CHAPTER 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MATA Luth tak lepas dari merenung ke arah Khaira yang sedang kusyuk menyuap makanan ke dalam mulut. Lapar benar gayanya. Dia tahu Khaira bercuti harini kerana mahu menyelesaikan hal peribadi dan berjumpa ibunya.

" Khaira.. okey ke kerja ? " soal Luth tiba-tiba. Khaira mengangguk bagi mengiyakan. Mestilah okey ! Impiannya sejak kecil tercapai. Harinya bertambah ceria dengan kanak-kanak yang ada di hospital itu. Sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

" Abang Luth kerja apa ? " Luth mendiamkan diri seketika.

" Abang sambung kerja papa abang dekat Syarikat. Papa abang pun dah nak bersara. Abanglah jadi pengganti " terang Luth kepada Khaira yang sedang memandang ke arahnya. Khaira mengangguk perlahan.

" Syarikat tu syarikat pengiklanan , ya ? Dan abang ada kafe kan ? Nanti bawalah Khaira ! Nak rasa desserts " minta Khaira lalu menayang riak simpati. Luth ketawa perlahan lalu mengiyakan.

Anaqi dan Khalish memandang ke arah Luth dan Khaira silih berganti. Anaqi mendekati Khalish lalu berbisik sesuatu ke telinga Khalish sehingga berkerut wajah Khalish.

" Aku rasa diorang ada perasaan antara satu sama lain " bisik Anaqi. Khalish diam. Benarkah ? Jika ya , itu satu petanda buruk. Dia tidak mahu adiknya bersama Luth. Mereka tidak sekufu. Jika perkara ini tidak benar , syukurlah.

Dia bukan mahu menghalang tetapi dia mempunyai alasannya tersendiri. Tak mahu Khaira terasa susah mahu menghadapi situasi akan datang. Dia mahu adiknya itu sentiasa senang dan baik-baik sahaja.

" Merepek " bisik Khalish semula. Anaqi mendecit. Tak sokong langsunglah Khalish ni !

××××

TING ! Telefon Luth berbunyi menandakan ada mesej baharu yang masuk. Luth melihat ke arah skrin telefonnya. Melihat sahaja ke arah nama pengirim , mesej dibuka.

Khaira Mikayla✿♡
-

abang Luth free tak ? Khaira dapat kerja setengah hari ! Plan nak pergi kafe abang. Macam kita cakap haritu.

Luth tersenyum kecil. Teruja benar ya Khaira mahu merasai makanan di kafenya. Jari mulai bergerak diatas skrin untuk membalas kiriman mesej Khaira.

+ Free. Untuk Khaira je hahah. Alright Khaira dekat mana ? Abang pick up.

Butang hantar ditekannya bersama senyuman. Tak sampai beberapa saat , Khaira membalas mesejnya.

- Haha ada-ada je abang ni nak usik Khaira. Khaira baru keluar hospital ni. Ambil lah. Lagipun tak ada transport , tadi pagi naik grab. Kereta rosak.

Luth membalas mesej Khaira lalu menutup komputer ribanya. Fail yang berselerakan di atas meja dikemas. Blazer dicapai lalu diletakkan pada lengan. Telefon diambil lalu melangkah keluar dari pejabatnya setelah semuanya tersusun.

" Kak Dhia , batalkan semua temujanji saya hari ini ya. Saya keluar pejabat terus ni. Ada date " pesan Luth seraya ketawa dihujung ayatnya. Dhia merupakan pembantu peribadi Luth. Dhia juga lebih tua dari Luth dan sudah berkahwin. Sudah dianggapnya seperti kakak sendiri.

" Wah , jarang akak dengar Luth nak pergi date ? Sejak bila ni ? " Dhia mengangkat keningnya berkali-kali bersama senyuman mengusik di bibir. " Sedih lah para peminat setia Luth lepas ni kalau dapat tahu " sambungnya lalu ketawa diikuti Luth. Kepala digeleng perlahan.

" Later I will introduce that little girl to you. Confirm , kak Dhia approved ! She's cute. Rasanya kak Dhia pun boleh terpesona dengan kecantikan dan keperibadian dia " puji Luth. Sengaja menambah. Dhia senyum senget. Lebih-lebih betul memujinya. Tahulah baru nak mula bersemut. Dia yang dah berkahwin pun terasa single.

" Haha , lebih-lebih pula Luth ni. Akak puji suami akak depan Luth karang. Dahlah , pergi jumpa makwe Luth tu. Kesian dia tunggu " halau Dhia sengaja bersama senyuman mengusik di bibir. Luth mengangguk perlahan bersama wajah tidak berpuas hati. Halau aku ya ?

" Yelah kak. Luth pergi dulu " Dhia mengiyakan.

××××

" SEDAPNYA kek ni ! " ujar Khaira teruja sambil mengunyah kek didalam mulut. Luth ketawa. Sampai terpejam mata Khaira. Betul-betul menikmati rasa kek tu betul !

" Habiskanlah. Kalau nak lagi , ambil je. Abang belanja " balas Luth. Makin melebar senyuman Khaira. Khaira mengangkat thumbs up.

" Sebab ni lah Khaira sayang abang Luth ! " kata Khaira tanpa sedar. Terlalu gembira. Luth terdiam. Ah , pedulikan sajalah. Mungkin Khaira memaksudkan bahawa dia menyayangi Luth sebagai hubungan antara adik dan abang. Pipinya ditepuk perlahan. Sedar Luth !

" Abang okey ? " soal Khaira prihatin. Dia nampak Luth termenung lalu menampar pipinya perlahan seperti menyedarkan diri sendiri dari lamunan. Luth mengangguk bagi mengiyakan lalu mengukir senyuman. Khaira hanya membiarkan lalu menyambung suapan.

Luth termenung lagi. Kenapa dia terasa seperti ada suatu perasaan pelik menjengah hatinya ? Petanda apakah ini ? Dan yang lebih pelik , dia tidak faham akan perasaan yang hadir itu. Dia.. sukakan Khaira kah ? Tak mungkin ! Luth hela nafas perlahan.

" Betul ke abang okey ni ? Abang tak sihat ? " soalan Khaira menyedarkan Luth dari lamunannya. Luth mengalih pandangan ke arah Khaira.

" Abang okey. Makanlah Khaira. Hiraukan abang " balas Luth. Khaira hanya menurut walaupun tertanya-tanya mengapa Luth bersikap sebegitu.

××××

SEBELAH kanan bahu Khalish dipegang oleh Luth seraya nafas perlahan dihela. " Khalish , aku nak tanya sesuatu lah " kata Luth secara tiba-tiba bagi memecahkan keheningan. Khalish mengangkat keningnya. Mengarah Luth supaya meneruskan kata-katanya.

" Bila satu perasaan pelik hadir , dan kau tak tahu apa maksud perasaan tu. Dan perasaan tu mula-mula datang bila kau berada dengan seseorang. Perempuan. Kau prihatin pasal perempuan tu dan kau takut kehilangan dia. Apa maksud tu ? " soal Luth. Khalish memandang ke arah Luth dengan pandangan pelik.

Luth jatuh cinta ? Dengan siapa ?

" Tu maksudnya kau dah jatuh cinta. Kau suka siapa ni ? " soal Khalish semula bersama riak mengusik. Luth yang tidak pernah bercinta mulai jatuh cinta ? Siapalah perempuan yang berjaya buat dia jatuh cinta tu.

" Aku.. aku rasa aku suka Khaira. Kau rasa macam mana ? Patut tak aku luahkan pada dia ? Ataupun aku merisik je terus " membulat mata Khalish. Bukan terkejut kerana nama Khaira. Tapi terkejut kerana Luth terfikir mahu merisik terus. Cepatnya !

" Kau serius lah ? Merisik ? Dan.. Khaira ? Tak adalah. Aku cuma risau kalau keluarga kau tak boleh terima kitorang yang datang dari keluarga sederhana bukan berada yang sekufu dengan kau " balas Khalish. Luth mendecit.

" Pasal merisik tu , biar aku fikir dulu. Aku kena yakinkan diri dengan solat istikharah. Dan pasal Khaira , kau ingat ni drama ke ? Walaupun keluarga aku tu gila kerja dan nampak serius , diorang masih lagi baik hati. Kau pun tahu. Jadi jangan risaulah " pujuk Luth dihujung ayat. Khalish hela nafas perlahan lalu mengangguk.

" Yalah , apa saja untuk kebahagiaan kawan dan adik aku " balas Khalish. Luth ukir senyuman lebar lalu bahu Khalish dipeluk dari tepi.

" Macam ni baru aku sayang kau ! " Khalish menggulingkan bebola matanya.

××××

KHAIRA melangkah masuk ke dalam rumah ibu bapanya setelah memberi salam. Beg kerja diletakkan di atas sofa lalu badan dibaringkan. Penat ! Khalish yang datang entah dari mana , melabuhkan punggung berhadapan dengan Khaira.

" Khaira , abang nak tanya sikit "

Serius sahaja wajah Khalish. Khaira mendecit. Matanya dicelikkan lalu mengubah posisi baring kepada duduk. Kening dijungkitkan.

" Kau ada teman lelaki atau suka sesiapa ? " soal Khalish.

" Khaira mana pernah ada teman lelaki ! " balas Khaira. Khalish ni , macam tak kenal dia pula ! Tapi tentang perasaannya terhadap seseorang itu didiamkan saja. Takut jika Khalish tidak setuju kerana perbezaan darjat antara mereka dengan Luth.

" Kau tak suka sesiapa ? " soalnya lagi. Khaira diam. Aduh , nak jawab apa ni ? Kalau menipu rasa serba salah ! Jika jujur dia takut kena brainwash !

" Be honest , Khaira Mikayla. I'm not gonna be mad. Aku tanya sebab ada benda penting aku kena pastikan " sambung Khalish. Khaira hela nafas perlahan. Terpaksalah dia mengaku. Takutlah pula !

" Khaira.. suka dekat.. abang Luth. Dah hampir 7 tahun. Cuma Khaira diam " terang Khaira. Mata Khalish membulat. 7 tahun ? Biar betik ? Sampai ya hati Khaira mengetepikan abang kembarnya !

" Kenapa tak beritahu aku dari awal ? " Soal Khalish. Khaira hanya mendiamkan diri. Jika dia beritahu lebih awal , mungkin Khalish akan membantah mentah-mentah saja. Melihat Khaira hanya mendiamkan diri , Khalish mula bersuara.

" Aku bukan marah. Dan aku cuma nak bagitahu kawan aku nak datang merisik kau " ujar Khalish. Giliran mata Khaira pula terbeliak. Kenapa tak bincang dulu dengan dia ni ??

" Kenapa abang tak-- "

" Aku tak beritahu awal-awal sebab aku tahu kau akan terima. Jadi diam dan tunggu waktunya. Kau tahulah siapa yang datang merisik nanti " Khalish memintas. Khaira mendecit. Berahsia pula !

" Bawak balik semua baju kau ke sini lusa. Hujung minggu ni diorang datang merisik. Aku nak kau duduk sini dari waktu merisik sampai ke kahwin. Lepas kahwin kau ikutlah suami kau " arah Khalish sambil menepuk kepala Khaira dengan perlahan. Senyuman diukir lalu beredar ke biliknya.

Khaira masih keliru. Dah kenapa pula kena pindah ke sini ? Aduhai , Khalish suka memeningkannya.

TBC

Sorry late update awak semuaa ! Saya malas nak update huhu. Tapi sekarang dah update. So yeah , leave your votes ! Ignore any error typing or grammar. Bye !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro