04 -The Real Reason 🕵️‍♂️

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Pasti kamu semua mahu tahu apa yang jadi 3 tahun lepas. Mengapa Ali hilangkan diri tanpa pengetahuan kamu semua? Mengapa Ali memakai gejet pedang azurium plasma?" semua soalan yang sudah lama di ingatan ejen muda disebut oleh Ejen Zain.

Semua ejen muda mengangguk. Percakapan diserahkan pada Ali. Proses pernafasan dilakukan terlebih dahulu sebelum bersetuju.

{~Flashback (3 tahun lepas)~}

Badan direbahkan atas katil. Tenaganya sudah habis digunakan di sekolah tadi.

Telefon pintar berbunyi bising. Ia menandakan mempunyai notifikasi masuk. Kelopak mata yang hendak ditutup terbuka semula.

Ayah
Assalammualaikum, Ali. Ayah nak kamu datang ke Mamak Maju. Ayah ada hal nak cakap.

Sepasang mata yang melihat mesej tersebut terkebil-kebil untuk memastikan ia tidak salah melihat dan membaca. Tapi tidak. Memang itu lah kenyataan nya.

Waalaikummussalam ayah. Okay. Tapi bagi Ali mandi dulu. Baru balik sekolah.

Ayah
Hmm...yelah. Cepat sikit

Bilik mandi terus diserbu. Tidak lupa juga ambil tuala mandinya. Ya Allah. Memang lah kena ambil tuala mandi (ノ^_^)ノ.


"Kenapa ayah nak jumpa Ali kat Mamak Maju ni?" tanya Ali seraya tangannya menarik kerusi.

Diperlihat Dr Ghazali sedang menikmati mee goreng mamak bersama kopi panas. Kesempatan perlu di ambil. Bertindak sebelum melepas (~‾▿‾)~

Orang yang diseru tersebut tidak berkata sepatah. Namun, sesuatu dikeluarkan dari dalam poket dan memberi pada anak lelaki yang di hadapannya. Sekeping gambar dan sebuah peta yang telah ditanda-tanda dengan pen merah diterima Ali.

Gambar itu mempamarkan Ali ketika berusia 3 tahun, Dr Ghazali dan Aliya bersama dengan seorang bayi perempuan di atas dukungannya. Ali mula hairan. Siapa Aliya dukung itu?

Perlihatan beralih pada peta. Perasaan yang hairan bertukar kepada terkejut. Contengan pen merah atas peta tersebut membuatkan nya lagi kaget. Dari Cyberaya ke suatu tempat yang diberi nama Pulau Permata sangat jauh. Jauhnya bukan biasa-biasa. Jauhnya adalah 200 Kilometer/km.

"Siapa budak ni ayah?"

Kisah sebenar yang selama ini disorok dari Dr Ghazali diceritakan semuanya. Tiada satu pun yang tertinggal. Semuanya yang terjadi ini adalah sebab sayang.

"Aliza Amyra?" senyuman masih lekang dibibir apabila dapat tahu dirinya mempunyai adik perempuan yang sekarang sekitar umur 10 tahun.

"Jadi, apa kaitan Aliza dengan peta ni?"

"Peta tu boleh membawa kamu ke lokasi Aliza yang berada dengan mama dan papa angkat nya. Ayah nak kamu kesana dan bawa pulang Aliza ke Cyberaya. Ayah yakin dia sudah bersedia untuk pulang..."

Mulut terketar. Adakah benar dia mendengar sebentar tadi? Kalau betul, macam mana dengan Alicia, Viktor? Khai, Moon tambah dengan Iman lagi. Akademi pula. Lagi satu sekolah.

"Ta-Tapi...macam mana dengan..."

Tidak habis lagi ayat, Dr.Ghazali pantas memotong.

"Macam mana dengan Viktor dan akademi? Rahsia kan."

Serta merta air muka Ali berubah. Selama dirinya berkawan dengan Alicia, Viktor malah kawan akademi nya...dia mana pernah berahsia. Mampu kah dirinya berbuat demikian?

"Ter-Termasuk Iman? Mana boleh ayah. Dia akan tahu juga nanti."

"Dia tidak perlu lah...ayah percaya Iman akan pegang rahsia ni."

Petang di akademi...

"Alicia...esok kau busy tak? Jom keluar." ajak Ali yang baru sahaja melihat Alicia habis latihan di arena.

"Hmm...kalau aku tak nak?" kata Alicia yang bernada mengusik. Alahh...bukan selalu pun usik budak pendek ni. Hehe.

Wajah Ali yang ceria terus bertukar kepada 180°. "Kalau kau tak nak tak pa..."

"Ish kau ni! Aku gurau je...jangan lah macam budak-budak."

Senyuman yang tadinya masam berjawa telah hilang dan bertukar kepada senyuman manis yang bercampuran sedikit tawar.

"Okay! Esok lepas latihan akademi...kita keluar."

Langit yang senja hampir bertukar kepada malam. Cepat-cepat mereka pulang ke rumah.

Ting Tong!

Loceng rumah ditekan. Seorang gadis yang sudah bersiap dengan baju kuning dan blouse putih keluar dari pengkarang rumah.

Petikan jari yang sangat kuat dan mantap menyedarkan seseorang yang sedang di lamun cinta. "Aku tahu lah aku cantik, putih. Tapi tak perlulah tenung aku macam nak telan."

"Siapa kata kau cantik? Perasan,". Ali ingin menutup malu.

"Aku. So, what?" Ali senyum sinis. Siaplah Alicia.

"Sebab kau hanya cantik di mata ku,". Terus pecut Ali lari meninggalkan Alicia. Alicia memutarkan matanya. Dia menutup pagar lalu mengejar Ali sebelum ketinggalan jauh.

Pintu masuk automatik City Mall Cyberaya terbuka luas. Niat sebenar mereka ke sana hanya untuk bergembira dan luangkan masa bersama.

Kini, mereka di restoran makan setelah shopping sikit selama 2 jam. ♪ヽ(・ˇ∀ˇ・ゞ) Lama juga itu.

"Jadi...kenapa kau bawa aku ke sini?" tanya Alicia. Soalan itu bermain dalam fikiran nya selama...entah lah. Tapi lama. Sejak semalam.

"Saje." selamba berjawab begitu. Bebola daging yang di cucuk grafu, masuk ke dalam mulut.

"Kenapa? Tak boleh?" kali ini dia bertanya. Mahu tahu tujuan sebenar Alicia bertanya demikian.

"Bukan tak boleh. Sebab macam tiba-tiba. Selalunya kita akan keluar 2 minggu sekali tau. Baru minggu lepas kita keluar." alasan yang diberi memuaskan. Mereka pulang setelah puas berjalan *untuk kali terakhir tahun ini*.

"Alicia!"

Kaki kanan yang baru memijak lantai akademi di sapa semua ejen muda. Perasaan nya sekarang terselit sedih dan kecewa. Ejen muda mengajak Alicia duduk di Ruang Legar. Mereka hendak tanyakan beberapa soalan padanya. Macam soal siasat pula ヘ( ̄ω ̄ヘ)

"Kau...tak datang dengan Ali?" sengaja Khai bertanya begitu.

"Aku...tak. Sebab..."

Entah mengapa, mulutnya seperti terketar untuk nyatakan sebab. Hatinya sangat sebak kerana terpaksa berpisah dengan sahabat yang paling disayanginya. Yang lebih menyakitkan adalah bukan dari mulut Ali sendiri dia mendapat khabar Ali telah pindah sekolah. Tapi dari...Puan Munah.

Sebuah kotak jam yang ada pada Moon diberikan kepada Alicia. Kotak yang diberi tersebut sangat ia kenali. Itu adalah kotak jam yang dibeli Ali semalam. Bukan satu, bukan dua tapi 11 kotak jam.

(Ejen muda lelaki tiada lah dapat jam macam ni...jam lain cik kak cik abang oy.)

Dirinya bagai baru sahaja jatuh daripada bangunan tingkat 10, terkejut nya dirinya. Bukan setakat jam tangan malah seutas gelang. Telefon pintar Iman di hulurkan pada Alicia. Telefon tersebut memaparkan video cover di IG Ali

@ali_ketot IG budak pendek yang bernama Ali 🙃 Bukan username wattpad sesiapa ye. Fyaa tak ada tag pun 🙃

https://www.youtube.com/watch?v=Crlp28G0LNM

Like by khainerd, landakRudy24

Comment 2k

Hatinya sebak menahan pilu.

'Aku akan jaga Comot untuk kau, Ali. Aku tetap akan tunggu kau.' desis Alicia.

Melihat Bulat memeluk Comot sambil menahan tangisan.


"Tuan Ali. Kita sudah tiba di Pulau Permata. Siap bersedia untuk mendarat." kata Service si robot yang mengawal jet yang dinaiki Ali secara automatik.


"Baik. Mendarat di tanah rata."

Dengan pantas, jet mendarat dengan kemas.

Apabila telah jumpa lokasi rumah, kaki mendarat masuk. Belum sempat satu minit pijak tanah kawasan tersebut, satu panah yang laju hampir terkena pada nya. Beruntung sangat reflek nya yang bertindak laju. Kalau tidak sudah lama terkena panah tajam tersebut.

"Siapa kau? Apa kau buat dekat kawasan rumah aku?" tanya budak perempuan itu. Rambut panjang berwarna hitam terang yang dilepaskan.

1 tahun kemudian,

Kedatangan Ali dan adiknya, Aliza ke HQ MATA disambut 3 ketua teras yang disayangi ramai.

"Selamat kembali Ali dan selamat datang Aliza ke MATA." ucap Ejen Dayang.

Lantas ucapan terima kasih diberikan. Tapi bukan Aliza. Dia masih hairan. Bagaimana Ejen Dayang tahu nama nya?

"Erk...puan tahu nama saya?"

Melebarkan senyuman. Itulah perbuatan seorang ejen tekno perempuan yang dikatakan sangat lemah lembut dan sopan santun.

"Mesti kami tahu. Kamu kan anak perempuan kesayangan Aliya. Sebab tu dia dan Ghazali sanggup hantar kamu ke Pulau Permata."

"Tujuan saya kemari adalah nak benarkan puan dan tuan untuk Aliza sertai jadi ejen rahsia MATA."

Permintaan tersebut dipersetujui ketua teras. Tapi...bukan hanya itu permintaaannya. Dia turut meminta pada ketua teras supaya dirinya dapat menguasai empat teras. Dari Pulau Permata lagi, dia merancang semua ini.

"Apa yang kau mengarut ni, hah? Kau ingat senang nak kuasai 4 teras dalam satu masa?"

Nampaknya Ejen Ganz tidak setuju sama sekali. Tapi, tidak bagi Ejen Zain dan Ejen Dayang.

"Ganz. Memang tidak mudah untuk kuasai 4 teras dalam masa yang sama tapi kita boleh beri Ali peluang untuk buktikan." seloroh Ejen Zain.

Semestinya dia akan membenarkan Ali untuk tunjukan kebolehan yang ada dalam diri ejen muda tekno itu.

Ganz mengalah. Pasti jikalau ada perbincangan.... Ganz akan membantah dan dia akan kalah. Ramai tidak setuju dengan keputusan Ganz. Mungkin sebab egois yang seluas lautan. ƪ(˘⌣˘)ʃ

"Tapi, kita tak ada inviso." masih ada peluang yang cerah untuk menghentikan rancangan Zain dan Dayang. Haih kau ni Ganz, suka sangat berfikiran lain daripada orang. ヾ( ͝° ͜ʖ͡°)ノ♪ "Siapa kata kita akan melatihnya?"

Ganz mengerut kening. Habis siapa? Mentor? Boleh harap sangat ke si Leon tu?

"Ejen - ejen di HQ MATA JEPUN yang akan melatihnya," kata Dayang. Ganz telopong mulut. Ejen - ejen itu sangat hebat untuk budak mentah seperti Ali.

"Iya. Saya pasti mereka senang hati menerima tawaran untuk melatih bakal super ejen tekno Cyberaya." sambung Zain. Jepun tu weh! Memang onz Ali kalau berlatih kat sana! ┌|o^▽^o|┘♪

Tapi, dalam sudut hati Ali. 'Boleh ke aku berpisah lagi dengan Alicia untuk beberapa tahun? Aku harap boleh. Hanya Iman akan jadi mata² aku'

Dia fikir hanya di HQ MATA. Tapi tidak. Rupanya di Jepun.

{~ Flashback End ~}

To Be Continued 🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro