7 - loser club

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lily, we them girls nak grab coffee kat Richiamo~, you wanna follow?" Satu hari Diana tiba-tiba mengajak Lily sertai dia dan majoriti perempuan sekelas yang lain untuk lepak di kafe mahal itu.

Lily terkejut sekejap. Yalah, dua kawan pertama dia dekat universiti kedua-duanya lelaki, bila perempuan yang start friendly dengan Lily, Lily rasa nak menangis sebab terharu.

Belum sempat Lily menjawab, seorang rakan sekelas yang lain memberi komen tak diundang, "Hahaha, Lily nak ke? Dia kan lepak dengan lelaki je?" Classmate bernama Farah 'bergurau'.

Lily terdiam. That's... a backhanded joke. Lily terus tak tahu nak kata apa.

"Alah, Faiq tu mesti dia yang paksa Lily berkepit dengan dia. It's okay, Ly. Today you can have fun with girls only!" Diana menyelamatkan Lily dari situasi awkward itu, sambil dia memeluk tangan Lily, mereka sekumpulan perempuan mula mengangkat langkah.

.

.

.

Seronok. Bila lepak dengan perempuan satu kelas, rasa macam merapatkan silaturahim. Tanpa ada berpuak-puak yang selalu dijadikan budaya para wanita.

Lily memang rasa seronok dan tak awkward, tapi dia tak boleh nak lupakan ayat Farah tadi. Sepanjang mereka lepak, Farah dengan dia langsung tak ada bertegur apa-apa.

Lily tak sangka... Ada orang tak suka dia sebab selalu lepak dengan lelaki i.e. Faiq dan Haris. Bukannya Lily yang dekati dorang, dorang yang selalu ajak Lily join aktiviti dorang. Lily — tak tahu nak menolak, dia terima jelah. Lagipun dia selesa dengan dorang, dan suka luangkan masa dengan dorang. Sebab dorang kawan Lily.

Ke... Farah jealous sebab Faiq dan Haris tu kedua-duanya rupawan? Apabila Lily yang average ni lepak dengan dorang, Farah rasa Lily tak layak. Gitu ke?

Lagi satu, tadi Diana cakap Faiq paksa Lily berkepit dengan dia. Um, mulanya memang betul begitu tapi makin lama Lily sendiri ikhlas nak berkawan dengan Faiq. Kenapa ya? Lily perasan satu kelas seakan-akan ada tanggapan buruk kat Faiq. Apa yang Faiq dah buat sebenarnya sampai dorang semua jauhkan diri?

He went through some things undesirable before.

Kata-kata sir Akmal lalu di fikiran Lily. Lily asyik terlupa nak tanya Faiq tentang itu, tapi nampaknya sekarang dia tak boleh nak tanya dah.

Sebab Lily rasa elok dia keep a distance dari Faiq dan Haris. Biar semua orang elok memandang.

•••

Beberapa hari kemudian

"Lily—"

"Bye, Haris! Aku ada music show hari ni jadi kena cepat balik bilik heheh." Tanpa sempat Haris menghabiskan ayat, Lily sudah memotong cakapnya lalu terus berjalan sehinggalah dia hilang dari penglihatan Haris.

Bila Lily tergelak kekok di hujung ayat, lagilah Haris rasa ada sesuatu tak kena.

"Faiq."

"Mm?" Faiq di sebelah Haris menjawab sambil menyedut air kotak guna straw dalam mulut dia.

"Susu strawberry tak sedap." Haris berkata.

"At least lagi sedap dari susu coklat." Faiq pula memperlekehkan taste Haris, "Kau nak tanya apa, anjir?" Faiq tahu Haris ada nak cakap sesuatu. Sambil itu mereka memulakan langkah pulang.

Haris mengeluh, "Kau fikir apa yang aku fikirkan?"

"Tak. Susu strawberry paling sedap di dunia."

"Bukan pasal tu la, gila."

"Ya, tahu. Sejak kebelakangan ni, Lily nampak sangat tengah avoid kau."

"Bukan aku je, kau pun sama. Dia jauhkan diri dari kita berdua." Haris menjeling Faiq.

"Mm~ 🎶 " Faiq bersenandung. Nampak sangat dia tak kisah.

Haris nampak geram dengan Faiq, "Kau tak kisah ke pasal Lily?! Nampak sangat dia ada masalah tu!"

"Kalau kau kisah sangat kau pergilah tanya dia sendiri."

"Maknanya kau tak kisahlah pasal Lily?"

"Kisah je. Cuma aku tahu kalau kita approach dia, dia takkan jujur."

Haris mendengus, "Dah tu? Kau ada idea lain?"

"Kita kena set the mood." Faiq mula tersenyum sinis.

"Hah?"

"Heheheh."

•••

Lily aku ada terbeli makanan lebih ni. Kau ambik boleh? Tak larat la nak habiskan... Kalau aku buang nanti aku berdosa, camne? 🥹🥹🥹

Lily mengerutkan kening membaca mesej guilt trip dari Faiq tu. Walaupun dah berkali-kali dia baca tetap dia kerut kening. Dalam perjalanan menuju ke destinasi dijanjikan dengan Faiq pun, Lily tetap rasa mesej tu pelik. Eh, Faiq ni peliklah!

Dari jauh Lily seperti cam ada dua orang yang sangat dia kenali, sedang duduk di atas hamparan tikar piknik di padang luas itu. As expected, di mana ada Faiq di situ ada Haris.

Dengan jantung berdebar Lily mendekati dua lelaki itu, "Um..."

"Nah." Faiq menghulurkan segulung sandwich berbalutkan kertas Subway.

"T-Terima kasih..." Bungkusan itu diambil. Kalau boleh Lily nak balik sekarang, tapi,

"Lily, duduklah dulu." Haris mempelawa.

Lily tak reti menolak. Jadi dia pun duduk di atas tikar itu. Manalah dorang dapat tikar fancy macam ni?

"Jom makan sama-sama." Faiq bersuara.

Hampir serentak mereka semua membuka balutan sandwich masing-masing. Lily teragak-agak sebenarnya, dia rasa agak hairan dengan situasi sekarang. Bagaikan ada benda yang tak natural.

"Haih, tak sangka exam nak dekat. Aku benci exam." Faiq memulakan perbualan kosong.

"Ceh, benci apanya? Kau score 4 flat sem lepas macam takde apa je." Haris memperlekehkan Faiq.

"Aku benci kena jawab soalan senang-senang tu. Buang masa aku je." Faiq berkata dengan bongkak.

"Kalau macam tu lebih baik kau dropout pastu cipta sesuatu yang boleh bagi kebaikan kat umat manusia." Haris membalas dengan sarkastik.

"Tak minat. Aku nak jadi lecturer macam pakcik aku. Aku nak tengok kebodohan student-student aku dengan baca skrip jawapan exam dorang." Mata Faiq kelihatan bersinar ketika bercerita tentang cita-citanya.

Haris mengeluh, give up dengan kepelikan Faiq. Lily mahu gelak tapi dia tahan.

"Kau dengan pakcik kau memang rapat gila, eh?" Haris menukar topik lain pulak.

Faiq mengangguk, "Orang kata family belah ayah ni kureng sikit. Tapi aku lagi rapat dengan family belah ayah aku..." Dia terdiam sebentar, "Bila fikir balik, aku rapat dengan dua-dua. Belah ayah dan belah mak."

"Tak sangka kau ni family guy." Ujar Haris.

"Mm." Faiq mengangguk sambil mengunyah makanan. "Kau? Bukan family guy?"

"Kau pun tahu mak pak aku cerai lama dah. Aku stay dengan mak aku jelah. Belah ayah aku? Buat-buat macam tak kenal dah." Cerita Haris dengan selamba.

Lily terkejut sampai dia terkeluarkan suara, "Y-Yakah?!"

Haris berhenti mengunyah, terkejut dengan Lily yang tadinya berdiam sunyi tiba-tiba bersuara.

"U-Um... Samalah." Lily menggumam perlahan.

"Apa yang sama?" Faiq bertanya.

"Mak ayah aku pun cerai gak... Aku duduk dengan mak aku... Ayah aku—" Lily terhenti. Kenapalah dia memilih untuk bercerita tentang ini? Kalau boleh, rahsia keluarga dialah dia paling tak nak bagitahu orang. Salah satu sebab dia jauhkan diri dari orang pun sebab dia tak nak orang tahu pasal keluarga dia.

"We had it rough, huh?" Haris menyelamatkan Lily yang termati kata itu. Satu senyuman dia hadiahkan kepada Lily.

Lily tersenyum pahit. Dia mengangguk perlahan. Kadang-kadang mengenali orang yang melalui benda sama dengan kau pun boleh buatkan rasa lega sikit.

"Oh, wow. Jadi family aku jelah yang normal antara kita bertiga?" Faiq merosakkan mood.

"Family kau paling normal. Tapi perangai kau paling pelik antara kita bertiga." Haris mengomel.

Faiq tergelak, "Tak kisah. Normal is boring anyway."

"Berani la cakap macam tu. Kang family kau yang 'normal' tu tiba-tiba retak, kau yang menyesal." Haris membantah.

"Urgh, yalah. Sorry." Faiq membalikkan mata, mungkin rasa takut sikit dengan amaran Haris tu. Dia sayangkan keluarga bahagia dia walaupun dia tak nampak seperti orang yang sangat sangat menghargai keluarga.

Melihat Faiq dan Haris bergaduh macam anjing dengan kucing, buatkan Lily tergelak.

Tawa Lily buatkan Faiq dan Haris kedua-duanya pandang Lily.

"Sorry..." Lily cuba menghilangkan tawa tapi tak dapat.

Haris tersenyum lega. Faiq turut sama, "Jadi, Lily. Ada sebab ke kau jauhkan diri dari kitorang these past few days?" Tak ada ribut, tak ada apa, Faiq terus tanya straight to the point mengenai agenda utama mereka berjumpa hari ini.

Kali ini tawa Lily terhenti sepenuhnya dan diakhiri dengan senyuman pahit. Dia dah agak Faiq dan Haris sedar tentang tingkah lakunya. Dia tak boleh nak lari dah sekarang, jadi Lily buat keputusan untuk jujur je, "Um, ada orang tak puas hati aku selalu lepak dengan lelaki... Korang berdua."

"Siapa orang tu? Biar aku settle." Tanpa cerita lanjut, Haris dah offer untuk 'selesai'kan masalah Lily.

"Yay, violence!" Faiq bersetuju dengan cadangan Haris.

"J-Jangan camtu! Dia tak ada cederakan aku pun..." Lily panik.

"Dia dah cederakan emosi kau. Kau kena tahu, Ly, kau free nak lepak dengan sesiapapun." Haris memberi pendapat.

"Betul, lagipun tak payah kisah pasal apa orang lain cakap. Mulut orang tak boleh stop unless kau koyakkan atau cabut lidah dorang. Tapi, haih, itupun takkan terjadi kalau kau tak nak masuk penjara." Faiq pula mengomel, seakan-akan kecewa dengan undang-undang.

Lily rasa nak menangis. Kenapa dorang dua ni baik sangat? Bukan. Lily dapat rasakan, yang dorang berdua ni sebenarnya ada pengalaman pahit dengan manusia. Pertemuan yang sepatutnya berwatak utamakan Lily itu, akhirnya bertukar kepada Lily berasa simpati terhadap dua sahabat itu.

"Jadi, Lily, lepas ni, kalau boleh, aku nak kau lepak lagi dengan kitorang. Sebab aku suka kau." Haris berkata.

"Huh?!" Lily terkejut dengan pengakuan Haris yang datang dari mana entah.

"Phew." Faiq tersenyum sinis.

"Huh?" Haris keliru dengan reaksi Faiq dan Lily.

"Kau—? Um..." Lily memandang bawah. Malu.

"Bro, kau baru je confessed." Faiq menepuk bahu Haris yang clueless itu.

Terjegil mata Haris dibuatnya, "T-Tak! Maksud aku— aku suka bila kau spend time dengan kitorang. Aku suka kau punya company, Lily. Aku suka... Uh..." Haris mula diserang panik.

"Kau suka Lily." Faiq ketawa terkekek-kekek.

Haris menjeling Faiq, "Babi kau ni. Dahlah, straight to the point jelah."

"Ala, bestlah usik gengster macam kau."

"Pergi mampus."

Faiq hanya ketawa sebelum dia melegakan tekak, "OK, Lily. Subway tu aku belanja. Yang ni pulak Haris belanja." Faiq meletakkan tiga keychain di tengah-tengah tikar. Keychain karakter animasi We Bare Bears; Grizz, Panda dan Ice Bear.

Lily terkedu.

"Waktu aku jalan dengan kau balik ke hostel tu, kau ada cerita yang Faiq ni perangai macam Grizz sebab dia bising, aku pulak Ice Bear sebab aku nampak dingin, kau pulak Panda sebab kau minat K-Pop." Haris mula menerangkan situasi itu.

Faiq mengangguk-angguk, "Jadi, kitorang plan nak bagi ni, untuk welcome kita semua dalam kelab baru ni."

Lily kerut kening, "Club apa?"

"The Loser Club! Terdiri daripada Si Pelik, Si Pendiam dan Si Gengster!" Faiq berkata dengan ceria. Haris mengeluh. Nampak sangat pengisytiharan kelab tu bukan sebahagian daripadan rancangan mereka. Tapi disebabkan Faiq, kau kena sentiasa expect benda unexpected.

Lily rasa nak menangis. Dia terlupa nak bagitahu mereka berdua yang dia ni cengeng. Akhirnya Lily tewas. Dia menangis sebab terharu sangat.

"Hahahahahaaha." Faiq tergelak jahat melihat Lily menangis. Haris pula terkejut dan risau lalu dia sorang jelah yang pujuk Lily, kerja Faiq merakam je.

•••

"Lahai, si Farah tu memang bitter dengan semua orang. Tak payah kisah sangat apa yang dia cakap. Memang dia je yang betul." Bebel Shira. Hari seterusnya Faiq, Haris dan Lily cuba mendekati classmate perempuan untuk bertanya tentang Farah.

"Betullah tu. Kadang menyampah gak dengan dia. Tapi kalau kawan dengan dia OK je. Tang part dia memerli orang tu jelah rasa kureng sikit." Classmate lain bernama Ain turut memberi pendapat.

"Alaa, kenapa cakap camtu? Tak dapatlah aku nak tengok Haris belasah perempu—" Tak sempat Faiq nak habiskan ayat, Haris sudah menarik dia pergi ke tempat lain. Celopar betul mulut Faiq ni.

"Lily, aku dengar dia perli kau haritu pasal kau selalu lepak dengan deme berdua tu. Takyah kisah. Orang lain pun tak kisah, buat apa kau nak kisah?" Ain menyedapkan hati Lily.

Lily mengangguk. Rasa lega sikit.

"Ha, baru teringat, kan ada group assignment 4 orang untuk subjek Economics. Kau nak join aku, Ain dengan Diana tak?" Shira mencadangkan.

Mata Lily bersinar. Mestilah dia nak. Bukan apa, Loser Club haritu memang buat Lily rasa terharu, tapi itu tak bermaksud dia tak mahukan kawan perempuan.

Lagipun buat assignment dengan perempuan lagi senang nak discuss. So, yes is the only answer!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro