🍄Part 17~ What kindness look like

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Melanie menempelkan tapak tangannya pada dahi, bermaksud untuk mengecek suhu badan sendiri

'dah agak dah, ish. Selalu je macam ni' detik melanie dengan geram.

Pony nya Kembali dirapikan. Tangan kanannya meraih keranjang kecil yang berada disudut meja belajarnya. Ia mengeluarkan sebotol ubat serta sudu nya. Botol minum diraihnya, dia menuangkan cairan ubat pada sudu lalu dengan cepat meminumnya, kemudian meneguk air berkali-kali demi menghilangkan rasa pahit di mulutnya.

Bagi dia, demam dalam sebulan sekali itu normal. Sebab, setiap kali hari pertama period, suhu panas dan kepala yang berat akan menyerang tubuhnya. Sebab tu dia selalu siapkan ubat demam yang memang dah biasa dia minum. Demam dia tu tak lah lama sangat, 3 hari je lepastu sembuh. Tapi yang menyiksa ialah badan yang betul ii panas dan kepala yang berat macam kena timpa dengan batu pada hari pertama demam nya.

'dah, you gonna be okay melanie. Ubat dah kau mnum dan sekarang time for school' detiknya, bag berwarna hitam digalasnya. Kemudian dia keluar dari dorm, menyusul rakan ii nya yang dah pergi beberapa menit yang lalu

-

"demam lagi, right?" soal jejaka yang duduk disampingnya. Melanie yang kusyuk memerhati penjelasan guru didepan menjadi terusik

"yes, and its normal for me so don't worry k? now please shut up and let me listening our leason" ucap melanie

"ye lah tu, kau tu memaksakan diri betul. Dah tau sakit, bukannya ambik cuti pergi rehat ke apa, badan dah oleng macam kapal nak tenggelam pun still keras kepala nak pergi sekolah" bebel Naufal

"ye lah, nanti aku rehat lah" ucap melanie

"Naufal, melanie! Apa yang sibuk kamu bincangkan tu?" tegur puan safirah

Melanie menyadari bahwa seluruh mata dikelas telah memerhati kearah mereka. Didalam hatinya, ia sudah mengutuk Naufal karna mengajaknya berbual pada jam pelajaran

"nothing cikgu, melanie cakap dia tak seerapa sehat" ucap Naufal dengan santai. Melanie memandang Naufal tajam seolah mengisyaratkan 'how dare you say like that? Kau yang aaarghh-'

"melanie, kalau tak seberapa sehat tu, takpayah memaksakan diri, dari tadi cikgu tengok kamu tak focus dengan pembelajaran. Baik kamu pergi berehat lepasni" arah puan safirah. Melanie hanya mengangguk

Tiba ii semua phone pelajar dikelas itu berbunyi secara bersamaan, tak lain dan tak bukan ialah panggilan MATA

"ha, cepatlah pergi. Jeneral mengamuk nanti" ucap puan safirah yang ternyata ialah ejen.

Walaupun dah lebih 3 bulan mereka bersekolah, mereka masih lagi tak dapat bezakan mana guru yang ejen dan yang bukan ejen. Sebab, hampir setiap hari ada je guru yang masuk dan keluar dari sekolah tu. like, pertukaran guru. So, agak sukar lah nak data mana je guru yang berasal dari HQ atau guru yang berasal dari luar.

Ejen ii muda yang mendengar arahan puan safirah dengan segera meninggalkan kelas dan berlari menuju jalan rahasia MATA.

-

Uniform mereka secara otomatik bertukar menjadi sut ejen masing ii. Kaki diarahkan menuju briefing room untuk mendengarkan arahan dari jeneral

"kau ok tak ni?" soal Naufal

"ok je, tak payah risau lah" jawab melanie

"nah" ucap Naufal sambil mengulurkan gula ii berperisa strawberry

Melanie memandang Naufal dengan pandangan yang heran. Dia jarang makan gula ii, kalau makan pun dia akan pilih perisa cokelat. Ni kenapa pulak Naufal tetiba belikan gula ii macam ni

"aku tau, kau suka makan benda yang manis ii masa period ni. So aku belikan je lah, tak mahal pun gula ii ni tak sampai seringgit, jadi kau tak payah sungkan ke apa. Makan je lah, better sikit mood kau" ucap Naufal

Tak heran lah kalau dia tau semua benda pasal melanie, dorang kan best friend. Rapat betul mereka ni, dah macam abang-adik.

"erk, thanks" ucap melanie lalu menerima pemberian Naufal. Ia sempat melemparkan senyuman kepada Naufal

"oi! Korang buat apa tu!" laung moon dari jauh. Melanie dan Naufal menoleh, mereka menyadari bahwa mereka telah tertinggal jauh dari kawan ii yang lain

"oh dating rupanya, takpe lah" ucap moon lalu masuk kedalam briefing room

"eh! Wait moon" melanie mempercepat langkahnya meninggalkan Naufal. Ia sedaya upaya menyembunyikan mukanya yang memerah

-

"apa yang rudy cakap itu betul, mungkin sekarang mereka sedang menjalankan rancangan untuk memancing kita" tanggap jeneral setelah mendengarkan penjelasan dari rudy

Semua ejen yang mendengar penjelasan jeneral menjadi bingung.

"intel saya mendapati terjadi kebakaran di sekitar hutan utara cyberaya, mungkin ini ialah salah satu rancangan dari komeng" muncullah sebuah hologram yang merupakan lokasi hutan yang dimaksud jeneral

"mulanya, saya mau menghantar kamu untuk mencari punca kebakaran. Tapi setelah mendengar penjelasan dari rudy, rasa ii nya kita dah tau apa punca sebenar kebakaran ini"

"jadi, misi kamu seterusnya ialah menangkap komeng. Lagipun, angka senjata haram yang diperjual-beli kan olehnya telah semakin meningkat. Kita kena bertindak langsung"

"tapi sepertinya kamu tidak akan pergi hari ini, saya perlu mengatur ulang strategi kamu untuk kedepannya. Kebakaran itu biarlah pihak pemadam kebakaran yang uruskan"

"untuk sementara, kamu di rehatkan dari misi"

"bersurai!"

Hologram dimatikan. Briefing room yang tadinya sedikit gelap kini Kembali terang. Semua ejen saling berpandangan

"erk, dah pukul berapa?" soal chris

Evelyn menilik jam di pergelangan tangannya

"kurang 2 minit lagi dah time rehat" ucap evelyn

"kalau macamtu, jomlah balik sekolah" ucap moon

Yang lain mengangguk. Ingatkan dapat misi, boleh ponteng jam belajar. Rupa ii nya Cuma bincang pasal strategi kedepan je. Tapi yang happy nya, dorang rehat sementara dari misi. Bolehlah tidur puas ii lepasni, tak payah nak fikirkan strategi dkk.

'alhamdulillah, boleh juga aku berehat lepas sekolah nanti' detik melanie. Ia tak henti ii nya mengucapkan syukur.

-

"Baiklah, itu saja untuk hari ini, silahkan Kembali ke dorm masing ii. Yang ada club, sila menuju ruangan club masing ii" ucap cikgu karya tanda mengakhiri kelas hari ini. Semua murid berdiri untuk mengucapkan salam, lalu dibalas oleh cikgu karya.

"korang ii! Kita main game jom" ucap moon sambil mendekat kearah ejen ii perempuan

"kau nak main game? Hw kau kan banyak? Taknak siapkan dulu?" soal alicia yang merupakan dormmate moon. Bukannya dia tak tau yang moon ni suka sangat menabung hw

"alaa, nanti aku siapkan lah" ucap moon

"moon, ini bukan sekali dua kali awak cakap macam tu. hw minggu lalu pun awak tak siapkan lagi, esok dah kena kumpulkan" ucap iman

"better kau siapkan dulu moon, habistu kau nak main game pun main lah. Aku ngan mika ada club harini" ucap roza sambil melirik mika yang merupakan anggota dari club voli

"haih, evelyn kaira, korang nak join?" soal moon sambil memandang evelyn dan kaira

"tak boleh lah moon, hw aku pun banyak" ucap evelyn

"nanti sore aku ada club menulis, plus harini jadwal aku kemas perpustakaan" ucap kaira

"alaa, melanie? Club music kau cuti kan?" moon memandang melanie penuh harap

"erk... aku.." melanie bimbang, tak mungkin dia nak cakap yang dia sakit sekarang ni, segan lah dia. Lagipun, memang betul club music cuti.

"melanie tengah sakit, dia nak pergi rehat lah tu" ucap Naufal yang entah macam mana ada disebelah melanie. 'aduh, kau ni memanglah!' melanie memandang tajam kearah naufal

"eh? Kau sakit ke?? Lah, kenapa tak cuti je harini" ucap Alicia

"dah pergi rehat sana, moon kau tengok ii kan lah melanie tu ek" arah roza. Moon mengangguk akur, hilang entah kemana semangat dia nak main game

Satu persatu pelajar keluar dari kelas. Kini hanya menyisakan melanie dan Naufal

"kau ni, asal kau bagitau dorang. Risau lah dorang nanti" ucap melanie

"lah? Kan lagi bagus kalau dorang tau, so kau boleh mintak tolong kalau nanti demam kau tu makin parah" ucap Naufal

"aku taknak menyusahkan orang lah" ucap melanie sambil berpeluk tubuh

"tak semua benda boleh kau handle sendiri melanie, jangan nak memaksakan diri" nasihat Naufal

"selagi aku boleh, aku buat. When aku tak boleh, barulah aku minta tolong" ucap melanie

"bila kau minta tolong? Bila demam kau makin parah then kau sekarat baru kau nak minta tolong orang? That's too late" ucap Naufal

"eyy apa ii jelah, dah bye aku nak pergi rehat" ucap melanie sambil membetulkan bag nya

"kejap, jomlah kita beli makan dulu, kau lapar kan?" soal Naufal. Melanie hanya tersenyum nipis

-

Pintu bilik air dibuka, kelihatan moon yang sedang mengelap rambutnya menggunakan handuk. Setelah dirasa cukup, handuk digantung, ia mengambil hair dryer dan mula mengeringkan rambutnya. Ia sendirian didalam dorm, melanie tak kunjung datang setelah kelas berakhir tadi

'mesti dia berbual dengan Naufal tu dulu' detik moon. Hair dryer dimatikan, sisir diambil.

Setelah menyisir untuk beberapa saat, dia mengikat rambutnya dengan getah rambut putih. Tablet dinyalakan, moon mula mengerjakan satu persatu hw yang menggunung didalam tablet putih miliknya. Setelah 10 menit berlalu, telinganya menangkap bunyi ketukan pintu

"masuk lah" ucap moon yang sedang malas untuk membuka kan pintu. Ni kalau ada Alicia ngan iman, confirm dah diketuk kepala dia guna penyapu. Nasib baik dua makhluk yang digelar moon sebagai leader itu sedang melakukan Latihan di akademi.

Pintu dibuka, moon dapat merasakan seseorang masuk kedalam dorm. Ia tak berniat untuk melihat jejaka itu, sebab, menurut perkiraannya, orang yang masuk tadi ialah melanie.

"lama betul kau pergi, pergi mana?" soalan moon tidak dijawab. Hening, moon sedikit kesal karna soalannya tidak dijawab

"apa ii jelah" ucap moon. Mata nya masih fokus menghadap file ii yang muncul di tablet nya.

Hening, hanya bunyi kipas yang berputar saja kedengaran. Namun, moon masih fokus menjawab satu persatu soalan hw.

"kau tak nak mandi dulu ke mel?" soal moon. Lagi ii, tiada balasan. Seolah olah moon sedang bercakap dengan diri sendiri

'biar betul, bukan main hening je sekarang. Tapi, aku dapat rasa betul ii ada yang masuk tadi, takkan hantu kot' detik moon

Akhirnya, moon memutarkan kursi yang diduduki nya sekarang. Alangkah terkejutnya ia bila melihat zass yang sedang duduk di sofa membelakanginya.

"eh- eh?! Zass ke yang masuk tadi, aduh sorry. Moon ingat melanie tadi"ucap moon kalut. Dalam hatinya, ia betul ii merasa malu karena sudah berbicara pada orang yang salah

Zass hanya tersenyum dan mengangguk, tanda itu bukan masalah baginya

"zass nak minum? Teh atau apa ii ke?" pelawa moon. Amboi moon, tadi bukan main acuh tak acuh kau layan tetamu, sekarang bila tau zass yang datang, terus layan macam rumah sendiri

Zass menggeleng, tanda ia sebenarnya tidak mau berlama-lama disini. Ye lah sekarang dia dekat dorm perempuan, berdua pulak tu. ni kalau ada senior bawang yang tengok, confirm dah macam ii fitnah melayang

"oh, erk... kenapa zass datang sini?" soal moon

Zass memuncungkan sedikit bibirnya kearah plastic merah yang diletakkan diatas meja. Moon turut melihat plastic itu

"untuk moon ke ni?" ucap moon sambil membelek isi dari plastic itu. Aroma burger menusuk hidungnya.

Zass tersengih kecil lalu mengangguk. Dia memang berniat membelikan burger untuk moon, sebab dia tau yang moon tengah badmood sekarang ni. Ye lah, kawan ii yang lain semua sibuk dengan kegiatan masing ii, so takde lah yang boleh temankan moon kerjakan hw. Macam mana dia tau? Tak lain dan tak bukan ialah curi ii dengar masa ejen ii perempuan tengah berborak tadi.

"terima kasih, susah ii je" ucap moon sambil memandang zass

Zass hanya mengangguk dan berdiri dari sofa yang diduduki nya tadi, bermaksud ia hendak pamit dari situ. Zass melangkah menuju pintu, ia sempat melemparkan senyuman pada moon.

-

"nanti kau makan ni, sandwich ni sekali, nanti malam jangan lupa makan yoghurt ni, macaron ni kau boleh makan bila ii je, dan buah ni kau simpan dalam peti ais" ucap Naufal sambil memberikan satu persatu plastic pada melanie

"what?! Its to much okay, gemuk lah aku bila makan semua ni" ucap melanie

"aku tak kisah kau gemuk ke apa, tapi kau kena makan semua ni. Biar berenergi sikit badan kau tu" ucap Naufal

Ini lah Naufal, tadi kata nak beli snack dengan makanan tengah hari je. tapi lasti ii, semua benda dia angkut, bukan untuk dia melainkan untuk melanie. Macaron, yoghurt, buah, sandwich, itu baru Sebagian dari beberapa makanan yang ia beli. Melanie sebenarnya suka semua makanan tu, tapi dia tak suka bila Naufal ni melebih. Iya dia tau dia tengah sakit sekarang ni + dia butuh banyak lagi vitamin, tapi... tak terlalu berlebihan ke?

"hadui, kau ni... berlebihan betul lah. Okay camni, kau ambik separuh au ambik separuh" ucap melanie sambil memindahkan beberapa plastic ditangannya ke tangan Naufal

"eh, mana boleh macam-"

"boleh, kau beli guna duit kau jugak kan, jadi kau kena lah dapat separuh dari yang kau beli. Lagipun, aku tak kuat lah makan banyak macam ni" ucap melanie

Setelah berfikir untuk beberapa saat, ia akhirnya menurut.

"thanks Naufal, kau memang sahabat terbaik aku" ucap melanie sambil tersengih

"sama ii, lepasni jangan lupa-"

"op op op, I know. Mandi, makan, minum ubat, lepastu take a rest right? Dah berpuluh puluh kali kau cakap benda yang sama masa aku sakit" ucap melanie

"ha elok lah tu, dah hafal rupanya" ucap Naufal

"dah, aku nak balik dorm dulu bye!" ucap melanie. Kemudian ia melangkah menuju asrama perempuan

-

'haih Naufal... kau dah macam mak aku je' detik melanie sambil tersengih

'kau tau semua benda pasal aku, kau pun selalu ada bila aku susah. Thanks' melanie tersenyum

'the reason why I get well soon, mungkin bukan sebab ubat, tapi sebab kau'

'eish apa yang aku fikirkan ni, eyy dahlah'

-

"banyak betul makanan kau, bagi lah" ucap moon sebaik sahaja melanie masuk kedalam dorm nya

"boleh je" ucap melanie. Walapun dah dibagi separuh ii, hakikatnya makanan yang dibawanya masih banyak. Takde salahnya kan berbagi dengan budak kuat makan yang tak gemuk ii?

"eh? Bila kau beli makan? Tak Nampak pun dekat cafetaria tadi" ucap melanie sambil melihat box burger milik moon

"eh tak lah, mana ada aku beli. Zass-, zass bagi tadi" ucap moon. Dia mendadak teringat dengan kejadian tadi, malu betul bila diingat

"weh dia datang sini? Korang buat apa?" soal melanie curiga

"mana ada buat apa ii, dia just bagi aku burger lepastu balik" ucap moon. Dia taknak menceritakan kejadian sepenuhnya

"sweet betul korang ek" usik melanie sambil memilih baju di almari

"hey! Mana ada sweet ii, kita kan just kawan" ucap moon

Melanie tersengih

"kau ngan Naufal tu lah, sweet melebih macam dah kawin" ucap moon selamba. Tak sampai satu saat setelah berkata begitu, mukanya dihinggapi dengan sehelai baju milik melanie

"merepek betul kau ni" ucap melanie lalu mengambil bajunya Kembali

"hehe, dah memang fakta dia macam tu pun. Eh, cantik betul baju kau ni, jarang aku tengok kau pakai. Pakai lah" ucap moon sambil memerhati baju ditangan melanie

Melanie memerhati baju yang dimaksud moon. Alaa baju biasa je sebenarnya, tapi dia punya warna cantik. Macam... sweater oversize warna soft blue gituw. Kenapa moon cakap dia jarang tengok melanie pakai baju tu? sebab, melanie selalu pakai t-shirt putih ngan legging je. tak kira dekat mana sekalipun, itu je 'outfit' dia. Bila pergi jalan ii pun dia pakai macam tu, tapi ditambah dengan jaket, kalau rajin barulah dia pakai outfit lain.

"aku tak suka lah pakai benda oversize macam ni" ucap melanie

"try lah dulu, warna dia bukan main cantik" ucap moon meyakinkan. Melanie hanya mengangkat sebelah bahu lalu masuk dalam bilik air.

-

"ha kan! Cantik!" ucap moon teruja

"hemm, bolehlah" ucap melanie

"kalau dah pakai oversize macamni, kau nak pakai jeans short pun takpe" ucap moon

Melanie menggeleng

"taklah, aku pakai legging je macam biasa je" ucap melanie

'kat mana aku beli baju ni ek'

'hmmm, kejap...'

'eh! Ini Naufal bagi kan'

Melanie baru menyadari bahwa itu pemberian Naufal. Kalau tak silap, Naufal bagi sweater tu masa new year, tapi melanie simpan je.

'pendek jugak aku rupanya' melanie tersengih

"ha tersengih apa tu? ooo ingatkan Naufal rupanya" usik moon

"moon!" melanie menatap moon kesal. Moon tak peduli dan tergelak.

----------------------------------------------------------------------------------------

COMMENT AND VOTE TAU, JANGAN LUPA!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro