CHAPTER 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LUTH melihat ke arah jamnya. Lagi dua minit. Matanya memandang ke arah bangunan fakulti perubatan. Menunggu seseorang keluar dari bangunan tersebut.

KTAK! KTAK! KTAK!

Bunyi kasut sneakers menyapa gegendang telinganya. Matanya tertancap pada figura Khaira yang sedang berlari secara perlahan ke arahnya bersama senyuman lebar.

" Abang Luth tunggu Khaira ke ? " soalnya teruja. Luth ketawa lalu mengangguk bagi mengiyakan. Makin melebar senyuman Khaira. Sah! Dia gadis yang menjadi stalker pada minggu lepas.

" Jom , kita spend time ? Abang tak ada kerja nak buat. Bosan lah duduk rumah " ajak Luth. Laju kepala Khaira mengangguk. Jika ajakan Luth , jaranglah ditolaknya si Khaira ni. Crush lah kateko.

Khaira dan Luth keluar dari universiti sambil berjalan beriringan menuju ke arah kereta milik Luth. Enjin dihidupkan kemudian dipandu ke destinasi yang dituju.

Kring ! Kring !

Bunyi telefon bimbit untuk menimbulkan kerutan di dahi Khaira. Siapa pula yang tak henti menghubunginya ini ? Mengganggu betul lah ! Orang nak date sekejap pun tak boleh. Panggilan itu diangkat.

" Hello ? "

" Hah , pandai pun angkat telefon rupanya. Kau pergi mana hah ? Ibu membebel tahu tak ? Lepastu aku yang kena dengarnya. Yang engkau bersenang lenang ya ! Kau pergi mana , bagitau aku " bebel Khalish geram di sebelah sana. Khaira menggulingkan bebola matanya.

" Khaira keluar dengan kawan Khaira. Sibuk lah abang Khalish ni ! " balas Khaira lalu mendecit. Luth menoleh ke arah Khaira yang sedang bercakap ditelefon. Langsung tidak mengubah pandangannya ke arah lain. Luth memberi isyarat supaya membuka pembesar suara. Khaira hanya menurut.

" Ewah-ewah.. kau kata aku sibuk ? Aku ni risaukan kau tahu ! Kau keluar dengan kawan mana ni ? Lelaki ke perempuan ? Berdua ke ramai ? Hah ? " soal Khalish lagi bagai seorang penyiasat. Baru sahaja Khaira mahu bersuara , Luth mengarahkannya supaya mendiamkan diri.

" Aku yang bawa dia keluar. Berdua. Kejap lagi aku hantar dia balik. Jangan risau lah , dia pun adik aku juga " Luth bersuara. Baru sahaja senyuman Khaira mahu melebar. Senyumannya kembali pudar apabila terdengar kata-kata terakhir Luth. 'Dia pun adik aku juga'.

Khaira ukir senyuman kelat. Adik ? Ya , sedarlah Khaira. Dia hanya menganggap kau sebagai adik. Tak lebih dari itu. Kau saja yang berharap tinggi bagai dia memberi jaminan yang harapan kau itu bakal menjadi kenyataan. Nafas dihela perlahan.

Mahu bagaimana lagi. Sememangnya mereka seperti abang dan adik. Sama seperti dia dan Khalish. Perbezaannya adalah perasaan Khaira terhadap Luth. Dan yang lebih sakitnya , Luth langsung tidak peka akan setiap tindakan Khaira. Semuanya dianggap normal atau kelakuan pelik.

" Kau culik adik aku ya , Luth. Siapa ajar kau ni ? Pandai ya sekarang ! Amboi , nak jadi adik ipar aku ke ? " Khalish bersuara. Mulalah karutannya itu. Berkerut wajah Luth. Kepala digeleng perlahan.

" Merepek " kata Luth kemudian punat merah pada skrin telefon itu ditekannya bagi memastikan panggilan. Telefon Khaira kembali dihulurkan. Khaira hanya menyambut huluran tersebut tanpa berkata apa-apa.

" Makan cepat , kita balik terus. Aunty risau tu " arah Luth. Khaira angguk bagi mengiyakan. Makanan disuap ke dalam mulut dengan perlahan sambil menikmati keindahan laut membiru yang terbentang luas dihadapan mereka.

****

JARI diketuk pada dagu berkali-kali. Memikirkan sesuatu. Badan direbahkan di atas katil kemudian siling direnungnya. Mahu melelapkan mata , namun kantuk masih tidak menjelma.

Khaira mencapai telefonnya kemudian sebuah gambar ditilik perlahan. Gambar dia dan Luth di tepi pantai tadi. Senyuman itu.. terukir kerananya. Sebagai seorang abang dan adik. Bukan sebagai kekasih yang saling mencintai.

Mengapa wujudnya perasaan cinta terhadap Luth ? Perasaan itu hanya menyakitkan. Kerana Luth tidak menyukainya. Hanya menyayanginya sebagai seorang abang. Dia terlalu banyak berharap. Patutkah dia padam sahaja perasaan yang ada sekarang ?

Luth merenung ke arah siling biliknya. Gambar yang dilihat oleh Khaira tadi juga menjadi tatapan matanya. Senyuman kecil diukir melihat wajah ceria Khaira yang sedang menikmati aiskrim kegemarannya.

Mengapa dia merasakan sesuatu ? Sesuatu perasaan yang agak lain dari biasa. Senyuman , suara , gelak tawa dan gurau senda Khaira sering bermain di fikirannya kebelakangan ini. Dia jatuh cinta ? Gila ! Tak mungkin dia sukakan Khaira. Dalam menafikan , bibir tetap juga menguntum senyuman.

" I don't know why , Khaira. You literally drive me crazy. Crazy over you " perlahan Luth bersuara sambil mengusap gambar yang terpapar pada skrin telefon pintar tersebut.

****

PEJAM celik , sebentar sahaja lagi mereka akan mengadakan majlis konvokesyen. Ya , mereka bakal menamatkan zaman universiti. Dan mulai bekerja. Baju konvokesyen itu dibetulkan pada badannya supaya tidak kelihatan senget.

" Apa perasaan Khaira bila nak graduate kejap lagi ? " soal Anaqi dengan lagak wartawannya. Khaira ketawa.

" Seronok dan sedih juga. Kita kena berpisah " lirih suara Khaira. Mereka bakal bekerja , sudah semestinya masing-masing akan sibuk dengan kerjaya sendiri. Dan membuat haluan masing-masing.

Tiada lagi penghibur untuknya , Anaqi. Tiada lagi seseorang yang mahu memarahinya , Khalish. Dan tiada lagi seseorang yang akan menjadi pendengar dan penasihat yang baik kepadanya , Luth.

Mindanya hanya banyak memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang apabila mereka berpisah. Adakah Luth akan menjumpai wanita idaman dia dan tinggalkan Khaira ? Khaira senyum nipis. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.

" So sweet lah Khaira. Taknak berpisah dengan abang Qi ya ? Tak apa , nanti abang Qi melawat rumah Khaira setiap minggu macam rumah tu abang Qi punya juga " ujar Anaqi lalu meletuskan tawa. Khalish menggulingkan bebola matanya.

Mereka bertiga masih juga bekerja dalam bidang yang sama. Tiada yang berbeza. Khaira saja yang bakal menjadi seorang doktor kanak-kanak. Impiannya sejak kecil.w

" Eh jom , majlis dah nak mula " ajak Luth. Mereka semua menurut lalu mengikuti langkah Luth menuju ke arah dewan. Setelah selesai , semua graduan menuju ke padang universiti untuk mencipta memori dengan berswafoto dan sebagainya.

Lebar senyuman yang terukir pada wajah setiap graduan universiti tersebut. Tiada lagi presentation dan sebagainya. Topi konvokesyen itu dibaling tinggi oleh semua graduan dan serentak dengan itu gambar diambil.

Gambar itu dilap perlahan kemudian dimasukkan ke dalam bingkai gambar. Bingkai gambar tersebut digantung pada dinding. Senyuman puas hati terukir apabila selesai. Khaira kembali menyimpan tangga miliknya.

TING TONG !

Loceng rumahnya berbunyi menandakan dia mempunyai tetamu. Ya , rumahnya sendiri. Dia tidak mahu tinggal bersama ibu bapanya lagi. Mahu berdikari lah katakan , kerana dia juga sudah mulai bekerja sebagai doktor psikologi kanak-kanak. Pintu dibuka.

KLAK!

" Surprise !! " Bergema suara Khalish dan Anaqi. Terkebil-kebil mata Khaira. Dia sedang bercuti kerana mempunyai hal peribadi. Dan kerana itulah , Khalish , Anaqi dan Luth datang menjenguknya.

" Taknak jemput masuk ke ? " soal Anaqi sambil tersengih kerang busuk. Khaira angguk seraya menjemput mereka masuk.

" Rindunya pada adik kesayangan abang Luth ni. Don't you miss me , hm ? " soal Luth lembut. Khaira ukir senyuman lebar seraya mengangguk. Luth turut tersenyum.

" Sudahlah berlawan renung mata tu , marilah makan. Aku lapar ni " ajak Anaqi geram. Luth dan Khaira berdehem lalu mendekati Anaqi dan Khalish untuk menjamah makanan yang dibeli oleh mereka sebelum datang ke rumah Khaira tadi.

TBC

sorry if there's any error typing and lama tak update.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro