✨Fifteen

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jungkook menjalankan harinya seperti biasa walaupun hatinya dipagut kerisauan tentang mimpi tersebut.

Hari ini merupakan hari ke 18 selepas mimpi itu.Namun masih tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya.

"Yeayyyy malam ni nak bertolak pergi Hong Kong"Teriak Haeri gembira,segala peralatannya telah selamat dimasukkan kedalam luggage.

"Sukanya kau..Nanti tinggal aku sorang lah hmm" ujar Jungkook cemburu.Bibirnya sengaja dicebikkan.

"Alolo ciannya kookiekokonut aku ni.." kedua belah pipi Jungkook ditarik seperti mochi sehingga mulutnya melebar.

"Eee comelll" puji Haeri dan terus mengucup lembut pipi Jungkook membuatkan Jungkook terkedu.

"Terima kasih Jungkook sudi hadir dalam hidup Haeri,buat Haeri ceria hari-hari.."Ujar Haeri tenang walaupun pipinya sudah berona merah seperti tomato.

"Sepatutnya kook yang cakap macam tu..Kalau Haeri tak sudi terima kook masa dekat hutan tu..Mesti Kook sunyi sekarang..Tak merasa pakai baju baru..Tak dapat rasa kiss dari Haeri"Usai menyudahkan ayatnya muka Jungkook yang tadi seperti gentleman berubah menjadi babeng nak kena sepak.

"Kook..Kau nak lagi tak tendangan bontot padu aku ?" Soal Haeri dengan muka yang selamba tiada perasaan.

"Aku gurau je..Lagipun aku dah tinggal berapa hari je nanti kau rindu"Ujar Jungkook tanpa disedari.Kukunya dibelek kemudian digigit seperti kera makan kutu.

"Tinggal berapa hari ?"Haeri terus berubah serious.

Jungkook terdiam.Dia terlepas cakap pulak adeh !

"TT-Takde apa.."Dia melarikan pandangannya daripada Haeri.

"Kook cakaplah ! JANGAN BUAT HAERI MACAM NIII" bahu Jungkook ditarik kuat menghadapnya.Mukanya sudah berubah betul-betul serious.

"Jangan risaulah Haeri..Itu cuma mimpi je." Ucap Jungkook sambil ketawa kerana dia ingin mengubah keadaan tegang yang berpunca dari dia sendiri.

"Mimpi apa ?! Kenapa Kook tak bagitahu Haeri ?!" Jerkah Haeri geram.

"Takde apa lah..Ha malam ni kan Haeri nak pergi Hong Kong..Dah double check belum ?" Soal Jungkook masih lagi cuba lari dari topik.Kepalanya digaru perlahan.

"Kook stop putar belitkan keadaan boleh tak ? Cuba serious sikit ?" Haeri merenung Jungkook tajam.

Kecur airliur Jungkook dibuatnya.Nafas panjang ditarik kemudian Jungkook menceritakan tentang mimpi yang dialaminya beberapa hari lepas.

"Kenapa kook pandang remeh benda macam ni ? Kalau betul macam mana ?! Kook dah tak sayang Haeri ke ?" Haeri menumbuk-numbuk dada Jungkook melepaskan geram.

Tiba-tiba pintu diketuk.

"Haeri..kenapa tuu" soal eommanya dari luar.

Cepat-cepat Haeri menyeka air matanya dan melangkah ke arah pintu.

"Ah takde apa eomma,Haeri tengah tgk drama ni hehehe" Nafi Haeri sambil tersengih.

"Dah kemas barang ?"

"Dah..kejap lagi Haeri bawak turun" tuturnya dan pintu dikatup kembali.

Apabila dia berpaling,kelibat Kook sudah tiada.Mana dia pergi ?!

Stress Haeri dibuatnya.Nampak gayanya dia takkan pergi ke Hong Kong lah.
.

"Eomma,abeoji..Haeri rasa Haeri tak dapat ikut pergi Hong Kong.." Haeri memberitahu niatnya yang sebenar.

"HAH ?! Kenapa ?" Soal Puan dan Encik Jeon serentak.

"Haeri ada benda nak diselesaikan..Takpelah eomma dengan abeoji honeymoon lah..Manatahu Haeri dapat adik baru.." Haeri tergelak kecil walaupun hatinya tidak berasa sedemikian.

"Kerja apa yang penting sangat tu Haeri ? Nanti tiket kamu burn macam tu je.." soal puan Jeon sambil berkerut dahinya.

"Er..Haeri..kena...ha Haeri kena tolong eomma Jimin bagi makan gelandangan sebab Jimin kena cikencop..Kesian eomma dia nanti"

"Chicken pox la Haeri." Ujar Encik Jeon.
"Eh haaa.."

"Haih betul ni ? Kamu tak menyesal ?" Soal Puan Jeon

Haeri mengangguk laju.

"Sukahati kamulah Haeri..Yang penting jaga diri..Eomma dengan abeoji akde seminggu tau" tutur Puan Jeon kemudian memeluk Haeri.

"Jangan risau..Haeri dah besar kannn." Ujar Haeri disulami senyuman manis di bibirnya.
.

"Kenapa kau batalkan percutian tu ?"Marah Jungkook sambil memegang bahu Haeri.

"Sebab aku nak tolong kau ! Aku taknak kau jadi debu.Kau tahu kan kalau kau jadi debu kau tak berpeluang jadi manusia dalam kehidupan seterusnya ?!" Jerkah Haeri geram membuatkan Jungkook terdiam tak berkutik.

"Kau tahu kan aku sayang kau.." ujar Haeri perlahan sambil menunduk.Air matanya dibiarkan mengalir.

Jungkook dipagut rasa serba salah.Perlahan-lahan dia menapak ke arah Haeri dan tubuh genit Haeri didakap lembut.

"Haeri maafkan Kook.." Jungkook membiarkan Haeri menghamburkan tangisan di dadanya.

Haeri mendongak memandang Jungkook dengan mata yang berair.

"Haeri dengan Jimin akan sama-sama tolong Kook...Haeri janji" jari kelingkingnya dihulurkan untuk membuat pinky promise.

Jungkook tersenyum kecil melihat kecomelan Haeri.

"Janjii" Jari kelingking mereka bersatu menjadi sebuah pinky promise.

Akhirnya kedua-dua mereka tergelak kecil.Haeri mengelap air matanya sambil tertawa.

"Hish cengeng betulla aku ni.." ujarnya sambil tersengih mengesat air mata.Kepala Haeri diusap perlahan oleh Jungkook.

Tbc.

Vote and comments❤✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro