79 》 Terima kasih Cinta, kau buat ku bahagia...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Maaf, sa... saya tahu saya tak sepatutnya datang sini. Saya minta maaf. Saya cuma datang nak tengok Izz je. Saya pergi dulu"

Belum sempat Airin beransur pergi, satu tangan menarik jarinya. Airin terdiam melihat tingkah selamba Izz.

"Rose janganlah pergi dulu... temankan lah Minion kat sini..." rengek Izz.

Airin terus menarik tangannya. Dia tak mahu Puan Maria mengamuk lagi. Terus saja dia berjalan meninggalkan Izz di situ.

"Zara... tunggu sekejap" pinta Puan Maria.

Kaki Airin terus terhenti. Dia masih statik di depan pintu wad. Puan Maria mendekati Airin.

Tubuh Airin di tarik ke dakapannya. Airin terdiam melihat tingkah Puan Maria.

"Mak Cik... minta maaf. Mak Cik yang tuduh Zara melulu. Mak Cik tak periksa dulu betul ke tak. Mak Cik minta maaf ye Zara. Mak Cik rasa bersalah sangat kat Zara. Izz dah ceritakan semuanya pada Mak Cik bila dia sedar petang semalam. Dia cakap yang Zara tak salah dalam semua hal ni. Mak Cik tuduh Zara macam-macam. Tapi sebenarnya salah tu dari anak Mak Cik sendiri, Hariz... Mak Cik minta maaf atas semua layanan buruk Mak Cik kat Zara. Tanpa Mak Cik sedar, Zara la perempuan yang paling baik. Zara hanya diam aje bila dengar semua tuduhan yang Mak Cik buat. Zara redha bila Mak Cik benci Zara tanpa sebab. Mak Cik minta maaf sebab tuduh Zara pelacur. Baru Mak Cik tahu... yang Zara buat semua ni sebab Hariz. Kalau bukan Hariz yang mula dulu, mesti hidup Zara tak jadi macam ni kan? Mak Cik minta maaf Zara" ucap Puan Maria panjang.

Airin terdiam. Perlahan dia membalas pelukan Puan Maria. Semua orang melakukan kesilapan. Sebaik baik mana pun dia, mesti akan ada silap yang dia buat.

"Tak pe lah... Zara... tak kisah pun... Zara dah biasa... lagipun semua orang tak lari dari kesilapan kan? Zara juga ada kesilapan Zara sendiri. Kalau Zara tak setuju untuk ikut Ayah dulu, Hariz pun takkan jumpa Zara masa tu" ucap Airin perlahan.

Puan Maria melepaskan pelukannya. Dia memberikan secebis senyuman buat Airin.

"Betul cakap Izz... Zara sebenarnya baik. Cuma Mak Cik aje yang salah menilai Zara. Mak Cik minta maaf ye" ucap Puan Maria lembut.

Zara tersenyum kecil.

Mama Minion suka aku? Eii! Nanti aku boleh la lepak sini dengan Minion hari-hari!

"Tu la Ma... kan Izz dah kata buah hati Izz ni baik. Mama je yang tak percaya" ucap Izz perlahan.

Airin tersedak.

Apa dia cakap dengan Mama dia? Aku ni buah hati dia? DIA NI GILA APA?!

Puan Maria menoleh ke arah Izz. Satu pandangan tajam diberikan.

"Amboi... mentang-mentang Mama dah suka Zara, terus panggil buah hati ye... Anak Mama ni dah pandai kan ikut perangai gatal Papa?" Soal Puan Maria geram.

Izz tersengih. Zara statik di situ.

"Ala... kalau Papa boleh gatal-gatal dengan Mama... takkan Izz tak boleh nak gatal-gatal dengan Airin?" Soal Izz selamba.

Airin mulai lemas.

Kenapa? Kenapalah Izz terus terang dengan Mama dia? Aku ni baik-baik hati kental serupa getah tayar lori pun boleh cair dengar ayat dia.

Masaklah aku macam ni!!! Tu lah Airin! Sape suruh kau ajar dia ayat sweet-sweet dulu. Kan dia dah ikut perangai kau!

"Amboi! Dah sihat bukan main ea dia! Kaki sakit lagi tak sedar diri! Ada hati nak gatal dengan anak dara orang ea? " marah Puan Maria.

"Ala Mama ni... Izz baru nak bahagia sikit... dulu asyik Airin aje yang buat Izz blushing. Kali ni biarlah Izz buat Airin blushing pulak!" Bentak Izz.

Airin terdiam.

Tak! Takkan la Mama dia kata Izz cerita semua, maksudnya Izz cerita dari awal diorang kenal sampai sekarang.

Mati aku weh!!!! Dah la aku gatal dengan anak dia! Konon suka tengok Izz blushing bila rawat muka dia.

Ya Allah! Jatuh saham aku wehhhhh!!!!

Puan Maria mencebik mendengar ayat miang anak terunanya itu.

"Ha! Mama! Tengok tu! Muka dia merah! Comel kan?! Lagi-lagi bila pakai hoodie Izz!" Ucap Izz teruja.

Airin mulai sesak nafas apabila Puan Maria memandangnya.

"Ooo patutlah hoodie tu macam kenal..." lirik Puan Maria.

Sempat lagi dua beranak ni gelakkan wajah merah Airin. Terus saja Airin menutup wajahnya dengan tapak tangannya.

Aku dah insaf!!!! Aku dah tak nak buat orang blushing lagi!!! Ibuuuu tolong Airin!!!

... a few days later ...

Airin menemani Izz mengulang kaji pelajaran. Hanya tinggal berapa minggu saja lagi untuk berjumpa dengan kekasih form 5 si SPM!

Izz masih kekal di hospital. Luka kesan tembaknya tidak mudah baik dengan cepat. Lagipun pehanya yang di tikam masih terasa sakitnya.

Kalau nak jalan pun mesti kena ada orang sorongkan kerusi roda. Puan Maria dah beri sepenuhnya kepercayaan untuk Airin jaga Izz.

Psst! Bakal menantu kesayangan!

Haqem? Dah jumpa kekasih baru lepas kecewa sekejap tengok Airin lagi pentingkan Izz dari dia.

Linda akan selamanya terus di ganggu Faris sehingga gadis itu menangis teresak. Kadang-kadang Adam pun join sekali.

Tapi kalau Airin atau Haqem yang balik rumah, semua acah alim. Maklumlah brader-brader yang sulung ni biasanya garang-garang.

Penerimaan Encik Khairul pada keluarga kandung Puan Raziah juga baik. Dia sememangnya menerima kedatangan anak-anak Puan Raziah yang masih bersekolah.

Dia juga mahu anak yang ramai. Tapi apakah daya... Isterinya meninggal awal kerana kanser. Kalau ada anak Isterinya, pasti meriah rumahnya.

Izz menonjol kepala Airin dengan belakang pennya. Airin terus tersedar dari lamunannya.

"Ow! Sakitlah! Apa ni kentot?!" Marah Airin.

Airin terus mengusap dahinya yang sakit terkena tusukan pen Izz.

"Sakit, sakit. Lagi sakit hati Minion ni tahu tak bila Minion panggil Rose, Rose tak jawab. Berangan je! Ke Rose dah ada orang lain? Sape? Abang Haqem ea?" Soal Izz geram.

Airin mencebik. Wajah Izz dipandang tajam.

"Kau ni tak habis-habis nak kaitkan aku dengan Abang Haqem. Aku khawin dengan dia baru tahu" ucap Airin geram.

Mata Izz terus membulat. Diketuk kepala Airin yang di baluti tudung dengan pennya.

"Ow! Apa ni Kentot?!"

"Oooo! Patutlah aritu aku suruh kau balas I love you kau tak nak balas! Rupanya hati dah suka kat Abang Haqem! Tak pe. Aku tahulah aku ni kentot. Belajar lagi. Belum kerja. Abang Haqem tu hensem. Kerja peguam. Kereta besar. Apalah nak dibanding Aku ni..." ucap Izz muncung.

Airin menggulingkan matanya. Geram dengan sikap cemburu buta Izz.

Aku bukan awek dia pun nak jealous bagai! Lebih la dia ni! Lagi kalau ada Mama dia. Dia punya ngamsoi pakat dengan Mama dia bengangkan aku.

Hesy! Geram betul aku!

"Mana ada la... kalau aku suka Haqem... dah lama aku pergi dating dengan dia. Layan kau kat sini buat apa... bukan ada faedah pun. Asyik bengangkan aku depan Mama kau je!" Bentak Airin.

Izz menoleh ke arah Airin. Dikecilkan matanya tanda geram dengan jawapan gadis itu.

"Heh! Tak nak kawan! Dah la ! Kau pergi dating dengan Abang Haqem kau tu! Aku ni kan kawan kau je!" Ucap Izz geram.

Buku Sains di naikkan menutupi wajahnya. Tak mahu Airin memandangnya.

Airin tergelak. Nampak sangat cemburu!

"Alahai kentot... janganlah macam gitu... kalau aku suka Abang Haqem... aku tak duduk satu rumah dengan dia lah... mahunya dia buat macam-macam kat aku kang naya aku" pujuk Airin lembut.

Izz hanya diam. Buku di naikkan lebih tinggi menutupi keseluhuran wajahnya.

Airin mencebik.

Kentot ni boleh tahan jugak ea cemburu buta dia tu. Sejak aku kenalkan dia dengan Haqem terus dia tak bagi aku layan Haqem.

Hesy... nama pun cayang...

"Minion... kau jealous ke aku cakap macam tu dengan kau?"

'Mestilah jealous! Kau girlfriend aku!' Bentak Izz dalam hati.

"Okayla... aku stop cakap pasal Haqem okay? Dah la... janganlah majuk... tak hensem wehh" pujuk Airin lagi.

'Tak hensem mesti kau cari Haqem kan? Kau tu dah la gatal! Bukan aku tak kenal kau!' Marah Izz dalam hati.

Airin mencebik.

Susah betul nak pujuk budak ngada ni. Aku tibai kang!

"Minion... dah la tu... pandanglah aku..." tangan Zara menarik buku yang menutup muka Izz.

Izz berdecit geram. Buku ditarik kasar dari tangan Zara. Tubuh di palingkan dari memandang gadis itu. Buku tetap menutupi wajahnya.

"Tak payah kacau lah! Aku nak baca buku!" Marah Izz.

Airin mendengus geram. Buku Izz di tarik kasar.

"Tengok lah sini! Jangan majuk lagi! Penatlah hari-hari aku nak pujuk kau. Asal kau majuk je Haqem. Asal Haqem je kau majuk" bentak Airin.

Izz tak mahu mengalah. Di tarik buku itu menutupi wajahnya.

"Tak nak! Aku nak baca buku lah! Nak SPM kan? Kau pun baca la buku. Jangan kacau aku!" Ucap Izz malas.

Tubuh di sandarkan di dinding katil. Wajahnya masih di litupi dengan buku.

Airin berdecit geram. Panas betul hati dia dengan si kentot ni. Sikit-sikit majuk. Sikit-sikit majuk.

Ingat aku ni mesin pujuk hati orang ke? Sekali-sekala tu okay la ni kalau hari-hari boleh stress aku.

"Okay fine! Aku nak pergi belajar dengan Abang Haqem la! Dia kan lagi pandai, lagi hensem, lagi tinggi dari kau! Mesti dia ajar aku betul-betul" ucap Airin sengaja.

Dia terus mengemaskan barangnya lalu beredar. Mendengar pintu ditutup, Izz terus menurunkan bukunya.

Izz mengumam sendirian. Geram dengan sikap Airin yang asyik nak sebut nama Haqem aje!

"Sikit-sikit Haqem. Macam lah Haqem tu pandai sangat!" Bentak Izz.

Dia terus meletakkan buku di atas ribanya. Baru dia perasan, selimutnya mempunyai corak.

Izz mengalihkan bukunya untuk melihat corak tersebut dengan lebih jelas.

Izz Haiqal si Minion comel jangan majuk lagi okay! Muah lebiu ♡

Mata Izz membulat. Dia tulis dekat selimut hospital?!

Izz terus saja mencapai henfon barunya di atas meja. Nombor Airin ditekannya lalu dilekap di telinga.

"Airin! Airin kau datang sini balik! Kau buat apa hah kat selimut ni?!" Marah Izz geram.

Airin tergelak kecil. Padan muka kau!

"Buat apa? Mana ada buat apa-apa" ucap Airin sengaja.

Izz mendengus geram.

"Ergh! Kau tulis apa hah kat selimut ni?" Soal Izz geram.

"Ooo selimut tu... aku tulis 'Izz Haiqal Si Minion comel jangan majuk lagi okay!' Boleh baca kan? Aku tulis pakai permanent lagi. Okay lah Minion aku nak balik ni... bye! Muah Lebiu!" Airin terus saja mematikan henfonnya.

Izz terdiam. Dalam hatinya sudah tak terkata.

Kalau nurse yang kemas katil aku, dia tanya apa benda ni... aku akan paksa kau mengaku Zara Airina!

"Ergh!!!! Dari dulu lagi suka buat aku geram! Airin!!!"

Airin yang berada di luar wad Izz tergelak kecil. Dah lama dia nak balas dendam kat jejaka itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro