05 -Rahsia Terjawab

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sebab itulah aku hilangkan diri tanpa pengetahuan kau orang semua. Kecuali Iman dan Chris."

Kepala ejen muda tertunduk dan terdiam. Tidak sangka itu sebab sebenar Ali menghilangkan diri. Dia ke... Pulau Permata untuk jemput Aliza pulang ke Cyberaya dan...dia ke Jepun untuk berlatih latihan tahap atas bersama ketua teras Jepun di sana.

Salah seorang ejen muda inviso terlintas soalan di kepalanya. Dua biji mata nya memandang Ali dan Iman serentak.Cuba mencari jawapan sendiri tapi tidak mampu.

"Tapi..."

Kepala ejen muda yang tertunduk melihat Rudy. Bukan ejen muda sahaja malah mentor, ketua teras dan general juga.

"Apa hubungan kau dengan Iman? Kenapa kita orang kau berahsia tapi dengan Iman tak? Bukan Iman je. Chris sekali."

Dalam sudut hatinya ada juga terkecil hati. Banyak-banyak ejen muda, kenapa Iman dan Chris, Ali pilih untuk jaga amanah? Kenapa tidak dia? Kalau Iman dia tidak kisah sangat. Tapi Chris. Kenapa mamat mat salleh itu dipilihnya?

Kepala ditundukkan. Saat hubungannya dengan Iman di ketahui mereka telah tiba.

"Sebab..."

"Sebab..."

"Sebab..."

"Dey! Beritahu jelah!"

General mula mendidih. 3 tahun dia bersubahat dengan Ali untuk rahsiakan semua perkara. Ketika saat salah satu lagi rahsia terbongkar, Ali melambat-lambatkan pula. Mujur tidak sempat 'sebab' itu 50 kali di ulang.

"Yelah. Kita orang sepupu."

Tercengang ejen muda mendengar jawapan. Rudy menghembus nafas lega. Kalau jawapannya ekhem ekhem, mahu dicekiknya Ali. Main-main lah dengan landak inviso akademi. Jangan sesekali merampas gadis ayu itu dari landak.

"Kenapa tak pernah cakap!" jerit semua ejen muda. 

"Saya dan Ali bukan tak nak beritahu. Tapi sebab misi Ali ke Pulau Permata. Kami ada rancang nak beritahu kamu semua. Tapi waktu kami rancang tu adalah sama minggu dengan Dr.Ghazali beritahu pasal misi tu. Jadi, kami kena tangguhkan."

Semua terdiam. Apabila difikirkan balik, ada betul juga hujahan Iman tadi. Katakanlah dia orang tahu Ali dan Iman sepupu...mesti Iman tahu sepupunya di mana dan...mesti dia orang akan paksa Iman beritahu keberadaan Ali dimana.

"Hey. Jangan lah sedih. Aku pun dah balik dah kan? So, happy-happy lah sikit."

Manusia yang terdiam dalam Briefing Room itu mengangguk. Pelukkan hangat sekali lagi diberikan pada Ali daripada ejen muda lelaki. Rindu nak peluk budak pendek ni ༼ つ ◕_◕ ༽つ.

"Aku sure mesti Mika nak sangat jumpa seseorang ni." kata Ali. Pelukkan hangat yang diterimanya sudah dilepas 5 minit lepas.

Kening kanan sedikit terangkat. Pandangan pergi ke pintu masuk. Mika terkaku melihat seseorang yang sangat dirinduinya selama 3 tahun lepas. Hatinya lemah. Mata mula berkaca.

Seseorang itu berlari pada Mika dan memeluknya. Tanpa membalas apa dimulut, Mika membalas pelukan tersebut. Pelekun hangat. Ya, sangat hangat. Lama dia tidak merasai pelukan dari kembarnya sendiri sejak 3 tahun lalu.

"Kau pergi mana? Kau tahu tak aku rindu kau? Sampai hati kau berahsia dengan aku." teresak-esak suaranya berkata.

Tangisan Mika sangat deras. Ejen muda, general, ketua teras dan mentor mula sebak dengan pertemuan mereka semula.

Tidak pernah seumur hidup mereka Mika menangis sebegitu teruk sekali. Memang tidak pernah. Even Roza.

Pelukan Mike bersama kakaknya yang terlalu erat, dileraikan. "Aku tak pergi manalah. Kumpulan aku dengan kumpulan sektor G107 kena ikut Ali berlatih dekat Jepun. Tapi kita orang takdalah hebat macam dia, dah kuasai 4 teras. Kita orang just berlatih ikut teras sendiri."

"Kau...dah boleh jalan? Bila?" sambung Mike. Anak matanya memandang Mika yang semua orang tahu sudah lumpuh ketika lahir lagi.

"Sejak tahun lepas. Ni pun cuma kaki mekanikal. Thanks to Bulat. Dia yang buatkan untuk aku." setitik demi setitik, salji yang cair tujun di pipi.

Kelopak mata yang mengeluarkan rintihan air hujan disapu. Matanya memandang tepat mata Mika. "Kau janganlah nangis. Mana kakak aku yang aku kenal?" katanya begitu bersama tersisih gurauan. Semuanya dia rindu mahu buat sama-sama dengan kakaknya.

Gelakan kecil terkeluar dari mulut Mika sendiri. Ejen muda tidak menyangka Mika akan gelak kecil semacam itu lagi. Lama dia orang tidak dengar gelakan tersebut.

Hmm... nampaknya mereka telah tahu apa punca Mika ikut murung dengan Alicia. Ia sebab kehilangan kembar nya yang tersayang. Ingatkan sebab Ali (。ŏ﹏ŏ)

Manusia di dalam bilik perbincangan tersebut mekar dengan senyuman melihat Mika dan Mike yang bertemu kembali.

Tit! Tit!

Tangan Mike mengeluarkan telefon yang berketar dari dalam poketnya. Dia melihat logo MATA di telefonnya.

"Hmm...aku pergi dulu. Ejen Maira panggil aku."

Mulut tidak terbuka walaupun seinci. Senyuman sahaja yang diberikan. Mike kenal sangat dengan senyuman tersebut. Dia terus berlari keluar untuk ke HQ.

"Baiklah. Semua boleh bersurai."

Pintu yang sudah terbuka luas daripada tadi, dilalui ejen muda untuk keluar dari bilik itu. Tapi ia tidak bermakna semua. Hanya Ali tinggal di situ bersama ketua teras, mentor dan general. Dia masih memikirkan keputusan nya.

Pandangan ejen atasan itu tertumpu pada Ali yang tidak bergerak sama sekali. Lebih dikatakan dia.... sedikit termenung.

"Ali. Kamu tidak balik ke HQ?" suara Ejen Dayang memecahkan khayalan. Mungkin keputusannya sudah dibuat dengan tepat.

"Tak. Saya nak jalan-jalan dulu dekat sini. Petang sikit saya datang HQ."

Mereka tidak berkata. Hanya membalas dengan senyuman dan anggukan kecil.


       Langkah Ali tuju ke suatu bilik. Apabila tangannya memulas tombol pintu, dia dapat rasakan seperti ada orang dibelakang tapi tidak. Mungkin hanya imaginasi nya.

Dia tidak menghiraukan imaginasi tersebut. Tangan kembali memulas tombol itu. Apabila dia masuk ke bilik itu...dia sangat terkejut dan kagum.

Terlihat ruang seperti living room, ada televisyen lagi, meja makan, 2 katil king dan 2 katil single. Semuanya tersusun cantik hingga tidak terkata.

Dengan mengejut, bahu terasa dipegang seseorang. Badannya memusing ke belakang supaya dapat melihat siapakah orang itu.

"Kau orang rupanya. Patutlah aku rasa ada orang ikut aku dari belakang."

Terlihat semua ejen muda lelaki sambil tersenyum lebar. Sebab apa? Kawannya yang seorang itu tidak tahu lagi siapa yang buat bilik itu. 

Sofa yang lembut umpama awan dilangit dipenyek oleh semua ejen muda lelaki.

Sofa be like: MashaAllah. Apalah nasib aku kena penyek dengan dia orang ni ಥ‿ಥ

"Cantik. Pandai kau orang hias."

Sengihan, hidung kembang dan senyum macam kerang busuk hinggap di muka mereka setelah menerima pujian. Huishh...siapa je yange tak suka dengan pujian. Iya tidak?

"Apa nama kau orang letak kat bilik ni?" tanya Ali setelah habis cerita yang bahawa dia yang menyuruh Uncle Bakar arahkan ejen muda lelaki hias bilik tersebut.

Memandangkan ia kosong tidak terguna atas pemberitahuan Iman. Mula-mula terkejut. Serius mereka tidak menyangka apa yang diperkatakan itu. Tapi tidak mustahil lah. 

"Moment Room. Amacam? Sedap tak?" muka Jet mendongak ke atas sedikit.

"Hmm...Not bad."

Semua tertawa melihat gaya percakapan Ali. Setelah itu, mereka sambung menyembang di situ.

Di sebalik pintu yang terdapat Alicia sedang mengintai Ali, mengeluh kecil.

'Aku tak rasa boleh. Dia dah lain. Sifat yang dia ada sekarang, sukar untuk aku.'  Gumam Alicia

To Be Continued 🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro