu ke?

"Sibuk la kau"

Haqem tersenyum sinis. Perasan saja wajah Zara yang sembab dengan air mata.

"Ke buah hati? Siap beli bunga Rose bagai" ucap Haqem sengaja.

Airin diam. Terus saja kaki melangkah meninggalkan Haqem di situ. Malas nak layan perangai mengada dia tu. Sama je macam Linda.

Melihat Airin yang berlalu pergi membuatkan dia bengang. Terus saja dia mengejar Airin. Tangan Airin di capai memaksa gadis itu berhenti.

"Woi! Dah tak reti ke tunggu Abang kau? Sesedap ayam goreng je kan kau nak tinggal aku. Kalau aku tahu tadi aku tak bawak kau datang sini" ucap Haqem geram.

Airin mendengus geram. Tangannya di tarik kasar. Hoodienya di buka menampakkan rambutnya yang hitam keperangan...

"Apa masalah kau ha gemuk?! Kalau bukan sebab Ibu paksa aku balik dengan kau, tak hingin la aku nak naik satu kereta dengan kau. Aku boleh balik jalan kaki. Penyibuk!" Ucap Airin selamba.

Haqem terpinga. Airin terus saja meninggalkan Haqem dan berlalu ke wad Adam. Puan Raziah memang nak menjaga Adam di sana.

Budak macam tu selamba je marah aku? Dia tahu tak aku ni sape? Aku Abang dia tau! Dia ni boleh tahan gangster jugak ni.

Haqem terus mengenar Airin. Dia berjalan di sebelah Airin. Jelas kelihatan seperti sebaya. Haqem yang sedikit berisi dan Airin yang sedikit sado.

"Adik... slow la sikit. Semput la Abang Haqem" ucap Haqem perlahan.

Airin hanya diam. Malas nak layan perangai Abang tirinya. Dah la suka panggil dia Adik.

Pintu wad Adam ditolak dan Airin segera masuk ke dalam. Haqem tertinggal jauh dibelakang. Memang sengaja dia buat begitu.

"Airin? Lambatnya balik? Tadi kata tengah hari dah settle. Ni dekat pukul 3 baru sampai" ucap Puan Raziah pelik.

Airin hanya tersenyum. Dia tak mahu cerita tentang Izz di bawah pengetahuan Ibunya.

"Dia pergi tengok BoyFriend dia Mama. Siap bawak bunga dengan anak patung lagi. Pastu kan..."

"Ow!"

"Ei!! Sakitlah"

"Hei! Aku Abang Kau tau!"

"Adik!"

"Mama tengok Adik ni!"

"Aku bukan adik kau lah! Hergh!"

"Ow!"

Puas!

Airin terus duduk semula selepas memukul bahu Haqem sekuat hatinya. Geram dengan perangai Abang tirinya yang asyik dengan 'adik' aje!

Haqem mencebik. Takut juga sebenarnya melihat kekasaran Airin terhadap orang lain.

Puan Raziah hanya menggeleng. Faham benar dengan sikap Haqem yang kadang-kadang suka menyakitkan hati orang.

"Kamu tu Haqem yang suka cari pasal. Memang patut pun kena sekali dua. Padanlah dapat Adik garang" ucap Puan Raziah sambil tersenyum.

Haqem hanya mendengus geram bila Mamanya tidak mahu memihak padanya. Dia terus saja masuk ke dalam.

Tempat berselahan Airin di hujung katil Adam menjadi tempatnya berlabuh. Hoodie Airin yang terbuka di tariknya hingga menutupi wajah.

"Woi! Apa masalah kau ha?!" Bentak Airin.

Airin terus membuka kembali hoodienya.

"Kau tak tahu dosa ke biarkan aurat kau terdedah? Aku ni kan Abang Tiri kau. Bukan Haram ke?" Soal Haqem sinis.

Airin hanya diam. Malas mahu melayan Haqem. Yang boleh tegur dia cuma Izz saja!

"Betul cakap Abang Haqem tu Airin... Ibu tengok dari mula kita jumpa lagi Airin tak pernah pakai tudung. Ibu tahu Airin kerja kat sana dan dah terbiasa dengan suasana kat sana. Tapi sekarang kan Airin dah tak kerja sana. Airin tak nak ke ubah diri Airin?" Soal Puan Raziah lembut.

Airin hanya mematung. Memandang saja skrin henfonnya yang memaparkan mesej lama.

Adam hanya memerhati. Dia tak berapa gemar bercakap dengan orang luar yang baru dikenalinya. Kecuali terpaksa.

"Woi! Kau dengar tak apa Ibu kau cakap tu? Sebelum ni tak de sape yang nak nasihatkan kau jadi kau boleh la bebas. Tapi sekarang ni aku sebagai Abang Mithali yang baik hati lagi kacak ni nak pastikan adik-adik dia ada kehidupan yang baik. Walau kau adik tiri dan aku baru kenal kau semalam. Lagi satu! Aku tak nak la kau ada perangai jantan kau ni. Perempuan ni kan sifatnya lembut, sopan. Bukannya gangster, ganas macam kau ni" ucap Haqem panjang.

Airin hanya menghela nafas panjang. Sekarang ni semua tengah pandang dia. Haqem terus merampas henfon Airin apabila katanya tak di endahkan.

"Eish! Tak payah la!" Marah Airin.

Haqem menyorokkan henfon Airin di belakangnya.

"Dengar tak cakap aku?! Aku nak kau berubah. Bukan hidup dengan gaya macam gini. Kau faham tak?" Soal Haqem tegas.

Airin mengeluh mendengar ayat Abangnya.

"Ergh! Ye la! Dah la bagi la balik!" Marah Airin.

Haqem menggeleng. Dia terus menilik henfon Airin bagi melihat apa yang di lihat gadis itu. Airin serta merta membulat.

"Hei! Jangan tengok! Lah!"

"Kejap je la! Aku pun nak tahu apa yang kau syok sangat tengok ni"

"Tak payah la!"

"Aku Abang dengar cakap Abang"

"Haqem... janganlah buat adik macam tu..."

"Mana boleh Mama... Haqem pun nak kenal Adik Haqem gak"

"Janganlah! Haqem! Bagilah balik"

"Minion... aku just..."

"Haqem!!!! Janganlah baca!!!!"

"Aku rin... RINDU?!"

"HAQEM QAYUM!!!!"

"Wahhhh buah hati..."

"Ibu...  tengok anak Ibu ni..."

"Zara Airina ada buah hati! Nama buah hati dia Minion! Patutlah tadi beli..."

"Ow!"

"Ow! Sakit! Sakit!"

"Okay! Okay! Aku pulangkan!"

"Ergh! Aku benci la dengan kau ni!"

"Benci-benci kau pun aku tahu kau suka Minion! Budak tadi nama dia Minion ea..."

"Ibu... tengok dia ni..."

"Haqem... "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro