✨Sixteen

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jeon Jungkook,pewaris kepada Jeon Jung In..Kau tak teringin ke nak ikut eomma dengan appa tercinta kau tu ?"

"KAU BUNUH APPA AKU KAU BUNUH EOMMA AKU ! KAU MEMANG LELAKI PENGECUT !" jerit Jungkook kuat.Tangan dan kakinya telah diikat pada kerusi.

"Pengecut ? Kau cakap apa ? PENGECUT ?!"Lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng itu bertindak menendang Jungkook sehingga darah tersembur keluar dari mulutnya.

"Mulut kau tu jaga sikit budak kecik !"Rambutnya ditarik kasar.Namun ia langsung tak menggugat jiwa kelelakian Jeon Jungkook.

"Ye kau pengecut ! KAU HANCURKAN KEBAHAGIAAN ORANG SEBAB KAU TAK DAPAT CIPTA KEBAHAGIAAN KAU SENDIRI," bidas Jungkook berani.Walaupun keadaannya sudah parah,dia masih lagi ingin berlawan mulut dengan lelaki misteri itu.

"KALAU APPA KAU TAK RAMPAS JI YOUNG DARI AKU,AKU TAKKAN JADI MACAM NILAH BODOH !" Jeritnya lagi.

"Puih !" Jungkook meludah tepat pada mata lelaki tersebut.

"Kau tak layak dengan eomma aku ! Manusia sehina kau tak layak ada dekat muka bumi !"

"SIAL !" Sedas tembakan dilepaskan pada jantung Jungkook.

BANG !

mata Jungkook terbeliak dan akhirnya pandangannya betukar gelap.

Jungkook terbangun dari mimpi ngerinya.Kepalanya betpinar-pinar.Sakit yang teramat sehinggs dia tak mampu bergerak.

Jantungnya juga bagaikan baru sahaja ditembak sebentar tadi.Sakitnya bukan kepalang.

"Arghh..Mimpi apa ni" kepalanya diserabutkan kemudian sakit tadi beransur hilang.

Mungkin tu punca aku mati..Aku mesti cari tempat tu...

Jungkook cuba mengecam tempat tersebut.Dia memaksa dirinya untuk ingat kembali peristiwa yang berlaku.

[Flashback]

Jungkook sedang meneguk rakus berbotol botol wine selepas selesai pengebumian Eomma dan Appanya.

"Kenapa tinggalkan Kook sorang-sorang.." Jungkook menangis dalam keadaan mabuk sambil menghentak kepalanya diatas meja kecil itu.

Hatinya masih belum cukup kuat untuk menerima hakikat yang eomma dan appanya telah pergi buat selama-lamanya.

Dia meneguk lagi sebotol wine sehingga terlelap.Apabila dia sedar,dia berada di tempat yang begitu asing baginya.

Keadaan sekeliling dilihat dengan pandangan yang samar-samar.Tangan dan kakinya telah diikat ketat pada kerusi.

Kepalanya masih lagi pening oleh kerana kesan dia minum terlalu banyak wine.

"Kau dah bangun ? Bagus !" Tiba-tiba satu suara menegurnya.bunyi derapan tapak kaki semakin kedengaran.

"Kau nak apa ?!" Jerit Jungkook kuat apabila figura itu berdiri betul-betul dihadapannya.

"Jeon Jungkook,pewaris kepada Jeon Jung In..Kau tak teringin ke nak ikut eomma dengan appa tercinta kau tu ?" Ujarnya sinis

"KAU BUNUH APPA AKU KAU BUNUH EOMMA AKU ! KAU MEMANG LELAKI PENGECUT !" jerit Jungkook kuat..

"Pengecut ? Kau cakap apa ? PENGECUT ?!"Lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng itu bertindak menendang Jungkook sehingga darah tersembur keluar dari mulutnya.

"Mulut kau tu jaga sikit budak kecik !"Rambutnya ditarik kasar.Namun ia langsung tak menggugat jiwa kelelakian Jeon Jungkook.

"Ye kau pengecut ! KAU HANCURKAN KEBAHAGIAAN ORANG SEBAB KAU TAK DAPAT CIPTA KEBAHAGIAAN KAU SENDIRI," bidas Jungkook berani.Walaupun keadaannya sudah parah,dia masih lagi ingin berlawan mulut dengan lelaki misteri itu.

"KALAU APPA KAU TAK RAMPAS JI YOUNG DARI AKU,AKU TAKKAN JADI MACAM NILAH BODOH !" Jeritnya lagi.

"Puih !" Jungkook meludah tepat pada mata lelaki tersebut.

"Kau tak layak dengan eomma aku ! Manusia sehina kau tak layak ada dekat muka bumi !"

"SIAL !" Sedas tembakan dilepaskan pada jantung Jungkook.

BANG !

Tubuhnya diseret kemudian dimasukkan kedalam bonet kereta.

Kereta dipandu menuju ke suatu kawasan yang jauh kedalam.

Lelaki tadi memikul tubuh berat Jungkook dan dia menanam di sebelah pokok Bakau paling tertua di dalam Dangmul Forest.

[End Of Flashback] 

Jungkook telah ingat kesemua memorinya dan dia  menulis sepucuk surat untuk Haeri dan terus berlalu pergi ke hutan tersebut dalam sekelip mata.
.

Haeri bangun dari tidur mencari kelibat Jungkook namun tidak dijumpai.

"Kook !" Rambutnya disanggul tinggi kemudian dia pergi ke meja ruang tamu.Ada sepucuk surat.

▶Play background music : 4 o'clock - BTS

"Jungkook ?"Haeri membaca isi kandungan surat tersebut

Haeri aku dah ingat semuanya.Maafkan aku sebab aku terpaksa gerak dulu.Pergi Dangmul forest sebelum pukul 2 petang bawak jimin sekali.Jebal !

-jungkook-

Haeri terkejut dia melihat jarum jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.Haeri terus masuk kedalam bilik air dan mandi dengan kadar segera.

Nombor Jimin didail dan dia meminta bantuan Jimin untuk pergi ke Dangmul Forest dengannya.Nasib baik Jimin terus bersetuju dan mengambilnya di rumah.

Mereka terus bertolak ke sana pada pukul 10.30 pagi.
.
Setibanya di sana mereka ternampak Jungkook sedang menangis di sebuah pokok besar.

"Kook !" Jerit haeri sambil berlari ke arah Jungkook serentak itu Jungkook berpaling.

"Jimin,Haeri tolong aku gali tempat ni.." pinta Jungkook lembut.Tak sama dengan Jungkook gila-gila sebelum ni.Air matanya mengalir deras

"Okay..." Tanpa banyak soal,Jimin menuruti arahan Jungkook begitu juga Haeri.

Lebih kurang 30 minit mereka menggali mereka terjumpa tulang manusia.

"Kk...Kook ni kau ke ?" Soal Haeri sambil bergetar tangannya.

"Ya.Tolong semadikan jasad aku..Ni amanah aku.." pesan jungkook,tubuhnya mula bercahaya dan dia tersenyum manis.

"Kook kenapa badan kau ?" Haeri cuba menyentuh Jungkook tapi langsung tak dapat.Seperti Jungkook cuma bayangannya saja.

Jungkook memandang Iris Haeri lama sambil tersenyum manis.

"Koook !! JAWABLAHHH" Manik kristal jatuh dari tubir mata Haeri.Bibirnya bergetar menahan tangisan yang bila-bila masa  saja bakal terhambur.

"Terima kasih Jeon Haeri,Park Jimin..Aku janji aku takkan lupa korang" ucap Jungkook dan perlahan-lahan kakinya menghilang.

"Kook kau nak pergi mana ? Jangan tinggal aku..siapa nak teman aku ?" Haeri menangis teresak-esak kemudian Jimin disebelahnya memeluk Haeri dari tepi.

"Sabar Haeri..Kita tak boleh seksa dia..Lepaskan dia pergi..."pujuk Jimin dengan air mata yang sudah bertakung.Sekuat mana pun seorang lelaki itu,air matanya pasti akan tumpah buat seorang sahabatnya.

"Haeri jangan menangis..Aku dah tak boleh peluk kau..." Jungkook berkata dalam nada lembut.Air matanya juga turut mengalir.

"Kook..Aku sayang kau sangat sangat !" Luah Haeri tanpa segan silu lagi.Ingin saja dia memeluk tubuh Jungkook namun tak mampu.

Hatinya luluh.Dia tidak kuat untuk menerima kenyataan Jungkook,penemannya akan meninggalkan dia berseorangan.

"Aku pun sayang kau.." ujar Jungkook dengan tangisan.

"Terima kasih sudi jadi peneman aku Kook.Aku janji aku takkan lupa kau.." tersedu sedan Haeri menangis di dalam pelukan Jimin.Hatinya bagai dirobek rakus tanpa belas kasihan.

Jimin juga turut menangis sehingga tak mampu berkata apa-apa.

"Selamat tinggal Jimin,Haeri.." itulah ucapan terakhir Jungkook sebelum tubuhnya hilang dari pandangan mereka berdua.

"Koook !!!" Haeri meraung sambil memeluk Jimin kuat.Jimin pula setia memujuk Haeri untuk membiarkan Jungkook pergi dengan aman.

Bahunya terhinjut-hinjut menangis.Dalam sekelip mata,Jungkook telah meninggalkan dia.

Memori lama mereka mula bermain kembali didalam fikiran Haeri.Gelak tawa Jungkook,gurauan kasar Jungkook.Segalanya tentang Jungkook kini telah berubah menjadi kenangan.
.

Setahun kemudian..

"Tak sangka kan..Dah setahun Jungkook tinggalkan kita..." ucap Haeri disebelah Jimin sambil mengetap bibir menahan tangisan.

Dia memandang batu yang terukir nama Jeon Jungkook kemudian mengusap batu tersebut.Jasadnya telah disemadikan dengan sempurna.

Haeri tersenyum memandang kubur tersebut.Walaupun hatinya masih belum dapat menerima sepenuhnya pemergian Jungkook,dia cuba sedaya upaya.

"Aku harap kau tenang di sana Kook" sejambak bunga baby breath diletakkan diatas tanah tersebut.

"Kami pergi dulu kook..Nanti aku datang lagi" ujar Jimin dan memegang jemari Haeri.

Haeri dan Jimin pun berlalu pergi,mereka berdua tak mampu berlama-lama di tempat tersebut,bimbang mereka meratapi pemergian Jungkook.Jiwa mereka masih belum kuat.

TERIMA KASIH  JEON JUNGKOOK SUDI MENJADI PENYERI HIDUP KAMI BERDUA.
IT'S REALLY HEARTBREAKING WHEN SOMEONE WHO CREATE LOTS OF BEAUTIFUL MEMORIES WITH YOU HAS BECOME THE MEMORIES ')

Tamat.

swipe dulu chap seterusnya kalau taknak sedih2 dengan kematian jungkookie oppar  :)

Vote and comments ❤✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro