Chapter 13 : Bakal ibu kepada anak - anak saya nanti !

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di rumah yang usang

Sedari tadi Haikal hanya menundukkan wajahnya ketika dimarahi oleh kekasihnya, Sofea.

Tak hanya dimaki, habis segala barang di bilik itu dilemparkan ke arah tubuh Haikal secara bertubi-tubi.

Keadaan di dalam bilik itu sudah mula bersepah.

Tampaknya, Sofea sudah hilang mood saat itu.

Wajah Haikal direnungnya penuh benci.

"Kau ni tak reti nak pergi cari duit ke hah ? Aku dah muak asyik tengok muka nerd kau ni ! Dahlah pergi lah cari duit ke apa ? Beras pun dah habis dah ! Nak makan apa nanti, anak kau dalam perut aku ni hah ? Makan pasir ?" maki Sofea penuh bengang sambil tangannya tidak henti - henti memukul tubuh Haikal dengan bantal.

Haikal hanya diam lama dan langsung tidak bersuara.

Dia hanya membiarkan tubuhnya menjadi mangsa pukulan Sofea.

"Ehhhhh ! Muaknya aku bila kena hadap muka nerd kau setiap hari ni ! Eh boleh tak kau jangan diam je ? Kau tahu tak anak kau lapar ni ! Tak hanya anak kau tapi aku pun lapar ? Boleh tak kau pergi cari duit ? Eh jantan ni !" laung Sofea lantang sambil memukul bahu Haikal bertubi - tubi.

Akhirnya, setelah lama mendiamkan diri Haikal mula memberanikan diri untuk menatap wajah kekasihnya itu.

"You cakap senang lah ! Mana i nak cari duit ? I mana kerja lagi. Selama ni kan si Tash yang sara hidup kita. Apa - apa duit i nak, Tash bagi je. Sikit pun dia tak berkira ! Tak macam you, kedekut macam tangkai jering !" respon Haikal penuh berani sambil memerli Sofea.

Mata Sofea terus terlopong ketika itu.

Wajah Haikal direnungnya penuh tajam.

"Eh jantan ! Mulut kau tu jaga sikit eh ? Memandai je kau cakap aku ni kedekut ! Kau tu yang kedekut sebenarnya ! Kau tu bukan setakat kedekut tapi seorang jantan yang takde guna ! Bukannya kau nak struggle cari duit untuk anak kita yang bakal lahir nanti tapi ni malah nak melalak pulak ! Dahlah pergi cari duit ! Aku lapar !" hambur Sofea sejurus bahu Haikal ditolaknya penuh kasar.

"You ? You, mana i nak cari duit ? Kan i dah cakap, i belum kerja ! Tu lah you, pandai sangat nak kantoikan plan jahat kita. Tak pasal - pasal Tash dah buang kita dari hidup dia. Kalau you tak kantoikan plan kita dah tentu hidup kita masih lagi senang sekarang ni !" ujar Haikal mula menyalahkan Sofea.

Sofea terus mencekik Haikal dek kerana amarahnya sudah tidak dapat dia tahan ketika itu.

"Ehhhhh bodohlah kau ni jantan ! Kau yang salah ! Siapa suruh kau gagalkan plan kita hah ? Kau yang lembab sebab kau lah aku hilang kerja aku ! Kerja aku bodoh ! Disebabkan sikap lembab dan bodoh kau, plus yang sengal sangat kau pergi bocorkan segala plan kita dekat semua reporter yang tak BERAKAL tu, aku yang terkena tempiasnya ! Ehhh dahlah kau jangan sebut lagi nama si Tash ! Aku benci perempuan tu !" laung Sofea sejurus dia mula melepaskan cekikan di leher Haikal.

Haikal mula memegang lehernya yang sudah terasa pedih itu.

"Apa you ni ? Salahkan i pula ? I bukan sengaja nak bocorkan rahsia kita ! Dah haritu i kelam - kabut sangat. Nda biasa i dikerumuni dengan pihak reporter ! I jadi gugup ! Hmm you, ni bukan salah si Tash ! Kita yang salah ! Dah kita yang jahat sangat ! Kang dah mendapat kita. Karma kita ! Tapi yang you pun satu. Dah kenapa malam yang sepatutnya i nikah dengan Tash, you ajak i ke hotel ? Kalau nda, semua ni nda akan terjadi dekat kita semua ! So you yang salah ! Siap panggil reporter lagi lepas tu. Apa motif you sebenarnya ?" soal si Haikal sambil memandang lama wajah Sofea yang sudah semakin berapi saat itu.

Wajah Haikal saat itu besar kecil, besar kecil sahaja dipandang oleh Sofea.

Lantas pipi Haikal terus dicengkamnya kasar.

"Eh bodoh ! Mana lah aku tahu ! Aku ingatkan plan aku tu smooth je. Aku fikir kalau aku kantoikan hubungan kita malam tu, and siap panggil reporter pasti si Tash yang akan terkena tempiasnya nanti ! Aku ingatkan si Tash nanti yang akan dikecam oleh netizen di luar sana ! Iya lah ditinggal nikah, mestilah dia yang teruk dihentam oleh netizen ! Mesti netizen akan mula cari kesalahan si Tash. Iya lah cuba fikir logik, kenapa dia kena tinggal ? Mestilah disebabkan salah dia sendiri !" luah si Sofea panjang lebar.

Kemudian, satu keluhan berat terus dilepaskan.

"Habis tu kenapa semua ni terjadi pada kita bah ? Kenapa kita yang dikecam ? Sampai sekarang ni mental kita pun nda aman bah." soal Haikal penuh naif.

Sofea terus menjeling Haikal tajam.

"Eh kenapa lah aku boleh tersayang sama kau ni ! Nerd betul ! Tanya lagi ! Salah kau lah. Mulut kau tu kenapa gatal sangat nak kantoikan segala plan kita dekat reportes hah ? Disebabkan mulut kau tu, aku hilang punca pendapatan aku ! Dahlah takyah nak berlagak baik ! Kau pergi cari duit sekarang ! Aku dengan anak kau dalam perut ni lapar ! Dah kebulur dah ni !" maki Sofea yang mula menolak tubuh Haikal keluar dari biliknya itu.

"You, i nak cari duit kat mana you ?" soal Haikal yang mula pening itu.

Dia sudahpun berada di luar bilik dek ditolak kasar oleh Sofea.

"Eh dia ni tanya aku pula ! Kau ada otak kan ? Guna otak kau tu ! Tu pun nak aku ajar ke ? Pandai - pandai kau lah cari ! Kalau perlu sekalipun, kau cari je lah mangsa baru ! Then, kikis harta dia ! Gunakan wajah kau yang so so tu untuk goda mangsa - mangsa baru kau. Kalau tak, cari je mak - mak datin ! Duit berkepuk - kepuk tu !" arah Sofea yang mula mendapat idea jahat lagi.

Haikal terus buat muka ketika itu.

"Eh nda mau bah ! Mak - mak datin tu dah tua bangka kot !" tolak si Haikal.

"Lantak kau lah ! Yang penting kau balik nanti, pastikan bawa duit banyak - banyak ! Selagi tak dapat duit, kau jangan gedik nak balik sini ! Kalau tak siap kau ! Dah bla lah !" halau Sofea kasar sejurus tubuh Haikal mula ditolak kasar dari rumah usang itu.

Haikal hanya menundukkan wajahnya sejurus pintu rumah ditutup kasar oleh Sofea.

Di Rumah Tash

"Jodoh Amir" apa pula ni ? Aku nda kenal kau lah." respon Tash yang sedari tadi sudah berasa pelik dengan sikap lelaki muda yang ditemuinya di Ome Tv itu.

Amir saat itu hanya gelak kecil. Sedari tadi matanya asyik tidak berkedip- kedip menatap wajah "bidadari" di skrin pcnya itu.

"Eh awak ni kesitu pula. Amir tu nama saya dan awak tu jodoh saya." respon Amir sambil sengih nampak gigi.

"Aih drama apa pula kali ni ? Aku nda kenal kau lah. Memandai - mandai ja kau cakap aku ini jodoh kau bah !" marah Tash.

Amir terus senyum manis.

"Awak, awak ni cepat betul lupa kan ? Kita pernah jumpa sebelum ni. Lupa ke ? Masa tu saya jumpa awak dengan abang awak yang dahlah tak hensem langsung, lepastu sombong dia bukan main ! Ala awak, 2 bulan yang lepas ?" ujar Amir mula mengingatkan bidadarinya itu.

Eh bidadari ? Hahaha. Kesitu pula si Amir ni !

Tash terus tepuk dahinya.

"Mana ada kau ni ! Mengarut saja ! Aku anak tunggal la bah. Aku nda ada abang !" luah Tash jujur.

Maira saat itu hanya menjadi pemerhati sahaja.

Sekilas dia menengok ke arah sepupunya, sekilas lagi dia memandang ke arah lelaki muda di skrin pc itu.

Aih apa yang kau buat tu Maira ? Hah ? Jadi NYAMUK ? Hahaha.

Amir terus gelak kecil. Dia diam seketika.

Saat itu, wajah bidadarinya itu hanya dipandang lama.

"Awak." panggil Amir pendek.

Tash hanya mengangguk sahaja.

Tidak kuasa dia ingin melayan karenah budak lelaki itu.

"Awak copy saya eh ?" soal Amir mula serius.

"Hah ? Copy apa pula ni bah ? Tadi label aku ni "JODOH AMIR" sekarang ni dilabelnya aku copy pula ? Apa ni ? Nda faham aku bah !" marah Tash yang semakin keliru saat itu.

Tampaknya si Amir senang dan teruja saat itu sejurus melihat reaksi dan respon dari bidadarinya itu.

Baginya, gelagat bidadarinya itu cukup melucukan.

"Awak ni. Mana ada saya mengarut. Saya cakap tentang fakta yang sesungguhnya. Awak copy saya ni."

"Apa yang aku copy dari kau bah ? Kacamata ka ? Iya kalau soal kaca mata ni memang kacamata kita hampir sama bah tapi nda aku copy darimu. Ini satu kebetulan saja. Ya kan Mai ?" soal Tash sejurus mula menyedari sepupunya itu hanya mendiamkan diri.

"Nda tahu aku bah. Ndapa teruskan saja perbualan mu. Aku hanya mau mendengar." sakat si Maira sambil sengih.

Tash terus jeling Maira tajam.

Eh kurang asam si Maira ni ! Bukannya dibela aku tapi malah menyakatnya aku." guman hati kecil Tash.

"Lawaklah awak ni. Mana ada saya mention tentang kacamata kita. Soal kacamata tu kita tolak tepi. Tapi betul ni awak memang copy saya. Awak, saya tahulah saya ni kacak. Tapi janganlah sampai copy saya awak. Malu saya." luah Amir yang masih lagi gelak.

"Laa ! Copy apa ni ! Nda ku faham ! Dari tadi asyik gelak saja kau ! Ingat comel ka gelak macam tu bah ? Aku pun boleh gelak macam tu !" marah Tash yang mula pura - pura gelak.

Makin tinggi tahap ketawa si Amir sejurus melihat bidadarinya pura - pura gelak saat itu.

"Comel la awak ni. Awak ni, janganlah marah. Bukan apa awak. Saya gelak ni sebab saya terpukau dengan kecomelan awak. Tak pakai make up pun dah cantik, apalagi kalau dah pakai make up. Subhanallah, cantiknya." puji Amir sambil kenyit sebelah matanya.

"Nda usah kau puji - puji aku bah. Cakap sajalah tang mana yang aku copy kau ?" marah Tash yang sudah hilang mood.

Wajah lelaki muda itu terus dijelingnya lama.

"Okay, okay saya stop puji awak. Awak copy saya ni. Awak anak tunggal kan ?".

Tash hanya laju mengangguk.

"Jadi awak lah copy saya. Saya pun anak tunggal juga." terang Amir setelah sedari tadi asyik menyakat bidadarinya itu.

Tash terus tepuk dahinya lagi.

"Eh biar betul budak ni ! Soal anak tunggal tu pun boleh dia jadikan isu ? Nda faham aku." desis hati kecil Tash lagi.

"Nda lah tu. Satu kebetulan ja." ujar Tash yang mula membela dirinya.

"Awak ni. Meh saya explain okay. Ini bukan satu kebetulan. Nak tahu sebab apa kita dua sama - sama anak tunggal ?" soal Amir sejurus melihat reaksi selamba dari bidadarinya itu.

Tash hanya diam seketika. Kemudian, dia angguk.

"Sebab awak "JODOH AMIR". Amir tu saya. Maknanya awak ni jodoh saya. Lagipun ini bukan kali pertama kita terjumpa. Ni dah kali kedua awak." luah Amir jujur sambil tuding jari ke arah wajah Tash itu di skrin pcnya.

Tash terus senyum sinis.

Makin lama dia melayani karenah budak lelaki itu, makin merisaukan dan meresahkan dirinya pula.

"Alright nda alright ni budak ?" guman Tash di dalam hati.

"Merepek saja kau ni ! Aku nda pernah terjumpa kau lah. Ini baru first time kita terjumpa ! Satu kebetulan ja ni. Nda ada namanya "JODOH AMIR" ! Jangan nak BERIA !" perli Tash yang sudah kesal.

"Lah, dikatanya BERIA pula kita ni. Awak, kalau awak nak tahu sekacak - kacak saya ni saya tak pernah beria. Tapi orang lain yang beria dengan saya. Eleh, setakat beria ni sekali petik jari saya boleh tolak tepi tu beria !" respon Amir yang mula membela dirinya.

Tash terus senyum sinis.

"Ceh ! Mental nda aman ka bang ? Sudahlah nda percaya aku sama kau ! Merapu saja kau ni bah !" marah Tash mula kesal lagi.

Amir terus menepuk tangan.

"Awak, cakap lah apa yang awak nak cakap pun. Awak tunggu sini meta. Saya akan buktikan. Tunggu meta deh." arah Amir yang sudah mula terkeluar loghat "Kelantan"nya saat itu.

Dia mula bangun dari kerusi gamingnya itu.

"Hah ? Meta deh tu apa ?" soal Tash yang sudah tidak mula mengerti.

"Haa aku tahu. Meta deh tu kena mental kot ?" teka si Maira merapu.

"Eh salah tu kakak. "Meta deh" tu sekejap ya. Awak tunggu eh. Saya akan buktikan. Jangan skip tahu." arah Amir serius.

Maira terus mengerling tajam ke arah lelaki muda itu di skrin pcnya.

"Dipanggilnya aku "kakak" lagi. Dahlah kak. Aku mau isi perut dulu. Lapar sudah." ujar Maira yang sudah berasa lapar dek dipalau.

Hahaha lawak si Maira. Kalau orang lain yang dipalau, pasti mentalnya akan berasa tidak aman tapi lain pula dengan apa yang dialami oleh si Maira ni.

"Ha'a kalau kakak ni yang nak cau tu takpe. Tapi awak tunggu. " arah Amir sebelum dia mula beredar dari biliknya itu.

Maira mula bangun dari kerusi yang didudukinya itu.

"Kau mau pergi mana ? Tunggu lah sini." arah Tash tegas kerana dia tidak mahu bersendirian saat itu.

Lagi - lagi nak mengadap muka lelaki muda itu.

"Aku lapar bah. Ndapa juga tu. Lagipun macam nda ada function aku stay lama - lama dekat sini. Better aku isi perut aku bah. Kak Tash, palau itu memang indah tapi aku lebih sayangkan perut aku ni, hehehe. Aku nda sampai hati mau palau perut aku yang sedari tadi sudah menjerit mau diisi ! Dengar tu dah bunyi dah pun." luah si Maira yang pula sengih nampak gigi sejurus bunyi perutnya yang mula berkeroncong sudah kedengaran di telinga sepupunya itu.

Bahu Maira terus ditepuk kasar oleh Tash.

"Kau ni makan saja ! Tadi baru ja lepas makan tu burger plus nasi goreng ! Sekarang lapar lagi kau !" marah Tash.

"Bukan salah aku bah. Dah perut aku yang lapar. Dah aku cau dulu. Ala, apa susah kalau kau dah annoying, tinggal skip saja tu bah." ujar Maira sebelum dia angkat kaki dari situ.

Saat itu, jari Tash tampaknya sudah ingin menekan "skip" tetapi niatnya terus dibatalkan begitu sahaja sejurus kelibat lelaki muda itu muncul lagi di skrin pcnya.

Tetapi kali itu, lelaki muda itu tidak berseorangan.

Ada sosok seorang wanita yang separuh tua berada di sebelah lelaki muda itu.

Bagi Tash, kalau dilihat dari segi wajah wanita itu, tetap boleh dikatakan masih menawan dan cantik walaupun telah berusia.

Eh Tash ni, puji ke apa ? Lain macam ni. Hahaha ! Ghisau !

"Hi awak, awak cuba say hi dekat bidadari saya ni." arah Amir pendek.

Tash terus senyum manis sejurus wanita itu mula lambai tangan ke arahnya.

"Hi aunty." sapa Tash lembut.

"Awak, tak payah panggil aunty. Panggil mama je. Mama okay je, kan ma ?" soal Amir sambil kenyit mata kanannya.

"Hah mama ?" soal Tash penuh kekok.

"Amir ni. Anak orang tu nak.. Haih anak bujang mama ni. Ada - ada je dia. Kalau tak buat hal tak sah." respon namanya sejurus melihat wajah Tash yang sudah mula senyum kekok.

"Okay lah awak. Saya taknak bazirkan masa. Kenalkan ini bidadari saya merangkap mama saya. Mama saya yang paling disayangi oleh anaknya yang sangat tampan ini." ujar Amir yang masih lagi angkat bakul sendiri itu.

"Oh. Hi aunty." sapa Tash buat kali yang keduanya sambil lambai tangan ke arah skrin pcnya itu.

Wanita separuh tua itu terus senyum manis.

Semakin dia senyum, semakin terserlah kecantikannya saat itu.

Iya lah, mestilah cantik kan ? Mama Amirul Amir tu bos !!! Hahaha.

"Mama, cantik kan dia ?" soal Amir sambil tunjuk ke arah Tash di skrin pcnya itu.

"Subhanallah cantik sangat. Manis je mama tengok. Siapa ni Amir ?" soal wanita itu berserta dengan pujian jujur darinya.

Amir terus senyum manis.

"Comel kan mama. Siapa lagi, kalau bukan bidadari Amir. Kenalkan dia ni, ialah bakal ibu kepada anak - anak Amir nanti." ujar Amir spontan sambil tuding jari ke arah Tash.

Pen yang berada di tangan Tash saat itu terus terlepas ke atas lantai dek dia terkejut sakan dengan kata - kata yang keluar dari mulut lelaki muda itu.

Sebaliknya, berbeza pula dengan Amir yang hanya tersenyum manis saat itu.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro