Chapter 12 : Awak, JODOH Amir kan ?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2 bulan kemudian

Usai menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama ibu dan ayahnya, Tash terus bersalam dengan ibu bapanya.

Selepas itu, dia terus meluru masuk ke dalam biliknya.

Dia terus melabuhkan punggung ke atas kerusi kerjanya.

Laptopnya yang sedari tadi dibiarkan terbuka itu terus dipandang lama.

Sudah hampir 2 bulan dia berhenti menulis sambungan terbaru ceritanya, yang bertajuk "TRUE LOVE".

Dia berhenti menulis sambungannya, bukan kerana faktor dia tak jadi nikah tapi dek kerana dia mula buntu memikirkan idea yang akan dia karang nanti.

Jadi disebabkan itulah, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika dari menulis lagi selama 2 bulan.

Dalam tempoh 2 bulan itu juga, dia hanya menghabiskan masanya dengan bersama keluarganya sahaja. Dia juga mula menyibukkan dirinya untuk lebih berada di kedai kosmetik ibunya itu yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Dalam tempoh 2 bulan itu juga, gossip tentang Haikal dan Sofea juga sudah mula beransur beredar dan tidak lagi kedengaran lagi di media sosial.

Haikal dan Sofea mula menghilang dari menjadi bualan di laman sosial itu lagi.

Tetapi kalau nak tahu, sepanjang awal bulan satu dan penghujung akhir bukan Februari itu, mereka memang KENA MENTAL !! Mereka berdua itu teruk DIKECAM oleh PERSATUAN NETIZEN dan PERSATUAN WARTAWAN di mana - mana media sosial.

Sebenarnya, kalau fikir secara logik segala kecaman itu terjadi juga dek disebabkan oleh mereka berdua juga.

Sama seperti peribahasa yang berbunyi "kerana mulut badan binasa". Jadi salah mereka juga. Salah MULUT mereka sendiri yang membuka AIB mereka !. Tak pasal - pasal dihentam teruk oleh PERSATUAN NETIZEN !.

Ah lantak mereka la kan. Mungkin mereka berdua ingin mencari ketenangan hidup.

Atau boleh jadi mereka berdua sedang mencari mangsa baru untuk dijadikan sumber emas buat mereka berdua.

Iya lah. Mereka kan materialistik !

Tash terus menghela nafas panjang.

Dia mula membuka aplikasi Instagram di iphonenya itu.

"Hmm, cuba kau buat live bah ! Mana lah tahu viewer nak bagi some ideas ka ?" cadang kata hatinya itu.

Tash terus melilit selendang hitam di kepalanya sebelum dia mula membuat siaran langsung di laman sosial Instagram itu.

Sebenarnya, sudah hampir 2 bulan juga dia tidak membuat siaran langsung di mana - mana laman sosial seperti di Facebook, Instagram dan lain - lain lagi.

Dia terus senyum manis sejurus dia mula melakukan siaran langsung itu.

"Laju juga durang buat kerja ni bah. Baru 5 minit dah 90 k viewer." desis hati kecil Tash.

"Hi guys. Rindunya aku sama korang semua ni bah. Korang sihat ka ?" sapa Tash lembut di live instagramnya.

Dia terus senyum manis lagi sejurus matanya mula menangkap rata - rata komen yang muncul di ruang livenya saat itu adakah berunsur positif.

"Ha'aa betul lah tu bah. Dah lama juga sebenarnya aku nda buat live ni. Lama tak lama hampir 2 bulan juga lah kan. Ndapa, soal lama nda lama tu kita tolak tepi. Btw korang, sorry tahu. Aku betul - betul mau say sorry dekat korang semua. Sorry tahu sebab malam ni aku baru sempat nak check dm korang. Sebelum ni aku nda buka akaun ni, jadi aku nda notice lah soal dm - dm tu bah." luah Tash jujur saat itu.

Mata Tash mula memandang sekilas ke arah skrin laptopnya itu.

"Okay bah, since ramai yang dm aku, "kak Tash, novel "Your JODOH" tu masih ada stok lagi ka and ada promotion lagi ka ? Hmm, so sekarang aku mau jawab soalan korang yang korang tanya dekat melalui dm."

Tash terus diam sejenak saat matanya mula fokus memandang skrin laptop itu.

"Okay guys, bila aku check balik tu novel hanya tinggal 1k ja stok. Sorry tahu, so yang mana nak beli tu novel kena berebut sikit lah. Kejap lagi aku pin link dekat live ni. Nanti kalau mau beli, tinggal tekan link tu saja bah.Hmm tapi kalau soal promotion nda perlu korang khuatirkan, kerana masih ada 30 % lagi. Okay faham kan bah ?" soal Tash penuh lembut itu.

Dia senyum lagi saat membaca komen - komen lagi.

Dia terus gelak kecil.

"Hehe, ramai juga yang nak beli ni. Comel la korang ni bah. Ramai yang komen "Kak Tash cepat lah pin link. Nak beli ni akak comel." ujar Tash yang masih membaca komen itu.

Laju jadi Tash mengepin link untuk pembelian novel tersebut.

"Okay sudah aku pin itu link. Korang dah boleh start beli sekarang bah. Jangan rebut - rebut okay. Ndapa ba, nanti bulan 4 aku try restock lagi tu novel." ujar Tash lagi.

"Akak, dekat SMO tak ada ke ? Nak baca ni ! Huaaaa." Tash mula membaca komen lagi.

"Yap. Nda ada bah. Dulu ada tapi kalau sekarang sudah nda ada. Kehabisan stok itu. Ndapa nanti kau tunggu ja bulan 4 nanti okay. Stay tune terus guys." ucap Tash lembut.

Dia terus mencebik seketika sejurus satu komen negatif mula menjebak pandangan matanya itu.

"Ala beria ja korang ni ! Kenapalah korang nak beli novel dari karya si perempuan yang bernasib malang ni. Dahlah kena tinggal nikah lepastu duk gedik canang sini - sana yang bekas tunang dia perangai macam setan. Padahal dia yang perangai macam setan ! Buruk betul ini orang ! Aku tahulah kau cantik tapi tak usah nak cari perhatian dari NETIZEN ! Pandai buat hal pandai lah settle ! Dahtu gedik pula kau ni. Siap terbitkan novel Your JODOH ! Kau sendiri pun belum jumpa JODOH kau ! Jadi jangan beria !".

Tash terus senyum sinis sejurus dia membaca komen tersebut.

Fuh cukup pedas ya.

Kemudian, dia mula membaca lagi komen - komen dari peminat sejatinya yang menyuruhnya supaya mengabaikan sahaja komen yang berunsur negatif tersebut.

"Ndapa guys. Nda usah kau orang risau. Aku nda layan pun komen - komen macam tadi tu. Cuma aku just nak tegaskan yang mungkin orang yang komen tadi tu, dia baru keluar dari GUA jadi sebab itu dia dah KETINGGALAN BAS !. Sebab tu lah dia komen merapu macam tu ja."

"Hei awak, yang komen tadi tu aku cuma mau cakap jangan cemarkan ruangan komen di live igku okay ? Nda baik bah caramu itu. Aku nda mau gaduh di laman sosial bah. Btw, perkara yang kau dah mention tadi tu dah lama dah BERLALU ! Cuma kau saja yang masih mau CARE ! Satu lagi, dah memang kerjaku sebagai novelis, sudah pastilah aku akan tulis novel and jual novel. Itu adalah salah satu cara untuk aku kukuhkan kewangan aku. Jadi nasihat sia (saya) kalau tak tahu jangan buat palataw okie ! Nanti awak juga yang susah dik." hambur Tash panjang lebar.

Matanya mula memerhati skrin iphonenya lagi.

"Ndapa guys ! Nda usahlah kau kecam orang tadi tu. Biarkan lah dia. Hmm guys btw sebelum aku end live ni, kejap lagi aku akan buat question box di story ig then macam biasa korang jawab ja okie. Nanti aku baca tu. Okay setakat tu saja lah live aku. Bye guys, jangan lupa tekan link di profil ig Tash okie ? Bye !" ucap Tash yang mula lambai tangan ke arah viewer di live Instagramnya itu.

Sejurus itu, siaran langsung tersebut terus dia matikan.

Selendang di kepalanya terus dia tanggalkan dengan serta - merta.

Rambutnya yang panjang melepasi bahu itu terus dia ikat.

Lantas, kaca matanya terus laju dia ambil. Dia terus memakai kaca matanya.

Usai memakai kaca matanya, dia mula fokus lagi memandang di skrin laptopnya itu.

Seperti biasa, sebelum wanita muda itu melakukan kerja pengarangan dan pengeditan karya - karya, dia tidak pernah lupa untuk memakai kaca matanya. Ini kerana, sememangnya kaca mata itu adalah penting baginya.

Hal ini kerana, wanita muda itu memang ada mengalami masalah sedikit penglihatan.

Tak lain dan tak bukan, masalah penglihatan yang menimpanya adalah "rabun jauh".

Tash hanya akan memakai kaca mata apabila dia mula melakukan kerja pengarangan, penulisan dan kerja pengeditan sahaja yang melibatkan penggunaan laptop, komputer dan MacBook.

Sebaliknya di luar kerjanya itu, misalnya ketika bermain telefon kaca matanya tidak akan dia pakai kerana dia lebih selesa memakai "contact lense" sahaja.

Matanya mula semakin fokus menatap skrin laptop tersebut. Dia mula berfikir seketika.

Tempoh 5 minit telah pun berlalu, dan tampaknya saat itu tangannya juga sudah mula bergerak.

Dia mula melakukan lagi kerja pengarangan bagi sambungan novel "True Love" yang saat itu hanya dia publish dahulu di aplikasi Wattpad.

Nanti, seandainya novel "True Love" sudah selesai dikarang dan diedit lagi barulah dia akan menerbitkannya dalam bentuk novel.

Jarinya laju menaip ketika itu sejurus dia mula mendapat idea.

Malam itu

Tampaknya saat itu sudah ada satu kelibat lembaga di dalam bilik Tash.

Tak lain dan tak bukan lembaga tersebut adalah sepupunya, Maira.

Hahaha. Kurang asam author ! Ada ke patut samakan si Maira dengan LEMBAGA. Hehehe gurau.

Maira, seperti biasa akan bermalam di rumah sepupunya apabila dia ketiadaan kelas pada esok harinya.

Maira yang sudah siap mengerjakan kesemua kerja sekolahnya itu, terus melabuhkan punggung ke sebelah kerusi yang berdekatan dengan sepupunya, Tash.

Tash saat itu tampak fokus menaip di dalam laptopnya itu.

Maira hanya memerhati sahaja kegiatan yang dilakukan oleh sepupunya saat itu.

"Pergh mantap kali bah ! Ni watak utama ka apa ?" soal Maira yang mula tampak teliti membaca sebahagian sinopsis ditaip oleh sepupunya itu di laptop.

"Ya bah ! Tapi ini belum siap ! Nanti aku fix lagi. Aku tengah buntu idea." terang Tash yang masih lagi fokus menaip.

"Ndapa tu bah ! Nanti dapat lah kau idea tu. Aku mau pinjam pc kau boleh ka, kak Tash ? Aku main OME hehe." Maira mula minta izin walhal saat itu tangannya yang GATAL sudah laju menghidupkan PC milik sepupunya itu.

Tash terus mengerling tajam ke arah Maira saat itu.

Kecik besar, kecil besar je si Maira ni !

"Buat apa kau minta izin dariku kalau kau sudah on tu PC ? Tangan kau memang ya gatal semacam !" kutuk Tash sambil jentik dahi si Maira.

Maira terus pegang dahinya sejurus ditepuk oleh sepupunya itu.

"Bah, jangan lukakan dahiku ini. Ala, aku minta izin sebab aku mau jadi sepupu yang baik. Ini supaya kau boleh contohilah perangai aku yang sopan ini." ujar Maira yang mula angkat bakul sendiri itu.

Sekali lagi dahi si Maira terus dijentik oleh Tash.

"Hotak kau ! Banyaklah kau punya sopan." respon Tash pendek.

Pipi si Maira terus Tash sentuh lama.

"Eh makcik ! Hijab mana hijab ! Aku tahulah kau tengah SENDU dan dilanda KEBOSANAN tapi jangan lupa tutup kepala kau dengan hijab tu. Pakai hijab sekarang !" arah Tash tegas sejurus dia mula menyedari rambut sepupunya itu masih belum tertutup.

Maira terus sengih nampak gigi.

"Iya bah ! Thank you ingatkan aku. Aku hampir lupa untuk pakai hijab. Nasib lah aku nda on lagi tu OME TV !" respon si Maira sejurus laju dia sarungkan tudung sarung sahaja di kepalanya itu.

Walaupun hanya memakai tudung sarung tetapi gadis itu tetap tampak kemas jua.

Kemas dan tetap ANGGUN walaupun hanya tudung sarung yang tersarung di kepalanya itu.

Ceh ! Dia dah mula dah ! Dah mula angkat bakul sendiri.

Siapa lagi kalau bukan si Maira.

Sumandak SABAH yang terlebih auto KONFIDEN itu.

Sedari tadi, tampaknya Tash masih tidak menanggalkan telekung solatnya.

Seperti kebiasaanya, dia memang tidak akan menanggalkan terus telekung solatnya, jika saat itu dia sedang bekerja.

Habis sahaja kerjanya, barulah dia akan menanggalkan telekung solatnya itu.

Kalau dulu, kebiasaannya itu hanya sekali dua sahaja berlaku tetapi lain pula sekarang, perkara itu sudah menjadi tabiat barunya. Hahahaha.

Ada - ada sahaja si Tash ni.

Jadi saat itu, rambutnya juga sudah ditutupi dengan telekung solatnya.

Setelah hampir setengah jam, menatap wajahnya melalui kamera di telefonnya itu, akhirnya jari si Maira mula membuka aplikasi OME TV.

Fuh lama betul si Maira ni menatap wajahnya.

Hahaha ! Biasalah kaum hawa kan.

Sebenarnya, konsepnya bukan menatap wajah tetapi menghiasi wajahnya dengan sedikit sentuhan solekan agar wajahnya tidak kelihatan pucat ketika bermain OME TV.

Hahaha ! Si Maira ni sejenis yang INSECURE juga orangnya. Tapi, tadi kemain dia AUTO CONFIDENT !!

Tash hanya mengerling sekilas ke arah Maira yang sedang leka bermain OME TV itu.

Sesekali dia lihat sepupunya itu mula gelak kecil dan sesekali sepupunya itu mula diam sejenak.

Tetapi yang paling ketara adalah, mulutnya yang MURAI itu.

Kalau tak banyak dalam satu hari memang tak sah si Maira ni.

Kita dapat simpulkan si Maira ni sejenis yang peramah.

Dia tetap banyak mulut dan peramah saat berborak dengan orang asing di OME TV itu.

Tetapi berbeza pula dengan sepupunya, Tash. Tash seorang yang tidak mudah untuk beramah - mesra dengan orang yang baru dikenalinya itu.

Kalau dengan orang yang baru dikenalinya, itu pun dia susah untuk beramah mesra, apatah lagi dengan orang asing (luar).

Tetapi kalau dia sudah mula merasa selesa berkawan dengan seseorang itu atau insan baru, automatik perangai masuk airnya akan terserlah.

Jadi ada yang sama ke ? Kalau korang, geng Tash atau geng Maira ? Sila komen ! Hehe.

Maira masih leka bermain di OME TV itu.

Matanya terus terlopong sejurus dia wajah kacak seorang lelaki yang nampak sebaya dengannya muncul di skrin pc itu.

Ceh ! Bukan main si Maira ni ! Sudah terpikat ke tu ? Hahaha.

Maira terus menyapa kembali lelaki yang dilabel sebaya dengannya sejurus dirinya mula disapa dengan kata "hi" itu.

"Hi kakak, boleh tak panggil bidadari cantik yang dekat sebelah kakak tu ?" ujar si lelaki muda itu di talian OME TV.

Maira terus mencebik lama.

Sesekali wajah lelaki itu dia jeling sekilas.

Bukan apa, kalau nak kata dia cemburu kerana sepupunya itu mula dipuji, itu tak ! Dia langsung tidak berasa cemburu kerana dia sendiri turut mengagumi kecantikan semulajadi yang terpancar di wajah sepupunya itu walaupun, tanpa dihias dengan solekan pun.

Natural Beauty kan. Tapi dia cuma kesal kerana dirinya mula dilabel sebagai KAKAK ! Eh dah buang tabiat ke apa lelaki tu ? Wajah dia yang comel dan tampak seperti usianya yang baru 17 tahun itu, tetapi senang - senang dilabel sebagai KAKAK.

Walaupun kesal, dia tetap mengikuti sahaja kehendak lelaki yang boleh dikatakan agak tampan itu.

Oh "agak tampan ye ? Hahaha ! Mungkin kerana dia masih kesal.

Tash yang saat itu masih memakai kaca mata itu terus menoleh ke skrin pcnya sejurus dipanggil berulang kali oleh si Maira.

Eh si Maira ni mula menganggunya pula ! Padahal saat itu dia sudah mula fokus memikirkan idea - idea yang mula bermain di fikirannya saat itu.

Kacau daun betul si Maira ni !

Lelaki itu terus tersenyum manis sejurus bidadari cantik yang dilabelnya tadi mula memandang ke arah dirinya melalui talian OME TV itu.

Maira dan Tash mula pelik sejurus lelaki asing itu mula diam lama dan sedari tadi hanya menghadiahkan senyuman manisnya itu.

"Lah, ingat cair ka ? Nda cair pun ! Budak ni dah buang tabiat ke apa ? Bukannya mau cakap ka apa, tapi diam dari tadi macam patung ja !" desis hati kecil Tash.

Eh kemain si Tash ni mengutuk lelaki itu.

Siap dilabelnya sebagai "budak" lagi.

Lelaki itu yang hanya senyum lama itu mula sengih nampak gigi.

Dia mula mendekatkan wajahnya ke skrin pcnya itu.

Dia mula menatap lagi wajah bidadari cantik yang dilabelnya itu.

Sebaliknya, di pihak si Maira dan si Tash sudah mula tampak bosan saat itu.

Mereka hanya jeling lelaki itu tajam.

Lelaki itu mula menjauhkan wajahnya dari skrin pcnya itu.

"Eh hi awak." sapa lelaki itu pendek sejurus sedari tadi dia hanya diam lama.

"Awak panggil saya ka ?" soal si Maira pula yang mula tampak keliru.

"Eh bukan - bukan ! Saya tak panggil kakak pun. Tapi saya panggil awak tu. Yang sebelah kakak tu. Awak yang cantik macam bidadari tu." respon lelaki itu sambil tunjuk ke arah Tash melalui skrin pcnya itu.

Tash terus gelak kecil sejurus kata " kakak" keluar dari mulut lelaki itu.

Dia terus menahan tawanya sejurus wajah cemburut mula terpancar di wajah Maira.

"Aku ka ?" soal Tash usai dia berhenti gelak itu.

"Iya awak lah. Awak, awak ni "JODOH AMIR" kan ? soal si lelaki muda itu sambil senyum manis.

"Hah ?" respon Tash pendek sambil mula memandang wajah Maira.

Maira yang tampak bingung dan terkejut saat itu juga mula memandang wajah sepupunya, Tash.

Saat itu, kedua - duanya hanya menatap wajah satu sama lain.

Kalau si Maira pun sudah mula terkejut, inikan pula dengan si Tash.

Tash saat itu sudah tampak "bagai kerbau terkejut oleh bunyi gong".

"JODOH AMIR" apa pula ni !" jerit hati kecil Tash.

Sebaliknya, lelaki muda itu yang masih menuding jari ke arah gadis yang dipanggilnya sebagai "JODOH AMIR" itu masih senyum manis.

Ceh, gadis ? Hahahaha.













Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro