80 》 Balasan I love you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SPM dah abis!!!! Izz pun dah keluar hospital tapi masih lagi lembab dalam berjalan dan kena pakai tongkat sebab mulut kecik dia tu asyik bising cakap sakit je.

Telinga aku dengan Mama dia yang mendengar ni tak sakit ke asyik dengar dia merengek? Adam yang kena tembak pun steady je buli Linda suruh dukung dia.

Hahahaha!

Memang tak lah Linda nak dukung dia sebab Abang Haqem sado ada... si Faris gemuk tu pun takkan nak simpan buat perkasam kan?

Haruslah gunakan mereka berdua itu sebaik mungkin.

Si Airin dengan Izz pula dah macam dulu. Airin akan buat Izz geram, dan Izz akan bising.

Dan sekarang tengah berdanting lepas temankan Izz buat check up kat hospital untuk luka dia. Izz yang paksa dia ikut sebab Airin kan Awek dia...

Geram juga si Airin dengan Izz ni... dan pasal selimut tu pun Airin dah bersihkan sebelum Izz keluar hospital. Sengaja dia cakap permanent biar Izz menggelibas cari dia.

"Kau tak nak balik lagi ke Minion? Aku dah penat la seharian temankan kau kat sini. Nanti Haqem jadi ikan kering tau tak dalam kereta tu kepanasan" ucap Airin malas.

Dari tadi lagi asyik lepak dekat taman Hospital tengok budak-budak dengan orang jalan-jalan dekat sini.

Suasana memang best sebab dikelilingi pokok yang redup dan taman permainan kecil. Si Izz ni yang paksa dia ikut sama sebab dia bosan kat rumah.

Izz memandang tajam wajah Airin.

"Biar je lah Haqem jadi apa kat dalam kereta tu. Jadi ikan kering ke, ikan masin ke, udang kering ke, sotong bakar ke ada aku kesah?" Soal Izz geram.

Airin tergelak kecil. Asalnya Izz nak ajak Airin ikut Papa dia. Tapi si Haqem tu pulak yang overprotective kononnya takut Izz nak buat benda tak baik kat Airin.

Maka dengan tak bahagianya Izz pun kenalah ikut Haqem...

"Dah dah la tu jealous Izz... kau goreng macam mana pun dia dalam kereta tu, dia tetap Abang aku jugak okay? Kau takkan boleh ubah benda tu" ucap Airin malas.

Izz mencebik. Dia terus menyimpan henfonnya. Geram dengan ayat Airin.

"Ye la... dia tu Abang sementara. Aku ni nak jadi Abang selamanya untuk kau! Faham?" Soal Izz geram.

Airin tersedak.

A? Apa dia cakap?

"Kau... kau merepek apa ni Minion? Sejak bila kau... reti cakap benda macam gini?" Soal Airin tak percaya.

Izz tersengih. Dia tahu Airin mesti terkejut punya! Banyak juga dia menghafal ayat pemberian Uncle Google malam tadi.

"Adalah... rahsia" ucap Izz perlahan.

Izz terus saja bangun meninggalkan Airin yang terpinga di situ.

"Eh? Kau... nak pergi mana ni?" Soal Airin pelik.

Dah la dia tinggalkan aku dengan soalan tak berjawab. Pastu tiba-tiba nak blah pulak.

"Tunggu sini! Jangan pergi mana-mana" ucap Izz tegas.

Airin hanya diam. Memerhatikan Izz yang mula berjalan meninggalkan dia di situ.

Nak halang? Lantak kau lah. Dah la tetiba pelik semacam.

... a few minutes later ...

Mana kentot ni? Lambatnya dia jalan... aku call tak nak angkat. Nak jugak jalan sorang-sorang.

Kot-kot jatuh mencium lantai ke mana tahu si kentot tu...

... setengah jam kemudian ...

Airin berdecit geram. Dia dah banyak kali call Izz tapi tak nak jawab.

Lainkali henfon tu balut sekali dengan kaki kau! Tak payah pakai phone senang!

Airin terus menyimpan henfonnya di dalam beg. Dia terus bangun bagi mencari Izz yang entah tersesat di mana-mana.

"Woi!"

Kaki Airin terhenti. Dia terus berpaling dan menoleh kebelakang. Izz terus mendekati Airin.

Airin mendengus geram.

Woi! Woi! Aku ada nama la! Nama I Airin tau!

Izz menghulurkan sesuatu pada Airin. Airin memandang pelik bungkusan roti itu.

"Mama cuma bagi seringgit je jadi saya cuma boleh beli roti. Boleh kan?" Soal Izz perlahan.

Airin mengangkat keningnya. Badan terus dipusing memandang pelik Izz.

Pahal pulak budak ni?

Melihat Airin yang terpinga membuatkan Izz mengeluh. Dia terus mengubah rambutnya ke arah serabai sedikit seperti anak kecil.

Memori Airin kembali terus. Teringat pada budak lelaki yang menolongnya dulu.

"Ambiklah... penat tau kita bodek Mama kita suruh bagi duit" ucap Izz malas.

Airin mengecilkan mata. Rambut Izz terus di serabaikan tanda geram.

"Eiiiii!!!! Kau niii!!! Aku ingatkan apa lah tadi! Kau rupanya budak tu! Serious hensem gila dok kau sekarang! Dulu bukan main nerd muka kau!" Ucap Airin teruja.

Izz berdecit geram.

Dia cakap dulu aku nerd? Kalau aku tahu dia nak cakap aku macam ni aku tak tolong dia dulu.

Airin terus mengambil roti di tangan Izz. Rasa teruja bila jumpa kembali budak lelaki yang menolongnya dulu.

"Wehhh!!! Betul aku tak cam betul muka kau! Happynya dapat jumpa kau balik! Macam mana kau tahu aku budak gila yang langgar kau dulu?" Soal Airin panjang.

Izz mencebik. Dia terus menarik Airin agar duduk di tempat tadi.

"Kan kau pernah citer kat aku dulu. Masa kita gaduh aritu. Ingat tak?" Soal Izz perlahan.

Airin mengangguk perlahan. Suka betul dengan kejutan Izz. Izz tersenyum melihat wajah gembira Airin.

"Rose... kalau dulu kau rasa aku nerd, macam mana nak jadikan aku hensem?" Soal Izz sengaja.

Airin berfikir sebentar. Rambut Izz yang serabai itu dipandang.

"Senang je. Perempuan ni tak banyak songeh. Janji nampak kemas sudahla..." ucap Airin perlahan.

Dia terus membetulkan kembali rambut Izz. Makin terbang tinggi hati Izz bila Airin tolong betulkan rambut dia.

"Ha! Kan okay sikit! Mesti dulu kau tak pernah fikir pasal benda ni kan? Bila tengok balik cermin baru tahu sendiri sebenarnya diri tak hensem" ucap Airin perlahan.

Izz mencebik. Dalam puji dia ada nak kutuk aku!

"Ye la... dulu aku tak hensem. Sebab tu kau pun tak cam aku. Kau pun tak cantik dulu. Sebab tu aku tak cam kau sangat. Sekarang... adalah lawa sikit" ucap Izz sengaja.

Airin menjeling geram. Dia ni memang nak balas balik kan apa yang aku cakap.

"Ye la... aku sorang je la yang tak lawa, kau sorang je yang hensem" ucap Airin malas.

Izz tergelak kecil.

Dia ni sama je kan macam aku? Tak suka bila orang kata dia tak cantik!

"Relax la... aku cuma nak kau tahu siapa budak yang tolong kau dulu. Dah lama aku nak cakap, tapi... kau tahu kan apa yang jadi lepastu. Pastu... aku pun tak de masa yang sesuai untuk cakap benda ni kat kau. Lagipun benda ni dah lama kan? Aku pun ingat-ingat lupa" ucap Izz lembut.

Airin menghela nafas panjang. Dia memandang roti coklat pemberian Izz yang berada ditangannya.

"Minion..."

"Yes?"

"Aku nak tanya kau... satu benda ni... soalan ni dah lama aku tanya tapi kau belum jawab lagi sampai sekarang" ucap Airin perlahan.

Izz pelik.

Dia ada ke tanya aku soalan? Aku rasa macam tak de.

"Soalan... apa? Ada ke kau tanya aku?" Soal Izz pelik.

Airin mengangguk. Dia terus memandang Izz.

"Ingat tak... masa kita lari dari rumah kayu tu, aku ajak kau tengok bintang. Pastu lagu tu... kan aku ada tanya kau. Kau nak tak jadi Flashlight aku untuk selamanya?" Soal Airin perlahan.

Izz terdiam. Dia faham akan soalan Airin. Airin menghela nafas panjang bila melihat Izz terdiam.

"Aku tahu... mungkin benda ni terlalu cepat. Tapi... aku cuma nak tahu jawapan je. Kan dah lama aku bagi kau masa untuk fikir benda ni" ucap Airin lembut.

Izz mengeluh kecil. Dia terus menunduk memandang lantai tanah yang dihiasi batu bata.

Izz bukan apa. Dia cuma teringat kata-kata Airin ketika mereka mahu larikan dulu.

"I dengan dia kawan aje... takkan You tak percaya I? I'm your girl. I dah lama buat kerja ni kan takkan I nak pandang lelaki kentot cam dia tu?"

Yeah... aku tahu aku ni sape. Airin pernah kerja kat kelab kan? Sedikit sebanyak dia mesti akan terpengaruh sikit.

Dia mesti pandang lelaki yang lebih hensem dan kaya dari aku. Aku ni apa je ada. SPM pun baru habis...

Melihat perubahan wajah Izz, Airin mulai pelik.

Pak cik ni haritu punyalah gatal suruh aku balas I love you bagai pastu pegang tangan aku depan Mama dia.

Ni tetiba aku ajak couple diam pulak. Lelaki is complecated you know?

"Izz..."

"Hmmm"

"Kenapa ni? Apa... yang tak kena?" Soal Airin lembut.

Izz menarik nafas panjang. Kuku sesama kuku di lagakan.

"Entahlah... Rose... aku rasa macam... tak mampu nak jadi peneman dalam hidup kau... nanti" ucap Izz perlahan.

Airin jeda seketika. Memikirkan sebab munasabah.

"What's wrong? Bukan kau sendiri ke yang mengaku yang kau suka aku masa kau sedar kat hospital aritu?" Soal Airin pelik.

Izz hanya tersenyum kecil.

Masa hari tu je Airin. Lepas aritu baru aku terfikir pasal Abang aku dengan kau.

"Memang betul aku suka kau. Tapi... aku tak rasa aku layak untuk kau. Kau dah lama hidup susah Airin. Kau mesti nak cari lelaki yang boleh bagi kau harta untuk kesenangan hidup kau. You deserve better for your life" ucap Izz perlahan.

Airin diam. Pahal watak kentot ni macam perempuan yang acah minta break kononnya

'awak terlalu baik untuk saya'

"Izz, kau sendiri yang cakap ngan aku. Kita manusia semuanya tak sempurna. Sebab tu kita kena berusaha untuk perbaiki hidup kita. Bukan duduk layan perasaan nangis bawah katil" ucap Airin tegas.

Izz mengeluh panjang. Memang dia ada cakap ngan Airin macam tu dulu. DULU! bukan sekarang. Sekarang baru dia rasa macam mana.

"Tapi aku dengar kau sendiri cakap macam tu dengan Abang aku. Kau dah lama buat kerja macam tu. Dan kau takkan pandang lelaki kentot macam aku" ucap Izz lagi.

Airin terdiam.

Ouh. Jadi dia dah dengar lah apa yang aku cakap ngan Hazriz masa aritu. Aduh!!! Kau ni cute la minion!

"Kau... jealous ngan Abang kau ke Minion?" Soal Airin menduga.

Izz memandang Airin. Mata dikecilkan tanda geram dengan Airin.

"Bu... bukan jealous! Aku cuma... dengar kan apa isi hati kau. Kau memang tak suka aku. Dan takkan pandang aku. Ye lah... aku ni apa je ada. Abang aku tu kaya. Rupa pun ada. Aku ni duit jajan pun Mama aku yang bagi. Nak beli apa-apa kena minta Mama aku dulu. Henfon baru tu pun Papa aku yang support. Cermin mata baru ni pun Mama aku yang beli. Aku ni... hidup masih lagi bergantung dengan parents..."

Okay. Dah mula dah hari bersyarah dia...

Airin menarik nafas panjang. Cincin rotan yang melekat di jarinya di pandang seketika. Cincin ni dia saja beli sebab tu tengok si Bella psycho pakai nampak lawa!

"Pastu nanti kalau kau ajak dating... kalau lah kan kau nak sangat ngan aku yang tak seberapa ni... mestilah aku kena belanja kau makan kan? Pastu pergi shopping sana sini. Mesti aku kena keluar duit kan? Aku ni dah la sengkek. Nak beli buku pun kena korek duit tabung. Kau rasa kau boleh ke hidup dengan aku..."

Airin terus menarik lengan Izz. Cincin rotan tadi di sarungkan ke jari... apa nama jari yang sebelah jari manis tu.

Ah! Lantak lah...

Airin terus melepaskan lengan Izz. Satu senyuman kecil untuk jejaka itu. Izz tercengang.

"A.. apa... ka... kau buat ni... Airin?" Soal Izz terkejut.

Cincin di jarinya di pandang. Ada ukiran kecil di atasnya.

Airin's

Memang muat-muat. Nampak sangat aku ngan Airin ni ada persamaan.

Ngeh!

"Kau ingat tak masa yang rawat luka aku hari tu. Yang aku lawan ngan geng cendawan sebab nak selamatkan kau dari pembuli. Masa kat terowong kat taman tu. Ingat tak?" Soal Airin panjang.

Izz berfikir sebentar. Perlahan dia mengangguk.

"Ke... kenapa?" Soal Izz pelik.

Airin tergelak kecil. Sah Izz tak ingat!

"Kan aku ada cakap yang aku nak lamar kau jadi suami aku sebab kau caring sangat. Tadi kan kau cakap yang kau nak aku dapat kehidupan yang lebih baik dari sebelum ni. Maksudnya kau ambil berat pasal kehidupan aku lah kan? Kan? Bakal suami Airin?" Soal Airin sengaja.

Izz berfikir sebentar. Mengingati setiap ucapan Airin.

...FLASHBACK ...

"Aku banyak bunyi ni sebab aku kesiankan kau. Kau ingat kau luka hari-hari macam ni tak buatkan aku risau ke? Kan bahaya ni. Nasib luka je tak pengsan atau masuk hospital" ucap Izz tak puas hati.

Zara memutarkan bebola matanya saat perangai Izz datang kembali. Sah! Tak boleh pisahkan.

"Kau hidup jangan caring sangatlah kentot! Ada yang aku lamar kau jadi suami aku nanti" ucap Zara geram.

Terus saja kapas yang dipegang Izz pada pipi Zara jatuh. Izz terdiam sebentar.

Kapas tadi di kutip dan dibuang ke dalam plastik. Zara yang melihat reaksi Izz terus tergelak kecil.

"Kau takut ke Izz aku lamar kau?" Soal Zara menyakat.

Izz yang sedang mengoyakkan plaster terus terhenti. Perlahan dia menggeleng.

"Ma.. mana ada! Lagipun mana ada perempuan lamar lelaki. Tu perempuan gatal namanya" perli Izz pula.

Zara mendekatkan wajahnya dengan Izz. Izz yang terkejut terus menjauhkan diri. Akan tetapi, Zara lebih pantas mengunci gerakan Izz.

"Tapi kalau kau nak... boleh je aku lamar kau" ucap Zara perlahan.

...ENDFLASHBACK...

Perlahan wajah Izz terus memerah. Dia terus memandang ke bawah. Wajahnya di raup perlahan.

Kenapa Airin? Kenapa kau suka buat aku blushing macam gini? Kalau sikit tak pe la. Tapi teruk sangat.

ARRGGGGHHHHHHH!!!!! MALUNYA AKU!!!!!

Airin tergelak kecil melihat perubahan wajah Izz. Mesti baru dapat memori dia balik ni.

"Pastu kan... kan Adik aku si Adam tu pernah cakap ngan kau masa first time kau jumpa dia kat taman tu yang dia kata apa yang aku cakap aku akan buat. Kan aku kata nak jadikan kau suami aku. Jadi sekarang aku dah capai kata-kata aku kan?" Soal Airin lagi.

Izz menggeleng perlahan. Dia terus menutup telinganya.

Aku tak nak dengar apa-apa lagiiii!!!!!

"Izz Haiqal bakal suami ku~... Jangan lah diam aje... meh la borak dengan bakal isteri awak macam tadi... punyalah luah perasaan panjang lebar. Tetiba dapat cincin terus diam. Dah la cincin tu ada nama aku. Muka terus merah. Comel! Macam Minion. Minion muka merah" usik Airin lagi.

"Dah la!!! Jangan la kacau aku! Sape yang nak jadi bakal suami kau!" Marah Izz.

Airin terus mendekatkan wajahnya dengan Izz.

"Engkaulah bakal suami aku. Kan kau nak sangat aku balas I love you hari tu kan? Sekarang aku dah balas. Macam mana sweet tak?" Soal Airin lembut.

Izz terus saja menolak wajah Airin jauh darinya. Dia benci Airin! Benci! Benci! Benci!

"Tak! Dah la! Aku nak balik! Layan kau buat apa! Minah senget!" Perli Izz.

Terus saja tongkatnya dicapai dan berjalan meninggalkan Airin. Airin tergelak.

"Hei baby! Wait for me lah! Aku kan bakal isteri kau. Berani kan kau tinggalkan isteri kau macam tu" ucap Airin sengaja.

"Kau sapa nak panggil aku baby ha?! Dah la gatal! Senget! Sape tah nak khawin ngan kau!" Balas Izz geram.

Airin tergelak. Aduh! Dah blushing tak nak ngaku!

"Siapa aku panggil kau baby? Hey! I'm your Rose, and you're my Minion right? Dan kau sendiri yang gatal nak cakap I love you ngan aku. Siap tak nak kalah ngan Haqem sebab nak jadi Abang selamanya untuk aku"

"Tak! Ma... mana ada! Kau jangan merepek boleh tak?! Aku benci kau lah!"

"Benci lama-lama sayang. Kan Sayang?"

"Benci! Benci! Benci! Gatal! Minah senget!"

"Sayang! Sayang! Sayang! Gatal! Kau yang mula-mula nak main api ngan aku kan? Sape suruh cakap ayat sweet ngan aku. Bila aku balas tahu pulak nak benci. Sayang cakap je lah Sayang. Boleh aku suruh Haqem drive kita pergi Thailand nak..."

"AIRIN!!!"

"Cakap I love you dulu baru aku stop"

"Tak nak!"

"I love you Minion"

Krik krik

"Love you..."

"Too"

"Rose. Dah sekali je"

♡~ TAMAT ~♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro