6 - oblivious lovers

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lily, nak lunch sama-sama dengan kitorang?" Haris mendekati Lily selepas saja tamat kelas tengahari itu. Dia dan Faiq kedua-duanya sudah menggalas beg untuk ke kafe.

"Boleh jugak... Tapi aku nak gi toilet jap. Korang pergilah dulu." Lily menerima tawaran.

"Takpe, kitorang boleh tunggu sini." Ujar Haris.

Lily hanya mengangguk kemudian dia mengangkat langkah ke toilet perempuan terdekat, iaitu di hujung blok, sebelah tangga kecemasan.

Nak ke toilet tu Lily kena lalu depan tangga, tapi dia ada cam satu figura yang dia agak kenal terduduk di tangga. Eh... Dia menangis ke?

Lily buat-buat tak nampak. Dia menyelesaikan urusan di toilet dulu dan sejurus itu, sambil basuh tangan Lily terfikir lagi tentang classmate dia sorang yang duduk kat tangga tadi. Lily memang ada perasan waktu kelas dia keluar awal, ingatkan ke toilet tapi sampai ke sudah dia tak kembali.

Lily keluar toilet dan menjenguk tangga itu lagi, dengan niat untuk mendekati classmate dia yang sedang menangis itu sekiranya dia masih ada kat situ.

"Diana...?" Perlahan Lily menyahut.

Classmate itu mengangkat muka, dan sah, dia menangis. Wajah dia merah dan basah dengan tangisan, "Lily...?" Tanpa ada usaha untuk mengelap air mata, dia mengenal pasti identiti Lily.

"Um, Diana OK? Kenapa menangis...?" Lily cuba mendekati dengan berhati-hati.

Belum sempat Diana nak menjawab, ada suara lain membuat spekulasi, "Phew, Iqmal buat kau menangis? Jantan tak guna." Faiq beserta Haris muncul di belakang Lily, dan terus masuk campur dalam hal itu.

Dengar je komen Faiq, Diana menangis dengan lebih teruk, dia meraung perlahan, "Iqmal jahat."

Camne Faiq terus boleh tahu punca tangisan Diana? Oh, sebab dia kan nombor satu bab-bab intip hal orang ni.

Lily nak tanya dengan lebih mendalam namun ternyata dia memang tak handal langsung bab-bab memujuk orang ni. Kenapa la dia terfikir nak dekati Diana in the first place? Patut ke dia buat-buat tak nampak je?

"Iqmal buat apa? Jangan risau, Haris boleh belasah dia. Haris banyak pengalama—"

"Mulut kau tutup sebelum aku koyakkan." Haris memotong cakap Faiq yang sempat bergurau dalam detik serius itu. Lelaki mesti takkan pernah serius kalau tengok perempuan menangis. Dorang ni ada simpati ke tak? "Diana, Iqmal buat apa? Kitorang boleh confront dia." Haris menyambung memberi cadangan.

"Confront tu sama jelah dengan belasah." Faiq masih tak jemu dengan idea dia untuk libatkan Haris dalam pertumbukan.

"Aku— Aku rasa dia dah benci aku. Aku stres dengan dia, at the same time risau kat dia sebab kerja dia tak pernah perform, jadi aku sound la dia. Pastu dia marah aku, dia suruh aku kisah pasal diri aku je. Takyah kisah pasal dia... Huwaaaaaa!" Diana menanam mukanya dalam tangan selepas gigih bercerita dalam tersedu-sedu.

Lily menelan air liur. Dia hanya mampu duduk di sebelah Diana dan menepuk-nepuk belakangnya dengan lembut. First time dia berhadapan dengan orang menangis seteruk macam ni. Satu pandangan dia curi ke arah Faiq dan Haris. Faiq sudah tersenyum sinis, dia cuba nak sorok senyuman tapi gagal. Haris pulak nampak judgemental. Mungkin alasan Diana menangis dikira remeh bagi dia dan tak patut dirintihkan.

Lily? Clueless. Iqmal dengan Diana ada hubungan apa-apa ke? Setahu Lily classmates berdua ni macam anjing dengan kucing, si Diana selalu menyakat Iqmal tapi Iqmal tu buat selamba je — kadang-kadang je dia akan balas usikan Diana balik dengan gurauan kasar. Mungkin bila Diana sound dia tu Iqmal anggap macam dah melebihi batasan sebagai kawan—

Tapi betul ke dorang kawan je? Lily pandang semula Faiq. Sah, Faiq tahu apa yang Lily tak tahu.

"Iqmal lunch kat kafe mana tadi? Jom jumpa dia sekarang. Aku nak dengar the other side of the story." Tanpa pertimbangkan perasaan Diana, Faiq tidak cuba untuk menyembunyikan perasaan excited dia apabila berhadapan dengan masalah cinta orang lain.

Diana menggeleng, "Aku tak nak dah jumpa dia. Tadi waktu kelas aku mesej dia tapi dia terus block aku. Tu aku koyak aku terus keluar."

"Memanglah kena block dia nak foku—" Mulut takde penapis Faiq terus ditutup Haris.

"Korang jumpalah dia. Thanks for asking. Pergilah lunch. Aku nak balik bilik." Diana berdiri lalu berlalu dari situ.

Lily, Faiq dan Haris hanya mampu melihat Diana pergi.

"Jom jumpa Iqmal!" Faiq menjerit excited.

Haris mengerutkan kening, "Urgh, ni aku malas dengan kau ni. Bab-bab cinta kau nombor satu."

"Ala, jomlah. Kita bincang dengan dia sambil makan. Jom, Lily!" Faiq pun menggerakkan langkah mereka semua. Haris nampak macam tak kisah sangat pun pasal masalah Diana tadi. Dia malas nak sertai Faiq sebenarnya, tapi fikirannya terhenti apabila dia cuba mencuri pandang terhadap Lily.

Lily — sedar akan pandangan Haris — turut memandang Haris dengan Faiq di antara mereka. Lily dan Haris tersenyum, mereka seakan-akan diheret oleh Faiq, tapi mereka go with the flow je.

•••

"Ha? Apasal tanya aku pasal Diana?" Iqmal mengeluarkan rasa tak puas hati.

"Member menangis sebab kau, dok." Faiq bersuara.

Iqmal mencelikkan mata sedikit, "Dia menangis?" Kedengaran terkejut dalam nada dia.

"Ha, pergilah lari cari dia dan pujuk girlfriend kau tu. Macam dalam shoujo anime. Kau kan suka anime?" Faiq mengusik nakal.

Iqmal mengetap gigi, "Aku tak suka shoujo. Dan dia bukan girlfriend aku."

"Ooh, interesting. Kau tak risau ke dia menangis sebab kau?" Faiq memasang perangkap pada Iqmal. Lily dan Haris hanya tekun mendengar sambil menjamu selera.

Iqmal mendengus kasar, "Kau nak sibuk apahal, sial? Dia sibuk sangat pasal aku, dia tak risau ke pasal diri dia sendiri? Siapa nak tengokkan diri dia kalau dia sibuk tengokkan diri aku?!" Iqmal membebel panjang, tanpa sedar dia dah luahkan subtle confession tentang perasaannya terhadap Diana.

Ekspresi Faiq hilang dengan serta-merta. Boh, bosan lak bila member confess laju macam tu. Semua excitement gone.

Lily yang masih clueless itu cuba untuk mentafsirkan hubungan sebenar Iqmal dan Diana. Mungkin mereka berdua suka sama suka tanpa diketahui kedua-dua pihak? Hmm.

"Lily, tak makan tauhu ke?" Lamunan Lily dihentikan Haris yang sedang duduk bertentangannya.

"Tak suka... Haris nak ke?"

Haris mengangguk kemudian Lily pun memindahkan tauhu atas pinggan dia ke pinggan Haris. Lily tak faham kenapa lauk sambal tempe dan tauhu dicampur. Lily nak tempe je.

"Dua orang ni, ada apa-apa ke? Rapat semacam." Iqmal menyampuk. Haris dan Lily langsung tak sedar small moment mereka diperhatikan Faiq dan Iqmal.

Lily mengerutkan kening. Rapat macam mana? Itu bukan ke benda biasa berlaku antara kawan? Exchanging food?

"Kalau kitorang yang berkawan ni pun kau anggap macam ada sesuatu, then how about kau punya relationship dengan Diana?" Haris dengan mendatar terus menepis spekulasi Iqmal, buatkan si penyoal tersentap.

"Aku... Betul ke aku dah buat dia menangis? Sebab aku?" Iqmal mula muhasabah diri.

"Mmm, ya." Faiq tanpa ada minat melayan si Iqmal.

Iqmal berdiri, "Aku akan cari Diana. Thanks, Faiq, Ris, dan—?" Dia terhenti saat memandang Lily.

Haris mendengus, "Lily. Ingat nama classmate pun tak lepas." Eh, dia pulak yang terasa. Lily pun tak sempat nak perkenalkan diri sendiri.

"OK, sorry. Bye, Lily. Terima kasih tengokkan Diana!" Dan Iqmal pun berlepas, menuju ke entah ke mana dia nak cari Diana. Pepandailah dua orang tu berbaik.

"Meh, bosan." Faiq kedengaran kecewa. "Tapi, takpe. Dapat free food!" Matanya kembali bersinar tatkala mengambil mangkuk cendol tinggalan Iqmal yang hampir tak disentuh itu.

Lily mengerutkan kening, "Kenapa kau suka buat kerja ni?"

"Kerja apa?" Faiq tanya balik.

"Kerja nilah. Masuk campur hal orang lain..." Lily berkata perlahan.

Faiq tersenyum sinis, "Ever heard of a hobby, Lily?" Dia bertanya dengan sarkastik.

"Hobby orang melukis, membaca, memancing. Sampai ke kau jadi lain. Apa yang buatkan hobi kau lain daripada yang lain?" Haris tak puas hati agaknya apabila Faiq berlaku sarkastik terhadap Lily, jadi dia balas balik sarcasm Faiq.

Faiq tergelak kecil, "Senang je. Bila orang bercinta ni auto dorang jadi bodoh."

Lily terdiam sebentar, "...Jadi?"

"Aku suka tengok orang bodoh." Selamba Faiq menjawab.

Lily ternampak Haris menjeling si sahabat. Lily pun terdiam. Faiq ni macam psychopath. Mentang-mentang dia bijok nak mampus, sesenang je cakap camtu pasal orang lain.

Tak lama selepas itu sebuah phone di atas meja makan mereka berbunyi menandakan ada orang call. Itu phone Faiq. Phone yang skrinnya menghadap langit itu jelas terpampang nama si pemanggil.

Lily di sebelah sempat menangkap baca nama itu sebelum Faiq meminta diri untuk menjawab call itu di tempat lain.

Tinggallah Lily dan Haris berdua. Lily termenung sekejap. Kalau nak jawab call sampai ke tempat lain gitu, itu maksudnya someone special ke?

Zenni 🕊

Nama orang yang call Faiq tadi. Zenni semestinya nama perempuan, kan? Makwe Faiq ke? Siap ada emoji lagi? Emoji burung?

Lamunan Lily berterusan sehinggalah Haris ajak dia pulang ke kolej kediaman.

•••

Lily nak tanya. Teringin nak tanya. Dia nak tanya Haris tentang 'Zenni'. Haris nampak rapat dengan Faiq, semestinya dia tahu tentang nama itu.

Tapi perjalanan mereka hanya dipenuhi bualan kosong, sehinggalah tiba di pagar kolej kediaman Lily. Sampai ke sudah Lily tak tanya Haris apa-apa.

Surprisingly bila berbual dengan Haris tak terasa sangat janggal dia. Mungkin sebab Haris tekun mendengar celoteh Lily dan tanya dengan curious tentang apa yang Lily cakap. Ini membuatkan Lily tak termati kata, malah banyak je apa yang dia rasa nak luahkan.

"OK, Lily. Jumpa esok." Haris mengucapkan selamat tinggal.

"Alright. Bye, Haris." Lily melambaikan tangannya.

Tapi Haris tak berjalan menuju ke kolej kediaman lelaki. Sebaliknya dia melalui jalan yang bertentangan.

Eh? "Haris, nak pergi mana?"

"Oh, aku nak pergi kedai gambar jap. Kat centre tu." Haris menjawab.

Lily hairan, "Kenapa tak pergi tadi sambil on the way?" Kan sekarang dah kena buat kerja dua kali. Menyusahkan je?

Haris terdiam, "Um." Dia seperti ragu-ragu nak jawab, "Lily, aku tak nak kau tunggu aku sambil aku buat urusan sendiri."

Lily masih hairan, "O-Oh... Okay?" Lily terhenti sekejap, "Tapi aku tak kisahkan pun nak temankan kau."

Haris tergelak kecil, "Yakah?"

Lily mengangguk, "Lagipun, kenapa kau sanggup hantar aku ke sini? Kalau rasa bersalah sangat, kita boleh je berpisah haluan kat kedai gambar tadi..."

"Aik? Untuk keselamatan kaulah. Bahaya sikit perempuan jalan sorang-sorang." Haris kedengaran pelik dengan soalan Lily.

Lily terkedu. Haris ni pun pelik jugak orangnya. Matahari masih atas kepala, Lily rasa selamat je kalau dia jalan sorang-sorang sebab dia dah biasa. Bukannya dia jalan tempat tertutup, ini kawasan universiti, semua orang patut rasa selamat.

Lily tersenyum. Gentleman betul! "Aku boleh jelah jalan sorang-sorang, Haris."

Kali ini Haris nampak malu, "Y-Yakah? Um, tapi Lily, kalaulah aku berjalan dengan kau, aku akan pastikan kau selamat sampai bilik."

Sebab apa? Sebab dorang kawan ke? Sebab Lily sorang je kawan perempuan Haris ke? Ke sebab...?

"Kalau camtu, okay... Terima kasih, Haris." Lily pulak yang malu.

Haris tergelak, "OK, bye." Dia lambaikan tangan. Lily membalas lambaian itu.

Ketika Haris sudah membelakangi Lily dan berjalan menuju ke destinasi diingini, Lily hanya pandang Haris dari jauh. Beberapa detik kemudian barulah Lily berangkat pulang.

Selepas Lily pula yang membelakangi Haris, Haris sempat menoleh belakang untuk memandang Lily. Mereka berdua tak sedar tentang pandangan masing-masing. Mereka berdua meneruskan perjalanan masing-masing dengan senyuman melekat di bibir.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro