78 》 Tersedar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Melihat Puan Maria yang baru keluar dari wad Izz membuatkan Airin tersenyum kecil.

"Lawanya Mak Cik tu. Dia tu Mak mentua kau ke?"

Airin yang terkejut terus menyiku perut Haqem. Nasib sempat Haqem mengelak.

"Woi! Kau ni bahaya betul lah!" Ucap Haqem terkejut.

Airin hanya mendengus geram. Dia terus meninggalkan Haqem dia situ. Malas mahu bertekak. Baru saja dia ingin melangkah ke sana...

"Ehem, ehem. Adik nak pergi mana ni?" Soal Haqem tegas.

Dari tadi dia perasan ketiadaan Airin di rumah. Budak ni suka tau keluar tak bagitahu.

Nasib firasat hatinya betul. Tejumpa pulak masa Airin tengah jalan nak pergi sini. Dari tadi dia merenung apa yang Airin renungkan sampai dia tak perasan.

Airin menghela nafas panjang. Wajah Haqem di pandang geram. Tak suka betul bila dikongkong.

"Kau ni pahal menyibuk dalam hidup aku ha? Suka hati aku lah nak pergi mana pun. Yang kau sibuk pahal?! Ada aku rembat kereta kau? Tak de kan? Ada aku paksa kau merengek suruh kau hantar aku kat sini? Tak de kan. So, back off! Aku busy" ucap Airin selamba.

Belum sempat Airin berjalan, lengannya di tarik Haqem. Airin mendengus geram. Pahal siak budak ni?

"Kau nak apa lagi?" Soal Airin malas.

Haqem melepaskan lengan Airin. Suka dia melihat Airin bertudung. Kulit Airin yang cerah di padankan dengan bawal purple itu nampak cantik.

"Sejak bila kau pakai tudung ni? Nampak... cantik" puji Haqem ikhlas

Dia sangat suka melihat Airin yang cantik bertudung. Bidadari syurga turun dari langit. Airin menggulingkan matanya.

"Sejak kau menyemak nak jadi Abang mithali la. Dah la kau ni sibuklah! Aku nak cepat ni" ucap Airin malas.

Ditinggalkan saja Haqem disitu.

"Erm.. a.. aku nak ikut boleh?" Soal Haqem sengaja.

Airin terdiam. Dia terus memandang Haqem atas bawah. Haqem terus mendekatkan dirinya dengan Airin.

"Boleh la... aku pun nak tengok kau melawat sape. Lagipun aku kan di amanahkan Ibu kau untuk jaga kau setiap hari" ucap Haqem lagi.

Airin mengeluh geram. Dia terus  berlalu dari situ.

"Cepatlah"

Haqem sudah tersenyum. Abang tahu Adik Abang baik dan comel. Haqem terus mengikuti Airin masuk ke dalam.

Airin tersenyum kecil. Seperti biasa, dia akan menukar bunga Rose itu. Tapi kalini bukan saja warna kuning.

Dia membawa warna merah pekat, pink dan kuning. Air yang berada di dalam balang di buang dan ditukar air baru.

"Botol tu aku tak nampak pun kau bawak tadi. Bila masa kau beli?" Soal Haqem pelik.

"Rembat je la. Air habis boleh beli" ucap Airin selamba.

Haqem hampir tergelak. Rembat? Suka hati dia je!

Haqem mendekati tubuh yang terbaring di situ. Nampak nyenyak sekali di alam mimpi. Kelihatan alat bantuan pernafasannya sudah hilang.

Mungkin keadaanya bertambah baik.

"Kau kenal ke dia Airin?" Soal Haqem lagi.

Airin yang ralit menyusun bunga di dalam balang mengikut warna berasa terganggu.

"Kalau aku tak kenal tak de nya aku nak datang sini jenguk dia" ucap Airin malas.

Haqem mencebik. Orang tanya baik-baik dia main-main pulak.

"Haih... dia kawan aku la... dia sama cedera dengan aku aritu. Tapi... tak de sape teringat pasal dia" ucap Airin lembut.

Haqem hanya mengangguk faham. Airin terus duduk di situ memandang wajah Izz. Suka dia tengok Izz semakin pulih.

"Dia ni... Izz Haiqal yang kau cakap aritu?" Soal Haqem lagi.

Perlahan Airin mengangguk. Haqem hanya diam. Dia sedar yang perangai Airin berubah kalau dengan jejaka ni.

"Haqem... kau boleh keluar kejap tak? Aku... ada benda nak cakap dengan Izz" ucap Airin perlahan.

Haqem hanya diam. Perlahan dia tersenyum. Dia terus berlalu pergi memberi ruangan pada Airin.

Mendengar pintu ditutup, Airin terus terus memandang Izz. Satu senyuman kecil buat si jejaka.

Haqem membuka pintu sedikit menjengah ke dalam.

Hei! Jangan bazirkan peluang keemasan! Aku pun nak dengar budak angau cinta bercakap...

"Minion... Ni aku datang. Aku minta maaf kalau dua tiga hari ni aku dah lama tak jenguk kau. Sebab... aku dah jumpa Ibu aku balik. Dia... dah ada keluarga lain. Jadi... memandangkan Ayah aku dah masuk penjara, Ibu aku ajak aku duduk dengan dia. Dengan Family baru dia. Kau tahu tak, family tiri aku ada dua orang adik-beradik lagi tua dari aku. Yang sulung tu Haqem Qayum. Overprotective yang suka menyibuk dalam hidup aku. Aku pergi mana semua dia nak ikut. Sebab tu aku tak boleh jumpa kau..."

Haqem mencebik.

Aku jaga kau sebab Mama! Mama suruh aku perhatikan kau sebab dia tak nak anak dara dia rosak lagi!

Dan lagi satu sebab kau ni menarik. Lain dari yang lain.

"Pastu yang lagi sorang tu Linda Ayuni. Ayu sangat macam orangnya. Cuma dia tu cengeng dan Faris suka kacau dia... Faris suka tengok dia ngadu dengan Ibu aku macam budak-budak"

Airin terhenti seketika. Perlahan dia menghela nafas panjang.

"Walaupun diorang annoying gila! Tapi diorang baik. Diorang terima kitorang seadanya walaupun baru kenal. Macam Haqem. Aku tahu Haqem sebenarnya bukanlah penyibuk. Dia cuma nakkan yang terbaik untuk adik-adiknya walaupun aku ni tak de kaitan dengan dia. Kau tahu tak, dialah orang first sekali paling gembira bila dapat tahu dia dapat adik lagi tiga orang. Rasa macam kelakar bila tengok muka dia yang acah Abang mithali..."

Haqem tersenyum. Betul kata Faris. Airin bukanlah seorang yang kita lihat pada luaran. Kita kena kenal hati budi dia dulu baru kita boleh desc dia tu sape.

"Minion... aku gembira sangat kau makin sihat. Aku tahu sejak kau masuk hospital lagi, sejak dokter kata kau selamat, aku tahu kau kuat. Kau boleh selamatkan diri kau. Kau bukanlah Izz Haiqal yang lembik. Tapi kau Izz Haiqal yang kuat. Kau kuat pada hati. Kau pada luaran je nampak lemah, kentot, penakut. Tapi kau sebenarnya penyayang, pemaaf, hati kau baik. Kau selalu tegur aku kalau aku buat silap. Kau selalu ajar aku benda yang betul sampai aku rasa... aku... aku tak layak untuk kau. Kau terlalu baik untuk aku. Aku ni banyak kekurangan. Tapi macam yang kau cakap, aku akan cuba jadi Rose yang terindah untuk kau. Kau tengok ni... aku pakai tudung yang kau bagi. Tudung ni... sesuai sangat dengan aku. Aku rasa selesa sangat. Mesti mahalkan kau beli. Pastu kan... pasal rokok tu... aku dah buang. Aku ikut cakap kau. Tapi kan... sejak kebelakangan ni gigi aku rasa sakit sangat. Mungkin sebab aku makan lolipop banyak sangat kot. Dan disebabkan itu, aku bawak lolipop sebalang untuk kau!"

Airin meletakkan sebalang besar lolipop di atas meja. Haqem mengangguk perlahan. Patutlah beg Airin tadi besar semacam.

Ada bawak sweetie sweetie rupanya. Haqem tersenyum. Baru dia tahu kenapa Airin gemar beli lolipop kebelakangan ni. Ada rahsia diantara mereka yang ramai tak tahu.

"Minion... kau cepatlah bangun... aku dah lama rindu kau. Dekat seminggu lebih tau tak kau tidur. Kau tak penat ke minion asyik tidur je? Kau tahu tak kalau kau diam aje macam ni... aku rasa kurang dalam hidup aku. Tak de sape aku nak marah, tak de sape yang aku nak buat dia blushing, tak de sape yang nak teman aku memekak kat pondok tu. Tak de sape yang teman aku kat sekolah. Sape nak ajar aku matematik kalau aku tak reti buat? Minion... kau sendiri yang cakap dengan aku yang kita dah nak SPM. Dah tak boleh nak main-main lagi. Tapi macam mana aku nak fokus kalau kau tak de dengan aku? Sape nak intai aku kat kelas? Sape yang main lawan bola dengan aku kat padang? Sape yang teman aku makan kat kantin? Sape nak rawat luka aku kalau aku sakit? Minion... kau penting dalam hidup aku... walaupun dulu memang aku tak suka dengan sikap penyibuk kau, tapi sekarang... aku rasa hidup aku tak lengkap tak de kau. Kau bawak perubahan besar dalam hidup aku minion. Kalau bukan sebab kau, aku pun.. takkan terdetik untuk keluar dari situ"

Airin mengelus pipinya yang basah. Matanya tidak lekang dari wajah Izz. Haqem hanya setia di situ. Mendengar luahan hati Airin.

"Minion... cepatlah bangun... aku dah lama tunggu kau... kau dah janji tak nak tinggalkan aku kan? Kau janji untuk ada di sisi aku kalau aku sedih. Kau janji untuk ada disisi aku setiap kali aku susah. Walaupun Mama kau dah berkali-kali bantah hubungan kita berdua. Kau tahu kan aku perlukan kau untuk bimbing aku. Tapi... kalau kau sendiri tak sihat macam ni... macam mana aku nak hidup dengan baik? Bangun lah Minion... aku dah penat tunggu kau setiap hari. Kau ingat aku tak sedih ke tengok kau terbaring macam ni? Kau sakit sebab aku Minion. Kau sakit sebab pertahankan aku dari Abang kau. Kau jadi perlindung aku. Kalau lah kau tak de aritu... mesti aku yang kena tembak... aku... terharu sengat dengan kau. Kau sanggup lindungi aku walaupun kau tak boleh jalan. Kau paksa diri kau untuk selamatkan aku... aku... aku... tak tahu nak cakap apa... pengorbanan kau untuk aku cukup besar sampai membahayakan nyawa kau sendiri..."

Airin menunduk. Dia menekup wajahnya dengan lengannya. Dia cukup terkejut bila dengar bunyi tembakan, dan Izz yang melindunginya.

Haqem terdiam. Patutlah gadis itu selalu datang kesini. Kadang-kadang dia juga tak faham kenapa Airin mengendap-ngendap tunggu Wanita itu keluar. Rupanya ada perasaan yang mereka berdua simpan.

Haqem menunduk. Dia tak patut dengar perbualan ini. Sepatutnya menjadi rahsia mereka berdua, dah tak jadi rahsia. Perlahan pintu ditutup.

Haqem terus beransur pergi. Hati gadis itu dah jadi milik orang lain. Sudah dimenangi orang lain.

Airin masih kekal di situ. Dia tak mahu berganjak. Dia mahu menemani Izz setiap masa.

"Minion, kau kata jangan nangis sebab semua ni ketentuan Allah pada kita. Kau pun cakap aku boleh luah apa saja dan kau akan mendengar. Tapi... kau sendiri yang terbaring kat sini... buatkan aku... sedih... bangun lah Izz... aku perlukan kau..."

Cecair jernih dari wajah Airin membasahi setiap inci wajahnya. Begitu juga dengan tudung itu.

Dia tak mampu bertahan. Lebih lagi bila tengok orang yang dia sayang sakit... sakit sebab dia.

Perlahan dia terasa seperti ada jari yang menyeka air matanya. Airin terus mendongak.

"Nangis la... kalau itu yang buatkan kau puas.... aku... aku akan ada di setiap sisi kau. Untuk lap kan cecair jernih yang mengalir sebab kesedihan kau sendiri... Rose..."

Perlahan Airin tersenyum. Izz membalas dengan senyuman kecil. Airin terus mengelap kasar air matanya.

"Ke... kenapa kau dah sedar kau tak cakap dengan aku!!! Kau tahu tak aku tunggu kau dah lama!!! Memang nak tengok aku nangis ke?!" Soal Airin geram.

Tangannya terus saja memukul bahu Izz yanga sakit. Izz terus menekup bahunya.

"Argh... sakitlah Rose... bahu Minion belum baik lagi tau! Apa ni..." marah Izz.

Orang tengah sakit sesedap ayam goreng je dia nak pukul aku!

"Sa... sakit sangat ke? Aku... aku minta maaf. Aku tak tahu pulak bahu kau belum okay. Aku minta maaf. Sakit lagi ke? Nak aku panggil dokter?" Soal Airin bertalu-talu.

Izz menghela nafas panjang. Tapak tangannya masih lagi menekup bahunya yang sakit.

"It's okay la... sakit sikit je... Minion kan kuat" ucap Izz lembut.

Airin mencebik. Kuat la sangat!

Izz tersenyum. Tangannya terus naik menyeka air mata Airin. Suka dia tengok wajah baru Airin.

"Minion suka tengok Rose nangis. Mata Rose bersinar... Rose nampak cantik sangat... lagi-lagi bila pakai tudung yang Minion bagi..." ucap Izz perlahan.

Wajah Airin mulai merah mendengar ayat Izz. Tangan Izz terus turun. Dia tersenyum memandang Airin.

"Rose... Thanks sebab selalu teman Minion masa Minion sakit. Minion hargai sangat..." ucap Izz lembut.

Airin terdiam. Mana dia tahu aku rajin tengok dia walau tak selalu?

"Mana kau tahu? Ke kau yang dah lama sedar tapi kau diam aje? Kau memang sengaja kan nak buat aku risau kan kau!" Ucap Airin geram.

Izz tergelak kecil. Suka tengok Airin marah.

"Mana ada la... Kawan Minion yang bagitahu... ada Rose yang datang pastu rembat air Mama Minion sebab nak letak Rose dia. Untuk minion yang dia sayang" ucap Izz perlahan.

Kepala di dongak menunjuk ke arah anak patung kecil itu dan bunga Rose segar.

Serta-merta wajah Airin merah. Okay aku dah tak nak buat scene sweet-sweet ni.

"Ma.. mana ada... tu... orang lain la yang letak... mana ada aku letak... aku bukan suka kau pun" nafi Airin sengaja.

Izz tersenyum. Suka tengok Airin blushing. Asyik dia aje yang blushing kan...

"Kalau Rose suka Minion... Rose cakap je la bebetul... Minion pun suka Rose... sebab Rose berjaya menambat hati Minion dengan menjadi Rose yang terindah untuk Minion" ucap Izz lagi.

Airin mencebik. Habislah rahsia dia terbongkar.

"Mana aku suka kau... kau je yang perasan!" Marah Airin.

Izz terus bangun dari pembaringannya. Dia duduk di atas katil menghadap Airin. Tubuh disandarkan di dinding katil.

"Kalau Rose tak suka Minion... kenapa Rose pakai Hoodie minion? Kenapa pakai tudung yang minion bagi? Kenapa pakai gelang yang minion beli? Kenapa bawak lolipop satu balang? Kenapa beli Rose hari-hari untuk Minion? Kenapa bawak Minion..."

"Tipu! Tak de la! Mana ada suka! Kau kan... sakit... kau sendiri yang nak aku berubah kan..." pintas Airin geram.

Izz tersenyum. Asyik Airin je buat Izz, ni Izz pulak yang buat Airin.

"I love you Rose..." ucap Izz perlahan.

Empat perkataan itu sudah cukup buatkan hati Airin terbang ke udara. Perlahan dia tersenyum kecil.

"Kalau sayang Minion balaslah balik..." pinta Izz lembut.

Airin diam. Tak mahu! Dia ego!

"Rose... I love you... Rose tak nak balas ke cinta Rose tu? Minion tunggu ni..."

Airin menoleh ke arah lain... pipinya masih basah di elus lembut.

"Airin... Airindu Rose sangat-sangat... Minion ni kan... dah lama nak dengar tiga perkataan dari Rose. I love you..."

Hampir tersedak Izz menggelakkan Airin yang semakin memerah. Airin hanya diam. Lama-lama dia terus mengalah.

"Ergh! Ye la... Rose..."

Pintu wad dikuak perlahan. Seseorang masuk ke dalam dengan wajah terkejut.

Airin laju saja ingin keluar dari sotu tapi di tarik seseorang...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro